CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
hafizi This user has been deleted
Post time 31-7-2005 04:57 PM | Show all posts
Mengapa Rasulullah berkata demikian? Bukankah ampunan Allah dan pertolongan-Nya boleh mengatasi segala-galanya? Jawabnya ialah kerana Rasulullah mahu memberitahu kita bahawa sifat-sifat yang baik, amal-amal soleh, akhlak yang mulia, nafsu yang jinak dan tenang, iman dan taqwa itu bukannya datang sendiri secara mengejut dan tiba-tiba. la mesti dipelajari, dicari, diasuh, dididik, dilatih, diamalkan selalu sedari kecil lagi; barulah ia akan jadi sifat dan akhlak kita.

Seorang yang tidak berusaha langsung untuk mencari kebaikan, sebaliknya dihabiskan umurnya untuk merancang dan melaksanakan kehendak-kehendak duniawi, nafsu dan syaitan tentulah tidak begitu mudah untuk dimaafkan. Dan kalau sampai 40 tahun pun belum mahu berusaha mengenali Allah dan taat kepada-Nya, sedangkan segala ilmu dunia dan kekayaan dunia sudah diperjuangkan begitu lama sekali, adalah layak untuknya api neraka. Masakan tidak te-fikir olehnya bahawa dia diciptakan oleh Allah, dan patut sekali mensyukuri nikmat itu dan berbakti pada Allah. Dan kalaulah hal itu pernah melintasi fikirannya, tapi sengaja tidak dipedulikan, kerana mahu sepuas-puasnya dengan dunia, hinggalah menjangkau 40 tahun lamanya, sungguh munasabah bagi orang ini dihumban ke dalam Neraka. Tiada maaf baginya. Sesudah terasa susah payah dan lemah anggota baru teringatkan Allah sedangkan pada waktu senang, dan kuat bertenaga pula sangat derhaka pada Allah.


Manusia yang bersifat begini, memang patut disuruh bersiap untuk ke Neraka. Daripada hadis itu, kita juga dapat faham bahawa seseorang yang sudah biasa dan lama dalam kejahatan memang payah hendak diubah ke arah kebaikan. Harapannya tipis sekali. Umpama seorang yang sudah lama berpenyakit kudis atau tokak atau darah tinggi atau kencing manis atau sakit jantung atau semuanya sekali, sudah terlalu kronik, sudah hampir maut, baru teringat hendak berjumpa doktor untuk berubat.


Waktu mula-mula kena penyakit, tidak mahu berubat konon tidak bahaya atau boleh tahan atau tunggu masa yang baik. Apabila keadaan sudah serius, baru nak berubat, tentu doktor akan berkata "tiada harapan lagi". Doktor tak salah kerana berkata begitu. Pesakit itu sendiri yang bersalah kerana membiarkan sakit begitu lama baru ingat hendak berubat.


Demikianlah halnya jiwa yang sakit. Oleh kerana sudah lama dibiarkan, sudah sebati dengan sikap dan akhlak yang keji, tentu sukar sekali untuk diubati. Nafsu yang suda bermaharajalela dalam diri memang sukar untuk dikawal. Jumpalah doktor walau pakar apa pun, namun kerana untuk proses pendidikan jiwa itu sudah tamat maka mujahadah tidak akan berbekas lagi
.

Selepas 40 tahun hati tidak kenal Allah, tidak kenal akhirat, Islam, dan iman, tentu payah hendak menjadikannya yakin sesudah itu. Umpama anak yang tidak tahu siapa ibunya, tiba-tiba waktu 40 tahun diperkenalkan kepada ibunya, tentu payah untuk menanam kasih sayang dan kecintaan kepada ibu tadi. Sebab kasih itu sudah diberi kepada ibu angkatnya.

BERSAMBUNG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2005 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by PakMalay at 2005-7-30 09:44 AM:


Apa maksud tu? Semoga perkenalan mengikut syariat dan bukan mengikut hati..

Saya tak dijemput juga ker? ..

Tak per la.Kalau dijemput pun tak dapat pergi..ada urusan lain[/b ...


Janganlah majuk hehehe

Rasa2nya pak malay ni antara fanatik abuya....so mungkin org mcm pak malay lebih layak utk program yg lebih khusus...sesuai dgn tahap pak malay.

Sedangkan Hi-tea ni lebih khusus kepada yg belum mengenali rufaqa dan hanya kenal minda2 abuya melalui topik ini. Tapi kalau pak malay nak datang utk memeriahkan majlis dan membantu pihak rufaqa melayan tetamu2 abuya ni, dipersilakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2005 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 1-8-2005 03:48 PM:


Janganlah majuk hehehe

Rasa2nya pak malay ni antara fanatik abuya....so mungkin org mcm pak malay lebih layak utk program yg lebih khusus...sesuai dgn tahap pak malay.

Sedangkan Hi-tea  ...


:setuju::pray::pray::pray:

takkan Pak Malay jer, syeikh belalang tu, hamba sufi tu nak letak mana? Takut tak cukup kerusi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2005 09:56 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 29-7-2005 07:58 AM:


Ermmm...jemputlah datang..muga dapat kita berkenalan...memang program ini khusus utk orgramai di luar rufaqa. Seperti tatie lah...dan kita semua....

Tiada sebarang KOS PENDAFTA ...



moderator forum M&M dijemput khas, tapi kenapa senyap ajer..ustaz zul tak mahu turun ke Shah Alam ker ?....

;);)

cukup lah ada kosong empat lagik ni...:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2005 10:06 PM | Show all posts
PakMalay
Oh Ya.. Kalau boleh jemputlah sekali Pak Malau, Gravedigger , Snipersnake, Luluguagua,Aza, Eddy dan lain2 dari kumpulan mereka.

Islam itu Indah. Bukan nak cari gaduh tetapi mencari Rahmat Illahi.


Waah .. ingat juga kau kat PakMalau, tapi PM tak leh pegi nanti tukang bancuh air teh tak keluar dapur, segan nak jumpa... PM mintak buah rambutan gula batu, tak kasi lagi...

[ Last edited by PakMalau on 2-8-2005 at 10:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2005 11:35 AM | Show all posts
Originally posted by PakMalau at 2-8-2005 10:06 PM:
PakMalay


Waah .. ingat juga kau kat PakMalau, tapi PM tak leh pegi nanti tukang bancuh air teh tak keluar dapur, segan nak jumpa... PM mintak buah rambutan gula batu, tak kasi lagi...

[ ...


Pak Malau nak saya KASI ker.. Jemputlah datang, nanti boleh lah kasi tang mana yang Pak Malau minta..
Reply

Use magic Report

Follow Us
hafizi This user has been deleted
Post time 5-8-2005 07:53 AM | Show all posts


Begitulah payahnya, orang yang sudah 40 tahun mengekalkan sifat sombong dan besar diri, untuk mujahadah menjadi tawaduk atau rendah diri.

Sesudah 40 tahun mengekalkan sifat bakhil, hingga sifat itu sudah menjadi akhlak dan perangainya, bukan senang hendak mendidik hati jadi pemurah.

Sesudah 40 tahun menjadi pemarah dan pembengis, bukan mudah untuk berubah menjadi pengasih dan lemah lembut.

Sesudah 40 tahun berhasad dengki dengan sesama manusia, tentu tidak mudah untuk menjadi orang yang berlapang dada dengan manusia.

Sesudah 40 tahun tidak sabar, tidak redha, maka tentu payah untuk bertukar menjadi seorang yang sabar dan redha dengan Allah.

Sesudah 40 tahun berpenyakit gila puji, gila pangkat, gila dunia, tentulah harapan tipis untuk bertukar menjadi seorang yang zuhud; sudah dekat nak mati masih sebut "harta saya", "kebun saya" dan "wang saya".

Demikian seterusnya!.



Umat Islam perlu fahami dan sedari benar-benar akan hakikat ini agar usaha-usaha membaiki diri lahir dan batin tidak ditangguh-tangguh lagi; supaya kita tidak menyesal kemudian nanti, kerana mendapati segala-galanya sudah terlewat.


Kita juga kena sedar bahawa untuk melakukan kebaikan itu  sama ada  kebaikan  lahir,  apalagi batin,  bukannya mudah. Sebenarnya ia lebih payah daripada mencari rezeki, pangkat dan ilmu tinggi dan lain-lain. Sebab kita terpaksa berhadapan dengan musuh-musuh batin yang sangat jahat itu nafsu dan syaitan. Musuh-musuh yang tidak rehat-rehat untuk menjahanamkan kita. Nafsu itu sudah lama kita perturutkan ajakannya. Sudah manja dan sudah gemuk kerana mendapat layanan yang baik daripada kita. Sebab itu walaupun kita sudah sedar keterlanjuran selama ini, namun terasa payah sekali untuk kita menjinakkan dan rnenenangkan nafsu itu.



Sifat sombong kita, misalnya, yang sudah menjadi perangai dan akhlak kita sekian lama, bukan mudah untuk diungkai. Kita sentiasa meninggi diri dengan manusia lain, merendah-rendahkan dan menyinggung perasaan mereka. Apabila kita sedar, kita pun berazam tidak mahu lagi mengulangi perkara yang dibenci Allah itu. Tapi apakah hanya dengan azam itu kita terus berubah? Jawabnya, tidak. Nafsu sombong yang sudah bertakhta dalam diri itu akan terus bekerja. Pantang ada salah silap manusia dengan kita, terus kita kata nista orang itu sepuas hati kita. Pantang tengok kelemahan orang lain, terus kita sebut-sebut dan sebarkan hingga terhinalah orang itu. Pantang ada orang menegur, kita bidas orang itu pula sampai melukakan perasaannya.


Kita sedar hal itu dibenci Allah, maka kita sangat menyesal selepas setiap kali melakukannya. Tapi kesal itu tidak mengubah kita. Buktinya, apabila terjadi lagi hal-hal yang mencabar ego kita, kita pun melenting. Menyesal, kemudian buat lagi. Begitulah halnya. Kita ingin untuk terus berubah tapi tidak semudah itu. Nafsu yang sudah terlalu jahat itu terasa payah benar hendak dijinakkan. Kita selalu kalah dalam bermujahadah. Kadang-kadang mati akal dibuatnya. Terasa peritnya berhadapan dengan kejahatan nafsu. Walhal umur kita belum 40 tahun, sudah terasa benar susahnya. Apalagi. kalau sudah tua, yang nafsu itu pun sudah tua, memang tipis harapan untuk diselamatkan.


Oleh itu pendidikan mestilah dibuat sewaktu kanak-kanak lagi. Jinakkan nafsu waktu ia belum liar lagi. Latih anak-anak dengan segala kebaikan lahir dan batin sewaktu mereka belum pandai buat jahat lagi. Kemudian lanjutkan hingga ke umur remaja dan dewasa. Insya-Allah barulah nanti kebaikan-kebaikan itu mudah dilakukan. Tidak payah mujahadah lagi. Tapi zaman sekarang, anak-anak orang Islam dari kecil lagi dididik dengan cara Barat, sehingga besar pun dididik oleh orang-orang Barat atau dihantar ke sekolah yang menjalankan pendidikan sekular.

Mereka dididik agar tidak kenal Allah, Rasulullah dan alam akhirat, tidak hormat guru dan orang tua, tidak malu, sombong, hasad dengki, mementingkan diri sendiri, tamak, gila dunia, gila pangkat dan pujian, bakhil, dendam dan lain-lain lagi, secara langsung atau tidak langsung. Ilmu sebaik mana pun kalau diberi kepada seorang yang kotor hatinya dan buruk akhlaknya, nescaya akan digunakan ke arah kejahatan pula. Sebab itu masyarakat kita ini, tidak bahagia lagi kerana berdepan dengan berbagai-bagai masalah yang dilakukan oleh manusia-manusia yang pandai dan bijak ini.

Rasuah, curi, rompak, tipu, zina, salah guna kuasa, berkrisis, rebut kuasa, dadah, arak, memfitnah dan lain-lain lagi. Semakin tua usia seseorang itu, bukannya semakin baik, tapi semakin rosak. Sebab nafsu dan rohnya semakin tua bersama tuanya badan. Sedangkan jiwanya yang murni tidak berfungsi kerana lemah iman dan taqwa.

Untuk membaiki keadaan ini, pendidikan Islam mesti-lah diterima dan dilaksanakan. Bagi yang sudah dewasa, rajin-rajinlah mendengar ceramah dakwah dan bersungguh-sungguhlah bermujahadah. Dan bagi yang sudah tua, bertaubatlah banyak-banyak dan bersungguh-sungguh kepada Allah. Mudah-mudahan Allah memelihara kita daripada api Neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2005 12:37 PM | Show all posts
ermm....silalah ke www.rufaqadaily.com untuk mendapat berita-berita dan minda-minda terkini dari Ustaz Ashaari Muhammad.

Sejak hampir sebulan di launch, hits sudah mencecah 10000...ini hits untuk bulan 7 sahaja...di mana ia diakses dari seluruh dunia...data dikumpul dari OneStat basic...


1. Malaysia 4.702   
2. Indonesia 194   
3. Singapore 113   
4. United States 67   
5. Germany 43   
6. Australia 32   
7. Japan 30   
8. United Kingdom 29  
9. Egypt 23   
10. Jordan 17   
11. Pakistan 14  
12. Netherlands 10  
13. Morocco 8   
14. Brunei Darussalam 5  
15. Ireland 4   
16. Hong Kong 3   
17. Korea (South) 3  
18. Bangladesh 3   
19. Austria 3   
20. Thailand 3   
21. Taiwan 3   
22. China 2   
23. Spain 1   
24. Syrian Arab Republic 1
25. Lebanon 1  
26. India 1   
27. Saudi Arabia 1


Bahagian FORUM juga sudah dibuka untuk anda semua bertanyakan SOALAN...

[ Last edited by serihartatie on 6-8-2005 at 12:47 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2005 03:58 PM | Show all posts
salam buat semua
dan untuk diriku sendiri
nampaknya baru saya tahu yg cik seri pengikut setia dia ya
apasal tak bagitau awal-awal
tapi tak mengapalah
saya hanya menyeru saudara saya yg mau menerima peringatan
sebab PERINGATAN ITU BERMANFAAT
ORANG YANG TAKUT AKAN MENDAPAT PELAJARAN
ORANG YANG CELAKA AKAN MENJAUHKAN DIRINYA

sesungguhnya AGAMA yg diturunkan telah LENGKAP
perjalanan hidup yakni SUNNATIRASUL dah terSURAT
pilihlah nak ikut jalan yang SATU
atau jalan yang bercabang

SESUNGGUHNYA MANUSIA DALAM KESESATAN YANG NYATA
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 10:01 AM | Show all posts
nampaknya baru saya tahu yg cik seri pengikut setia dia ya
apasal tak bagitau awal-awal


dari awal lagi tatie kata tatie ni antara simpatisan ustaz ashaari muhammad...tak perasan ker?...bgmanapun, tatie bukan ex arqam atau rufaqa...

lagipun....tatie tidak layak dipanggil sebagai pengikut setia......
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 6-8-2005 12:37 PM:
ermm....silalah ke www.rufaqadaily.com untuk mendapat berita-berita dan minda-minda terkini dari Ustaz Ashaari Muhammad.

Sejak hampir sebulan di launch, hits sudah mencecah 10000...ini hi ...


Inilah contoh bagaimana sambutan dari seluruh dunia pada Abuya. Mengapa orang-orang Melayu masih buta lagi hati mereka tak nampak kebenaran Abuya ini. Tibanya Al-Mahdi nanti tentu sesal tak guna lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2005 09:12 PM | Show all posts
Jangan lalai dan leka sahabat. Teruskan tarbiah orang-orang yang jahil dan tak dapat hidayat dalam forum ini.
Reply

Use magic Report

shah This user has been deleted
Post time 10-8-2005 12:40 AM | Show all posts
assalamualaikum...
ustaz akasyah..teruskan kuliah..rasanya ramai yg ternanti-nanti..

oh ye..utk majlis hi tea tu, sy dh terima pun kad jemputannya..

ampun maaf..
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-8-2005 09:53 AM | Show all posts
Originally posted by shah at 10-8-2005 12:40 AM:
assalamualaikum...
ustaz akasyah..teruskan kuliah..rasanya ramai yg ternanti-nanti..

oh ye..utk majlis hi tea tu, sy dh terima pun kad jemputannya..

ampun maaf..


Alhamdulillah....semuga di program tersebut kita semua mendapat manafaatnya...
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-8-2005 10:13 AM | Show all posts
MONOLOG: RASA BERTUHAN


Aku cuba memiliki rasa bertuhan. Tapi masih tidak terasa apa-apa.
Orang yang rasa bertuhan ialah orang yang merasa dirinya sentiasa di dalam kekuasaan Tuhan.

Bagaimana tu? Terasa payah untuk mendapatkannya.

Dia sentiasa sedar bahawa dia di dalam pengetahuan Tuhan. Di dalam penglihatan-Nya dan di dalam pendengaran-Nya.. Jarang sekali dia melupakan-Nya.


Tapi aku tidak begitu. Kadangkala aku dapat merasakan Tuhan menguasaiku. Adakalanya pula aku merasakan nafsu dan akal mengatur tindak-tandukku. Aku terlupa pada Tuhan. Bukan aku sengaja inginkan begitu. Aku menangis bila aku tidak membawa Tuhan dalam tindakanku.

Bersyukurlah Engkau kepada Tuhan. Engkau dalam perhatian Tuhan.Tangisan berdosa itupun milik Tuhan. Allah yang berikan. Bukan milik dan usaha kita.

Engkau perlu selalu ingatkan hati engkau bahawa Tuhan boleh berbuat apa sahaja ke atas diri engkau. Nasib engkau bergantung kepada Tuhan. Baik buruk engkau ditentukan oleh Tuhan. Hidup matimu juga ditentukan oleh Tuhan.


Ya Allah, jauhnya aku dari Tuhan. Kadangkala aku rasakan aku yang berbuat. Aku terlupa kekuasaan Tuhan ke atas diriku.

Orang yang kuat rasa bertuhannya merasakan dirinya tidak ada kuasa langsung. Lantas dengan itu datang rasa takutnya kepada Allah penciptanya. Kebimbangannya terbawa-bawa ke mana-mana. Dan di waktu bila pun. Bimbang tindakan dan bisikan hati kita tidak selaras dengan kehendak syariat Tuhan. Syariat Tuhan itu payah untuk difahami seni-seninya yang boleh mendatangkan rahmat Tuhan. Itu semua perlukan pimpinan Tuhan dan pimpinan guru mursyid. Dengan itu lahir di dalam hati ingin sentiasa mengejar kasih sayang dari Tuhan. Mencari redha-Nya.


Wahai Tuhan, berilah aku hidayah dan taufiq. Supaya aku diberi keselamatan dan kawalan. Menyembah-Mu dan membesarkan-Mu. Pimpinlah aku selalu. Kalau aku bersalah dan membuat kesilapan, akukan hamba-Mu juga. Ampunkanlah kesalahanku. Maafkanlah kesilapanku. Semoga aku jadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian. Redha dengan ketentuan Tuhan.

Jadikanlah aku hamba yang sentiasa merujuk kepada-Mu. Apa sahaja yang aku hendak buat, aku bertanya kepada Engkau dahulu. Aku takut untuk memandai-mandai kerana aku tiada kuasa ke atas diriku. Engkaulah segala-gala buatku.



Jika engkau berserah diri kepada Tuhan, bersedialah untuk berhadapan dengan kesusahan. Keputusan Tuhan akan bertentangan dengan kehendak nafsu dan akalmu. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin pada timbangan nafsumu sudah baik tapi pada pandangan Tuhan ia akan menghancurkanmu. Berserah dirilah pada Tuhan. Semoga engkau dapat memiliki rasa bertuhan dan terhibur dengan ujian. Kerana kasih sayang dan perhatian Tuhanlah, jiwa engkau bergelora dengan Tuhan supaya engkau sentiasa memikirkan Dia sahaja. Begitulah orang yang memiliki rasa bertuhan di dalam jiwanya.
Reply

Use magic Report

PakMalay This user has been deleted
Post time 11-8-2005 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by shah at 10-8-2005 12:40 AM:
assalamualaikum...
ustaz akasyah..teruskan kuliah..rasanya ramai yg ternanti-nanti..

oh ye..utk majlis hi tea tu, sy dh terima pun kad jemputannya..

ampun maaf..


Jemputlah datang. Manusia belajar dari kesilapan orang lain.

Pengalaman Mengajar Kita.
Ilmu Memimpin Kita
Dan Masa Mendewasakan Kita
..

Selepas belajar dari pengalaman, diharap pisang tidak berbuah dua kali..
Kalau  berbuah juga bermakna pengalaman tidak mendewasakan kita. Sebaliknya kita lebih jahil dan bodoh dari kesilapan yang terdahulu
..





:pray::bodek::pompom:

[ Last edited by PakMalay on 11-8-2005 at 09:36 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 13-8-2005 07:01 PM | Show all posts
2 Pil Ubat Penyakit Masyarakat

揫i]Jangan salahkan musuh. Itu memang kerja mereka. Kita sendirilah yang bersalah kerana lemah dalam membina benteng diri. Lemah dalam mengisi iman dan taqwa di dalam hati. Lemah, kerana kita tidak membaiki diri dari segala sifat-sifat mazmumah擺/i]

Musuh-musuh Islam memang tidak pernah sepi daripada menyerang dan menggugat aqidah umat. Mereka berusaha dengan berbagai cara, kaedah dan saluran. Mereka menggunakan saluran politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan, hiburan, media masa, filem dan sebagainya.

Kalaupun tidak sampai memusnahkan aqidah, namun mereka tetap mahukan agar umat Islam ini sekurang-kurangnya bersikap acuh tak acuh kepada agamanya. Mereka sudah cukup berpuas hati sekiranya umat Islam ini sangat 憈oleransi
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2005 01:11 PM | Show all posts
Cerita la sikit suasana kat sana....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2005 11:35 PM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 14-8-2005 01:11 PM
Cerita la sikit suasana kat sana....


Alhamdulillah semuanya berjalan lancar ..selancar jerebu yg sudah hilang dari bandaraya Shah Alam...di tiup angin ke utara semenanjung...

Sambutan sangat menggalakkan sehingga di saat-saat akhir dewanpun sudah "padat" dengan penambahan peserta yg tidak disangka-sangka ...walau bagaimanapun alhamdulillah semuanya insyaAllah merasa tenang dan bahagia dengan diiringi oleh alunan merdu penasyid Mawaddah dan makanan yang lazat dan enak belaka dan masih tetap mencukupi sehingga ke akhir program....

ermm....mungkin ada antara forumners yg hadir kot...boleh beri ulasan sikit..tapi kena ler perkenal diri dulu..hehehe...cam shah tu ker...apa pendapat sdra mengenai program tersebut?...tak sempat nak kenal sape dia....atau guna nama lain kot...??..

apa-apapun, terima kasih pada yg hadir...insyaAllah dalam sedikit waktu lagik akan menyusul program yg seterusnya...tetapi masih di kawasan lembah kelang ler...cam abu yazid mungkin susah sikit nak join ....tapi tak per...ada rezki, sape tau boleh join sekali...
Reply

Use magic Report

shah This user has been deleted
Post time 16-8-2005 12:26 AM | Show all posts
assalamualaikum..
sy sambung cerita dr cik tatie, majlis bermula dgn persembahan nasyid mawaddah with percussion..
antara  yg dtg utk majlis tu, tetamu dr Indonesia, Dr Ing Abdurrahman, saudara Ann wan seng& tetamu lain.
yg memberi ucapan didepan...dr ustzh mursyidah mustafa(antara penyusun buku minda abuya)...ustaz Fakhrulrazi jg
memberi sepatah dua kata..
persembahan diteruskan dgn persembahan mutimedia Rufaqa'..dgn menggunakan kelengkapan projektor..jg perasmian
RufaqaDaily.com. tetamu jg dikenalkan dgn rufaqa' dr mula awal penubuhan pd th 1997 smplah 500 rangkaian diseluruh dunia sehingga kini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.113883 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list