|
VACCINE dan ANTI-VACCINE: Betul kah persepsi anda?
[Copy link]
|
|
ada banyak input2 dari sudut islamic yang menyatakan bahawa vaccines adalah harus atau sunat. Malah sy kira, dalam keadaan tertentu,bboleh masuk hukum wajib mungkin. tetapi, sy juga berpendapat bahawa tetap ada points dan ada kebenarannya, hujah2 dari mereka yang enggan untuk terima vaccine
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 7-3-2021 01:39 AM
ada banyak input2 dari sudut islamic yang menyatakan bahawa vaccines adalah harus atau sunat. Mala ...
Sohai laksa & Zul Yahya...antara antivaks...huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
99,616 sudah terima vaksin COVID-19[size=0.82]Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
March 5, 2021 @ 10:47am
Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Jumlah penerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Malaysia kini menghampiri 100,000 orang, setakat semalam.
Data daripada Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham di Facebook, hari ini menunjukkan sejumlah 99,616 penerima dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima vaksin berkenaan.
[color=currentcolor !important]
Jumlah itu berjaya dicapai hanya dalam tempoh sembilan hari sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilancarkan pada 24 Februari lalu, apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin berkenaan.
Data agihan vaksin mengikut negeri itu menunjukkan individu di Sarawak paling ramai menerima vaksin itu setakat ini dengan 14,134 dos, disusuli Kuala Lumpur (10,970) dan Kelantan (10,941).
Perak pula sudah memberikan 8,844 dos vaksin Pfizer-BioNTech, selain Pahang (8,546), Johor (8,470), Selangor (6,483), Kedah (5,171) dan Terengganu (4,570).
Selain itu, Negeri Sembilan sudah memberikan 4,332 dos vaksin, manakala Pulau Pinang dengan 4,034, Melaka (3,740), Sabah (3,492), Putrajaya (2,054), Labuan (1,939) dan Perlis (1,896).
Malaysia kini berada dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, yang menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan, antara hujung Februari hinga April depan.
Fasa 2 imunisasi, yang bakal membabitkan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac, dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk kira-kira 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan golongan berisiko tinggi.
Fasa 3 pula akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan dan disasarkan untuk sekitar 13.7 juta penduduk di Malaysia berumur 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sy faham pendapat mereka dan sy terima pendapat mereka
pendapat sy ialah menerima vaccination.. tetapi ini pendapat yg tentu berbeza dari org lain
|
|
|
|
|
|
|
|
100,000 dah for pfizer?
wow laju jah
|
|
|
|
|
|
|
|
To each, its own...nunggu vaksin fasa 3...fasa 1 dah nak.selesai
|
|
|
|
|
|
|
|
Harus...x sabo nak kena cucuk ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramadhan pun boleh
Suntikan vaksin Covid-19 tidak batalkan puasa
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... idak-batalkan-puasa
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Mac 2021 @ 3:01 PM
Nor Fazlina Abdul Rahim
[email protected]
PETUGAS kesihatan menyediakan vaksin untuk disuntikan kepada kakitangan perubatan Hospital swasta pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal. FOTO Aswadi Alias
Kota Bharu: Orang ramai diminta tidak gusar atau bimbang untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 sepanjang Ramadan, kerana ia tidak membatalkan puasa.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana suntikan tidak membatalkan ibadah puasa kerana ia tidak membabitkan rongga terbuka.
Malah katanya, ujian swab yang dilakukan di hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.
"Saya akui mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan. Namun saya ingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa seseorang.
"Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, berkata kesemua individu berkenaan terdiri daripada pasukan barisan hadapan.
Katanya, sehingga kini proses suntikan masih membabitkan pasukan barisan hadapan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
latest...
Sabah, Kelantan paling rendah daftar sebagai penerima vaksin Covid-19
Oleh FAZLI RADZIMarch 21, 2021 11:37 pm 0
Penduduk di Sabah dan Kelantan adalah yang paling rendah mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 menerusi MySejahtera.
Mengikut data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini, hanya 9.4 peratus atau 274,438 daripada jumlah keseluruhan penduduk Sabah mendaftar sebagai penerima vaksin.
Sejak pendaftaran dibuka pada 23 Februari lalu juga, Kelantan mencatatkan 13.1 peratus atau 161,627 penduduk yang berbuat demikian.
Putrajaya pula kekal tertinggi dengan 74.3 peratus atau 42,291 daripada jumlah keseluruhan penduduknya sudah mendaftar sebagai penerima vaksin.
Rekod tersebut disusuli Kuala Lumpur (36.6 peratus/541,489), Selangor (36.2 peratus/1,752,233) dan Pulau Pinang (31.7 peratus/439,427).
Selain itu, Negeri Sembilan (29.2 peratus/247,803), Labuan (28.3 peratus/20,507), Melaka (27.4 peratus/191,823), Johor (27.3 peratus/775,342), Sarawak (23 peratus/475,788) dan Perak (22 peratus/424,758).
Perlis pula mencatatkan 20.4 peratus (38,425) diikuti Kedah (19.4 peratus/309,921), Pahang (19.2 peratus/236,414) dan Terengganu (18.1 peratus/152,322).
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyasarkan untuk memvaksin kira-kira 80 peratus populasi Malaysia berusia 18 tahun ke atas menjelang suku pertama tahun depan, bagi mencapai imuniti kelompok terhadap Covid-19.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kena vx sektor ni
Institusi pendidikan, sekolah catat peningkatan kluster Covid-19
https://www.malaysiakini.com/news/571883
Diterbitkan 23 Apr 2021, 3:35 pm
Sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub kategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan (KPM) telah dikesan dari 1 Jan hingga 20 April lepas.
Berdasarkan infografik disiar di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), kluster melibatkan institusi pendidikan merekodkan peningkatan sekali ganda daripada enam kepada 12 kluster dalam tempoh tujuh hari pada minggu lepas.
Berikutan itu sejumlah sekolah di beberapa buah negeri diarah tutup bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidik.
Pada 18 April, semua sekolah dan institusi pendidikan yang berada di tujuh jajahan di Kelantan di arah tutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu hingga 24 April.
Seterusnya pada 20 April, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang diarah tutup berikutan kes Covid-19 di sekolah itu dan dijangka dibuka semula pada 26 April.
Pada hari sama, sebanyak 19 sekolah di Selangor turut ditutup melibatkan 11 sekolah menengah, enam sekolah rendah, satu sekolah menengah agama dan satu sekolah jenis kebangsaan berikutan kemunculan kluster pandemik Covid-19.
Turut diarah berbuat demikian pada tarikh berkenaan, dua buah sekolah di Johor Bahru, Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 3 dan Sekolah Kebangsaan Taman Daya.
Pada 21 April, bilangan sekolah yang terpaksa ditutup di Johor meningkat sebanyak 27 sekolah setelah merekodkan kes positif Covid-19 dalam kalangan petugas, murid serta pelajarnya membabitkan 10 sekolah agama dan 17 lagi adalah sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan.
Hari ini, enam buah sekolah lagi di Johor ditutup bagi memberi laluan pengesanan aktif dan operasi sanitasi susulan kes Covid-19 sejak semalam, menjadikan jumlah sekolah terlibat di negeri itu meningkat kepada 33 buah berbanding 27 sekolah dua hari lepas.
Untuk rekod, sekolah menengah mula dibuka semula pada 4 April melibatkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B memulakan persekolahan pada 5 April.
Murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua pula dibenarkan ke sekolah rendah bermula 1 Mac, manakala murid Tahun Tiga hingga Enam hadir ke sekolah mulai 8 Mac lepas.
- Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kumpulan antivaksin merusuh dengan polis di London
https://www.utusan.com.my/luar-n ... an-polis-di-london/
Oleh Adlinahani Binti Khalil
30 Mei 2021, 11:00 am
LONDON: Ratusan golongan antivaksin menyerbu sebuah pusat beli-belah di London Barat sebelum bertempur dengan pasukan keselamatan.
Lapor Metro, kumpulan penunjuk perasaan itu berkumpul di Dataran Parlimen untuk membantah penggunaan vaksin Covid-19 serta peraturan sekatan yang dilakukan untuk mencegah penularan jangkitan koronavirus.
Kemudian, kumpulan tersebut berarak ke pusat beli-belah Westfield di Sherpherds Bush.
Beberapa imej dan video yang dikongsi dalam media sosial menunjukkan ratusan penunjuk perasaan merusuh dan cuba memasuki pusat beli-belah tersebut.
Ada dalam kalangan mereka menyalakan suar selepas menyerbu pusat beli-belah berkenaan, manakala selebihnya melaungkan slogan kebebasan.
Beberapa saksi mendakwa sejumlah premis perniagaan di dalam pusat beli-belah itu ditutup dan para pekerja mendapatkan perlindungan.
Selepas seketika, polis berjaya mengawal keadaan dan menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa jam sebelum itu, ribuan penduduk yang merupakan antivaksin berkumpul di tengah London untuk menyuarakan bantahan mengenai penggunaan vaksin.
Malah, sebuah bus turut digunakan penunjuk perasaan untuk menyebarkan teori kosnpirasi mereka mengenai ‘pandemik Covid-19 tidak benar’ dan ‘kebenaran akan muncul’.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
eh kat chinatown semlm mkn2.. penuh org
demonstration tu kat Sheperd's Bush
minggu lepas mmg plan nak ke Westfield tu la, sbb ada member keje kat hammersmith's hospital tu; ingat nk jumpa kat White City tube station dan mkn kat westfield.. tak jadi, so postponed to 30th.. tapi 30th sy dinner dgn kawan lain, so tak jadi lah. if not sy ambik vids demo tu letak sini koh koh
|
|
|
|
|
|
|
|
dah dapat kan?
hati2 bila gi pusat vaccination..jaga SOP
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 31-5-2021 11:33 PM
eh kat chinatown semlm mkn2.. penuh org
demonstration tu kat Sheperd's Bush
minggu lepas mmg pla ...
Wah...awak tu yg patut hati2...rayau sana sini...ke ikut join demo gak tu...cepat ngaku...
Vaksin dah jadi lubuk income kan |
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 31-5-2021 11:46 PM
dah dapat kan?
hati2 bila gi pusat vaccination..jaga SOP
Kakak le yg dapat tarikh...saya diminta jadi hermit, mentekedarah semekut raya kat rumah ni...kwang3x... |
|
|
|
|
|
|
|
Covid: Zero daily deaths announced in UK for first timeThe latest figures also reported another 3,165 new cases, compared with 3,383 on Monday and 2,493 one week ago.
It comes amid concern over a recent small rise in cases linked to the variant first identified in India.
Reports of daily deaths are often lower at weekends and at the start of the week.
This is because less counting takes place while statisticians are off - and adding in the bank holiday weekend will make this figure less certain still.
Any deaths that happen on Tuesday will be reported in days to come.
It is a blessed relief for the government to announce no deaths in their daily figures for the first time since the pandemic got going.
There are always ifs and buts.
Today's deaths tell us what was happening with infections a month ago and, right now, it looks like the virus is on the rise again from its current low base.
And the daily count isn't a perfect picture: some people who died over the bank holiday may have their passing reported on Wednesday.
In fact, according to the UK's current definition, deaths within four weeks of a positive test, there was a day with no reportable deaths last summer - on 30 July.
But the government did announce some deaths on that day as they were using a different definition at the time.
The pandemic is far from over, but this is a unique day in its history to date.
We can celebrate it and hope that we'll see more like it in the near future.
https://www.bbc.com/news/uk
|
|
|
|
|
|
|
|
The number of people infected with coronavirus in the UK has risen by as much as two-thirds, the Office for National Statistics (ONS) says.
It estimates that around 100,000 people tested positive in the week to 29 May, or one in 660 people - up from 60,000 the previous week.
A growing proportion looked like they were the Delta variant, first detected in India, the ONS said.
Infections were rising most steeply in England and Wales.
A further 6,278 confirmed cases in the UK were announced by the government in official figures on Friday, with 954 people in hospital with Covid and 11 deaths recorded.
Paul Hunter, a professor of medicine at the University of East Anglia, said: "With the information available it is too early to say for certain whether the Delta variant does indeed cause more severe disease needing hospitalisation or not.
"What we can be confident about with available data is that if you have had one or preferably two doses of vaccine you are rather less likely to catch either Alpha or Delta variants, and even if you do become infected you are less likely to need hospital admission."
The virus's reproduction or R number - an estimate of how many extra infections each coronavirus case will lead to - is between 1 and 1.2 in England, meaning for every 10 people infected, another 10 to 12 more will catch the virus. BBC
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
*Hampir 1.13 juta individu terima dua dos*
Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
June 6, 2021 @ 1:31pm
KUALA LUMPUR: Lebih 3.4 juta dos vaksin COVID-19 sudah diagihkan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam, dengan kapasiti 72,480 dos vaksin sehari.
Daripada jumlah itu, lebih 9.7 peratus daripada 24.3 juta individu berusia 18 tahun ke atas di negara ini, sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sejumlah 3,493,193 dos vaksin diberikan sejak PICK bermula 24 Februari lalu, dengan 2,364,455 individu sudah menerima satu dos vaksin.
Baki seramai 1,128,738 individu pula sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19, bersamaan kira-kira 4.6 peratus daripada jumlah individu yang disasarkan untuk mencapai imuniti kelompok terhadap wabak itu.
"Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 5 Jun 2021 ialah 3,493,193 dos. (peningkatan 72,480 pada 5 Jun).
"Jumlah yang menerima dos pertama ialah 2,364,455 orang. Daripada jumlah itu, 1,128,738 orang juga telah terima dos kedua," katanya menerusi Twitter, hari ini.
Berdasarkan data dikongsi Dr Adham, Kuala Lumpur mendahului pemberian dos pertama dengan 397,752, disusuli Selangor (347,114), Sarawak (219,857), Johor (215,762), Perak (192,738), Sabah (171,725), Kedah (154,556), Kelantan (115,698) dan negeri lain.
Selangor pula mendahului pemberian dos kedua dengan 145,970 dos, disusuli Sarawak (119,306), Perak (105,525), Kuala Lumpur (101,821), Johor (98,276), Pahang (80,011), Pulau Pinang (73,681), Kedah (70,394) dan negeri lain.
Sementara itu, Dr Adham memaklumkan, pendaftaran penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera kini merekodkan seramai 12,683,764 individu atau 52.3 peratus daripada 24.3 juta individu yang disasarkan menerima vaksin COVID-19.
Daripada jumlah itu, lebih 3.35 juta individu adalah di Selangor, 1.05 juta di Kuala Lumpur, 1.57 juta di Johor, 1.25 juta di Sarawak dan selebihnya di negeri lain
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak ramai ni
malah, boleh dikira ciput la
sy agak, overall nya, org kita yang terima vaccine adalah rendah
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 6-6-2021 10:00 PM
tak ramai ni
malah, boleh dikira ciput la
sy agak, overall nya, org kita yang terima vaccine ada ...
Pembahagian entah hape2 dah...ramai yg tertunggu2...sibuk cam lelong pula vx ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|