Muzium Losong atau Muzium Negeri Terengganu - negeri kelahiran sy 
Muzium terbesar di Asia Tenggara, dengan senibina kompleks muzium yang bercirikan bangunan rumah lama, bertingkat-tingkat.
Asalnya ia dibina oleh sebab peristiwa penemuan Batu Bersurat. Oleh kerana ketiadaan tempat yang sesuai untuk menyimpannya, Paduka Sultan telah membawa batu berkenaan ke Singapura dan hanya dibenarkan untuk membawanya pulang ke Terengganu pada bila-bila masa dengan syarat telah ada tempat yang sesuai untuk disimpan dan tatapan rakyat jelata.
Lalu pihak negeri Terengganu rasa tercabar dan bermesyuarat, maka tertubuhlah muzium ini.
Orang-orang tua cakap dahulunya lokasi asal muzium ini adalah di satu tempat lain. Tapi apabila pihak kerajaan negeri menemui
satu tapak yang lebih sesuai dan luas juga berhampiran dengan sungai, lalu berpindahlah ia ke lokasi sekarang.
Tengok dari luar memang agak menyeramkan, apatah lagi didalamnya. 
Pada sy, setiap muzium ada cerita nya tersendiri. Tempat barang-barang peninggalan berkurun lama disimpan, tidak mustahil bagi jin/syaitan untuk menghuninya.
|