CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Santeira

[SERAM HOTEL]kisah seram di hotel (dalam dan luar negara)

  [Copy link]
Post time 8-1-2013 06:46 AM | Show all posts
Rasanya aku tak pernah post lagi cerita ini.. kisah benar...

saya menginap di c***tel hotel di m**valley... (saja kaburkan). Ada kejadian pelik :

Malam 1:
Saya tidur, mimpi saya dalam sebuah bilik, ada tingkap nako. Di luar tingkap ada nampak berdiri seorang perempuan paras kepala dgn tingkap itu, bertelekung putih, bila ia pusing, nampak muka perempuan, seperti ibu saya tapi wajahnya menyeringai. Dalam mimpi itu saya dapat maksudnya itu adalah hantu

Malam 2: saya pulang tgh malam tak dak apa yg berlaku

Malam 3:
Saya tidur, dalam mimpi saya, saya sekeluarga dalam sebuah rumah kayu yg cantik. Dinding semua kayu gelap warna coklat, banyak ukiran2. Saya sekeluarga duk dalam sebuah bilik. Dalam rumah itu ada banyak bilik2. Dalam mimpi itu ada suara yg bermaksud mengatakan bilik2 itu digunakan utk pelacuran. Jadi, dalam mimpi itu saya "memagar" ruang yg saya sekeluarga duduk dengan ayat kursi pada 4 penjuru. Dalam mimpi itu, agak menyeramkan rumah itu. Sejurus lepas itu saya dengar (bukan lagi mimpi) ada kekecohan di luar bilik, ada orang marah2 kpd seorang perempuan, dan lelaki itu mengejar perempuan itu mahu memukulnya, perempuan itu berbaju T hijau, dan berseluar jean, manakala lelaki itu memegang sesuatu, berbogel tanpa seurat benang pun. Lelaki tu gaduh tah apa, sampai perempuan tu jerit tolong. Saya call reception panggil security. Semua saya lihat melalui lubang cermin pada pintu bilik. Kali kedua saya call security, reception kata guest tu dah turun, saya tengok melalui lubang pintu tu, lelaki tu balik memalui depan bilik saya ke bilik dia, masih dlm keadaan berbogel. Dia berjalan sambil mumbling sesuatu, duk cakap "bukan manusia". Keesokkan petang saya tanya salah seorang security, dia kata lelaki melayu tu seolah2 kerasukan, lelaki itu apa bila dibacakan ayat2 suci oleh security baru sedar dan pelik tidak tahu apa yg telah berlaku dan hairan kenapa dia berbogel. Katanya, dia nampak perempuan itu bukan teman wanitanya tetapi seorang wanita berpakaian putih, lalu dia kejar dan pukul. Ntah la. Kejadian jam 5 am. Saya diberitahu security bahawa guest tersebut telah checkout pada jam 6am pagi itu juga, mungkin malu.

Malam 4: tidak ada apa berlaku

Malam 5: isteri saya menjerit membaca kalimah syahadah dgn kuat dalam tidur. Bila kami check out, dia beritahu malam tadi (sekitar jam 4am) dia mimpi yang dia menunggu saya dlm bilik hotel tu seorang (saya selalu keluar ada meeting) dan pintu bilik terbukak, dia cuba berkali2 tutup tapi masih terbuka dgn sendirinya. Dia baring, muncul seorang perempuan, berpakaian putih, tapi nampak semacam lutsinar, menekan dia yg sedang baring dan pergi, datang semula perempuan itu dan menekan dia yg sedang baring.. jadi dia menjerit.. itu saya kejutkan dia, dia sedang membaca kalimah syahadah dgn kuat...

Kalau boleh elakkanlah tingkat 18 hotel berkenaan.
Last edited by k_a_a on 8-1-2013 06:47 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2013 01:54 PM | Show all posts
k_a_a posted on 8-1-2013 06:46 AM
Rasanya aku tak pernah post lagi cerita ini.. kisah benar...

saya menginap di c***tel hotel di m* ...

Boleh agak hotel apa ni.
Hotel ni memang ada tempat tempat "spa" pelacuran.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2013 01:44 PM | Show all posts
Salam all..

Tgh bosan2 bercuti ni (mc) mulalah tangan gatal nk menaip.Selama ni silent reader.. tapi memandangkan banyak peristiwa yg aku alamiberkaitan bnde2 mistik ni, aku terpanggil nk berkongsi cerita.

Time study dulu aku suke wat keje part time, nk tambah duitpoket. Aku selalu wat time kat hotel as banquet waiter bila ade free and hariminggu. Time mula2 wat part time  katsebuah hotel di shah alam, Concorde. Brader2 full time n steward staff kat ctuselalu takutkan kami yg girls ni ngan cite ade momok kat back lane grandballroom kat situ. Bnde tu badannye besar berbulu hitam n tinggi setinggisiling back lane (dalam 3 m).

One fine day (year 2002), slps satu event yg besar mlm tu..bbrp part timer diminta stay utk setup event for next day. Yg len boleh balik. Ygstay tu termasuklah aku n aku diberi tugas mudah… setup sugar set for 100 table(100 table x 2 set). N aku wat sorg2 kat back lane dgn lampu hujung (stor  meja) yang segan2 nk nyala.

Kisah aku kali ni maybe tak seram mner.. tp bagi aku,cukuplah wat aku terlentang kat lantai back lane tu tanpe sedarkan diri. Tgh akutekun menyusun sugar set, tiba2 perasaan aku mcm ade org dok perati aku watkeje dari hujung back lane (store meja). Perasaan aku makin x sedap ble akunmpk bayangan makhluk yang begitu besar n tinggi lalu sebelah aku . cukup membuatkanbulu tengkukku merinding. Ingatan last sblm aku x sedar diri aku susah nkbernafas, mcm ade org peluk aku kuat2.. aku rse aku pengsan psl  x ckp oksigen kot. Sedar2 aku dah terbaringkat dlm ofis banquet ats table cloth dgn beberapa staff banquet  tgh keliling aku. Muka aku basah (kna renjisair kot). Bos banquet ckp diorg jmpe aku terlntang kat back lane slps dgr bunyicawan jatuh berderai (padahal xde pn cawan pecah). Bos silap suruh aku wat kejesorg2 kat back lane.. sdgkan org lelaki pn nk dok back lane tu berteman lagilahaku seorg wanita.. dibiar sorg2 tu yg ‘ade’ nk jd peneman. Pendek kata kat backlane tu memang ada sesuatu n bukan aku sorg terkena. Tp kisah len aku tak nk amiktau, biar tak tau nnti susah aku nk keje.  Slps kejadian tu, aku still wat part time kathotel tu smpi 2005. Tp sekali tu je aku terkena sepanjang aku keje kat ctu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 11:32 AM | Show all posts
myra_akira posted on 25-12-2012 10:08 PM
ai pun nak cerita gak..tapi x berapa nak seram la..ahad lepas ai n famili gi bercuti di Penang..stay ...

Hydro Hotel Penang... Tahun 2010, tahun aku berumah tangga di hotel2 seantero Malaysia. Hydro Hotel Penang antara hotel yang kerap aku stay... makanan dia best, staff dia laagi best. Perkara mistik??? rsenyer tak pernah ku alami wlpn stay almost 2 week kat c2.. ingat tak ada satu kedai sourvenier kat lower ground, satu level dgn cafe n pool side... aku tempah simple dress kat c2.. walawei 4 jam dah siap. siap pkai p pantai lg.. kali kedua aku p, bulan september 2010. sebab aku pegang VIP members.. and sekteriat seminar.. dpt bilik yg ada jakuzi tu.. time tu stay 4 hari. mayb aku bernasib baik time tu or mayb makhluk2 tu rse tak syiok kaco aku time tu.. yang pasti ada sorg peserta seminar cite kat aku anak dia kna gangguan kat pool. dia nmpk ada bdk umur lam 2-3 tahun mandi kat pool time dia lepak2 tgk band pukul 11 mlm kat lobby

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:24 PM | Show all posts
ahaks.. ketagih lak nak menaip (psl lme sgt mc hehe)

Kisah hotel  1
Aku ni tak pandai mengarang. Dari cite seram jadi tak seram.Tapi nak juga kongsi cerita. Pada Ogos 2010 aku ada mesyuarat di Taiping GolfResort. Aku cek-in hotel dlm 2 pm kot. Tak ingat sgt. Tp petangg la. Aku n beberapaahli mesyuarat wanita yang lain (ladies member 4 orang je termasuk aku) dapatbilik yang agak jauh dari receptionist hotel, yg dok atas bukit sket. Yanglelaki dapat bilik kat bawah bukit. Yang ada pool tu. Alasan yang diberi, BilikMesyuarat terletak dekat dengan bilik kami, memandangkan mesyuarat diadakansampi malam so urusetia n pihak hotel decide letakkan kami yang wanitaberdekatan bilik mesyuarat.

Aku tak ingat bilik no berapa tapi tingkat satu dan balkonifacing dengan padang golf. Siang, view cantik… malam nampak suram. Masuk2 bilikaku aku terus buka balkoni bilik. Memang dah habit aku, suka buke semua laci nalmari dalam bilik hotel. Bilik memang besar, 2 katil single bed, satu set sofan satu set coffe table. Dalam laci cabinet tv, ada al-quran dan sejadah. Lacibawah ada bible n kitab budhha tak silap aku. Dlm hati ku, bagus hotel ni..sediakan bnde ni semua. Nak dijadikan cerita, telefon/intercom bilik takberfungsi. Bukan bilik aku je, tapi semua bilik kat resort yang kat atas ni. Akudimaklumkan, intercom rosak sebab pencawang kat resort bhgn ats ni short kenapetir n if ade kecemasan boleh hubungi manager yg duty. No dia ada kat lobiresort.

Aku stay sana 3 hari 2 mlm. 1st nite xde ape2..penat sgt, blk mtg mlm tu aku tertido dgn lmpu semua buka. Sliding door tutuptp langsir (2 lapisan satu gelap n 1 putih) yg gelap tu aku biar buka.

2nd nite. Mtg mlm cancel. Aku n 3 ladies yg ainambil keputusan nak merayap kat bndr tepeng. Nk pi night zoo, pekena kuew tiaw,tmn tasik.. mcm2 lg la. Kami keluar merayap ngan driver ofis aku. Puas merayapbalik resort almost midnite. Msk bilik, bersihkn diri.. aku lepak men game katlaptop. Lupe pula nak inform, line tepon tak berapa clear kat sini.. kdg 1 bar kdgemergency cl. Tgh syiok men game.. sliding door cam kna ktok. Dalam 2-3 kalijuga. Stop berdnyut jantung aku sat.. dlm berdebar cpt2 aku pi kat sliding door, ceklock dia dah tekan belum, tapi aku x buka langsir yg putih tu, just cek disebaliktirai putih tu. Takut2 ada org try nak ceroboh bilik aku. Dah sure lock aku tarik curtain yang tebal tu. Cpt2 aku lariduduk semula atas katil sblh bathroom. Pasang mp3 Al-Quran. Nk ngaji, tgh coti.. mate akux lps pndg arah sliding door. Mne tau apa2 yg muncul aku leh ready. Ready utkape, aku pn xtau. Hehehe.

Tuk.. tuk.. dah sudah dia main ketuk2 pintu utama plak.Aku wat x tau. Pntu mmg dh cnfirm lock dr dlm. Lgpn nk buka kna pkai accesscard. Tb2 henfon aku bunyi sms msk. Sms dr kakak sebelah bilik aku.. ahli mtgjuga. ‘scha, dah tido blm.. akak ni. Bukak pintu skrg, akak nk tumpang tdo sna bleh’. Lebihkurang cam 2 la ayatnya.aku pn tak ingat sgt. Cite lme. Aku trus p intai drlobang pintu (nmpk akak tu.. gelisah semacam) n intai bwh pntu, nmpk bayang2 kaki.. sah org. aku bukak pintu,dgn pnts kakak tu tutup pntu bilik aku. Dgn selambe dia p baring kat katil satulg. aku x tnye ape2. Laptop aku biarkan on dgn mp3.. ntah pukul bpe akuterlelap. Pg2 akak tu kejutkan aku n dia p balik bilik dia.

After mtg abis (kitaorg cekout kul 1pm), time lunch tu diecite, time dia nk melelapkan mata mcm ade org ketuk sliding door bilik dia.Mula2 ketuk2 mnje.. lme2 mcm nk tercabut sliding door tu.. xkn angin kot. Tu ygdia lari p bilik aku (aku x cite la yg aku pn kena). Aku cakap kat akak tu,  'brani plak akakkuar bilik.. tiba2 nnti si 'dia' muncul kat sblh akak. ‘ntah la. X terpk pn bnde tu..yg akak tau nk lari p bilik awak je’.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2013 12:41 PM | Show all posts
Kisah hotel 2

Yang ni aku terkena di hotel Impiana Ipoh, Perak pada 14Oktober 2010. Mesti korang tertanya2 camna aku boleh ingat tarikh dia dengantepat, sebab aku rujuk balik claim yg aku wat. Aku ni suka simpan softcopy claimsbb senang nk rujuk utk next claim. Dan kisah ni aku tulis dlm diary.. pasal plgseram yg pernah ku alami.

Aku cek –in lewat, pukul 6pm br aku bertolak dari ofis katKL ke Ipoh. Aku drive sorg2. Nak pi hotel ni pun aku berpusing2 cari banyak kali.Last2 jumpa juga. Cek-in lebih kurang pukul 10 pm, sekteriat mmg dah book awalso aku just maklum kat pihak hotel yg aku smpi lewat je. Time cek-in, adeproblem sket, bilik yang dibook untuk aku dah terbagi kat group lain. Time tummg byk event kat hotel ni..  bengang gakaku. Yelah nanti jauh dari geng2 yang lain. Diorg semua stay tingkat 2 hingga 3. Bilikdeluxe dah abis. Yg tinggal club dan premier. Last2 pasal pihak hotel yangsilap, dia org bagilah  bilik club but price on deluxe room. No bilik 707 tak silapaku.

1st nite ok. No prob. (pelik betul aku, 1stnite mmg aku x pernah kna gangguan)

2nd nite. Mlm tu ada dinner, kat hotel tu juga. solps dinner aku smbg borak2 dgn geng2 consultant yg lain. Dlm kul 12 aku naikbilik dengan one of engineer from UK. Bilik dia sebelah bilik aku. Dia ajak akuround Bandar Ipoh, but so sory la.. I’m so sleepy. Dia hantar aku depan bilikpastu dia turun lif semula.  Lepas jamaksolat.. aku lepak tgk TV sambil wat keje kat laptop from bed. TV terletak katkaki katil king size. Sblh kanan bed ada sofa, n coffe table set sebelahtingkap. Tingkap ditutup dgn fully curtain dr siling ke lantai. Aku just onbedside n bathroom lamp. So bilik tu nampk suram je la..

Tengah ralit wat keje, aku perasan curtain tu mcm bergerakditiup angin. Kan curtain biasannya belah kat tengah kan, yg kat tengah tu lahbergerak mcm ditiup angin. Kalo kipas logic la.. ni pakai aircond. Aku  ingat lg, aku set suhu aircond setakat 26,boleh ke langsir yg berat tu leh terbuai2. Aku ignore dulu.

Tiba-tiba DUM..DUM..mak ai kasarnya org ketuk pintu bilik aku, actually bukan ketuk mcm tapi menendangje rupenye. Time tu dah msk pukul satu pagi. Lagisekali, pintu aku diketuk kuat. Aku syak mat salleh sblh bilik aku br balik n dahsalah bilik.. ntah2 mabuk kot. Aku turun dr katil nk pi intai.. baru smpi dpn tvpntu bilik aku terbuka dr luar. Dua kali tutup buka. Yg blok dr terbuka terusadalah selak pintu, bukan selak kunci, atau berantai tapi yg jenis besisejengkal dengan hujung berbentuk bulat (aku pn tak tau ape ke namenye). Selakni mmg kuat.. tapi sebab hentakan yg kuat dua kali tu, skru selak tu mcm nktertanggal .. ya rabbi. If kali ketiga dihentak lagi aku rase selak tu bolehtercabut n pintu tu akan terbuka. Aku berdiri kaku je.. yg lagi best TV tetibaoff. Selak tu ternganga but itu pintu still closed.

Aku jatuh terduduk kat birai katil. Cuba bertenang. Dengantangan menggeletar aku hubungi sekuriti (no. ade kat telefon tu). Yg angkatsuara Indian man (yang kemudian aku tahu dia adalah ketua sekuriti mlm tu). Akubagi tau, ade org nk ceroboh masuk bilik aku n please  cek CCTV. Lps soal siasat bila kejadian tuberlaku, dia kate jap lg dia akn hub. aku semula. Pihak sekuriti call aku balikdia kate dari record CCTV tiada sesiapa lalu from 12.30 am until waktu aku call dia dilorong depan bilik aku. Tp dalam pukul 1.05 – 1.07 am from CCTV nmpk pintu bilikaku dibuka sedikit dari dalam. Buka dan tutup 2 X. Aku sumpah aku x buka punpintu bilik aku dari dalam. Org kat disebelah talian sana diam seketika n dia dia tanyasamada aku ada bawa Al-Quran tak. So, mmg aku tak bawa. Time ni aku dah syaksomething.. diorg janji diorg akn dtg bilik aku a.s.a.p.

Memang pantas, tak lama kemudian pintu bilik diketuk. Takganas mcm td... Sekuriti .. suara dibalik pintu. Aku intai dulu disebaliklubang kat pintu.. mak ai ramainya rombongan. Dengan kepala sekadar ditutuptuala hotel aku buka pintu. 3 sekuriti, 2 maintenance, 2 housekeeping, 1 nitemanager. Semua lelaki. Sorg budak housekeeping tu pegang Al-Quran, aku rse mukedia lagi pucat dari aku. Diorg cek skru selak yg almost  loose, mcm terkopak sket.Lepas repair selak n cek mana yg patut,
diorg tanye ‘puan  nktukar bilik ke’

‘aik.  ade bilikkosong lagi. Time cek in ari 2 kate bilik full book’

‘ Siang td dah rmai cekout, so byk bilik available’

Tgk jam dah lewatpagi, maleh lah aku nk ngangkut pepagi bute ni.. aku refuse that offer. Diorgsaling memandang.

‘Puan, ini Al-Quran, if anything else just call us.. ‘

Diorg janji akan perhati lorong depan bilik aku all the timethrough CCTV. Lepas diorg balik, aku turn on semua lampu.. TV yg OFF sndri tdaku on balik.. but aku slow kan suara. Trus aku ngaji smpi aku dh ngntuk giler.Pukul 6.30 am wake up cl.. kemas2 brg. Terus aku cek out, breakfast n msk mtg kat hotel tujg. Pagi tu, aku risik kat salah seorg staff hotel (banquet staff yg dok bzsetup morning tea break) .. smbl jeling2, dia bg tahu, kat hotel tu pernah adaperempuan simpanan mati lemas dlm bath tub kat dalam sebuah bilik.. bilik mner? Dia x reveal. N adasatu rumpun buluh dekat pool side adalah tempat bnde2 tu duduk. Ada ustaz pernahbersihkan salah satu bilik yg ‘kotor ‘ pujuk bnde2 ni pindah kat rumpunbuluh ni. Tp bukan bilik yg ada org mati lemas 2. Mm.. mmg bahagian aku nakterkena la kali ni.. nasib.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2013 10:49 AM | Show all posts
schatz posted on 10-1-2013 01:44 PM
Salam all..

Tgh bosan2 bercuti ni (mc) mulalah tangan gatal nk menaip.Selama ni silent reader.. t ...

concord bilik 416 jgn check in ade benda dlm tue....time check in bilik 418 ..yg ade veranda... n pintu kaca ke veranda tu ...time tue langsir kitaorg selak...ngah snap2 pic ..ternampak entiti kat sebalik pintu kaca kat luar.....mmg byk benda tu2 kat situ klu kat CCTV diorg boleh nmpak benda itam besar berjalan depan bilik....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2013 11:26 AM | Show all posts
schatz posted on 11-1-2013 12:24 PM
ahaks.. ketagih lak nak menaip (psl lme sgt mc hehe)

Kisah hotel  1Aku ni tak pandai mengarang. D ...

Klu hotel complete ngan kitab2 tue...bersedia lh ngan pelawat2  misteri waktu mlm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2013 02:02 PM | Show all posts
bbalik posted on 22-9-2011 10:45 AM
1. Amber Court

Amber Court tu masih ade orang duduk ke skarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2013 06:00 PM | Show all posts
jejakajambu posted on 18-10-2011 09:21 PM
org kata tunes hotel kt kl pon berhantu..itu psl murah...sbb asal hospital bersalin..tul ke

emmm betul ke? cadang nak menginap kat sana hujung bulan ni adehhhh...ade citer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 01:36 AM | Show all posts
bukanomi posted on 3-10-2011 12:26 PM
nk tambah sket, hotel kt KL, Jln Walter Grenier, area BB. ada satu kejadian kt parking lot, waktu ke ...

kt BB yg sibuk tu pun ada ke?????????????????????????????/ hurm. maksudnye lengang atau sunyi benda tu tetap  ada kan?aq duk BB dua minggu ada urus niaga kt lowyat. duk hotel bajet. bukan hotel ayam tukang urut. ni hotel yg ada cyber cafe..malam2 pg cuci mata
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 01:38 AM | Show all posts
kt Putrajaya. hotel ahkak pink sy check in jam 10 malam. tgh2 nk tido, ada hantu gemuk,rambut singa mengawan, pakai cincin rm 24 juta, tak de leher menjelma
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 11:12 AM | Show all posts
Dark_Vampire posted on 12-1-2013 11:26 AM
Klu hotel complete ngan kitab2 tue...bersedia lh ngan pelawat2  misteri waktu mlm...

ye.. ke.. sebab majoriti hotel yang pernah stay (yang 3 star ke ats la..) confirm ada kitab2.. paling banyak jumpe Al-Quran. tp if stay hotel kat oversea takdak kitab2. cam yang kat hanoi, vietnam kat pintu masuk dia ada kertas kuning tulisan merah (yang mcm tampal kat dahi hantu china tu). nama hotel tak ingat, sebab xde gangguan..

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 11:34 AM | Show all posts
Mmm.. percaya tak bulan posa pun 'bende2' ni ada. Bukan kena ikat ke? Time ni aku kena masa stay kat Majestic Hotel Ipoh. Hotel yang terletak di atas station ketapi Ipoh tu. Tahun 2009 bulan berapa aku tak ingat.. aku dok level 2. Lif dia nostalgik sungguh. lif lama. pintu dia aku kna tutup sendiri. pastu nak pi bilik aku kna naik tangga ke satu lorong.. kaki lima hotel tu lebar gak. cut long story to short story, malam tu aku stay untuk siapkan laporan, slide.. printing (siap bw printer lg tu haha) untuk mtg esk hari. dlm leka wat keje aku tertido.

aku terjaga lebih kurang kul 3 am. msk toilet. dgr bunyi riuh kat luar.. takkan guest lain dah turun sahur. awal lg ni. aku kan suka ngintai.. drpd lubang pintu, aku nmpk kat luar tu ramai sgt org.. suasana mcm kat stesen ketapi. mksd aku mcm org tgh nk tgh tunggu tren.. kan br bangun tido, mamai..aku xle tangkap sgt situasi tu.. aku intai balik. pakaian diorg!! susah aku describe.. baju mcm baju zaman omputih time world war 1. yg guys dgn kot2 labuh, ada baju ala tentera.. yg ladies, pkai kot jga n baju mcm gaun lme tu.. ala shirt dgn skirt labuh tu. mcm mimpi.. tp aku tgh jaga.serius aku mcm org bingung. last2 aku buka pintu... KOSONG!! xde sesape kat kaki lima hotel. disebabkan bulan posa.. lgsg aku x terpk bnde mistik tu. nk smbg keje pn aku mcm bingung. last2 aku terlelap balik smpailah aku terbangun balik pukul 5am. aku p sahur kat cafe... yg wat aku makin blur bila aku tau (time sahur tu) aku sorg je guest yg stay kat level 2.. huhuhu apakah yg aku nmpk tu.. adakah aku bermimpi... smpi skrg aku confius lg

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2013 03:43 PM | Show all posts
lipsofanangel posted on 18-1-2012 10:04 AM
kat Hilton KLSentral takde kes ker???
dulu kan ada kes kebakaran, 3 indon maut kat basement tu...

hotel depan Kl sentral tu, hantu aq jumpa hantu budak, pk anak org masa check in bilik 921, aq suruh dia keluar. call reception mnta tlg ambl budak tu. sekali tgk budak tu pegang kepala sendiri cabut aq xckp banyak maki hamun je keluar takut punya pasal lupa baca ayatul qursi blh plak dia biarkan kepala ia golek sampai kt kaki katil. masa tu budak tu cm anak cina, pakai skirt, labuh,muka comel, aq dh cuak lari lompat katil tau2 rasa tak bermaya tau2 dh ada kt kawasan corridor ada medic jpam bantu. sebab masa mereka jumpa aq, cm aq yg mengamuk duk pecahkan tingkap,cermin dan sepak katil !! walhal masa tu aq duk maki hamun mencarut lari dari budak tu!!!! dia org  x report polis pun, masa dh segar sikit tanya kenal tak budak tu? meka ckp anak staf yg mati kena bunuh dengan mak nye selepas kalah judi,leher kena sembelih, then mom dia gantung minum racun.. meka ckp dulu dh panggil buddha suruh bersihkan. tak sangka ada lg.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2013 07:27 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 14-1-2013 03:43 PM
hotel depan Kl sentral tu, hantu aq jumpa hantu budak, pk anak org masa check in bilik 921, aq sur ...

Hilton ke Le Meridien?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2013 08:36 PM | Show all posts
Santeira posted on 14-1-2013 07:27 PM
Hilton ke Le Meridien?

hotel artis H takut tu rasa seram sejuk mmg ada. terbayang bayang.. bg sy ni rezeki. cm pakcik sy keturunan arab kawin dengan adik ayah sy. adk pakcik sy yg arab ni nama dia JAMIL. JAMIL dh kena sampuk kt gunung ledang, mmg SASAU. jd masa sy tido rumah JAMIL , tiada pekara pelik berlaku. just pelik nye JAMIL mencarut dan kuat marah hantu yg suka kacau dia. tgh2 dalam tandas paling kelakar dia sound jgn ngendap aq syaitan, aq nk buang air malu tau sepanang aq tido rasa ngeri tak de, alhamdulillah. bg aq benda2 angker ni REZEKI. kdg2 tempat keras bukan semua org kena. kdg2 tempat tak keras selamba je kena
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 01:23 AM | Show all posts
miefa posted on 2-11-2012 11:05 AM
legend kl tingkat 16.. malam2 dengar sore pmpuan ngah mengerang..

ngerang cmne? tak de sape tangkap basah ke? mana jais? jakim??
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 02:47 PM | Show all posts
sy pernah nampak manusia pelik kt masjid negara. masa tu masih belajar matriks perlis. gigih nak overnight kt KL. punya semangat nk pg KL. kita org solat subuh kt masjid negara masa pergi sana, ada sekumpulan hamba ALLAH sgt pelik. pelik dia bukan apa. mcm ahli ibadah. sentiasa senyum.tenang hati dia.yg peliknye macam mana pintu masjid negara boleh masuk? sedangkan masjid negara ni mmg di haramkan tido dan duduk dalam masjid. takut masjid kotor. walhal masjid rumah ALLAH.bukan rumah ibadat semata mata. terkejut juga dh ada org kt dalam. tp dek kerana layan meka mengaji. sy terlentok brape kali kt tiang masjid sambil pegang yasin. kena tegur dengan pengawas masjid negara tak bg tidur sy nk duk dalam pasal ada aircond karpet. kt luar semua batu bata

kesimpulan sy dpt. kalau mahluk MANUSIA taknak imarahkan MASJID dengan tutup masjid buka pada waktu solat fardu sahaja. baik bg JIN jd tuk imam. bg imarahkan masjid. pe2pun tak tahu sama ada itu JIN atau MALAIKAT sangat bercahaya muka mereka. yg pasti mereka mahluk yg tenang hatinye
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 03:37 PM | Show all posts
berdasarkan pengalaman aq yg sekelumit ni. salah satu faktor hantu banyak kt hotel ialah business competition. tujuan dia nk jatuhkan competitor sekeliling hotel. bg owner hotel yg percaya mereka dh siap awal2 pagar. bg owner hotel cm uncle seeker itu satu pakej 2 in 1, menginap sambil dapat berkenalan dengan hantu baru jin ada kt mana2 je, menurut ustaz haron din, jin syaitan manusia hidup dalam alam berbeza, tp jin boleh menjelma dgn izin Allah biasanye dalam bentuk ular,binatang buas. yg pontianak,pocong dan mcm2 lg ni


menurut pendapat ustaz tugas mereka nak takutkan MANUSIA, nk menyesatkan manusia. menyesatkan akidah manusia. walhal jelas dalam al quran dalam surah al jin, perangai jin mcm mana? dan lain2 lg. sifat jin dari asap, syaitan api, manusia tanah. Allah cipta jin dengan berbagai kelebihan. tp manusia ada satu kelebihan yg teragung tiada pada mahluk lain iaitu AKAL FIKIRAN. jd gunakan ia utk sebaik mungkin.

saya pun takut juga jumpa benda cmtu. siap mencarut bagai. nasihat sy always cool. baca 1-5 ayat surah al baqarah, sambung dengan ayatul qursi, sambung dengan 3 akhir ayat al baqarah. faedahnye malam tu sape baca tak kan kena sihir. utk maklumat lanjut yg lebih sahih boleh refer hadis nabi. yg ajar sy ni ustaz haron din masa dia berceramah tanyalah ustaz di tv 9

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.947057 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list