waktu berbuka hampir tiba
marilah sama2 kita menjamu selera
kedekut abg bkn nya apaaaa
sekadar menyimpan untuk hari tua
Joe_Shaper Post at 30-9-2009 14:56
cantik bergaya berbaju kemeja
hadiah pemberian dari si dia
takkan nak pk hari tua saja
masa muda nie kena juga berbelanja....
cantik bergaya berbaju kemeja
hadiah pemberian dari si dia
takkan nak pk hari tua saja
masa muda nie kena juga berbelanja....
cmf_sweetLove Post at 30-9-2009 16:42
berbaju kemeja berseluar jingga
ke tanjung rhu bersama dinda
masa muda wat per abg nak berbelanja
sweet pun kan dah bekerja
berbaju kemeja berseluar jingga
ke tanjung rhu bersama dinda
masa muda wat per abg nak berbelanja
sweet pun kan dah bekerja
Joe_Shaper Post at 1-10-2009 09:52
dinda nak makan ayam percik
nak tangkap ayam kanda takut
tahu dah jawapan pakcik
camtula kalau dah dasar kedekut...
nak mkn ayam percik jom la kuar berdua
kekedai pak mail di bandar selayang
abg kedekut cuma harta benda
tidak kedekut kan kasih dan sayang
Joe_Shaper Post at 1-10-2009 11:43
bandar selayang terletak pekan
tepi jalan terjual lemang
jika benar bagai diucapkan
tak hairan jika sana sini berkata sayang...
bandar selayang terletak pekan
tepi jalan terjual lemang
jika benar bagai diucapkan
tak hairan jika sana sini berkata sayang...
cmf_sweetLove Post at 1-10-2009 11:53
lemang dijual oleh anak pak ya
untuk juadah dihari raya
sayang kita mesti lah pada semua
cinta plak utk seorang saja
lemang dijual oleh anak pak ya
untuk juadah dihari raya
sayang kita mesti lah pada semua
cinta plak utk seorang saja
Joe_Shaper Post at 1-10-2009 12:13
hendak pergi negeri sembilan
tersesat jalan sampai kelantan
kepada siapa cinta diberikan
jika dua insan menjadi idaman?...
hendak pergi negeri sembilan
tersesat jalan sampai kelantan
kepada siapa cinta diberikan
jika dua insan menjadi idaman?...
cmf_sweetLove Post at 1-10-2009 12:20
jauh perjalanan sampai ke kelantan
singgah sebentar rehat kan badan
kalau dua insan jadi idaman
jumpa no satu minta jer persetujuan
jauh perjalanan sampai ke kelantan
singgah sebentar rehat kan badan
kalau dua insan jadi idaman
jumpa no satu minta jer persetujuan
Joe_Shaper Post at 1-10-2009 12:26 PM
anak toman si anak bujuk
tangkap sama anak kelisa..
kalau dua-dua merajuk...
ana kawen tiga.........................
petua dan amalan ikutan kita
menjadi turutan zaman berzaman
bkn nya niat nak menambah angka
cuma mcm org kata...rezeki badan
Joe_Shaper Post at 1-10-2009 14:18
tanam tebu tepi paya
di sengat tebuan bengkakla mata
berbahagia la sentiasa hendaknya
hidup bersama isteri isteri tercinta.....
tanam tebu tepi paya
di sengat tebuan bengkakla mata
berbahagia la sentiasa hendaknya
hidup bersama isteri isteri tercinta.....
cmf_sweetLove Post at 1-10-2009 14:50
di sengat tebuan sampai bengkak mata
pergi ke klinik dapat kan rawatan segera
memang abg bahagia bersama isteri2 tercinta
bkn kan sweet salah seorang dari nya
di sengat tebuan sampai bengkak mata
pergi ke klinik dapat kan rawatan segera
memang abg bahagia bersama isteri2 tercinta
bkn kan sweet salah seorang dari nya
Joe_Shaper Post at 1-10-2009 14:58
singgah di paguh menangkap punai
punai terlepas tika ke bendang
bilakah janji akan tertunai
jika di sana sibuk memanjang...
cmf_sweetLove Post at 29-9-2009 14:34
dara manis mandi disungai
diatas tebing ada buaya
kata manis janji tidak tertunai
sentiasa ingat jangan cepat percaya.....