|
Author |
Post time 23-12-2014 05:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
anno_miss posted on 20-12-2014 12:46 PM
Baca kisah TT, terimbau kenangan kt kolej dulu.
Alhamdullilah dpt roomate yg agak pndai dalam pa ...
Mungkin sebab selalu kena tinggal.alangkan rumah yang kena tinggal 3hari pun ada kemungkinan ada yang menyinggah. Inikan pula kena tinggal berminggu-minggu sepanjang cuti sem.
P/s teori tak bertauliah je ni.kalau salah minta ampun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 05:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambung lagi kisah di asrama. Tapi kali ni berkaitan mimpi jg.
Begini kisahnya..
Pada suatu hari,(baca dgn nada ala-ala aki dalam kartun pada zaman dahulu) aku cuba menyiapkan tugasan yang perlu dihantar. Penat juga rasanya memberi tumpuan kepada tugasan tu.
Tahu2 saja hari sudah larut apabila aku berjaya menyudahkan tugasan. Aku pun bersiap2 untuk beradu. Seperti hari2 yg lain aku tidur tanpa menutup lampu meja belajar.maklumlah,tidur seorang diri..gerun juga mahu tidur dalam gelap Last edited by IndahNian on 23-12-2014 05:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-12-2014 05:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sambungan..
Sedang aku antara lena dan nyata tiba2 aku rasa sukar bernafas. Badan juga tidak dapat ku gerakkan. Ini perkara biasa. Aku cuba menggerakkan mana2 anggota badan agar dapat terlepas dari cengkaman gangguan ditindih. Puas aku cuba membaca surah2 lazim atau ayat kursi.tapi lidahku kelu.betul2 kelu.aku cuba membaca di dalam hati ayatnya jadi tonggang terbalik.
Akhirnya aku dapat melafazkan kalimah Allah. Terus aku berjaya menggerakkan badan. Syukur..aku terus membaca al fatihah dan doa tidur untuk menyambung sesi tidur yang terganggu sebentar tadi.
Baru sahaja terlena terus aku bermimpi. Namun terasa seperti benar2 berlaku. Aku terlihat satu lembaga yang buruk wajahnya tetapi apabila aku cuba melihat wajahnya betul2 wajahnya menjadi kabur seperti diselubungi bayang2. Pakaiannya comot dan tidak terurus.
Makhluk itu bertinggung di hujung katilku bertentangan dengan pintu masuk. Entah dari mana datang satu bisikkan memberitahu itu pontianak. Aduh..debar dadaku sekuat gegaran speaker konsert double trouble. Sudah tentu aku tidak dapat lari kerana makhluk itu ada di depan pintu..sudahlah aku bersendirian. Aku amat cemas dalam mimpi itu dan dalam keadaan cemas itu aku tersedar dari tidur.
Tersedar sahaja dari mimpi itu aku terus memasang semua lampu dalam bilik. Lantas aku mencapai telefon dan berbual dengan kekasih hati sehingga reda debar di dada. Sampai ke subuh aku tidak dapat tidur. Esoknya aku tidur sambil memasang filem di laptop. Bukan apa,buat penghilang sunyi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu..mmg lelama tinggal bilik/rumah ade yg mungkin nyinggah. Tu yg baru2 blik kolej baca yasin n pasang kaset ngaji manjang.
Teori kami dulu la cara nk bgitau yg menyinggah yg tuan rumah dh blik.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|