|
[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16
[Copy link]
|
|
kalu rumah itu berpenghuni dan penghuninya adalah manusia, aku rasa besar kemungkinan bunyi-bunyian yang terhasil itu mybe dari manusia itu sendiri.
Tapi kalau memang sah-sah rumah tu kosong takdak sape-sape menetap di sana but still rumah itu seakan 'berpenghuni', yang ini memang wajar untuk kita ragui sapekah, apekah, kenapakah ada bunyi2an seumpama itu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok..yang ni aku just copy paste cerita yang aku penah menempek di terid orang..
Dulu kelas master aku banyak waktu petang dan akan habis lewat malam, dalam pukul 10 gitu.
Student master, mostly dah bekerja dan ada kereta sendiri.
yang aku ni pulak, satu-satunya student yang lepas degree terus sambung master..so what do you expect dari budak muda yang belum bekerja. Nak pakai kereta sendiri? Silalah sedar diri.
Untung jugak ada motor honda cabuk milik abang aku tu, dapatlah aku merempit dari fuu balik ke taman tenaga.
So nak cerita di sini, memang tiap-tiap malam yang ada kelas aku akan balik lewat naik motor sorang-sorang dari FUU ke taman tenaga. Sekali ingat balik aku rasa tak caye jerk aku sebegitu berani jadik minah rempit..
Zaman aku tu, kalau nak ke taman tenaga dari ukm kene lalu jalan yang kona skit, sebelah kanannya kubur. Now dah tutup pun jalan tu selepas jalan lepas komuter tu diperbesar dan diluruskan. Tapi time aku belajar dulu sempatlah merasa lalu kubur tu sekejap tiap kali balik kuliah.
Nak jadi cerita, satu malam nan sunyi, aku seperti biasalah abeh kelas terus tuju ke motor parking yang terletak sebelah jer dengan main entrance fuu. Tapi sebab dah takde orang (yelah orang lain bawak keta, aku sorang jerk bawak motor), rasa sunyi seram tu memang takleh nak elak. Malas nak layan sangat rasa tu, aku terus pakai windbreaker laju-laju, sarung helmet, start enjin. Sekali start, tak idup. Dah sudah..kenapa pulak motor ni..? Tak penah-penah dia meragam, minyak pun penuh lagi. Dua tiga kali start pun tak hidup-hidup jugak. Aku dah mula cuak. Mana pulak aku nak cekau orang nak minta tolong ni??
Tengah kalut-kalut + cuak, sekilas dari ekor mata aku perasan macam ada susuk badan manusia di hujung sebelah sana yang gelap, dalam keadaan membelakangkan aku. Terfikir jugak aku sapa pulak dalam gelap-gelap tu..buat apa kat situ..bukan ada motor or kereta pun kat situ.. Tetiba jerk ada orang..pelik jugak..
Tapi dalam hati sedikit rasa ceria sebab ada orang, so bolehla minta tolong dia tengok-tengokkan motor aku ni.
Baru jerk aku nak turun dari motor..ingat nak panggil orang tu lah..tiba-tiba..aikkkk..ilang dah?? Laju betul orang tu jalan..!
Tak semena-mena, motor aku yang tadinya degil tak nak hidup, dengan sekali tunjalan jerk terus mengaum kuat. Haaaa idup pun ko..legaaa!
Tak tunggu lama, masuk gear terus jalan. Berdesup aku press minyak. Dalam hati takde fikir lain selain nak sampai bawah dengan cepat. Yelah dah pukul 10 lebih malam, nak redah 'highway' fuu yang konar-konar, dengan lampu jalan seketul jerk lepas tu gelap gelita dah..sorang-sorang pulak tu..lagi ada hati nak makan angin?
Memang aku tak pandang kiri kanan la time merempit. Side mirror pun tak berani nak kerling. Mata just fokus depan jerk in case ada makhluk oink oink kaler itam melintas tetengah malam buta. Sebab dah ada senior yang tertonggeng berlipat gara-gara merempuh hamba Allah yang seketul tu. Siap arwah lagi bendealah tu. Senior aku tu pulak, ape lagi ke dalam wad la kesudahannya.
Lepas jerk kejut dengan ftsm, barulah boleh tarik napas lega dan kelajuan pun boleh diturunkan....
Sambil tu otak aku dok rewind balik kejadian sebentar tadi. Sape pulak manusia yang dalam gelap tu. Out of nowhere tetiba muncul lepas tu ilang. Memang otak blur aku takleh nak digest sapa dan apa..Sebab dalam diri aku yang sentiasa bersangka baik ni..owh maybe pak guard kot..owh maybe student kot..
Tengah layan pertanyaan dalam diri, baru terperasan yang motor aku dah nak hampir sampai ke kawasan kubur. Ok hormon cuak mula menguasai diri semula. Tadi baru nak lega. Ni up lah kembali. Dengan keadaan malam yang sunyi, kenderaan pun takde malam tu..makin bertambahlah kengerian aku. Rasa macam jauhnya perjalanan aku nak sampai ke rumah time tu.
Sampai jerk kat situ, tetiba pulak motor aku ni macam tersedut-sedut. Ala-ala pegi tak pegi, idup dengan nak mati tu sama banyak. Puas aku pulas tombol sampai rapat, tapi motor rasa tak pegi. Berat. Slow gila. Padahal kemain laju aku memecut tadi.
Dalam hati punyala berdoa, janganlah motor ni mati tengah-tengah kubur ni. Dengan hari yang dah lewat malam, dengan takde barang seketul pun kereta or motor lalu situ kala tu. Aku jugak yang mati kalu!
Berkumat kamitlah aku membaca apa yang patut. Ayat Kursi, tiga Qul, selawat..dan mana-mana ayat yang aku ingatlah abeh aku baca. Dalam pada motor rasa berat yang amat tu, berjaya jua aku melepasi kawasan kubur tu dengan selamatnya, tanpa ada sebarang penampakan or penjelmaan. Yang terasa hanyalah bulu-bulu roma yang meremang di samping sapaan angin malam yang menyejukkan...
Sampai jer rumah, terus aku masuk toilet, mandi dan solat. Lepas solat terus baring. Harapannya nak lelapkan mata sebab badan dah letih. Letih start motor payah nak hidup dengan letih bawak motor yang tetiba jadik berat.
Tapi lama jugak mata aku dok terbuntang celik pandang siling sambil otak still tak boleh lupa apa yang aku nampak dan alami sebelumnya. Entah pukul berapa aku terlelap aku pun tak sedar. Tahu-tahu jam dah berbunyi esoknya...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hi Qarin..baru nak seru..dh sampai ye..
Sila-sila..kot ada cerita yang dishare..teramatlah dialu-alukan...
|
|
|
|
|
|
|
|
sembur pakai ape..? air neskepe?
|
|
|
|
|
|
|
|
air liur jaa...tak sempat nak bancuh neskepe...
sebab tu mujarab dan menjadik
baideway....aku bleh imagine berapa punya lama ko memacu motormu itu...
fuu tu nak sampai ke kejut yang paling dekat pun jauh kot...
aku ex ukm jugak...sebagai student pejalan kaki dan penumpang bas mini ukm secara tegar..
aku cuma penah sampai fuu sebab naik bas mini tuh sekali jek..tak ingat plak macam mana aku bleh naik bas yang trip nya ke fuu..
jauh kot macam nak naik cameron highland gaya jalannya..
memang ngeri la kalo memalam lalu kat situ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ceshhhh..patutlaa..hahaaa..
Wahhhh tak sangka jumpa 'orang kampung' dalam ni...
Memang jalan situlah satu-satunya highway yang ada dalam ukm.
dengan utan simpannya, memang nampak betul-betul hujung dunia fuu.
Aku penah la jalan kaki ikut tasik kejut tu ke fuu..sambil menikmati panorama alam nan indah..
Selain fuu, tasik kejut dgn fakulti pendidikan pun bule tahan kerasnya..
Kot ko ada cerita, share lah sini..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ala...aku takde pengalaman seram seriau ni...kalau pengalaman menakutkan diri sendiri tuh banyakla hehe
paling seram aku penah kena tengking ngan mat motor hamjad mana sebab melintas jalan malam2 sambil bergelak ketawa..
aku agakla mungkin dia ingat aku dan geng adalah entiti kot..tu yang dia tengking tak memasal
fakulti pendidikan tu aku punya fakulti..tapi aku takde banyak lecture kat situ...banyak tumpang fakulti lain...
fakulti maths, fakulti it...penah jugak bejalan kaki dari fakulti it lepas abis lecture malam-malam..
memang takut tapi ada kawan aku teman aku jalan sampai sanggup heret motor dia..
lagi satu pengalaman ala2 ngeri...tengah tunggu bas mini ukm tu kat bus stop fskk...
tengah2 gelap dan sunyi tetiba berdesup satu group moto lalu sambil jerit reformasi kat aku..
sikit lagi aku nak melompat masuk longkang...masuk kalu..esok pulak baru orang jumpa aku...
rasa nak hangguk je pejuang2 reformasi bongok cantuh...teriak kat aku buat apa..
pi la teriak kat depan dekan...takpun depan pak guard main gate tuh!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
haha...ngeri tuh..siap laungan reformasi lagi..
Kalau ko masih ingat, dekat kolej dato onn dekat dengan rumah pengetua yang tepi jalan tu, kan ada macam tempat air terjun mini gitu.
situ pun katanya tempat orang bunian bermain2..
Kat fac ko tu pun ada orang bunian, area blok lecturer yang belakang2.
Kawan aku la yang cerita..
Pendek kata, ukm tu tempatnya orang bunian bersenda-sendaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
tau2 air terjun kat dato onn tuh...aku selalu lepak situ masa first year...
kat ukm tuh memang ngeri sikit..sebab area luas menghijau dengan hutan2 simpan..ehehe...
kalau malam time aku belajar dulu..pukul 10 dah rasa tak sanggup nak hadap ke luar....
aku duk rahim kajai dulu...penah jugak rasa pengalaman sipi2 kamsis kena haruk dengan pompuan berjubah hitam bawak holy water..
ke apalah kisahnya...yang aku ingat..budak2 laki kejar penceroboh berjubah hitam...kami semua yang pompuan kena assembled kat depan hostel..
penyudahnya pun aku lupa...banyak urat dah putus aku nih hehe
satu yang aku ingat kawan aku kena...dia dari dato onn..nak balik burhanuddin helmi..
time nak panjat tangga berbukit tuh..dia tengok kat atas ada 3 beranak benda berbungkus tengah tunggu dia naik...
terus dia patah balik naik hostel aku tido kat bilik aku...
esoknya dia demam jadi aku pun redha dan rela memonteng temankan dia hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar nama bukit putus?
Oh aku rasa dalam MPS ni pun ada yang telah bukak cerita pasal Bukit Putus nih.
Aku ada sangat pengalaman kat BP ni tapi saje malas nak share..haha
Eh ada aku share tapi bukan kat sini..somewhere else..
Tak kisahlah mana-mana pun,janji isinya ada.
Ok..tak payah sembang banyak, moh ikut saya ke BUKIT PUTUS, NEGERI SEMBILAN.
Dulu sebelum BP II yang baru siap dibina, satu-satunya jalan yang ada untuk menghubungkan seremban- kuala pilah adalah Jalan Bukit Putus lama.
Kalau lalu sini untuk pulang ke rumah mertua, aku tidak boleh tidak memang akan pening kepala layan lap.
Hatta stering kereta itu aku yang pegang, pun tetap tegar memeningkan kepala juga.
Dasat sungguh penangan koner BP nih!
Aku dah tak ingat tahun bila exactly kes ni terjadi, tapi around 2005/6 gitulah.
Time tu aku baru jer kawin.
So sebagai pasangan yang baru berkawin, tiap minggu haruslah tentatifnya pulang ke rumah keluarga.
Memandangkan family aku jauh dan family hubby aku dekat, so yang dekat itulah yang sering mendapat advantages..huhu.
Nak dijadikan cerita, satu malam ni kami bertolak agak lewat dari seremban.
Selalunya habis kerja waktu petang, takdan tunggu lama terus balik.
Tapi pada hari 'bertuah' itu, ada hal yang menghalang.
Dah nak balik jugak hari tu, malam pun malam lah. Janji balik, katanya...
Di awal perjalanan di BK tiada apa yang berlaku pun.
Macam biasa, bila malam area situ akan berkabus.
Dalam pukul 11 lebih kami tiba di tengah-tengah BP.
Kenderaan yang tak berapa banyak malam tu menjadikan suasana makin sunyi.
Tiba di satu selekoh, lampu kereta aku tersuluh sesuatu.
Dalam suasana berkabus, sesusuk tubuh manusia kelihatan sedang mengayuh basikal.
Jelas dalam kesamaran.
Owh..orang naik basikal rupanya.
Ingatkan apa tadi.Tapi berani gile ah dia ni naik basikal sorang-sorang dalam hutan gini.
Dahla tengah malam.
Gelap. Ishhh berani berani!
Bisik hati ku.
Tiada apa yang pelik di situ.
Kami meneruskan perjalanan.
Tiba di selekoh yang seterusnya, lampu kereta tersuluh lagi.
seakan dejavu..susuk yang sama yang kami lihat beberapa minit yang lepas.
Mulut aku pun laju jerk bertanya..
"eh ni bukan orang yang kita potong tadi ke..? Bila timenya dia potong kita?
Laju lerr pulak dia kayuh basikal tu.."
Dengan nada tak bersalah aku bersuara.
Hubby aku diam.
Andaian aku dia malas nak melayan.
Tapi bila nampak macam aku nak meneruskan pertanyaan, dia beri isyarat tangan suruh diam.
Erkkk..baiklah!
Terus aku senyap.
Sepanjang perjalanan dari Ulu Bendul sampailah ke Kuala Pilah, masing-masing menguncikan diri.
Kelu seribu bahasa.
Pun begitu, otak aku tak berhenti mendigest apa yang aku nampak tadi.
Naik basikal, sorang-sorang, tengah malam, kat bukit putus..motif?
Aku potong dia, dia potong aku..motif?
Aku potong dia, aku tahu bila. Dia potong aku, aku tak sedar bila. Pelik ke tak pelik?
Dah sampai Kuala Pilah, baru hubby aku bersuara.
Agaknya dia buleh baca apa yang dok bergolak dalam otak aku kot.
"You tak nampak ke tadi bende tu takde kaki??"
Hah..? Separuh menjerit aku.
Terus otak aku terus bekerja menrecall, betul kah apa yang didakwa oleh suami aku nih.
Maybe sebab aku lebih fokus berani tak beraninya dia ni bawak basikal sorang-sorang, aku tak terperasan langsung mendealah tu berkaki ke tak berkaki.
Seriusly, memang aku tak perasan.
Tapi yang aku pasti, itu memang orang bawak basikal.
"Tulaaa...lain kali jumpa apa-apa, jangan tegur..diam-diam jer.Demam esok awak, ai tak tahu ye.."
Sekarang ni kalau hubby ajak lalu kot jalan BP lama, meraung2 aku tak nak..walaupun ianya di siang hari..
Cukuplah sekali.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hoiih...kes holy water tu memang aku pun dan rasa.Time tu aku and the batch pun stay kajai.
Dan yang kene kejar tu pun member2 aku jugak..
memang horor la time tu.
Ingat lagi masa kat surau kajai, kitorang tengah solat jemaah.
tetiba masuk seorang perempuan, lain macam jerk pemakaian dia then solat kat belakang.
Yang kitorang pelik adalah cara dia berdoa.
Bukan macam cara kita berdoa lah.
Seakan mendongak ke langit gitu dan tangan dikepal.
Lepas habis berdoa, perempuan tu datang mendekati kitorang.
Masa tu tengah nak tunggu isyak.
Being so naive, kitorang yang masih budak2 lagi time tu..dengan suci hatinya layan laaa pompuan tu sembang.
Apa content, aku tak ingat dah..tahun 99 kot punya cerita.
Cuma yang aku ingat dia kata nak ajak budak-budak ni pi kajang, ahad nanti akan ada van datang amek kitorang.
Untuk apa tujuan, aku totally tak ingat.
Teruslaa kitorang mereport kat fellow.
Lepas tu baru bising pasal kristianisasi ni sume..
|
|
|
|
|
|
|
|
hoih...aku kajai jugak tau....sama batch ke kita?takkanla pompuan berjubah tu pi haruk saban tahun kat situ kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dok kajai taun 99.
Then next year tu aku dok Kom Z..sampailah final year.
Ko stay kajai tahun bila..?
Ko budak pendidikan kan..?
Kot budak law, cuak gak aku..hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
aah..pendidikan...aku stay kajai tahun 98-99 rasanya...
tapi 2nd year aku kuar duk rumah sewa kat sungai tangkas...
tu yang semedang naik bas komuter ukm tuh...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku yakin ko senior setahun dari aku nih..
tapi umo maybe lebeh kurang sama..
Memandangkan aku ni bangsa mudah pusing bila naik bas, tu yang gigih minta motor jugak dengan mak ayah.
Tapi merasa jugala naik bas ukm tu kalau nak pi metro kajang.
abeh telan segala gula2 berangin la punya tak nak kepala ku berasap pening..
Sg tangkas yang dekat komuter ukm tu kan..?
Ingat2 lupa dah aku..
|
|
|
|
|
|
|
|
ye kot...aku grad tahun 2001...baik salute sikit kat senior..haha
aah..sungai tangkas tuh area kampung kat station komuter tuh..
apa lagi cerita seram kat ukm?kom Z tu...yang paling baru antara kamsis/kolek kat ukm kan?
tak silap aku ada dengar cerita pasal student kena rape kat situ
then...bila dia report, kena senyapkan..students tu sambung ke cuti ke aku tak ingat cerita..
tapi cerita ni ibarat urban legend...cerita2 yang dari mulut ke mulut...tak tau sahih ke idok...
macam aku pi perjumpaan anak negeri time 1st year tuh...senior duk cerita pasal ust.harun din duk angkut satu bas bunian dan jin dari ukm hantar ke tempat lain...
aku nih percayaler bulat2...sekali bila dah berkuntum kat forum ni..aku rasa cerita bas angkut jin tuh dari semua tempat belajar kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Clover_Hill replied at 7-12-2015 10:16 PM
Ahkak dah kenapa kak..?
Jamban kat luar rumah eh..?
hihi doklah jamban dlm umah tp terasa skeri lak tetiba,
zaman jamban kat luar dh berlalu iaitu masa sekolah dulu mmg hazab oii dah ler agak jauh skit dr umah.. adeh bleh plak abah iols wat jamban dkt sempadan ngn umah jiran, sblm berak mst kena skodeng dulu kt tingkap tgk ade tak ank teruna jiran kt luar umah tu tidak segan weh nk g berak.
jamban lak xde lampu kena bw lilin/ lampu suluh ler kalo nk yak. mlm2 n subuh ari haruslah skeri. |
|
|
|
|
|
|
|
Adeh....dapat ku rasa kehazaban bila jamban di luar rumah nih.
Ok dah alang2 ko sebut pasal jamban ni..baru teringat satu cerita.
nanti aku karang
|
|
|
|
|
|
|
|
oo...rotu ye..lupalah plak
dah lama betul tak jenguk ukm...rasanya kalau pergi mesti aku yang jakun tengok semua perubahan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|