|
Pasan gak masa super spontan tu die senyap je.
Aku cakap dalam hati asal dia senyap je. Macam tak berminat nak main je.
Memang every episod tgk pun hairan gak lah dengan perangai dia tu macam buang tebiat.
Tapi sekarang baru paham.
Masa tgk meletop smlm pun sedih bile part nabil cerita.
Bagus gak Nabil cakap, kalau kite teringat or terkenang dekat dia kite baca lah Al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya tgk video2 pak yus. kehilangan dia terasa sgt sama mcm din beramboi dulu. Al-fatihah untuk pak yus. |
|
|
|
|
|
|
|
aah.. kite pun sma.. smpai skrg masih ingt dgn silent comedy - renang berirama tu, best sangatt..
Semoga arwah berada dalam kalangan orang2 yang soleh.. al fatihah..
|
|
|
|
|
|
|
|
dari page 1- page 23 aku boleh tahan nangis.. aku sedih sangat sampai aku nangis sedu sedan dalam hati..
aku x mampu nak hambur kan air mata aku.. tapi sampai kt post ni aku nangis semahu2nya..
aku tahan hati aku tengok semua video meletop.. aku cuma baca kt forum je.. sebab aku x mau menangis..
tapi hari ni aku dah x tahan dah..
pak yus.. aku rindu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kpd keluarga allahyarham Yus...smg rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan solehin....amin... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Santeira at 2-12-2015 03:37 PM
dia bukan boleh buat komedi saja, watak serius pun boleh bawak. dia mmg berlakon teater sejak dulu lagi dan ajar orang menari. mmg talented pernah menang pelakon teater terbaik tahun 2006.
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry kalu dah ade
‘Arwah Yus seorang dermawan’
ARAU - “Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian."
Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.
Mardiah Abdul Salam, 40, berkata, arwah Yus datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.
Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam.
"Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.
"Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri," katanya.
Mardiah berkata, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.
Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.
Madi merupakan sekolah di bawah pentadbiran Pas Perlis yang mula beroperasi pada Disember 1992 mempunyai 200 pelajar terdiri daripada 15 orang tenaga pengajar.
Masuk duit dalam tabung masjid
Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.
Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.
"Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.
"Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini," katanya.
Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu seorang yang pemurah sejak dari zaman sekolah lagi.
"Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.
"Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis," katanya.
Disenangi guru
Bekas guru kepada Yus, Abd Kadif Lebai Shafei, 48, pula berkata, dia mengenali arwah Yus sebagai seorang pelajar yang sangat menghormati guru.
Menurutnya, biarpun Yus bukan seorang pelajar cemerlang dalam akademik tetapi dia sangat disenangi rakan-rakan sekolah dan guru-guru.
"Waktu itu saya warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, arwah Yus ketika itu seorang pemain bola sepak yang aktif.
"Sebagai seorang cikgu agama, saya selalu nasihatkan Yus supaya tak lalai dan Alhamdulillah dia sering ke surau untuk solat berjemaah," katanya yang kini merupakan guru besar Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim, di sini.
Abd Kadif berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah Yus pada Julai lalu ketika menjemputnya untuk memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di sekolah tersebut.
"Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran.
"Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bginila yg kita mahukan... setelah pergipergi... hanyhanya cerita yyg baik2 kluar...pengakhirn yg husnul khatimah |
|
|
|
|
|
|
|
Iols.pun sgt terkesan dgn pemergian pak yus ni. Dia pelawak pertama yg iols minat. Iols tertarik dgn persembahan.pertama dia dlm maharaja lawak. Org lain semua hambar, lawak jambu je yg best
Berhari2 dah slps pak yus pergi. Tp masih terasa. Tiap2 mlm sblm tido iols mesti baca psl pak yus. Pasti nangis sorg2. Artis lain x pernah rasa mcm ni.
Mudahnya pak yus pergi. Ramai yg doakan dia. Ramai kwn yg sama2 dgn dia. Iols terdikir..kalau iols takde nanti, siapa yg akan doakan iols. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih baca komen2. Ternyata arwah seorg yg humble n friendly dgn semua org.
Kenangan arwah bersama shah slam |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
atikah2013 replied at 2-12-2015 07:16 AM
Ni dari fb staff usm Seni Bayan :
Baru beberapa hari uploadkan poster Lawak Utagha 2 dengan penam ...
Sedihnyeeer.....airmata ni laju ja.....wpun x mngenalinya secara dekat...hanya di tv saja tp pemergiaan pak yus buat dri ini terasa sangat2 sedih...tambah2 bila membaca pelbagai kisah disebalik drinya yg srntiasa tersenyum..
Betul la spt katanya...
"Berlari dalm hujan,tiada siapa tahu aku menangis.." |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah mmg baik ... iols dok belek ig arwah je sejak arwah x da.. penyayang dgn kucing..sayang ank yatim... masa tragedi 4×4 eksiden yg meninggal suami isteri n baby tu pak yus pgi melawat ank dorg yg da jadi yatim piatu si amirah tu... dia pesan belajar rajin2, jd budak baik, ingat pesan pak yus katanya.... iols x pnh minat dia tp bl da x de ni br tu dia lg baik dr iols sangka... |
|
|
|
|
|
|
|
aku masih lagi menangis hingga hari ni... asben aku pun turut menangis.. aku mmg suka jambu.. suka pak yus.. skrg nmpak hatinya luhur.. ikhikhlas da redha pd kehidupannya... mulia sungguh hati dia |
|
|
|
|
|
|
|
ya allah..pak yuih..aku still sedeh..tgk ulangan supe spontan..ada pak yuih..lama betoi rase kehilangan ni although aku bukan fans dia..pak yuih menderma..tak siapa tahu..lepas dah meninggal baru org tau..bagus nye pak yuih..sedekah pahala besar lagi2 utk anak yatim.. |
|
|
|
|
|
|
|
ninjago replied at 2-12-2015 10:35 AM
AlFatihah tuk pakyus.. dahsyat jugak ujian hidup tuk dia.. mak ayah diambil dulu, abang2 tak peduli, ...
Allah lebih menyayangi arwah Pok Yus...semoga arwah dtempatkan d kalangan orang2 yg baik2.. |
|
|
|
|
|
|
|
sedih sgt....
|
|
|
|
|
|
|
|
perembes replied at 2-12-2015 03:14 PM
aku masih lagi menangis hingga hari ni... asben aku pun turut menangis.. aku mmg suka jambu.. suka p ...
Sedih kan u.. Adik i seorang autisma. Semlm i call ckp dgn dia. Dia ckp yus jambu dah takde. Dulu selalu tgk rajalawak. Lepasni dah tak boleh nak tengok yus. so sad. Ternyata arwah yus mampu menghiburkan manusia2 dr semua peringkat bukn shj org2 normal mcm kita. |
|
|
|
|
|
|
|
lawak pak yus memang rare...
sentiasa merapu...
takde hubung kait n yet buat kita gelak mcm nak pengsan....
n bila2 teringat..boleh gelak lagi...
hari2 tgk ulangan karoot komedia..super spontan...mlm..
semoga segala amalan baik pak yus diterima.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebakk sgt bila masuk thread ni dgn ig pak yus. Lepastu ptg tadi iols masak2 kat kitc sambil dgr super spontan.
Dengar je pun bukan tgk. Tapi menderu air mata keluar shuben cuma pesan bila ingat pak yus sedekah Al fatihah. Hurmm xtau brp hari boleh ilang sedih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|