CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Gambar terkini TS Jins Shamsuddin jadi viral

[Copy link]
Post time 2-2-2015 01:02 PM | Show all posts
Katanya minum kopi boleh mengelakkan penyakit nyanyuk ni.. Beza Jins ngan Tun M l/k 10 tahun. Satu lagi penyakit nyanyuk ada kaitan dengan keturunan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 01:26 PM | Show all posts
mak_wa95 replied at 2-2-2015 05:32 AM
dah tua memang mcm tu...
orang umor 80 ada lagi ke yang gemuk..
orang yang dah berumor 80lebih tgk ...

aziz sattar menten berisi dan sihat masa dia umur 80an... kematian dia pun mengejutkan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pnh org gtaw aku, kalo taknk nyanyuk amalkn baca Al Quran slps solat or di masa terluang..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
danialmikhail replied at 2-2-2015 11:07 AM
maaf kalau salah info tp katanya tun m banyak mkn supplemen dan ada amik ubat ubatan juga sbb tu m ...

Yup....Tun byk ambik supplement....kebanyskn dari obersea....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:01 PM | Show all posts
Semoga keluarga beliau terus diberi ketabahan menjaganya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:36 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 2-2-2015 12:17 PM
wahhhh...alhamdulillah...syukur
apa rahsia tok ko ek?
tok kita 87 tahun ni
masih boleh berkebun skit2
aktif kesana sini
cuma cam biasa orang tua
malam2 sakit sendi itu ini

yang pasti atok sangat2 rajin membaca
dan membaca komen2 kat sini ada yang bgtau untuk mengelak penyakit ni
banyak kan membaca Al-Quran
walaupun atok bukan muslim
tapi rasa nya "rajin membaca" tu memang salah satu rahsia

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2015 02:49 PM | Show all posts
Tan Sri JS tak silap die pkai plate number 'B6' kt kereta CLK dia.. baru2 ni i nampak plate B6 tersebut hendak dijual..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 02:57 PM | Show all posts
Doakan yg terbaik utk beliau, moga keluarganya
tabah dan sabar menghadapi ujian Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 03:19 PM | Show all posts
sean connery malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 03:28 PM | Show all posts
Jins Shamsuddin

Tan Sri Jins Shamsuddin (lahir 5 November 1935) merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun '50-an dan '70-an.

Dilahirkan sebagai Mohamed Zain Shamsuddin di Taiping, Perak, nama Senator Tan Sri Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Shamsuddin melanjutkan pengajian dalam bidang perfileman di London Film School dari 1970 hingga 1972 dan dianugerahkan Diploma dalam Teknologi Filem (Motion Picture Technology) dengan Kepujian Kelas Pertama.

Sejak 1956, Jins mula melibatkan diri dalam 40 filem :

mendukung watak utama dalam pementasan drama "Mencari Kedamaian";
menjadi watak utama filem arahan P. Ramlee, "Pancha Delima" (1957);
memegang watak utama sebagai ejen perisik Jefri Zain dalam siri filem Hong Kong ala James Bond.
Pembabitan beliau dalam bidang seni bermula apabila menjalani uji bakat yang diadakan oleh P. Ramlee, di mana beliau diterima sebagai pelakon tambahan. Dari pelakon tambahan, beliau sedikit demi sedikit menimba pengetahuan dari P. Ramlee . P.Ramlee amat sukar untuk menerima tawaran belakon daripada pengarah-pengarah yang lain. Tetapi penghormatan ini telah diberikan kepada Jins Shamsuddin untuk berlakon di dalam filem 'Bukan Salah Ibu Mengandung.'

Shamsuddin berkahwin dengan Puan Sri Halijah Abdullah dan dikurniakan dua orang anak lelaki, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.

Isteri beliau yang pertama ia-lah artis Shaw Bros. yang terkenal, Rahmah Rahmat dan mendapat seorang anak yang bernama Jeffri Zain .


Pada Februari 2011 Jins Shamsuddin telah disahkan mengalami Alzheimer.



Kelahiran       

Mohamed Zain bin Shamsuddin
5 November 1935 (79 tahun)
Taiping, Negeri Perak Perak, Malaysia Malaysia

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 03:39 PM | Show all posts
kurus sgt dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2015 04:34 PM | Show all posts
Isteri terkilan penyebaran gambar Jins Shamsuddin


KUALA LUMPUR - Gara-gara penyebaran sekeping gambar yang menunjukkan Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin dalam kelihatan uzur dan seperti tidak terurus, isteri beliau, Puan Seri Halijah Abdullah, meluahkan rasa terkilan kerana gambar tersebut menimbulkan persepsi tidak baik tentang keadaan sebenar bekas Ahli Dewan Negara tersebut.

Sebaliknya kata Halijah, 54, suaminya itu berada dalam keadaan yang sihat walaupun tubuh beliau mengalami penurunan berat badan yang ketara.

Beliau juga tidak menyangka gambar tersebut akan disebarkan kerana pihak berkenaan sudah berjanji bahawa rakaman itu dibuat untuk simpanan peribadi sahaja.

“Beberapa hari lalu, ada pemberita datang menziarah dan membuat temu bual tentang Jins. Kebetulan pula di rumah, memang saya pakaikan suami dengan singlet dan kain pelikat sahaja memandangkan cuaca yang panas. Anak-anak juga tidak membenarkan mereka memgambil gambar.

“Mulanya saya geram apabila gambar tersebut disiarkan juga walaupun mereka berjanji ia hanya untuk simpanan peribadi, tetapi semuanya sudah diperjelaskan. Keadaan suami saya macam biasa sahaja. Dia sihat dan terima kasih atas keprihatinan semua,” jelas Halijah sewaktu dihubungi KOSMO!

Menurut Halijah juga, selepas gambar menunjukkan Jins yang hanya memakai singlet dan berkain pelikat itu disebarkan malam tadi, kediamannya yang terletak di Hulu Klang tidak berhenti menerima kunjungan media, rakan-rakan serta organisasi bukan kerajaan (NGO) yang mahu melihat sendiri keadaan suaminya.

“Semua terkawal dan saya sebenarnya terharu dengan keprihatinan semua orang terhadap suami. Saya juga dimaklumkan bahawa Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Shabery Cheek akan datang melawat pada hari Khamis nanti,” beritahu Halijah.

Jins atau Mohamed Zain Shamsuddin, 80, menghidap penyakit Alzheimer sejak empat tahun lalu dan kini dijaga sepenuhnya oleh isteri di rumah mereka di Hulu Klang, Selangor.

Pembabitan Jins dalam bidang perfileman bermula sejak tahun 1950-an di Singapura. Terkenal menerusi lebih 40 buah filem lakonannya termasuk Si Tanggang, Lu Balang Daik, Pancha Delima, Amuk Tuk Nading dan Gerak Kilat, Jins turut dikenali pengarah hebat dengan judul-judul seperti Bukit Kepong, Ali Setan dan siri filem ‘esok’ seperti Menanti Hari Esok, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu dan Esok Untuk Siapa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:15 PM | Show all posts
jazaa replied at 2-2-2015 07:26 AM
Kena selalu baca Al-quran masa sihat, insyaAllah tak nyanyuk.....

yup, digalakkan banyak membaca, exercise dan buat aktiviti spt berkebun ke, mengait ke... supaya otak kita sentiasa aktif katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:18 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 2-2-2015 12:14 PM
mak saya....dh hampir2 lupa
soalan yg sama, byk kali tanya...

bertabahlah iznanaziz... kena byk bersabar layan ahli korga yg sakit mcm nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:18 PM | Show all posts
highcastle replied at 2-2-2015 01:02 PM
Katanya minum kopi boleh mengelakkan penyakit nyanyuk ni.. Beza Jins ngan Tun M l/k 10 tahun. Satu l ...

mengikut doktor psikiatri yg rawat ayah aku dulu.mmg ada kaitan ngan keturunan.sapa yg ada kemurungan pun ada potensi besar dapat penyakit alzheimer
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:20 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 2-2-2015 01:26 PM
aziz sattar menten berisi dan sihat masa dia umur 80an... kematian dia pun mengejutkan

aziz satar ni memang kecik dari muda...rasanya mcm tu je dia..
mgkin sbb hidup dia happy..xstress sgt,xberdendam dgn orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2015 06:24 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 2-2-2015 12:17 PM
wahhhh...alhamdulillah...syukur
apa rahsia tok ko ek?

Aku tak tanya pulak. Tapi jangan jadikan umur sebagai alasan dah tua. Otak mesti sentiasa active dan jangan tidur kan otak sebagai alasan faktor umur.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:26 PM | Show all posts
Suchi replied at 2-2-2015 12:47 PM
kan..iols pun tanak smpai jd gituh
kalo xde yg nak jaga mau dicampak je sana sini.
arwah mak io ...

so sorry to hear that... salam takziah buat korga sis suchi
itu lah... seboleh2nya ai takmo di penghujung usia jadi 'org lain'. kesian dgn ahli keluarga yg terpaksa layan peel kita. mana tau bila org dah tak larat nak jaga, dibuangnya kita ke mana entah. tapi kalo dah ditakdirkan nyanyuk jugak, apa bole buat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 06:58 PM | Show all posts
cepatlaaa perkembangan biogenetik utk cipta organ artifial, aku nak beli ni
takut jadi mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2015 07:28 PM | Show all posts
Kesian dan takut sikit tengoknye, hope uncle is fine
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.143431 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list