CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 13-7-2005 10:28 PM | Show all posts
sorry topik cam ni aku suka mengganggu
maklumlah yang HAK dan yang BATHIL tak berjalan sekali
betul tak........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 15-7-2005 03:50 PM | Show all posts
Rasulullah Menjadi Model Dan Ikutan

Salah satu faktor penting kejayaan pendidikan Rasulullah adalah kerana Rasulullah menjadikan dirinya sebagai model dan teladan. Rasulullah itu adalah Al Quran hidup. Apa juga perintah Allah, bagindalah orang yang awal melaksanakannya. Apa juga larangan Allah, baginda dahulu yang meninggalkannya. Dan apa-apa yang dianjurkan oleh Allah nescaya akan baginda lakukan. Bahkan percakapan baginda juga tidak terkeluar dari maksud-maksud tadi.

Hal demikian menyebabkan para Sahabat mudah untuk meniru didikan Rasulullah. Para Sahabat benar-benar terbawa oleh Rasu-lullah melalui sikap dan percakapan baginda yang sentiasa menuju kepada kehendak-kehendak Allah. Bahkan para Sahabat adalah orang yang ghairah melaksanakan apa yang dikata dan dibuat oleh Rasulullah. Demikianlah berhasilnya pendidikan Rasulullah.

Sekolah atau sistem pendidikan Rasulullah tidak memerlukan pengakuan kelulusan melalui gelaran yang berbagai macam. Kerana penekanan baginda bukan pada menghafal, mengingat dan menulis kembali ilmu yang ada dalam kitab atau dalam kepala. Nilai tertinggi bagi seseorang yang menuntut ilmu, menurut Allah dan Rasul, ialah pada TAQWA. Ukuran taqwa ialah pada akhlak dan amal soleh yang dilakukan oleh seseorang murid, setelah selesai pengajiannya. Dengan pertimbangan demikian, orang yang lahir dari sistem pen-didikan Rasulullah ialah orang yamg langsung beramal, bekerja dengan ilmu yang ia dapat, bukan kerana gaji, tapi kerana Allah. Ertinya mereka bekerja dengan penuh tanggungjawab, bersih dari dosa dan maksiat, dan selamat dari mengharapkan sebarang kepen-tingan duniawi atau peribadi.

Dengan cara pendidikan demikian yang disambung pelaksana-annya oleh Sahabat-Sahabat, maka lahirlah generasi salafussoleh yang jiwa, mental dan flzikal mereka sangat terpimpin. Akhlak dan amal soleh mereka tiada tandingan, sehingga mendorong orang ramai masuk Islam. Mereka dapat menegakkan sistem Islam atau undang-undang Allah dalam kehidupan masyarakat sehingga meliputi hampir 3/4 dunia.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-7-2005 10:53 AM | Show all posts
ROH DAN PERANANNYA

Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat didunia dan akhirat, agar masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamaddun tercapai, akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya didalam kehidupan, ia bak bunga yang kembang di taman yang indah yang sangat menarik pandangan dan tempat jatuhnya hati manusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi juga mewah dan terserlah, kemudahan-kemudahan hidup cukup, tapi disiplin dan tatasusila manusia juga tinggi, tamaddun tinggi tapi manusia merendah diri... maka Roh atau Hati manusia atau Jiwa manusia hendaklah dibangunkan. Dari pembangunan jiwa lahir tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia atau terbangun insaniah yang dikatakan oleh kita selalu, jati diri.

Roh adalah raja didalam diri, akal penasihat, nafsu adalah musuhnya, anggota lahir(jawarih) adalah rakyat didalam diri...kalau raja di dalam diri baik, seluruh anggota (rakyat didalam diri) menjadi baik. Manusia itu mengikut agama pemerintahnya" ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyatnya.

Begitulah pemerintah didalam diri (hati/roh). Bagaimana keadaannya begitulah anggota lahirnya sebagai rakyat didalam diri. Kalau hati baik, maka baiklah anggota lahir manusia.

Kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia itu.
Hadis Nabi ada menyebut " Sesungguhnya didalam diri manusia ada seketul daging. Apabila dia baik, baiklah seluruh badan, apabila dia rosak, rosaklah seluruh badan. Ketahui olehmu dia itu ialah hati"

Dengan itu hati(roh) WAJIB dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh, kerana dari pembangunan jiwa lahir kebudayaan dan tamadun kerohanian dan akhlak yang mulia yang sangat penting. Roh tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati manusia dan kerana itulah para-para Rasul dan para-para Nabi alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah kerana pembangunan insaniah itulah.

Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal, kerana pembangunan material tanpa Rasul dan nabi, manusia boleh membangunkannya...itu memang telah dibuktikan oleh sejarah, tengok bangsa Rom, Yunani, Parsi, bangsa-bangsa yang disebut didalam AlQuran spt kaum 'Aad, kaum Tsamud, kaum Saba', bangsa Babylon; mereka membangun dan menegak tamadun tanpa orang-orang kerohanian bahkan mereka menolak para Rasul dan menentangnya.

Lantaran itulah Rasulullah SAW pernah bersabda:

Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 18-7-2005 10:58 AM | Show all posts
Sambungan...

Perlu dingatkan bahawa membangunkan insaniah untuk melahirkan akhlak yang mulia pada seorang manusia, tidak semudah yang kita sangka. Betapalah satu keluarga, sebuah sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri lebih-lebih lagi satu negara.

Membangunkan material seperti membangun sebuah bangunan 100 tingkat mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia. Buat bangunan 100 tingkat, mungkin 3 tahun dah selesai tetapi untuk seorang manusia kita ambil masa 30 tahun pun belum tentu berjaya.
Sebab itulah Allah datangkan orang-orangNya iaitu para-para Nabi dan para-para Rasul SAW untuk pembangunan insan

Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama dibahagi kepada dua:
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 21-7-2005 11:00 AM | Show all posts


Program Pemberian Ilmu Dan Keterampilan


Program pendidikan yang diterapkan oleh Rasulullah untuk tujuan mengemaskan gerakan perjuangan Islam bersama para Sahabat dilakukan juga dengan menyuburkan minat, bakat dan profesional para Sahabat dalam bidang kehidupan seperti bertani, berniaga, kebudayaan, ketenteraan dan lain-lain. Setelah itu Rasulullah SAW membuat pembahagian tugas kepada para Sahabat sesuai dengan minat bakat dan profesional masing-masing.



Hal ini dilakukan di Madinah, yakni sesudah pendidikan insan di Makkah. Ketika itu telah wujud sebuah masyarakat atau negara kecil Islam, yang memerlukan satu sistem peraturan atau sistem hidup untuk dilaksanakan. Para Sahabat waktu itu telah bersedia untuk diberi tugas sesuai dengan kemampuan masing-masing. Mereka telah menerima undang-undang Allah untuk dilaksanakan dan diperjuangkan dalam hidup mereka.


Hati para Sahabat yang sudah dididik dengan iman juga benar-benar tunduk pada sebarang perintah Allah dan Rasul. Dalam keadaan inilah Rasulullah membuat pembahagian tugas pada para Sahabat. Bidang-bidang kerja yang ada dalam masyarakat Islam yang dibangunkan oleh Rasulullah itu termasuk di dalamnya ekonomi, kemasyarakatan, ketenteraan, gerakan dakwah, pengaturan negara kecil Islam, dan perhubungan antarabangsa.



Maka para Sahabat dilibatkan dalam mana-mana bidang yang sesuai dengan watak dan kemampuan masing-masing. Contohnya, Sayidina Abdur Rahman bin Auf ditugaskan menjadi Pengarah Pasar (Menteri Ekonomi) untuk mengendalikan Pusat Perdagangan Islam yang telah dibangunkan oleh Rasulullah bernama 'Suqul Ansar' (Pasar Ansar). Sayidina Muaz bin Jabal r.a. dilantik menjadi guru dan mubaligh. Sayidina Jaafar bin Abu Talib r.a. dilantik menjadi ketua tentera. Sahabat Dehya'ul Qalbi r.a. dilantik sebagai wakil baginda untuk bertemu dengan Maharaja Rom bagi menyampaikan Islam kepadanya. Begitulah seterusnya. Semua sahabat diberi tugas-tugas khas oleh Rasulullah.


Ada di kalangan para Sahabat yang terus menjadi ketua negara di tempat di mana mereka mengembangkan Islam. Ada juga yang menjadi ketua tentera. Dan kebanyakannya menjadi mahaguru di tempat mereka ditugaskan.


Begitulah perjuangan Rasulullah dan para Sahabat untuk mem-bangunkan insan dengan Islam dan iman di samping membangun-kan peradaban Islam sebagai cara hidup dalam setiap aspek kehidupan manusia. Dalam masa 30 tahun saja Rasulullah dan para Sahabat sudah berjaya menjadi empayar dan menguasai 3/4 dunia dengan penuh kasih sayang. Perjuangan ini disambung oleh para Tabiin dan Tabiit Tabiin sehingga 300 tahun dari Rasulullah SAW. Tahun-tahun itu diakui oleh Rasulullah sebagai kurun-kurun terbaik. Pendidikan inilah yang mesti menjadi contoh ikutan kita.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 21-7-2005 11:03 AM | Show all posts


Realiti Pendidikan Akhir Zaman

Kalau ibu dan ayah pada anak-anak,
engkau juga guru-guru mereka
Kalaupun engkau tidak memberi ilmu
Sikap dan gerak-geri engkau
itulah guru kepada anak-anakmu

Jika engkau boleh memberi ilmu sama di samping teladan
itulah yang sebaik-baiknya
Oleh itu, engkau ibu dan ayah,
engkau juga guru pemimpin anak-anakmu
Engkau mestilah menjadi role model
untuk anak-anak meniru


Kalau guru-guru di sekolah benar-benar guru
dia menambah lagi didikan untuk anak-anakmu
Jika guru-guru sekolah pun tidak boleh diharap
Kerana guru-guru pun tidak boleh diharapkan menjadi
role model bagi anak-anakmu
Tapi engkau telah menjadi guru bagi anak-anakmu
Masih ada ruang untuk mereka mempunyai guru


Kalau engkau tidak boleh jadi guru
dan guru pula tidak semacam guru
Punahlah kehidupan anak-anakmu
Di rumah tidak ada role model
di sekolah pun tidak ada role model


Apa akan jadi kepada anak-anakmu
Mungkin dia berjaya dan cemerlang dalam pelajaran
Tapi dia jadi syaitan atau haiwan
Orang yang terpelajar kalau jadi syaitan atau haiwan
Dunia menanggung beban gejala dan masalah
Mudaratnya merata risikonya besar
Umum ditimpa kesusahan

Waktu itu siapakah yang akan membetulkannya
Kalau perosak-perosak masyarakat itu orang-orang pandai
Aduh dunia menjadi neraka sebelum Neraka
Ibu dan bapa harap ambil peringatan kata-kata ini
Kalau tersalah dan tersilap harap maaf
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 22-7-2005 02:22 PM | Show all posts
ROH DAN NAFSU TUA MENGIKUT TUANYA USIA

Bersabda Rasulullah SAW :

Terjemahannya: Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tak dapat mengatasi kejahatan-nya bersiap-siaplah untuk ke Neraka.



Mengapakah hal itu boleh terjadi? Dan bagaimana kita boleh selamat daripada kemungkinan buruk itu? Apa harapan pada mereka yang kini sudah berumur 40 tahun ke atas, tapi belum lagi melakukan amal-amal soleh yang diperintahkan oleh Allah SWT? Dengan izin Allah SWT kita kupas persoalan ini.

Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa semua makhluk termasuk manusia lahir ke dunia dalam keadaan belum sempurna. Kesempurnaan dicapai sesudah beberapa tahun mengalami proses pertumbuhan dan pembesaran yang berperingkat-peringkat.

Manusia sendiri mengalami lima peringkat:
1. Peringkat bayi.
2. Peringkat kanak-kanak.
3. Peringkat remaja.
4. Peringkat dewasa.
5. Peringkat tua.



Tiap-tiap peringkat mengambil masa bertahun-tahun sebelum memasuki peringkat berikutnya. Hingga akhirnya manusia memasuki peringkat yang menurun, yakni kembali seperti sifat asal. Akhirnya mati. Demikianlah sunnatullah yang akan terus-menerus berlaku selagi dunia belum kiamat.

Dalam setiap peringkat, manusia bukan saja mengalami perubahan-perubahan fizikal, tetapi juga akal, hati, perasa-an, nafsu dan tenaga lahir mahupun batin. Proses itu berlaku dengan perlahan-lahan hingga sukar untuk dikesan. Sedar-sedar, seseorang sudah beralih daripada bayi kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada dewasa dan tua. Apabila berlaku peralihan itu, maka yang kelihatan berubah ialah raut fizikalnya, saiznya dan kesasaannya. Berlaku juga perubahan-perubahan yang tidak kelihatan tapi dapat di-kesan, yakni fikiran, perasaan, jiwa, nafsu dan tenaga. Semuanya meningkat kepada kematangan yang kemuncak, kemudian menurun kepada sifat asal. Proses ini mengambil masa lebih 60 tahun untuk mencapai kesempurnaannya. Manusia yang umurnya tidak selama itu, tidak sempatlah mengalami kesempurnaan dalam pertumbuhan lahir batin-nya.

Daripada lima peringkat peralihan yang dialami oleh manusia itu, peringkat kematangan yang tertinggi ialah Peringkat dewasa dan paling lemah ialah di peringkat bayi dan peringkat tua.

Lihat firman Allah:

Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.(Al Insan: 1 -2)

Firman-Nya lagi:

Terjemahannya: Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan dia kepada kejadiannya (asal lemah dan kurang akal). Maka apakah mereka tidak memikirkan?
(Yaasin: 68)

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 25-7-2005 08:20 AM | Show all posts


Di peringkat kanak-kanak dan remaja, manusia mengalami perkembangan paling subur dan penting. Waktu ini-lah pendidikan dan ilmu pelajaran mudah diterima dan manusia dicorakkan mengikut bentuk pendidikan yang diterimanya. Daya penerimaan ini bergantung pada kekuatan faktor-faktor batiniah manusia ini, yakni akalnya, jiwa-nya, nafsunya, tenaganya dan perasaannya. Jika akal kuat, ilmu akan didapati dengan cepat dan banyak. Jika ilmu dan pendidikan yang diterima itu ilmu dan pendidikan yang baik maka suburlah jiwanya (rohnya), dengan sifat-sifat yang (mahmudah).

Sebaliknya pendidikan yang salah akan meliarkan nafsu dan merosakkan jiwa. Perasaan manusia bergantung kepada baik atau buruk didikan dan ilmu yang diperolehi. Jika pendidikan baik, maka perasaan akan jadi bersih dan halus. Tapi kalau pendidikan buruk, maka perasaannya jadi kasar dan keras "kotor". Demikianlah berlakunya per-kembangan itu sedikit demi sedikit tanpa disedari. Manusia tidak dapat mengetahui bentuk jiwa atau akal dan nafsu seorang manusia lain, tapi hasilnya dapat dilihat pada si-kap, akhlak, percakapan dan jalan hidupnya. Kalau baik batin, baiklah kehidupan lahirnya; kalau jahat batin maka jahatlah kehidupan lahirnya.


Maksud Hadis:

Di dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah manusia itu. Jika jahat, maka jahat-lah dia. Ketahuilah itu lah hati.

          (Riwayat Bukhari & Muslim)



Fizikal meningkat dibantu oleh makanan dan kesihatan tubuh. Manakala batin manusia meningkat mengikut ilmu dan didikan yang diterima. Tapi peningkatan ada hadnya. Sesudah had itu, berlakulah penurunan dalam hidup manusia. Fizikal mula kendur dan batin pun mula lemah. Di peringkat ini makanan selazat mana pun tidak akan meningkatkan lagi perkembangan lahir dan batinnya. Didikan yang sebaik manapun tidak boleh membentuk manusia lagi sebab zaman penurunan sudah bermula. Umpama bunga yang hendak gugur; walau dibaja sebanyak mana pun, tidak dapat menahannya daripada gugur.


BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-7-2005 03:35 PM | Show all posts
5-7-2003

Pagi

Soalan:
Bagaimana hendak mengesan dan hendak mengawal dosa batin, huzuzunnafsi?

Jawapan Abuya: Imu ini tidak cukup dengan hal2 lahir sahaja. Kena belajar ilmu2 yang dan seni tersirat. Kalau disebut tasauf, orang sudah menolak. Jadi, tidak perlu menyebut istilah tasauf. Lebih baik tasauf ditukarkan istilah dan disebut ilmu yg seni dan yg tersirat sebab sesetengah ulama sudah anti tasauf. Mereka mengatakan 搕idak ada tasauf dalam Islam. Itu ajaran Hindu, Parsi atau Kristian.

Yang perlu diselamatkan adalah hakikat ilmu itu sahaja. Sebab kita tidak mahu membuang masa berperang dengan puak2 tersebut. Ada pula yang menukar istilah kepada ilmu batin. Ini lagi berat kerana nanti orang sangkakan itu ilmu kebal dan ianya akan menyusahkan. Maka lebih baiklah disebut ilmu rohani atau ilmu yang seni2.

Kalau tidak tahu ilmu yang seni2, macam mana hendak mengenal hati? Ilmu ini sangat penting. Masalahnya sudah ramai yang tidak berminat dengan ilmu ini. Di UIA cthnya, menggunakan istilah ilmu teras utk ilmu tasauf. Apa pula maksudnya ilmu teras? Ini sangat ganjil.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-7-2005 03:39 PM | Show all posts
Soalan:Apakah yang boleh mengikat hubungan dengan Tuhan?

Jawapan Abuya: Dalam ajaran Islam tidak cukup dengan satu atau dua pengikat, kecuali bagi orang yang rohnya kuat. Kalau roh seseorang itu kuat, membaca subbhanallah pun sudah cukup. Tetapi bagi orang macam kita, kena diikat banyak2, dibuat sedikit demi sedikit. Kalau ada 20 pengikat, 15 tidak berkesan, hanya 5 yang berkesan, itu boleh tahan. Kalau buat 5 sahaja, dan 5 itu tidak berkesan, habislah.

Contoh pengikat ialah membuat ibadah tambahan. Ibadah yang wajib tetaplah wajib. Sebab itu bagi orang awam, tawassul itu penting. Namun demikian tawassul itu sendiri telah disembelih dan dikorbankan oleh ulama. Ini satu lagi masalah.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 25-7-2005 03:53 PM | Show all posts
Soalan: Dalam proses kita perbaiki diri, apabila sudah boleh lepas bila diuji beberapa ujian. Contohnya bila ada orang marah kita sudah tidak merasa apa2. Berpoligami pun tidak mengapa. Cuci tandas boleh dan sebagainya.  Boleh dikatakan semua boleh.

Tetapi di hujung hati, ada rasa yang diri sudah baik. Maksudnya sudah berjaya baiki diri. Ada timbul riak sedikit di hujungnya atau rasa ujub. Sudah bersangka baik dengan diri sendiri. Ertinya dalam proses baiki diri kita hendak cuba dapat rasa cinta dan takut Tuhan.

Bagaimana hendak mengetahui yang RASA-RASA itu adalah rasa yang hak dan datangnya dari Tuhan atas berkat Rasulullah dan seseorg guru murysid tetapi bukan datangnya dari diri sendiri.

Jawapan Abuya: Rasa yang datang dari Tuhan bagi seseorang yang berjaya dalam baiki diri ialah apabila dia diberikan Tuhan rasa, semakin berjaya baiki diri, semakin rasa diri jahat.Tetapi hasil baiki diri boleh dilihat. Contohnya, kalau seseorang itu sudah membuat kebaikan yang banyak dan sembahyang pun banyak, orang ramai memang akan nampak yang orang itu sudah berubah menjadi sungguh baik.

Tetapi syaitan pula memasukkan perasaan yang membuatkan kita rasa yang diri sudah benar2 baik. Sedangkan rasa yang datang dari Allah ialah merasa diri yang tidak berguna, semakin dibaiki diri, semakin rasa tidak baik. Samalah spt orang belajar, semakin banyak  belajar semakin rasa banyak tidak tahu.

Kalau rasa yang diri sudah baik, seperti yang dinyatakan, MEMANG BAHAYA.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2005 04:18 PM | Show all posts
Thanks saudara Akasyah sebab luangkan masa masukkan kuliah kat sini.....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 26-7-2005 06:35 PM | Show all posts


Tahap umur ketika manusia berada pada kemuncak pertumbuhan dan pada awal penurunan ialah 40 tahun. Pada waktu ini fizikal sudah cukup dewasa dan akal, jiwa, perasaan dan nafsu sudah sampai ke kemuncaknya dan mulalah untuk lemah kembali. Kalau sewaktu umur 40 tahun kekuatan tenaganya sepuluh horse power, maka se-sudah itu tidak akan bertambah lagi. Demikian juga akal-nya, tidak akan berkembang lagi. Kalau cerdik, cerdiklah. Kalau bodoh, bodohlah. Tidak berlaku lagi selepas 40 tahun orang bodoh nak dicerdikkan. Kalau kuat jiwanya, kuatlah, tidak boleh ditukar-tukar lagi. Nafsunya kalau baik, baik-lah, kalau jahat, jahatlah; sudah susah untuk dibentuk lagi. Demikianlah seterusnya.

Sebab itu sekiranya kita ingin mencorakkan hidup kita, biarlah sebelum 40 tahun; manusia sesudah itu tidak boleh dibentuk lagi. Sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan;

"Melentur buluh biarlah daripada rebung."

Rebung lembut, boleh dilentur. Tapi buluh sudah keras, tidak boleh dilentur lagi. Itulah maksudnya.

Manusia kalau mahu mencari harta, membina hidup mewah atau pangkat tinggi atau ingin memperjuangkan kebenaran, maka usaha hendaklah dibuat pada awal-awal hidup dewasanya. Waktu itu lahir batinnya sudah cukup bersedia untuk diajak bekerja. Semua orang maklum akan hal ini. Sebab itu seorang pun tidak pernah berkata begini;

"Waktu muda ni, aku nak rehat. Nanti tua baru nak cari harta, buka hutan, cari ilmu dan berkebun."

Ttdak munasabah langsung kata-kata itu. Sebab manusia faham, apabila tua tenaga sudah lemah. Sebab itu orang-orang muda bertungkus-lumus cari harta untuk hari tuanya. Harta-harta dikumpul-kumpul dan disimpan untuk hari tua. Tapi itu hanya untuk keperluan lahir manusia. Fahaman demikian hanya dimaksudkan pada keperluan fizikal semata-mata. Manusia tidak faham dan tidak sedar bahawa keperlu-an batiniah juga begitu. Sebab itu kita selalu mendengar orang berkata:

"Waktu muda ni kita enjoy dulu. Nanti apabila tua baru kita beribadah."

Mereka ingat beribadah itu mudah. Apabila saja teringat buat, terus boleh dibuat. Walhal dalam pengalaman hidup manusia, orang yang tidak dilatih beribadah sejak kanak-kanak lagi, apabila tua tidak mampu melakukannya. Walaupun keinginannya besar sekali. Kenapa?

Sebab roh dan nafsu atau batin kita turut tua bersama tuanya umur dan badan kita. Batin atau roh dan nafsu kita mengalami proses tua dan muda, bertenaga dan lemah serta meningkat dan menurun sama, seperti fizikal kita (cuma tidak dapat dilihat oleh mata kasar). Kalau fizikal kuat pada waktu muda, roh juga begitu. Kalau fizikal kena berusaha untuk hari tuanya semasa mudanya, maka roh juga begitu. Kalau kita berkebun waktu muda, maka beribadah juga mesti dididik dan dilatih sedari muda (kanak-kanak). Apabila tua nanti hanya tinggal meneruskannya, kerana ia sudah terlatih dan terbiasa.

Sebagaimana tidak munasabahnya orang nak berkebun pada waktu tua, kerana mahu berehat pada waktu muda, begitulah tidak munasabahnya orang mahu memulakan ibadah dan berjuang pada hari tuanya. Sedangkan waktu muda mahu dihabiskan untuk berfoya-foya. Kerana jiwa yang sudah sebati dengan maksiat, nafsu yang begitu ganas dan rakus, tua dalam keadaan bergelumang dengan perbuatan-perbuatan jahat, tidak boleh diubah untuk menjadi jiwa yang taat lagi. Walaupun manusia itu ingin sekali berubah, namun rohnya sudah tidak bersedia lagi.

Umpama seorang penagih dadah, amat payah untuk menghentikannya daripada menagih dadah, walaupun dia memang ingin berhenti. Sebab jiwa yang sudah biasa dengan sesuatu keburukan atau kebaikan hingga sifat itu telah menjadi tabiat, sukar untuk diubah. Apalagi kalau keinginan untuk berubah itu pada waktu umur 40 tahun ke atas, ketika tempoh perubahan sudah selesai.

Sama juga halnya dengan seorang yang sudah biasa makan nasi sebagai makanan asas dan utama, tiba-tiba mahu menukarnya kepada roti. Seminggu saja sudah cukup untuk dia rasa menderita kerana tidak dapat nasi. Selepas itu pasti dia akan sedaya upaya mendapatkan nasi kerana selera yang sudah terbiasa dan sebati dengan nasi itu sudah tidak dapat disesuaikan dengan makanan lain. Walaupun empunya diri ingin berbuat begitu tapi selera tidak bersedia untuk menerimanya.

Demikianlah halnya dengan seseorang yang sudah 40 tahun berada di jalan syaitan dan nafsu, tidak beribadah kepada Allah. Kemudian baru tersedar dan ingin berubah, maka adalah hampir-hampir mustahil baginya untuk berubah. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda:

Terjemahannya: Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tidak mengatasi kejahatannya, bersiap-siaplah untuk ke Neraka
.


bersambung...
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 27-7-2005 04:58 PM | Show all posts
Soalan: Rasa-rasa yang datang, yang Tuhan pimpin spt rasa berdosa, rasa hina dan tidak guna. Kadang2 rasa itu datang turun naik dan tenggelam timbul. Apakah kaedah atau cara yang boleh kita lakukan supaya rasa-rasa itu stabil dan sentiasa seimbang?  

Bagaimana pula hendak menolak rasa-rasa yang datangnya dari syaitan dan mengekalkan rasa-rasa yang baik dan istiqomah?

Jawapan Abuya: Itu menunjukkan kita dalam mujahadah. Mujahadah bererti masih berperang, kadang menang kadang kalah. Ianya seperti peperangan lahir juga. Selagi dalam suasana perang, kalau menang pun masih susah lagi. Inikan pula kalah. Begitu juga dengan peperangan di dalam diri kita. Dalam diri kita ada nafsu. Nafsu berada di dalam dan syaitan pula di luar.

Nafsu  adalah jalan bagi syaitan. Dalam hal ini, mujahadah belum berjaya lagi. Haruslah istiqomah. Kalau sudah berjaya, tidak mujahadah lagi. Kalau belum menjadi perangai, buat-buat atau paksa diri dahlulu. Bila sudah mendarah daging, sudah menjadi perangai maka mudahlah bagi kita.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 27-7-2005 05:04 PM | Show all posts
Soalan: Bolehkah dibezakan antara rasa hina, rasa lemah dan inferiority complex?

Jawapan Abuya: Antara ketiga-tiga itu ada bezanya cuma ianya sangat seni.

1. Rasa rendah diri (inferiority complex) itu ertinya sebelum lawan sudah surrender. Bukan angkat tangan tanda menyerah tetapi hati yang sudah rasa kalah. Rasa tidak larat. Dengan Tuhan sahaja boleh rasa begitu tetapi dengan musuh tidak boleh.

Bagi Tuhan ramai atau tidak ramai itu sama sahaja. Bagi Tuhan hendak kalahkan yang ramai itu sama sahaja dengan hendak menangkan yang sedikit. Itu TAUHID.  Kalau kita hayati, kita akan rasa kuat. Rendah diri itu akan buatkan orang tidak fikir panjang. Nampak musuh ramai, dia rasa tidak ada harapan. Ia akan membuatkan orang hendak cabut lari.

2. Rasa lemah pula maksudnya tidak ada cita-cita hendak lari waktu berhadapan dengan musuh tetapi dalam hendak melawan itu dia rasa lemah. Yang pertama tadi lebih pengecut dari yang kedua ini. Yang rasa lemah ini, dia hendak lawan juga tetapi dalam hendak lawan itu dia rasa lemah. Sepatutnya kita tidak boleh rasa lemah sebab kemenangan itu bukan dari tenaga kita tetapi dari Tuhan.

3. Rasa hina itu ialah apabila berdepan dengan segala fitnah musuh itu dia rasa hina. Ia berlaku kerana dia tidak ada ilmu. Patutnya waktu itu kita rasa cukup cerdik tetapi apabila dihina-hina, kita terasa bodoh. Sehingga hilang keyakinan kita.

Sebab itu kalau ada ketiga-tiga kesalahan ini, perlu bertaubat. Apabila taubat, kesalahan dapat dipulihkan atau diselesaikan. Taubat itu atas dasar faham. Bertaubat harus di atas rasa2 itu. Taubat bukan sekadar untuk hapuskan dosa tetapi untuk kesedaran kita semula, untuk pulihkan semangat kita dan untuk tetapkan pendirian. Kita tidak akan dapat tetapkan pendirian sebelum dipulihkan ketiga-tiga rasa tersebut.

Ketiga-tiga rasa itu nampak macam sama. Sebenarnya ia ibarat macam bisul, kudis dan jerawat. Tidak sama. Ini panduan dari Al Quran. Mengapa Tuhan suruh taubat? Allah ingatkan tentang dosa kerana kita terfikir atau rasa dengan ketiga-tiga rasa itu sedangkan itu macam SYIRIK KAHFI. Taubat itu adalah untuk hapuskan dosa dan pulihkan semangat itu balik. Agar kita tidak lagi terfikir atau merasa dengan ketiga-tiga rasa itu.

Dalam ISA kita diuji tentang aqidah dan tauhid. Rupanya bila diuji, ada yang lemah aqidahnya. Tidak bersandar dengan Tuhan. Seolah-olah kita tidak letakkan kepercayaan bahwa Allah akan lakukan bagi pihak kita. Tauhid bukan utk dihafal tetapi untuk dihayati. Bila berdepan dengan ujian, tinggal hendak apply shj, bukan baru hendak difikir-fikirkan. Panduan yg diberi ini adalah untuk berhadapan dengan medan perang. Supaya nanti bila Imam Mahdi datang, kita tidak terkejut.

Panduan Abuya beri ini ibarat katalah kita diberi senjata. Nanti kita tengok musuh ada bom sedangkan kita ada pedang, kita yakin Allah boleh leburkan semua bom2 itu. JANGAN rasa hina di hadapan orang yang tidak sembahyang, yang menentang Tuhan.

Bila berhadapan dengan ujian kecil dlm keluarga, sepatutnya kita sudah mula apply panduan ini. Bila diuji, kita rasa itu sebagai hukuman bagi dosa kita dan kita mahu sabar dengan orang lain. Jangan senang2 tuduh orang menjadi hijab dalam keluarga. Patutnya kita anggap ujian yang berlaku adalah sindiran Allah kepada kita dan kita berazam untuk sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2005 09:42 AM | Show all posts
PENGUMUMAN KEPADA PEMBACA KULIAH

Pihak Rufaqa' Corporation akan mengadakan majlis Hi-Tea khusus untuk ahli-ahli kumpulan email KhabarGembira dan KuliahSZ yang bukan kakitangan Rufaqa'.

Utk pengetahuan e-mail group kuliah SZ dan KhabarGembira merupakan antara lidah resmi rufaqa di internet yg memaparkan 100% kuliah2 terkini dan sajak2 abuya.

Jadi di sini mawar sebagai wakil, juga mengundang peminat2 atau simpati2 yg sudah mengikuti kuliah2 abuya di topik ini sejak sekian lama untuk turut serta bersama ahli2 e-mail group di atas.

Tujuan pihak rufaqa ialah untuk mengeratkan saliraturahim dan juga untuk bersama-sama berkenalan di antara satu sama lain. Kepada semua yang berminat dan dapat meluangkan masa untuk program ini sila beritahu Mawar melalui PM secepat mungkin dan jika tidak keberatan sila beri maklumat seperti nama sebenar dan alamat untuk memudahkan pihak penganjur menghantar kad jemputan.

Oleh kerana majlis ini pertama kali diadakan untuk ahli-ahli email groups dan peminat2 minda abuya, kami menyediakan tempat dan membuat tempahan jamuan hanya untuk 100 orang.

Diharapkan saudara, saudari dapat memberi jawapan dan pengesahan kedatangan secepat mungkin. Sekiranya ada sesiapa yang berhasrat untuk membawa suami/isteri dan anak masing-masing sila maklumkan juga pada Mawar.
  
Berikut ialah maklumat program:

Tarikh: 14/8/2005 (Ahad)

Masa: 1.45 - 4.45 ptg

Tempat: Hotel De Palma Inn Shah Alam, Jln Nelayan 19/15,
Seksyen 19, Shah Alam.

Anjuran: Rufaqa' Corporation Sdn Bhd.

Atur Cara Majlis:

1.45 pm     Kehadiran dan pendaftaran peserta

2.00 pm     Aluan Pengerusi Majlis

2.05 pm     Nasyid Pembukaan (Mawaddah)

2.15 pm     Aluan dan taklimat penaung

2.25 pm     Persembahan multimedia

2.30 pm:    Sesi dialog bersama 3 orang ahli panel

4.00 pm     Jamuan dan ramah mesra (diserikan oleh
                 persembahan Mawaddah).

4.45 pm     Bersurai.

Harap maklum dan ampun maaf

Jemputan asal dari Moderator Kuliah SZ


P/S Mawar harap forumner2 spt zy. tukang kebun, abid abdullah, cdrw, abu yazid, asryzal, tarbiah dll yg pernah pm Akasyah dan memberi respon baik mengenai topik ini...sudi hadir. Boleh kita semua berkenalan di luar alam cyber ini. Jika tidak ada aral Mawar, Serihartatie dan Akasyah akan hadir pada majlis itu nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2005 07:58 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 28-7-2005 09:42 AM:
PENGUMUMAN KEPADA PEMBACA KULIAH

Pihak Rufaqa' Corporation akan mengadakan majlis Hi-Tea khusus untuk ahli-ahli kumpulan email Kha ...


Ermmm...jemputlah datang..muga dapat kita berkenalan...memang program ini khusus utk orgramai di luar rufaqa. Seperti tatie lah...dan kita semua....

Tiada sebarang KOS PENDAFTARAN dikenakan....PERCUMA.....

Pihak MODERATOR FORUM CARI, kehadiran anda semua sangat-sangat dialu-alukan......



[ Last edited by serihartatie on 29-7-2005 at 08:35 AM ]
Reply

Use magic Report

ceria This user has been deleted
Post time 29-7-2005 06:03 PM | Show all posts
test
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 30-7-2005 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 28-7-2005 09:42 AM/S Mawar harap forumner2 spt zy. tukang kebun, abid abdullah, cdrw, abu yazid, asryzal, tarbiah dll yg pernah pm Akasyah dan memberi respon baik mengenai topik ini...sudi hadir. Boleh kita semua berkenalan di luar alam cyber ini. Jika tidak ada aral Mawar, Serihartatie dan Akasyah akan hadir pada majlis itu nanti.


Apa maksud tu? Semoga perkenalan mengikut syariat dan bukan mengikut hati..

Saya tak dijemput juga ker? ..

Tak per la.Kalau dijemput pun tak dapat pergi..ada urusan lain
.
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 30-7-2005 09:49 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 30-7-2005 09:44 AM:


Apa maksud tu? Semoga perkenalan mengikut syariat dan bukan mengikut hati..

Saya tak dijemput juga ker? ..

Tak per la.Kalau dijemput pun tak dapat pergi..ada urusan lain[/b ...


Oh Ya.. Kalau boleh jemputlah sekali Pak Malau, Gravedigger , Snipersnake, Luluguagua,Aza, Eddy dan lain2 dari kumpulan mereka.

Islam itu Indah. Bukan nak cari gaduh tetapi mencari Rahmat Illahi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068703 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list