|
erin malek xmau |
|
|
|
|
|
|
|
shaaa ... sambung la gi ... sungguh aku rindu minah and hj din ....
|
|
|
|
|
|
|
|
mana minah dgn haji din ni.....rinduuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
insyallah hari ini ada....tunggu ek....sikit je lagi...sorry lambat sbb ada case kat luar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 608# Adilla
ku setia menanti... |
|
|
|
|
|
|
|
xsabar nak tau crite hj. din ngan minah g JB
bercuti2 m'sia ngan keluarga mertua |
|
|
|
|
|
|
|
nak banyak ke? nak sikit ek? tak tahu nak pos...byk sgt smapi 16 pages ni. itupun belum habis lagi part suai kenal kat JB ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sya,
kalau ikut perasaan tamak mesti nak banyak2
bior kami kat sini puas baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
jap ek?? sya endkan part ni kejap... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 614# Adilla
wow!! .. ai kenyang sbb lunch dgn hj din arini ...... yeeehooooooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
kak sya..nak n3 sebanyak mungkinnnn |
|
|
|
|
|
|
|
waiting waiting... |
|
|
|
|
|
|
|
show time..... |
|
|
|
|
|
|
|
23
Malam itu Haji Din memberitahu bahawa lelaki itu sudah menelefon Umi dan Kak Ngah. Tetapi yang menariknya satu rumah nak ikut. Alang pula siap nak ambil cuti. Adik-adik Haji Din apatah lagi, melonjak gembira. Aku hanya ketawa bila melihat wajah Haji Din yang kelat. Sengajalah tu. Bukan niat nak biar mereka menganggu kami, tetapi aku ingin silaturahim ini lebih rapat lagi. Sebaik dimaklumkan persetujuan mereka, Haji Din membuat panggilan telefon ke Hotel Sri Malaysia di Johor Bahru. Dua bilik siap ditempah. Memang seminar kali ini telah menempatkan Haji Din disebuah bilik. Haji Din hanya perlu menambah hari untuk bilik tersebut dan diselaraskan dengan tarikh bilik-bilik yang lain. Mudah sahaja bagi Haji Din yang dah biasa berurusan dengan mereka.
“Aminah Amia pasti nak ajak mereka sekali?” Haji Din bertanya lagi. Macam tidak percaya dengan kata-kata ku.
“Kenapa? Haji Din tak suka ke dengan rancangan Minah?” sebaliknya aku yang bertanya.
“Bukan! Saya tak bermaksud demikian. Biarlah saya berterus terang. Masa saya berkahwin dengan bekas isteri saya dulu, saya tidak pernah membawa keluarga saya bersama jika bercuti atau kemana-mana. Saya minta maaf kerana membandingkan perkahwinan dulu dan sekarang tetapi niat saya hanya untuk meluahkan apa yang terfikir ini dan tidak mahu Aminah Amia salah faham nanti.” Haji Din berkata dan menarik jari jemari ku dan meletakkan atas pahanya. Mungkin takut aku tersinggung barangkali.
“Kenapa tak bawa?” rasa ingin tahu menjengah juga.
“Sebab dia tak berapa gemar pergi beramai-ramai.” Jujur Haji Din berkata. Dari air muka nampak tertekan dengan apa yang cuba disampaikan.
“Haji Din pernah berkata dengan Doktor Kamal, yang Minah dan bekas isteri Haji Din adalah orang yang berbezakan. Jadi jangan risau pasal itu. Okey! Minah suka kalau ramai-ramai, mesti seronok dan gamat. Minah anak tunggal dan ada seorang kakak tiri sahaja, jadi Haji Din tahukan kekosongan jiwa Minah?” jawab ku bersama senyuman untuk meredakan kegelisahan yang ditanggung Haji Din. Berbicara dari hati ke hati lebih baik dari membuat sebarang spekulasi.
“Terima kasih Aminah Amia, terima kasih isteri saya.” Kata-kata itu walaupun tidak bermadah cinta tetapi mendalam maksud penghargaannya bagi ku.
“Tetapi kalau Aminah Amia tak selesa sila beritahu saya. Janji!”pinta Haji Din. Semakin aku hendak tersenyum dengan gelagat suami aku yang begitu menjaga perasaan aku.
“Insyallah, Haji Din jangan banyak fikir. Kan Haji Din dah berpesan pada Minah ‘bertanya dari memendam rasa’.” Luah ku dan mengenggam tangan Haji Din dengan erat untuk melahirkan apa yang aku katakan tadi.
“Dahlah, Minah nak kemas baju untuk seminggu. Haji Din tunjukkan baju apa yang perlu dibawa. Nanti seminar nak pakai apa? Minah tak pandai sangat pasal pakaian untuk orang berseminar ini.” Aku bangun dan menarik Haji Din yang masih tersenyum lebar melihat cara aku melayannya.
“Saya nak tolong sekali.” Jawab Haji Din dan lelaki itu bangun menarik aku pula ke alamari. Kami berkemas bersama-sama. Kadang kala usikan menghias rasa jiwa. Haji Din dah pandai bergurau dan aku pula dah pandai merajuk. Perkembangan terbaik bagi kami suami isteri. Ia juga bagaikan penawar pada kesakitan aku. Demam beransur pergi dan jiwa tenang dengan layanan Haji Din. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Adilla at 23-11-2011 15:10
Pagi itu sesudah mengerjakan solat subuh kami bertolak ke Johor. Sebelum itu Haji Din mengisi minyak di Petronas dekat Sekolah Aminuddin Baki. Aku sempat menyiapkan lempeng kelapa dan sambal tumis ikan bilis atas permintaan Haji Din untuk dimakan didalam perjalanan nanti. Tetapi aku pula dipaksa bersarapan dahulu dan menelan ubat yang tidak sedap itu. Sanggup Haji Din berdiri dengan gelas ditangan bagi memastikan ubat tersebut selamat dalam perut ku. Ini bagi memastikan aku selesa sepanjang perjalanan nanti. Haji Din tidak mahu demam aku kembali menyerang dan lelaki itu sanggup membawa sebiji bantal untuk aku tidur nanti. Haji Din…Haji Din…
“Kalau Aminah Amia nak tidur, tidurlah. Sampai nanti saya kejutkan.” Haji Din tenang saja dalam pemanduannya. Baru sampai tol Sungai Besi dah suruh aku tidur. Bagi chanlah aku menikmati suasana pagi yang nyaman ini. Mentari yang baru menampakkan wajah. Bunyi burung-burung yang menyanyi riang keluar dari sarangnya.
“Minah tak mahu tidur. Minah nak temankan Haji Din.” Aku tersenyum dan Haji Din sempat mengeleng kepala sebelum memandang ke depan. Minah menang!
“Nanti saya hendak Aminah Amia masuk kelas memandu. Senang nak kemana.” Haji Din menghidupkan suasana yang tadi bisu.
“Kenapa nak kena belajar? Haji Din dah tak mahu bawa Minah jalan-jalan ke?” tanya ku sedih. Tiba-tiba Haji Din suruh belajar bawa kereta, Haji Din dah jemu dengan Minah agaknya kot.
“Lahhh…bila pula saya tak mahu bawa isteri saya? Saya cuma nak Aminah Amia tahu memandu dan sesekali saya nak merasa pula duduk sebelah. Masa itu Aminah Amia pula yang bawa saya bersiar-siar.” Ujar Haji Din bersama senyuman.
“Tapi Minah takutlah Haji Din.” Luah ku bersama keresahan hati.
“Kenapa pula nak takut?” tanya Haji Din dan lelaki itu sempat memandang kearah ku.
“Minah takut bila melihat kebanyakkan orang yang memandu kereta dijalanraya ini macam nak pergi berlumba. Kalau perlahan dah macam semut pula. Apatah lagi dengan budak-budak muda yang macam tak cukup masa saja.” Tukas ku.
“Nak buat macam mana Aminah Amia, pemandu di Malaysia ini memang begitu stail pemanduan mereka tetapi ada juga pemandu yang berhemah tau.” Jelling Haji Din.
“Iyalah tu.” Cebik aku.
“Betul!” Haji Din berusaha menyakinkan aku.
“Siapa?” cepat sahaja aku bertanya.
“Sayalah!” usik Haji Din.
“Perasan!” tingkah ku dan Haji Din hanya tertawa dan suasana kembali senyap. Haji Din tekun dengan pemanduannya dan aku bosan bila tak berbicara. Takut pula hendak menganggu. Lama kelamaan sampai saja di Tol Seremban aku terus terlelap. Lama aku terlelap sehingga R&R Air Keroh Haji Din mengejutkan aku.
“Dah sampai ke?” dalam terpisat-pisat aku memokuskan pada keadaan sekeliling.
“Belum lagilah sayang. Kita singgah rehat sekejap. Aminah Amia nak ke toilet tak?” tanya Haji Din bila lelaki itu membukakan pintu untuk aku.
“Nak!” malas aku menjawab kerana badan masih belum mengumpul tenaga sepenuhnya setelah aku terlena tadi.
Haji Din menbawa aku ke ruang belakang Hentian Rehat dan Rawat Air Keroh tersebut yang menempatkan tandas yang terlampau besar dan surau. Aku sempat memerhati langskap yang cantik itu. Ada juga ruang rehat untuk orang ramai berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.
“Aminah Amia nak minum tak?” terus aku diterpa pertanyaan dari Haji Din sebaik aku keluar ke ruang kaki lima yang berhadapan dengan tandas perempuan.
“Haji Din?” aku pula bertanya.
“Errmmm…kita minum dululah. Perut pun dan terasa lapar.” Jawab Haji Din dan beriringan kami berjalan kearah gerai makanan yang tersusun itu. Memang Haji Din belum bersarapan sepenuhnya. Hanya menjamah air teh O dan sekeping lempeng. Menurut Haji Din pagi sangat untuk dia mengambil sarapan yang berat.
“Aminah Amia tunggu sini. Saya nak ke kereta ambil bekal tadi.” Haji Din terus mengarahkan aku duduk disatu bangku yang mempunyai empat kerusi itu.
“Jangan lama sangat iya.” Pinta ku. Haji Din hanya mengangguk dan terus berlalu.
Pandangan aku jatuh pada keadaan sekeliling yang penuh dengan orang ramai. Jam ditangan menunjukkan sepuluh pagi. Sudah dua jam setengah perjalanan kami. Insyallah lagi satu jam lebih sampailah kami di Kulai. Aku terdengar bagaikan orang bersiul perlahan disebelah meja aku. Lantas aku berpaling. Sekumpulan lelaki memandang aku dan salah seorang dari mereka sempat melemparkan senyuman. Aku tidak membalas sebaiknya terus memandang kearah deretan kereta-kereta yang baru masuk. Mana pula Haji Din ini. Lelaki-lelaki tadi masih berbuat bising untuk menarik perhatian aku tetapi aku terus membeku dan berdoa agar Haji Din segera muncul. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|