CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: momey

Bisikan Cinta.. ~ TaMat ~

[Copy link]
 Author| Post time 16-12-2013 03:55 PM | Show all posts
Hasya menepis tangan Saif ketika Saif cuba menyentuh tubuhnya.

“I rasa bukan ini yang patut kita buat.”

“Hasya..”

“I tak sepatutnya ikut U datang sini!” Hasya mengambil baju kemeja dan seluar jeans lalu memakainya.

“Kenapa ni, Hasya?”

“U tahu tak salah apa yang kita cuba buat ni?”

“Orang lain buat tak ada masalah pun!”

“Itu orang lain! Ini kita!!”

“Kampung!”

“Ape U cakap? Ulang sekali lagi, Saif.”

“Apa susah sangat U nak serahkan dara U tu pada I? Betul ke U cintakan I ni?”

“Perlu ke I jawab soalan tu?”

Hasya mengemaskan pakaiannya.

“Listen here, Hasya!” Saif menggenggam kuat lengan Hasya.

“Ape ni?! Sakitla”

“Ke U dah tak ada dara?”

Hasya terus menampar pipi Saif.

“Jangan kurang ajar, Saif!”

Hasya terus mengambil beg pakaiannya lalu keluar dari bilik itu. Saif menahan marahnya lalu mengambil seluar pendek lalu memakainya dan terus mengejar Hasya dari belakang.

“Hasya! Tunggu!”

Hasya menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang Saif.

“I minta maaf. I tak boleh bagi apa yang U nak.”

“I cintakan U , Hasya..” Saif memegang kedua-dua bahu Hasya.

“Kalau U ikhlas U tak akan buat I macam ni.” Hasya memulakan langkah kembali tetapi Saif sekali lagi sempat memaut lengan Hasya.

“U ni macam nak I paksa je" Semakin kuat Saif menggenggam lengan Hasya.

“Sakit la!”

“Kita putus!” kata Saif yang hanya mahu menggertak Hasya. Dia harap dengan gertakkan itu akan membuatkan Hasya bagi apa yang dia nak!

Hasya diam. Matanya mula berkaca.

“Serius?”

“Kali ni I betul-betul serius!”

“Ok fine! Kita putus!” Hasya menarik lengannya lalu berlalu pergi meninggalkan Saif yang sudah terlopong itu.

“What? Shit!!” jerit Saif di dalam hati.


                                                                       **********


Beberapa hari kemudian..

Hasya kelihatan muram selepas balik dari Thailand bersama Saif beberapa hari yang lepas. Raudhah perasan! Hasya banyak membuang masa bersendirian dan diam sahaja!

Pada waktu tengah hari itu, Raudhah mengambil peluang untuk bersemuka dengan Hasya. Kebetulan Hasya berada di dalam pantry.

“Sya..kau ok ke?” tanya Raudhah lalu berdiri bersebelah Hasya yang sedang membancuh air kopi.

“Tak.”

“Kau ada masalah erk? Kau boleh cerita dekat aku. Aku sudi dengar!”

Hasya memandang Raudhah.

“Aku dan Saif dah tak ada apa-apa hubungan lagi!”

“Ha?”

“Hmmm.. Rasa macam buang masa pula bercinta 5 tahun dan lastly macam ni jadinya.”

“Kenapa dia minta putus?”

“AKu rasa setakat tu aje kot aku boleh cerita kat kau.” Hasya terus beredar keluar dari pantry.

Raudhah mengeluh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2013 04:00 PM | Show all posts
Dalam pada waktu yang sama, Yusuf berada di dalam bilik Dato Jamaludin. Mereka berdua duduk bertentangan.

“Saya rasa Yusuf dah boleh bagi keputusan di atas apa yang kita bincangkan semalam di café tu..” kata Dato Jamaludin dengan penuh harapan.

“Saya dah habis fikir.”

Dato Jamaludin mengharapkan berita baik yang akan Yusuf khabarkan padanya.

“Ya. Saya akan galas tanggungjawab yang Dato amanahkan pada saya.” Jawab Yusuf dengan begitu tenang sekali.

“Alhamdulillah. Terima kasih, Yusuf” Dato Jamaludin terus bangun dan memeluk erat anak sahabat baiknya itu.

“Sudah sampai masanya saya serahkan kembali hak arwah sahabat baik saya pada warisnya..” sambung Dato Jamaludin.

Yusuf hanya tersenyum.

                                                                             **********


Tepat jam 2.30 petang itu, semua staff dikerah masuk ke dalam bilik mesyuarat. Hasya yang baru sahaja lepas solat itu agak sedikit hairan melihat semua staff di situ agak kelam kabut.

“Kenapa ni?”

“Jom. Ada meeting tergempar katanya..” ajak Lisa salah seorang staff di situ.

Hasya mengerutkan keningnya. Kemudian dia mengambil buku nota dan mencapai handphone di atas meja lalu masuk ke dalam bilik mesyuarat.

Dia agak sedikit terkejut. Eh, bukan sedikit! Banyak juga la sebab ada mamat bala tu duduk baik punya sebelah Dato Pengerusi. Perlahan-lahan Hasya merebahkan punggungnya di atas kerusi di penjuru kanan.

“Kenapa mamat ni ada kat sini?” Hairan Yusuf juga ada di dalam bilik mesyuarat itu.

Setelah semua sudah berkumpul di dalam bilik mesyuarat itu, Dato Pengerusi bersedia memberi ucapan.

“Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih di atas kedatangan tuan..puan dalam mesyuarat yang agak tiba-tiba ni kan? Dan saya juga dapat rasa ramai yang tertanya-tanya siapa lelaki yang kacak bergaya di sebelah saya ni.”

Terus semua staff memandang tepat ke wajah Yusuf. Ya! Memang semua staff perempuan terpikat akan raut wajah Yusuf yang tampan itu. Dato Jamaludin tersenyum sendirian melihat gelagat staffnya sama ada lelaki atau perempuan yang berbisik sesama sendiri.

“Tengku Yusuf, sila perkenalkan diri..” ucap Dato Jamaludin.

“Tengku Yusuf?” Hasya terdiam.

Yusuf berdiri. Senyuman mula terukir.

“Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Saya, Tengku Yusuf b. Tengku Yaseer. Saya dilahirkan di Melbourne, Australia dan dibesarkan di Kuala Lumpur.”

“Kacukan?” tanya Lisa selamba.

“Ya. Arwah ibu orang Australia dan arwah ayah saya orang Kuala Lumpur.”

Semua staff diam kembali.

“Saya rasa ada yang pernah nampak saya di sini sebelum ni.” Yusuf terus memandang Hasya yang duduk di hujung penjuru itu.

“Alahai..dia nampak aku la plak” bisik hati Hasya.

“Saya baru sangat kerja di sini. Dalam sebulan lebih macam tu. Ofis saya di tingkat 6 sebelum ini.”

“Tengku Yusuf, saya ada satu soalan nak tanya.” Kata Lisa lagi.

“Silakan.”

“Tengku Yusuf dah kahwin ke?”

Terus semua staff di situ bersorak meriuhkan suasana di dalam bilik mesyuarat itu. Dato Jamaludin turut ketawa kecil. Boleh dikatakan semua staff disitu agak sporting dan sudah seperti adik beradik.

Yusuf tersenyum. Dia sekali lagi memandang Hasya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2013 04:01 PM | Show all posts
Saif diketawakan Jasir bertalu-talu. Pelanggan di kedai mamak itu turut sama melihat gelagat mereka berdua. Saif menghidupkan rokok dijarinya buat kali yang ke-3. Asap berkepol-kepol ditiup ke atas udara.

“So, selamat la duit aku yang tiga riban ni erk? Hahahaha..” terus Jasir mencium segulung duit tiga ribu yang diikat dengan getah itu lalu disimpan di dalam poket seluar.

“Kalau aku paksa dia, boleh aje kot?” kata Saif yang masih ego itu.

“Sudah la.. Ramai lagi perempuan kat luar sana yang dengan rela hati sanggup menderma dara mereka pada kau..hikhik”

“Yang susah dapat, feel lebih sikit kot bro!”

“Hahahaha..yang tu aku sokong! Tapi, kau dah putus dengan dia dah kan? Lupakan aje laaaa”

“Bukan mudah!”

“Aik? Ludah jilat balik ka??”

Saif diam. Kemudian dia menghembus asap dan terus minum teh tarik di hadapannya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2013 05:18 PM | Show all posts
hai la... esok2 hasya dah ok dgn yusuf mai la si saif dok kaco daun plak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 07:10 AM | Show all posts
redsentra posted on 16-12-2013 05:18 PM
hai la... esok2 hasya dah ok dgn yusuf mai la si saif dok kaco daun plak

jeng jeng jeng..hikhik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 08:30 AM | Show all posts
“Asyik pandang aku je..” bisik hati Hasya lagi.

“Saya belum kahwin lagi.”

Dengan gembiranya semua staff perempuan bersorak. Dah serupa suasana pasar basah la pula ketika itu! Yusuf sekali lagi memandang Hasya. Hasya menjerling tajam.

“Baiklah. Terima kasih, Tengku Yusuf."

Yusuf kembali duduk.

"Tujuan utama saya adakan meeting ni adalah untuk mengumumkan bahawa dengan ini saya meletakkan jawatan saya sebagai pengerusi di Syarikat Berjaya Maju Holdings Sdn Bhd dengan serta merta!”

Terus semua staff terdiam. Dato Jamaludin yang terkenal dengan sifat penyayang tetapi tegas itu telah membuatkan semua staffnya bersedih. Sedih bahawa mungkin tiada lagi majikan seperti beliau yang cukup baik itu.

“Dengan perletakan jawatan saya ini, Tengku Yusuf akan menggantikan tempat saya.”

Puan Clarissa terkejut. Dia menjangkakan perbualannya bersama Dato Jamaludin beberapa hari yang lalu adalah anak tunggalnya si Saif yang akan menggantikan tempatnya.

“Saya tahu semua terkejut dengan perletakkan jawatan saya ini dan bertambah terkejutnya Tengku Yusuf yang menggantikan tempat saya dan bukan anak tunggal saya. Saya memohon maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki jika ada salah silap saya menegur, marah, tengking, bersikap kurang ajar dan jika ada sesiapa yang saya berhutang, sila jumpa dengan saya dan saya akan langsaikan hutang anda. Halalkan juga makan minum saya.”

Dato Jamaludin sengaja membiarkan persoalan jawatan pengerusi yang disandang Yusuf itu begitu sahaja. Yusuf memberi isyarat kepada Dato Jamaludin bahawa dia ingin menyambung sedikit lagi ucapannya.

“Sebelum ni saya pernah bekerja di Australia selama 3 bulan. Dan di sini saya terus dilantik sebagai pengerusi. Sebarang tunjuk ajar amatlah diharapkan. Saya masih lagi di dalam suasana belajar. Dan akhir kata saya harap saya dapat diterima sebagai pengerusi di syarikat ini. Bantuan anda semua lebih meyakinkan diri saya.” Sambung Yusuf dengan yakin.

Semua diam. Termasuk Hasya yang agak sedikit terkejut itu.

“Selamat datang, Tengku Yusuf..” ucap Fairuz salah seorang staff di situ sambil berdiri tunjuk rasa hormat.

Terus diikuti yang lain turut bersuara seperti yang Fairuz ucapkan itu. Semua staff lelaki bersalaman dengan Tengku Yusuf dan Dato Jamaludin.


                                                                    **********


Saif dan Jasir berjalan seiringan ke tempat parking kereta Saif. Sebaik sahaja pintu kereta dibuka, bahu Jasir disentuh.

“Eh, Datin Mona.. Buat apa kat sini?” tanya Jasir lalu terus mengucup tangan Datin tersebut.

“Singgah ke kedai sebelah tu. Tiba-tiba ternampak U kat sini. U nak kemana?”

“Tak ke mana pun.”

“Siapa lelaki tu?” tanya Datin Mona sambil mulutnya muncung ke arah Saif.

Saif hanya tersenyum. Namun di dalam hati geli membayangkan Jasir sanggup melayan perempuan sebaya ibu tirinya itu.

“Member I. Kenapa?”

“Handsome!”

“Amboi! I ni tak handsome la erk?”

“U tak handsome tapi U sweet!” Dagu Jasir dicubit manja.

Tegak bulu roma Saif melihat gelagat mereka berdua itu.

“Jom!” ajak Datin manja.

“Pegi mane?”

“Pegi syurgaa..hihi”

“Nakal erk! Jap.” Jasir berjalan ke arah Saif.

“Bro, kau balik dulu la. AKu nak lepak dengan mak cik ni jap.”

“Hahaha..Yelah! Geli wei!”

Jasir sempat menumbuk manja belakang badan Saif sebelum Saif masuk ke dalam kereta.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2013 08:34 AM | Show all posts
Fairuz menolong Yusuf mengangkat barang dari tempat lama ke tempat baru. Sambil berjalan, Yusuf sempat berbual dengan Fairuz terutamanya mengenai staff di situ.

“Letak aja kotak tu atas meja. Nanti saya akan kemas sendiri.” Kata Yusuf lalu meletakkan kotak buku yang dipegangnya itu di atas sofa berdekatan.

“Tengku nak air ke?”

“Air? Boleh juga. Air panas ya..saya kurang minum air berais ni”

“Boleh aja. Bisa di atur bos!”

Fairuz terus keluar dan beberapa saat kemudian pintu biliknya diketuk semula.

“Siapa pula ni? Masuk!” Panggil Yusuf sambil menyusun buku di rak belakang mejanya.

Latifa, yang dahulunya pembantu peribadi Dato Jamaludin. Dan sekarang dia akan setia menjadi pembantu peribadi kepada Yusuf!

Gadis muda! Berumur seawal 20-an. Tinggi dan cantik! Yang penting masih bujang dan hidup agak bersosial. Maklumlah, hidup di Kuala Lumpur la katakan!

Dia berjalan menuju ke arah Yusuf. Yusuf yang tadi sibuk menyusun buku-bukunya di rak juga terhenti melihat kedatangan Latifa itu.


                                                                    **********


Saif masuk ke dalam rumah. Belum sempat dia melangkah menaiki anak tangga, dia terpandang ibu tirinya itu berdiri terpacak memandang ke arahnya.

“Pegi mana tadi?” tanya Datin Jane yang sentiasa menjaga penampilan diri walaupun berada di rumah.

“Yang mak cik nak sibuk sangat hal saya ni kenapa?”

“Cuba sopan sikit bila bercakap dengan mama” tegas Datin Jane.

“Bosan la! Itu tak boleh, ini tak boleh!”

“Mama tak cakap pun perkataan boleh ke..tak boleh ke. Mama Cuma tanya dan nak tahu kemana Saif pergi sahaja.”

“Untuk apa? Saif dah besar la! Lagipun Saif ni bukannya anak kandung mama pun.” bila Saif menyebut perkataan mama itu, nadanya sedikit perlahan.

Datin Jane sayu. Sayu bahawa akhirnya Saif memanggilnya mama.

“Papa mane?” sambung Saif.

“Papa pergi ofis.”

Saif terus menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 09:57 AM | Show all posts
Yusuf dan Latifa berdiri bertentangan.

“Awak Cik Latifa kan?” tanya Yusuf memulakan perbualan.

“Ya. Macam mana Tengku boleh tahu?” Latifa memintal rambutnya yang kerinting itu.

Yusuf ketawa kecil. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Sudah tentu Fairuz!

“Masuk, Fairuz.”

Ya. Memang betul Fairuz. Fairuz datang bersama secawan kopi panas.

“Nak letak mana, Tengku?”

“Letak atas meja sana. Thanks..”

“Beres!” Sebelum Fairuz keluar, dia sempat memandang Latifa yang turut memandangnya itu.

Latifa kemudian memandang Yusuf semula.

“Lepas ni saya nak awak yang buatkan kopi untuk saya. Setiap pagi pukul 8.30 dan setiap petang pukul 2.15 petang. Bukan itu sahaja, waktu pagi saya suka minum kopi dengan nasi lemak. Nasi lemak gerai mak cik depan ofis kita tu. Beli dua bungkus tau! Sebungkus untuk saya dan sebungkus lagi saya nak awak pastikan awak beri pada pak cik yang selalu duduk di tiang besar gerai mak cik nasi lemak tu. Selalunya dia mesti ada di situ setiap pagi.”

Latifa mula mengerutkan dahinya.

“Kalau appointment pula, pastikan ada jarak satu jam sebelum dan selepas appointment jika satu hari tu ramai yang ingin berjumpa dengan saya. Bukan apa, kerja saya bukan hanya semata-mata melayan pelanggan. Banyak lagi kertas kerja yang perlu saya buat kan?”
Latifa diam.

“Kemudian, jika saya ada meeting di luar kawasan pula, rasanya Latifa tak perlu ikut saya. Saya akan bawa pegawai kanan saya, Encik Daud. Dia lebih banyak membantu saya. Tapi jangan terasa hati. Bukan saya cakap Cik Latifa tak membantu saya, cuma saya rasa lebih baik Cik Latifa jaga di ofis uruskan kerja di sini.”

Latifa menahan geram. Lain yang dia jangka, lain rupanya sikap Yusuf ini.

“Kalau dah tak ada apa-apa, saya keluar dulu.” Latifa merajuk.

“Nanti!”

Latifa memalingkan kepalanya memandang Yusuf semula.

“Maaf ya, Cik Latifah. Mulai esok saya harap Cik Latifah boleh tak kenakan skirt labuh atau seluar panjang mungkin?”

Latifa geram! Geram kerana kali ini dia betul-betul dikenakan! Sebelum ini, semua bos hanya menurut kehendaknya.

“Saya mohon maaf sekali lagi. Harap permintaan saya ini tidak menyinggung perasaan Cik Latifa”
Latifa terus memulakan langkah dan terus keluar dari bilik Yusuf.


                                                                     **********


Hasya berjalan ke tempat Raudhah.

“Ko busy ke?” tegur Hasya perlahan.

“Minit surat je. Nape?”

“AKu ada benda la nak cakap dekat ko..”

“Ape?”

“Jom ikut aku.”

“Pegi mane?”

“Pegi pantry la! Jom!”

Hasya menarik tangan Raudhah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 11:30 AM | Show all posts
Hasya memegang tangan Raudhah.

“Kau ingat tak mamat bala yang aku pernah cerita dekat kau sebelum ni?” tanya Hasya tanpa berselindung lagi.

“Ingat! Kenape?”

“Mamat bala tu, Tengku Yusuf!”

“Ha?”

“Ya. Pengerusi kita tu!”

“Kau ni..biar betul?”

Hasya terus melepaskan genggaman tangannya.

“Muka aku ni nampak main-main ke?”

“Waaaaa..bukan calang-calang orang kau gelar mamat bala tu hahaha”

“Tapi kan..”

Tiba-tiba pintu bilik pantry itu dibuka. Muncullah wajah Yusuf dengan memegang cawan yang telah kosong itu. Terlopong Hasya dan Raudhah.

“Macam nampak hantu je..” tegur Yusuf sambil bergilir-gilir memandang Hasya dan Raudhah.

Tanpa membuang masa, Hasya dan Raudhah terus berjalan keluar meninggalkan Yusuf keseorangan.

“Mengumpat aku la tu!” bisik hati Yusuf sambil tersenyum.


                                                                  **********


Pada malam itu, Saif menyiapkan dirinya. Di pakaikan gel rambut dan sengaja dipacakkan rambut itu supaya nampak lebih macho gitu!

Saif mencapai kunci keretanya di atas rak tv lalu keluar dari bilik. Satu persatu anak tangga dituruni.

“Nak ke mana tu, Saif?” Tanya Dato Jamaludin yang tengah menonton televisyen bersama isterinya itu.

“Lepak jap.”

“Sampai bila?”

Saif mematikan langkahnya.

“Sampai papa mati?” sambung Dato Jamaludin yang sudah hilang sabar itu.

“Kalau papa tak suka Saif ada dalam rumah ni, Saif bole blah! Cakap je terus terang kan senang.”

Saif memandang ibu tirinya.

“Perempuan ni penyebab keluarga kita jadi macam ni!”

Dato Jamaludin berjalan ke arah Saif. Baru sahaja dia hendak menampar wajah Saif, Saif sempat memhalang dengan memegang kuat tangan ayahnya itu.

“Papa dah berani nak tampar Saif. Sebab perempuan ni kan?”

Saif bertentang mata dengan ayahnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 03:14 PM | Show all posts
Jam hampir menunjukkan pukul 8.00 malam. Akhirnya siap juga Yusuf mengemas bilik di pejabatnya itu.
Dia mengambil handphone dan beg kulit yang menyimpan dokumen kertas kerjanya di atas meja. Perlahan-lahan dia keluar dan mengunci pintu biliknya.

Kemudian dia ternampak Latifa masih sibuk menyiapkan kerja. Kerja? Kerja apa yang masih belum siap tu?
Yusuf berjalan ke arah Latifa.

“Belum balik lagi?”

Latifa hanya diam. Langsung dia tidak memandang wajah bosnya itu.

“Hantu ke ape ni?” bisik hati Yusuf.

Yusuf sempat menjerlingkan matanya ke arah kaki Latifa. Konon nak confirm hantu ke idak ler tu! Hihihi

“Tadi kata "

“Oo mak aii! Terkejut saya! Maknanya bukan hantu la yang duduk depan saya ni?”

Yusuf ketawa kecil tetapi Latifa masih diam dengan muka yang serius itu.

"Tadi cakap suh saya tutup aurat. Ni boleh plak Tengku usha-usha kaki saya.”

“Maaf. Sebab itu aja yang saya ingat pesan orang tua-tua kalau nak confirm hantu ke idak, check kaki tu cecah lantai ke tak.."

Latifa menjerling tajam. Yusuf tahu Latifa cuba menarik perhatiannya.

"Pergi balik cepat! Anak dara tak elok balik lewat malam.”

Latifa diam sahaja.

“Saya balik dulu.” Ucap Yusuf lalu keluar dari situ.

"Ish!!" Latifa hampa. Dia ingat dapat menumpang pulang naik kereta bos handsomenya itu.


                                                                        **********


Sebelum pulang ke rumah, Yusuf sempat menyinggah di kedai 7-eleven. Sebaik dia hendak membuka pintu kedai tersebut, dengan serentak itu juga ada tangan yang sama dengannya membuka pintu itu. Mereka saling berpandangan.

“Kau Yusuf kan?”

“Saif?” Yusuf menghulurkan tangannya itu dijabat.

Saif diam langsung tidak dibalasnya.

“Bila balik Malaysia?” tanya Yusuf

“Dah lama.” Jawab Saif acuh tak acuh lalu terus beredar pergi dari situ. Terbantut hajatnya hendak membeli air ‘red bull’.

Yusuf membiarkan sahaja Saif berlalu pergi. Kemudian dia masuk semula ke dalam kedai tersebut.

Saif dan Yusuf berkawan sejak kecil. Kedua-dua keluarga mereka saling mengenali dan rapat seperti adik beradik. Namun mereka berdua tidak sebaik itu. Maaf! Bukan Yusuf, tetapi Saif! Saif memang tidak suka akan Yusuf. Seolah pesaing bagi dirinya. Kalau boleh apa yang Yusuf ada, dia pun mesti ada dan kalau boleh nak lebih lagi!

Masalahnya sekarang, bagaimana perasaan Saif sekiranya dia sudah tahu Yusuf pengganti ayahnya di Syarikat Berjaya Maju Holdings sekarang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 03:30 PM | Show all posts
Latifa sempat berkunjung ke kelab malam. Rutin harian sebelum pulang ke rumah! Sendirian dia pada malam itu.

“Wine!” jerit Latifa lalu duduk di kerusi tinggi berhadapan bar itu.

“Hai!” tegur Saif lalu mengucup pipi kanan Latifa.

“Hai..”jawab Latifa endah tak endah.

Segelas wine diberi padanya. Diteguk lalu diam kembali.

“Nape ni?”

“Bosan!”

Saif ketawa.

“Apa yang lucunya?”

“Aku pun bosan!”

Latifa terus ketawa kecil.

“Kau tahu kan papa kau dah ada pengganti di syarikat tu?”

Terus Saif memandang Latifa.

“Papa dah pencen ke?”

“Kau tak tahu ke?”

Saif menggenggam kuat gelas di hadapannya itu.

“Sape yang ganti papa aku?”

“Nama dia Tengku Yusuf. Tengku Yusuf Tengku Yaseer. Kau kenal tak?”

Bukan sahaja genggam gelas, malah Saif terus menghempas gelas itu ke lantai. Pecah seribu! Saif berjalan keluar dari kelab itu. Latifa kejar!

“Tunggu, Saif!”

Saif berjalan ke arah keretanya.

“Tunggu jap!” Latifa memaut lengan Saif.

“Kau kenal dia ke?”

“Aku tak suka dengar nama dia.”

Saif terus masuk ke dalam kereta.

“Kau nak pegi mana? AKu nak ikut..bosan laaa”

Saif memberi isyarat minta Latifa masuk ke dalam kereta. Latifa tersenyum lalu terus masuk ke dalam kereta.


                                                                         **********


Yusuf masuk ke dalam rumah. Mak Esah yang masih belum tidur terus datang dan mengambil beg Yusuf.

“Mak Esah dah buat air. Ada atas meja tu..”

“Terima kasih.."

Yusuf berjalan ke meja makan. Direbahkan punggungnya di atas kerusi. Tali leher mula dibuka dan diletak atas meja. Mata dipejam seketika.

Wajah Hasya bermain difikirannya. Dengan pantas Yusuf membuka kembali matanya. Yusuf meneguk air teh panas itu lalu terus berlalu naik atas masuk ke dalam biliknya.

Dia cuba melawan permainan syaitan yang mahu dia leka dengan asyik memikirkan tentang Hasya. Dia mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik air. Mandi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 03:32 PM | Show all posts
Saif memberhentikan keretanya di bawah halaman kondo mewah itu.

“Sugar daddy kau tak datang ke malam ni?” tanya Saif sambil membuka tali pinggang keledar.

“Dia gi oversea ngan wife dia.,”

“Ooo patutlah kau bosan erk?”

“Lebih kurang macam tu la. Tapi dia dah bagi kat aku kad kredit!” kata Latifa sambil menayang kad kredit pada Saif.

“Hahaha untung gadis cantik macam kau! Gadis lagi ke?”

Terus Latifa menumbuk manja bahu Saif.

“Nakal tau! Jom teman aku..” ajak Latifa lalu membuka pintu.

“Teman?”

“Macam tak biasa. Jomlaa..” Latifa menarik lengan Saif.

Saif keluar dari kereta lalu berjalan seiringan dengan Latifa masuk ke dalam kondo itu. Namun di dalam fikirannya masih terngiang akan kata-kata Latifa tadi! Yusuf tidak boleh jadi pengerusi di syarikat itu!


                                                                           **********


Selepas selesai menunaikan solat Isyak, Yusuf bangun lalu duduk di atas katil. Kopiah yang dipakainya ditanggalkan. Sunyi! Selalunya waktu begini dia akan berborak-borak dengan nenek di rumah mahupun di hospital. Wajib sebelum tidur!

Yusuf bangun. Dia berjalan menuju ke jendela. Kemudian dia tersenyum sendirian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 03:41 PM | Show all posts
idea..oh idea.. dimanakah kau bsmbunyi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 04:07 PM | Show all posts
momey posted on 17-12-2013 03:41 PM
idea..oh idea.. dimanakah kau bsmbunyi

ciput
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 04:14 PM | Show all posts
apa yg ciput, nayla?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 10:00 AM | Show all posts
Saif mengambil pakaiannya di atas permaidani lalu mengenakannya semula. Latifa yang hanya bertuala mandi itu keluar dari bilik air lalu mendapatkan Saif. Kemudian dia terus mencium bahu Saif.

“Thanks..” ucap Latifa manja.

Saif hanya tersenyum. Diambilnya sebatang rokok di dalam poket baju lalu dihidupkan. Tiba-tiba handphonenya berdering. Dipandangnya skrin handphone itu.

“Jap.” Saif berjalan dan berdiri agak sedikit jauh dari Latifa.

Dia menjawab panggilan itu.

“Hai sayang..”

“Tak payah nak bersayang-sayang sangat! I nak jumpa U” tegas Hasya.

“Rindu?”

“Please laa..Kita jumpa di Old Town sekarang!”

Hasya terus mematikan talian. Saif tersenyum.


                                                                **********


Yusuf mengenakan t-shirt putih dan seluar jeans. Lalu mengambil kunci kereta dan terus membuka pintu.

“Tengku nak ke mana?”

“Eh, Mak Esah. Ingat dah tidur. Saya nak keluar jap. Jangan lupa kunci pintu ni ya.” Kata Yusuf lalu keluar rumah dan menuju ke kereta.

“Nak ke mana lewat malam ni?” bisik hati Mak Esah lalu mengunci pintu rumah.

Yusuf menghidupkan enjin kereta. Dia berasa sunyi sangat malam tu. Langsung tidak boleh tidur! Dia membuat keputusan untuk bersiar-siar mengambil angin di kota raya malam itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2013 10:34 AM | Show all posts
Hampir 10 minit Hasya menunggu kedatangan Saif. Tinggal suku sahaja air jus oren yang dipesannya tadi.

“Tak datang, siap kau!” bisik hati Hasya.

“Sayang..” Saif cuba mengucup pipi Hasya namun Hasya sempat mengelak.

“Tak suka la macam ni!” Hasya menepis tangan Saif yang cuba memegang bahunya itu.

“Ok..Ok!”

Saif duduk bertentangan dengan Hasya.

“Ada apa nak jumpa I?” sambung Saif sambil mematahkan puntung rokoknya di atas meja.

“I nak U bayar balik hutang I.”

Saif terdiam.

“I perlukan duit. Please..”

“Kalau I tak nak bayar?” Saif mula mengugut.

“Please la, Saif! I dengan U dah tak ada apa-apa. Better U langsaikan semua hutang U tu!”

“Berape hutang I?”

“2 ribu!”

“U nak buat apa duit tu?”

“Apa hak U nak tahu? Bayar je lah!"

"Amboi, kasarnye!"

Saif terus bangun lalu beredar keluar dari Old Town itu. Hasya geram. Dia meletakkan sekeping duit rm5 diatas meja lalu keluar mengejar Saif.

“I nak balik duit I!” jerit Hasya tanpa mempedulikan orang sekeliling.

“U nak duit? Nak duit?” Saif berjalan menuju ke arah Hasya.

Saif semakin dekat menghampiri dirinya.

“Layan I malam ni. I kasi double kat U. Ada mau??” tanya Saif dengan nada perlahan.

Jantung Hasya berdegup laju. Hasya tersepit! Dia terpaksa minta hutangnya pada Saif kerana ayahnya di kampung sudah mula bising perlukan duit. Main judi!

Saif pernah berhutang dengan Hasya suatu ketika dahulu waktu Saif belum mendapat kad kredit dari ayahnya setelah pulang dari belajar.

Hasya dan Saif bertentang mata.

“Just one night!” kata Saif lagi lalu tersenyum.

Hasya telan air liur. Saif masih menunggu kata putus dari Hasya.

“U memang kejam kan?” Hasya masih mahu mempertahankan maruahnya.

“Terpulang.”

“I nak duit I balik!”

“Boleh tapi seperti yang I cakap tadi tu la..”

Terus Hasya menampar pipi Saif. Muka Saif kemerahan. Bertambah merah apabila dipandang pengunjung di Old Town itu.

“Pulangkan duit I balik!!” jerit Hasya yang sudah hilang sabar itu.

Saif geram. Dia terus menggenggam tudung Hasya dengan kuatnya. Hasya tersentap.

“Berani kau tampar aku erk?”

Hasya menahan sakit apabila tudungnya digenggam dengan kuat sekali.

“Maaf. Apa sedang berlaku ni?” tanya Yusuf yang tiba-tiba muncul.

Saif dan Hasya terkejut. Leraian genggaman tudung Hasya dilepaskan. Saif dan Yusuf berbalas pandangan.

“Kau nak ape?! Nak ape?!” Saif menolak badan Yusuf menyebabkan Yusuf sedikit teranjak ke belakang.

“Ini urusan aku dan kau tak perlu nak masuk campur!”

“Tak gentleman layan perempuan macam ni.”

Saif geram! Dia mula menggenggam penumbuk. Dia mula melayangkan penumbuknya ke arah Yusuf namun Yusuf sempat menggenggam penumbuk Saif lalu Yusuf dengan tangkas menumbuk kuat ke arah perut Saif.
Saif mengaduh! Terduduk dia buat seketika. Hasya memandang Yusuf. Di saat itu dia mula merasakan dirinya diselamatkan oleh Hero!

“Bangun!” arah Yusuf dengan tegas sambil menghulurkan tangan pada Saif.

Saif yang masih menahan sakit ditumbuk itu perlahan-lahan bangun sambil memandang tajam ke arah Yusuf. Kemudian dia memandang Hasya.

“Jaga kau!” kata Saif pada Hasya.

“Tak payah nak gertak dia! AKu ada sekarang ni, baik lepas amarah kau tu kat aku.” Balas Yusuf selamba.

Saif meludah ke jalan tar di hadapannya itu. Kemudian dia terus berjalan ke kereta dan terus memandu meninggalkan Hasya dan Yusuf.

Yusuf memandang Hasya dan Hasya membalas pandangan itu.

“Terima kasih..” ucap Hasya malu alah dengan Yusuf. Yelah, selama inikan dia selalu kenakan si Yusuf.

“Setakat tumbuk perut apalah sangat kan? Dah lewat malam ni. Elok rasanya awak balik sekarang.” Kata Yusuf sambil memandang jam di tangannya yang menunjukkan waktu hampir pukul 12 tengah malam itu.

Hasya mengangguk perlahan. Ya! Confirm lepas ni dia terhutang budi dengan Yusuf!

                                                                    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 12:34 PM | Show all posts
Sesampainya Saif di rumah, dia terus ke bilik tidur ayahnya. Berkali-kali pintu diketuk.

“Papa! Bukak pintu ni!!” jerit Saif sambil mengetuk pintu.

Beberapa minit kemudian, pintu bilik dibuka.

“Ada apa ni, Saif?” tanya Dato Jamaludin sambil mengenakan cermin mata.

“Sampai hati papa buat Saif macam ni!”

Dato Jamaludin mengerutkan dahinya.

“Kenapa papa lantik Yusuf bukannya Saif jadi pengerusi kat syarikat tu?!”

“Cuba cakap baik-baik dengan papa, Saif. Tak baik tengking macam tu” sampuk Datin Jane.

“Diam lah! AKu tak cakap dengan kau pun!”

Dato Jamaludin terus menampar Saif.

“Jangan kurang ajar, Saif!"

Saif memandang tajam ke arah Datin Jane.

“Papa, Saif nak papa pecat Yusuf” sambung Saif.

Dato Jamaludin diam.

“Kenapa papa sanggup buat Saif macam ni? Kenapa?!”

“Papa dah bagi peluang pada Saif sebelum ni. Saif je yang tak pernah nak berubah!”

Saif menumbuk pintu bilik ayahnya itu sekuat hati. Berdenyut 5 jarinya itu. Nak lepas marah kononnya!


                                                                          **********


Yusuf mengambil tempat duduk lalu duduk seorang diri. Pelayan datang sambil menunjukkan menu.

“Ermm saya nak mocha panas.. thanks.”

Pelayan itu berlalu pergi dan Yusuf kembali fikir akan Hasya.

“Tak boleh layan sangat perasaan ni..” bisik hati Yusuf lalu mengambil handphonenya dan terus main game ‘candy crush’.

“Assalammualaikum, bro” Yusuf tiba-tiba di sapa sambil bahunya dipegang.

Yusuf terus menoleh ke belakang.

“Waalaikummussalam. Ya, sahabat..apa khabar?”

Yusuf terus berpelukkan dengan Danial, rakan seperjuangan di Australia suatu ketika dahulu.

“Awal pula kau balik. Bukan kau pernah cakap tunggu wife kau habis study sana dulu ke?”

“Betul tapi aku terpaksa balik sini sebab nak uruskan wasiat arwah ayah aku. Ini pun aku balik sorang-sorang. Wife ngan anak aku ada kat sana.” Jelas Danial.

“Owh ok. Ni kau dah order makan ke belum?”

“Aku dah settle dah. Tu..aku datang dengan sepupu aku!”

“Laaa dah nak balik dah la ni?”

“Hahaha lebih kurang macam tu la. Nanti ada rezki kita jumpa lagi, insyaallah..”

Saif dan Danial berjabat tangan.

“AKu pergi dulu.”

“Ok. Take care!”

“Jap. Kau lepak sorang je ke?”

“Macam biasa lah! Macam la kau tak kenal aku hahaha” Yusuf sembunyi perasaan sunyinya itu.

“Jangan macam ni. Sunyi hidup sorang-sorang ..”

Yusuf hanya tersenyum. Dia sebenarnya ada sebab tersendiri kenapa sampai sekarang dia hidup sendirian!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 02:11 PM | Show all posts
Pada keesokkan paginya..

Lipstik dicalit ke bibir. Merah jambu warnanya! Hasya tersenyum. Kemudian dia mengambil kunci kereta lalu keluar rumah. Setelah pintu rumah dikunci, enjin kereta pula dihidupkan.

“Aik? Adoiii kereta ni dah buat hal balik!!”

Enjin keretanya tidak boleh dihidupkan. Hasya geram. Dia mengambil handbegnya lalu terus keluar berjalan ke perhentian bas.

“Asyik meragam je!! Adoiiiii!!” Hasya berleter sendirian di perhentian bas itu.

Sesekali dia memandang jam di tangan.

“Confirm kena bebel lagi dengan Puan Clarissa. Adoiiii..”

Hasya mula mengipas mukanya dengan sekeping kertas yang diambil di dalam handbegnya.

“Mana bas ni?? Nak kena maki juga bas ni kot!!!” Hasya mula hilang sabar.

Hasya berdiri. Terdongak-dongak memandang jauh mungkin akan nampak kelibat bas atau teksi.

“Nak call Raudhah ke tak erk? Kang ganggu dia plak..”

Tiba-tiba datang sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas itu. Beberapa orang disitu termasuk Hasya tunggu pemandu itu keluar. Cermin kereta agak sedikit gelap menyebabkan tidak boleh teka siapa pemandu itu.

“Tengku Yusuf?” Hasya terlopong!

“Tunggu siapa?” tanya Yusuf sambil membuka kacamata hitamnya.

“Err.. bas!”

“Bas lambat tu! Meh la naik kereta saya. Saya hantar”

Hasya terdiam. Malu pun ada!

“Cepatlah!” panggil Yusuf lalu masuk ke dalam kereta.


                                                                     **********


Semasa di dalam perjalanan..

Hasya diam. Menunggu Yusuf memulakan perbualan terlebih dahulu. Yusuf perasan! Beberapa saat dia cuba curi memandang Hasya.

“Diam je.”

Hasya tersenyum.

“Kereta rosak lagi ke?”

Hasya hanya mengangguk.

Yusuf ketawa. Hasya mula menaikkan kening kanannya menandakan dia hairan tiba-tiba Yusuf ketawa.

“Saya tak buat lawak pun."

“Hahaha..macam pelik bila awak diam aje.”

Hasya tertunduk.

“Saya nak minta maaf, Tengku..” Hasya bersuara lembut.

“Maaf? Kenapa pula ni?”

“Saya pernah gelar Tengku pembawa bala untuk saya.”

“Hahaha..tak kisah pun!”

“Ha? Tak kisah? Adoii makin pelik aku dengan perangai mamat ni” bisik hati Hasya.

“Saya dah kenal ramai perempuan. Macam-macam bangsa ada. Setakat awak panggil saya macam tu, tak hairan! Lagi teruk dari tu pun ada.” Terang Yusuf jujur.

“Maksud Tengku?”

“Panjang ceritanya. Eh, kita dah sampai ofis.”

“Alaaaaaa macam tak puas pula bersembang dengan mamat ni..hhuhu” bisik hati Hasya yang mula suka dengan sikap Yusuf itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2013 03:06 PM | Show all posts
Hasya dan Yusuf berjalan seiringan masuk ke dalam pejabat. Beberapa orang staff perempuan di situ ada yang mula iri hati termasuk Latifa.

Baru sahaja Hasya hendak berjalan ke tempat duduknya..

“Hasya, masuk bilik saya jap.” Panggil Yusuf lalu masuk ke dalam biliknya.

Hasya perasaan banyak mata yang sedang memandangnya. Soseh-soseh tak payah cakap la kan?

“Amboi! Datang ngan bos yeee..jeles I!” sakat Raudhah sambil mencubit manja lengan Hasya.

“Auuww sakit la!” Hasya mengambil buku notanya lalu berjalan masuk ke dalam bilik Yusuf.


                                                                      **********


Di dalam bilik Yusuf..

“Duduklah.” Pelawa Yusuf sambil mengambil sebuah buku rujukan di rak belakangnya.

Hasya duduk. Diam.

“Hasya, saya nak tanya awak ni. Tapi soalan ni di luar skop kerja kita”

“Ha? Adoii bikin suspen je mamat ni.” Bisik hati Hasya yang mula tidak keruan itu.

“Boleh tak saya tanya?” Yusuf mengulangi soalannya.

“Boleh. Tanyalah.”

Baru sahaja Yusuf hendak membuka mulut, pintu biliknya diketuk. Mereka berdua terkejut dan sama-sama memandang ke arah pintu.

“Kejap ye, Hasya. Masuk!” panggil Yusuf.

Latifa muncul! Muncul dengan membawa secawan kopi panas dan sebungkus nasi lemak. Yang baiknya, dia pakai seluar panjang hari ini! Yusuf tersenyum.

“Saya ada bawakan kopi dan nasi lemak.”

“Thanks, Cik Latifa. Letak aje kat meja kecil tu. Nanti saya makan.”

“Saya juga dah beri sebungkus nasi lemak pada pak cik tu” kata Latifa yang mahukan perhatian dari Yusuf itu.

“Owh! Bagus. Thanks..”

“Err.. Tengku nak apa-apa lagi?”

“Tak.”

“Er..”

“Kalau saya perlukan bantuan nanti, saya call.”

“Owh. Ok..”

Latifa sempat menjerling ke arah Hasya. Kemudian dia terus keluar.

“Hasya.”

Hasya terkejut. Terus dia pandang Yusuf.

“Ya, Tengku.”

“Awal kenal Saif?”

Hasya terdiam. Kenapa mesti muncul nama tu? Arghhh!!!

“Kenal.” Jawab Hasya ringkas.

“Boyfriend awak?”

“Bekas! Bekas boyfriend.”

“Owh..ok. Ermm..nah!” Yusuf menghulurkan 1 sampul kecil berwarna coklat.

“Apa ni?”

“Ambil lah”

Perlahan-lahan Hasya mengambil sampul kecil itu. Tebal dan berat!

“Boleh saya bukak?” tanya Hasya.

Yusuf mengangguk tanda mengizinkan.

“Duit?” Hasya terkejut.

“Ada dua ribu dalam sampul tu.”

“Tapi, Tengku..”

“Ambillah duit tu”

“Saya tak boleh ambil duit ni.”

“Kalau tak nak ambil, pinjam dulu duit saya ni. Nanti bayar sikit-sikit pun tak apa.”

“Saya tak faham.”

Tiba-tiba pintu bilik Yusuf dibuka tanpa sebarang ketukan. Yusuf dan Hasya terkejut langsung terus berdiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.070390 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list