CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AnggunSophea

Misteri Di Negeri Perak [ Updated : 11 Feb 2020 ]

[Copy link]
 Author| Post time 23-5-2017 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 23-5-2017 01:44 AM
Sg Manik tu tempat pelarian arwah nenek n datuk I masa perang jepun,kat sg manik nenek saudara ber ...

Oh yeke. Baru tahu asal usul nya. Sebab mak tak pernah cerita. Tulah, pernah juga terbaca dulu. Asalnya Batu gajah tu lah yg paling maju, bukan Ipoh. Lupa dah bac kat mana. Tapi memang betul penjajah dulu ramai kat area BG, Tronoh kan. Sebab banyak lombong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2017 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 23-5-2017 01:45 AM
selalu berdepan memang akan sentiasa beringat kan, tapi akak ni memang jarang terkena
benda m ...

Saya pun alhamdulillah jarang kena. Tapi kalau kita baca cerita seram then ada terasa mcm ada or ternampak ke, sebenarnya perasaan je tu terbawak bawak. Dulu saya suka baca then jadi bukan2. Sekarang saya baca then 2-3jam lepastu dah tak ingat dah apa saya baca. Baca sambil lalu je sekarang.


Pasal yg cakar tu nanti saya tanya kawan saya ye kak. Nanti saya inform akak apa jawapannya  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 23-5-2017 03:03 AM
betul dik..jgan lupa pendinding kita..ayat2 Allah..in shaa allah x pape..akak pun duduk kat Kg Bal ...

Kan. Tapi kekadang lupa jugak. Saya jenis selalu was was. Macam2 benda. Nampak sangat syaitan cuit hati.  :


Welcome kak. In shaa allah selagi boleh n ada cerita akan kongsi. Banyak lg sebenarnya tp dah tertangguh 5bulan haritu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 23-5-2017 04:10 AM
Hamdan scenario pun org kg airmati Bt gajah..nenek dia duduk situ..nenek dia sepupu nenek I..so ki ...

Oh yeke. Boleh kata majoriti budak Senario memang org Perak lah kan. Semua utara. Apek Penang, Mazlan Kedah. Bulan 3 haritu pergi Stadium Perak Per vs Ked. Jumpa Mazlan dgn wife dia. Dia rajin join KFA.


Asrama akak dulu takda cerita ke?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
wati2110 replied at 23-5-2017 07:20 AM
Fuhhh....tamat jugak baca kisah2 tt dan rakan2 dalam ni....meremang wei baca

Laju nya merempit. Engine Type R kah sis?
Kalau ada story jemput2 share sis  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 23-5-2017 08:59 AM
wahh.. baru habis merempit baca kisah adik ni, rupanya dh ada terid baru..

pepon, mmg best, walau ...

Tq kak sudi merempit dan tinggal jejak disini. Akak follow dari thread rumah sewa tu ke?  


Part sihir tu je tak boleh sambung. Kes kes sampingan nanti saya boleh separate kan cerita n tempek sini.


In shaa Allah kalau ada jodoh dan rezeki adalah nanti kak  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-5-2017 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
KISAH 13 : RUMAH BARU (Episod I)


Cerita ni berlaku di rumah baru lepas rumah dalam kisah 10 tu. Masa ni hanya ada family kecik aku je yg terlibat. Ayah, Mak, Kakak, Abang Ipar, Rayyan - anak buah, abang dan aku. Total adalah 8 orang semuanya.


Rumah ni kakak aku baru pindah masuk bulan 8 haritu. Sebenarnya ni adalah kesinambungan dari kisah 10. Tapi kisah 10 tu aku tak upaya nak habiskan atas sebab tertentu. Jadi korang baca jelah kisah rumah yg aku pindah lepas rumah berhantu ni ye.


Hari pertama masuk pindah barang kecik kecik je dulu dengan 4biji kereta (masuk, bukan tidur). Kitorang sewa lori masa hari last angkat barang je. Barang terlampau banyak, takut satu lori tak muat.


Sebaik sampai hari pertama tu, kitorang selesai kemas apa yg patut dalam pukul 6petang macam tu. So memandangkan tu hari pertama kitorang masuk, ayah terus buat doa selamat dan suruh semua solat sendiri sendiri. Bilik ada 4, asing asing solat lepas maghrib.


Tapi masa tu tak panggil org masjid, situ takda masjid langsung. Taman tu cina punya. Ada masjid pun dalam beberapa km dari situ. Taman tu pulak taman baru, deret rumah kitorang tu baru ada 2-3 rumah je terisi. Itupun macam kereta budak lelaki muda. Dan of course tak lekat kat rumah sebab kereta dia je nampak, muka dia aku tak pernah nampak selama duduk situ. Sedar sedar esok pagi dah beralih je kereta dia tu. Means dia memang ada guna lah kereta dia tu kan.


Bilik atas ada 3, bilik lagi satu kat bawah. Bilik paling luas bilik utama. Bilik no 2 tak berapa luas tapi memanjang ke belakang. Bilik no 3 berbentuk segi empat tepat. Pintu bilik utama berdepan dengan penjuru dinding bilik no 3. Pintu bilik no 2 dan 3 terletak horizontal dan vertical antara satu sama lain. Keluar dari bilik 2 atau 3 masih lagi dalam kawasan hall dan takkan dapat dilihat dari tengah tengah ruang bilik utama. Melainkan anda berdiri di depan pintu da menjenguk sedikit ke hal baru nampak.


Untuk memudahkan pemahaman, kiblat rumah tu menyerong ke belakang rumah. Lebih kurang bila kita solat akan hadap setiap penjuru bilik lah.


Malam tu lepas maghrib, ayah aku tengah solat kat bilik utama muka menghadap pintu, nampak ada perempuan lalu kat hall. Lepas habis mendaki tangga dia berjalan laju menonong je. Walhal dinding kot kat situ. Tapi ayah aku sangka mak aku lah tu yg nak solat kat bilik ke 2 berdepan hall tu.


Tak lama lepastu sorang lagi perempuan naik terus masuk bilik ke 3. Ayah tahu dia masuk bilik ke 3 sebab depan pintu bilik utama tu ayah nampak dgn ekor mata kaki perempuan tu belok. Dalam rumah ada 3 perempuan, so ayah anggap antara kitorg je lah yg lalu tu.


Ayah memang dari awal solatnya tak khusyuk sebab hati berdebar je dari mula nak solat. Tu yg mata melilau tu. Lepas nampak perempuan naik masuk bilik ke 3 tu, ayah nampak kelibat menjenguk dia pulak dari tepi pintu. Dia perasan tapi tak tengok muka sebab muka ayah tunduk.


Sebenarnya yang masuk ke bilik 3 tu mak aku. Mak pulak tengah terintai intai nak tahu arah kiblat. Lupa pulak nak bagitau kat mak masa sebelum solat tu. So mak intai lah ayah dari hall. Kiranya mak keluar dari bilik no 3 dan intai ayah kat bilik utama utk check sejadah ayah menghadap mana.


Lepas mak dah confirm arah kiblat, mak nak masuk balik bilik no 3, mak nampak abg ipar dalam bilik no 2 tengah memandang ke luar tingkap. Bilik no 2 berbentuk petak panjang. Agak luas, so mak nampak abg ipar dari jauh je lah. Abg ipar ni badan besar. Abg saya pulak badan kurus tinggi. So mak boleh bezakan lah siapa yg dia nampak kan. Mak hanya pandang dalam 2-3saat dan terus masuk bilik dan solat.


Selesai solat semua, mak n ayah turun bawah. Ayah turun je bawah terus bertanya kitorang yg perempuan ni. Sorang sorang ayah siasat. Ayah tanya siapa yg naik ke tingkat atas mula mula sekali. Yg pasti bukan saya dan along lah, sebab kitorang tak boleh solat.


Then mak mengaku mak yg naik atas sebab nak solat kat bilik ke 3. Ayah pun tahu mak solat kat bilik no 3 sebab ayah nampak kain mak dengan hujung mata dia masa mak naik tu. Persoalan nya siapa perempuan yg naik sebelum mak? Dia berjalan buat mcm takda dinding je. Ayah nampak dia berjalan seolah olah naik tangga dan berjalan lurus ke dinding. Hall atas tu tak berapa luas sangat pun. Paling best lepas ayah nampak kelibat perempuan 1st tu naik, terus ayah meremang. Sebenarnya ayah bukan jenis penakut pun.


Mak menafikan ada sesiapa naik melainkan dia dengan abg ipar aku je lepas ayah solat tu. Sebab abg ipar naik dulu sebelum mak naik. Ayah cerita masa solat tu berdebar debar je dia rasa. Dengan keadaan bilik yg lapang, kosong  dan takda langsir tu, ayah rasa meremang je. Masa perempuan pertama naik tu ayah rasa seriau gila. Sebab perempuan tu berjalan laju umpama hall tu panjang. Ayah anggap perempuan tu berjalan tak berhenti dan ayah tak rasa perempuan tu sama dengan mana mana perempuan dlm rumah masa tu.


Tu satu hal. Satu lagi, abang ipar pulak mempertikaikan kenyataan mak. Mak cakap lepas dia naik, dia intai ayah aku nak check kiblat. Masa nak masuk bilik ke 3, mak nampak abg ipar kat bilik no 2 tengah termenung pandang luar tingkap dalam kegelapan. Sedangkan abg ipar aku hanya naik masa mak dah solat. Mak solat membelakangkan pintu, so mak tak tahu lah bila waktu sebenar abg ipar aku naik. Abg ipar siap cakap bila mak dan ayah dah solat baru dia naik atas, kiranya dia solat paling last lah. Abg aku pulak memang tak ada naik langsung, sebab dia  solat kat bilik bawah.


Lepas settle semua, kitorang ingat malas lah nak panjang2 so kitorang terus celebrate hari jadi ayah kat luar rumah je. Dalam takda meja lagi. Ada meja kopi je kat luar rumah berdepan dgn parking kereta. Lepas settle celebrate birthday ayah terus kitorang balik rumah lama sebab barang tak angkut habis lagi. Still boleh tidur kat rumah lama. Kitorang pun mcm takda hati sangat nak tidur kat rumah baru tu.


Bersambung..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 21-5-2017 12:17 PM
Semenjak saya up balik thread ni, saya rasa macam saya tercampak balik ke zaman budak dulu pun ada ...

Ahaa btol tu Dik,
Tp kisah dri anna tu bes,bila bca memalam trasa ada mata memerhati
Seram...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2017 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-5-2017 09:15 PM
KISAH 13 : RUMAH BARU (Episod I)



Kisah nie adik Anggun ada ckp kat area Selan*** kan...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-5-2017 05:50 PM
Saya pun alhamdulillah jarang kena. Tapi kalau kita baca cerita seram then ada terasa mcm ada or t ...

Ok dik nanti tanyakan k...
Sorry ler share masalah akak kat benang ni plak..mesti forumer lain annoying je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 23-5-2017 01:25 PM
Kisah nie adik Anggun ada ckp kat area Selan*** kan...

Haah. Akak ingat lagi ehh   Kena dari Perak, so takpe kot selit sekali kan?  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 23-5-2017 01:43 PM
Ok dik nanti tanyakan k...
Sorry ler share masalah akak kat benang ni plak..mesti forumer lain an ...

Okay kak. Mana tau ada juga forumer yg lain ada prob mcm akak, tapi malu nak tanya kan. Boleh lah kita share sama2  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 21-5-2017 08:09 PM
Sabar nok..lagi 2 minggu bakal dpt citer baru..aku pun tak sabar tau..hehe

Tak sabar nya....
Geram je tengok anna bercikcur di balik pagar yang sayup tinggi  nya tu..  
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 24-5-2017 08:32 AM
Tak sabar nya....
Geram je tengok anna bercikcur di balik pagar yang sayup tinggi  nya tu..  :ma ...

   gelabah gak semalam bila tak dapat lompat tembok..hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:18 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-5-2017 05:47 PM
Oh yeke. Baru tahu asal usul nya. Sebab mak tak pernah cerita. Tulah, pernah juga terbaca dulu. As ...

dalam tahun 1800an B gajah jadi tumpuan British sbb getah, bawak banyak kuli India. contoh terbaik, ladang Kinta Kellas milik pemilik Kellis Castle.Then awal 1900an, China pulak datang utk teroka bijih timah, berkembang lombong smpai Tronoh, then Ipoh mula membangun, then bawak kuli cina..besepah2..sebab tu Ipoh mali..ramaiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 08:24 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-5-2017 06:11 PM
Oh yeke. Boleh kata majoriti budak Senario memang org Perak lah kan. Semua utara. Apek Penang, Maz ...

jangan lupa KRU..nenek dorang org Pengkalan Baru..sini pun kampung lama..banayk pokok2 besar..nenek sebelah emak akak sini lah kampungnya..kecik2 dulu selalu balik kg, ingat lagi tempat tunggu bas..bawah pokok cerpu (ko kenal tak buah cerpu..sama mcm buah pisang kaki tapi isi dia masam manis..sedap..lecur air liur ingat)
Akak duduk asrama kat ipoh..sekolah ugama yg sangat berhantu..kata orang2 la..tapi akak rileks je jadi hantu dengan geng2..x penah kena apa pun..alhamdulillah ..ada juga histeria..and masa form 5 heboh orang minyak masuk hostel..masa histeria akk n geng pakat jerit2 sama sebab x mo pegi prep..jahattt sungguh kan..keji taktik tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2017 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 24-5-2017 12:18 AM
dalam tahun 1800an B gajah jadi tumpuan British sbb getah, bawak banyak kuli India. contoh terbaik ...

Oh i see, KRU pun eh. Tak silap saya baca dari MPS jugak. Forumer cerita sejarah Batu Gajah. Pasal nurse zaman dedulu berkhidmat kat Batu Gajah. Sebab tu kat Batu Gajah urban legend hantu kat bangunan tinggalan sejarah diorang ni semua hantu omputih kan kak? Cikgu sekolah rendah pernah cerita pengalaman dia kena kat HBG. Ada hantu pompuan nama M**y kacau pompuan bersalin.



Dan masa sekolah rendah dulu pun saya ada baca mini novel seram. Ada 5 siri mewakili 5buah novel semua cerita tu. Memang penulis tu gambarkan suasana Ipoh dan Batu Gajah. Lupa dah campak mana novel tu. Dari situ saya start tahu pasal Kellie's Castle. Tu yg terus terminat sejarah tu  


Story lagi kalau akak tahu sejarah pasal Perak. Hehehhe best lah. Atuk nenek, Mak ayah saya asal Selangor, saya je lahir kat Perak. Jadi cerita pasal sejarah memang diorang tak berapa tau sangat  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
puteribaya replied at 24-5-2017 12:24 AM
jangan lupa KRU..nenek dorang org Pengkalan Baru..sini pun kampung lama..banayk pokok2 besar..nene ...

Pokok Cerpu tu apa kak? Saya ni banyak term dalam loghat Perak saya tak paham. Sebab family memang cakap biasa je, takda loghat even saya duduk tempat yg ada loghat Perak pure. Kadang saya tahu benda atau barang atau pokok tu, tapi term mak ayah saya guna lain.


Saya sampai harini tak berapa jelas maksud 'soreh' tu apa     2014 bercinta dgn org Perak pure. Dia cakap "ada org nak soreh pasal kita" saya pun "oh ok" kan aje. Padahal tak paham pun. 'Turut' pun saya tak paham. Classmate dulu selalu sebut "bapak dia turut dia kat rumah si polan"  


Sekolah Perempuan eh kak. T****h ke kak? Sebab saya dulu study kat Ipoh. Tu je sekola agama pompuan yg saya tahu. Sekolah tu pun ada dlm board MPS. Thread urban legend Malaysia kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 09:19 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 24-5-2017 08:53 AM
Pokok Cerpu tu apa kak? Saya ni banyak term dalam loghat Perak saya tak paham. Sebab family memang ...

Buah Cepu dikenali juga dengan beberapa nama lain seperti cerapu, mencepu, kecupu dan copu..memang payah nak jumpa sekarang,,pupus Kalau tengok pokok dia sangat tinggi dan kelihatan seperti pokok manggis dan cepu itu sendiri seperti manggis cuma size dan warnanya sahaja berbeza.  Kelihatan seperti tomato pun ada.  Buahnya sebesar duit 50 sen dan berwarna kuning oren bila dah masak ranum.  
soreh tu berdiskus, bercerita khasnya pasal keturunan,moyang..utk mencari susur galur diri
turut tu maknanya memanggil selalunya utk pulang kerumah..kalau ayah akk dulu dia siap2 turut dgn bawak ranting kayu kalu balik dekat nak maghrib,,tak reti2 nak balik
Yaaa bingo..itulah sekolah akk..dulu SR je so akk ada baca pasal sekolah tu, tp x dapat menjawab..nnti akk pusing balik dlm bod tu..cari balik
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 10:53 AM | Show all posts
AnggunSophea replied at 23-5-2017 06:20 PM
Tq kak sudi merempit dan tinggal jejak disini. Akak follow dari thread rumah sewa tu ke?   


...

aah, akak baca terid rumah sewa poli tu dulu.. kendian lamaaaa tinggalkan forum n sub board misteri ni.. ni baeru dtg balik n baca kisah2 best termasuk dr adik..
jangka tahun ni la nak bertunang kan.. semoga dipermudahkan.. adik kena kuat, dan kene kuatkan dalaman sebagai pendinding.. yakin dengan kekuasaan Allah, mengatasi drpd kebatilan..

cuma, akak ada nak tya sikit.. adik kerap lepak2 sampai subuh baru balik, ayah dengan mak adik ni sporting betul yer, even abg pun sporting x kisah adik lepaking smpai tahap cmtu yer? kalau mama abah akak, lama dah kene hambat dengan penyapu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.498223 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list