|
Post Last Edit by Adilla at 23-11-2011 15:24
Dari jauh Haji Din melangkah menghampiri aku dan segera duduk disisi. Haji Din terus merenung aku yang bagaikan menarik nafas lega. Tupperware yang berisi lempeng diletakkan dihadapan ku.
“Kenapa?” terus Haji Din bersuara bila melihat ketidak selesaan aku.
“Kita pindah meja boleh?” pinta ku. Tidak betah untuk aku duduk disini bila mata-mata nakal itu masih memandang kami dan bagaikan berbisik sesama sendiri.
“Kenapa Aminah Amia, ada sesiapa usik isteri saya ke?” Haji Din masih mengasak.
Wajahnya masih tenang dan bagaikan tidak beriak. Cuma tanda tanya bila aku terus bersuara dengan permintaan yang menunjukkan perasaan aku.
“Tak ada apa-apa tapi Minah tak selesa duduk dimeja ini.” Aku berterus terang. Takut Haji Din ingat aku yang melayan.
“Jom! Kita duduk meja hujung sana. Tak ada orang nampaknya tempat itu.” Nasib baik Haji Din mengerti dan kami bangun berdiri. Haji Din segera menarik jari jemari ku dan rapat kesisinya. Lantas tangan kanannya letakkan dibahu ku. Bagaikan hendak memberitahu supaya gadis yang duduk keseorangan tadi adalah isterinya dan bukan anak daranya.
“Selesa?” tanya Haji Din sebaik kami melabuhkan punggung.
“Ermmm…” hanya itu jawapan ku dan Haji Din tersenyum.
“Aminah Amia nak minum apa?” tanya Haji Din dan pandangannya jatuh dimata aku.
“Minah nak minum nescafe ais boleh?” pinta ku. Tekak macam terasa nak minum air tersebut.
“Ais tak boleh Aminah Amia, kan masih demam lagi.” Nasihat Haji Din dan lelaki itu tanpa segan silu menjentik perlahan jari kelingking tanda aku dah buat kesalahan. Lelaki ini sememangnya begitu. Ada masanya, jika tidak kena dengan tempat Haji Din hendak menegur ku pasti jari jemari ku dijentik. Bukannya kuat hanya jentikan manja. Jadi secara tak langsung aku tahu ada benda yang tidak berkenan dihati Haji Din. Nasib baik Haji Din berbuat demikian, jika ditempiknya aku tengah orang ramai takkan malu jadinya.
“Minah teringinlah.” Rayu ku. Cuba meraih simpati.
“Tak boleh Aminah Amia. Dengar kata saya.” Haji Din terus memujuk aku. Lembut sekali.
“Sikit?” aku masih berusaha.
“Tak boleh sayang. Biar demam itu benar-benar hilang, baru kita minum ais okey. Sekarang ini kita minum air panas. Saya kopi O dan Aminah Amia Milo. Boleh?” Haji Din masih berusaha memujukku bagai anak kecil dilayan aku ini.
“Milo mengantuklah Haji Din, nanti Minah tertidur lagi.” Alasan aku sebenarnya. Dah terbiasa lidah ini menjamah nescafe di rumah Haji Din. Mengada-gada kau Minah, masa duduk dirumah mak tiri kau boleh pula lidah cecah milo atau pun teh.
“Tadi siapa yang berkata bukan dia yang memandu. Errmmm…” usik Haji Din memulangkan paku buah keras dan senyuman lebar terukir dibibirnya. Aku dah terdiam. Terkena kau Minah.
“Kita minum Milo iya Aminah Amia.” Sekali lagi Haji Din memujuk bila melihat aku masih mendiamkan diri.
“Suka hatilah.” Rajuk ku dan Haji Din mengeluh.
“Okey.” Haji Din terus bangun dan menuju ke gerai minuman. Seketika kemudian lelaki itu kembali dengan dulang yang telah terisi dengan dua gelas air yang masih asapnya. Seperti katanya tadi. Tetapi tegas dalam keputusannya. Setelah meletakkan dulang tersebut, Haji Din terus berlalu kegerai makanan pula. Dari meja kami, aku melihat Haji Din beratur untuk membeli makanan. Masih tenang dan sesekali pandangan kami bertembung. Senyumannya tetap dilemparkan pada aku dan dalam rasa nak merajuk aku tersenyum juga. Susah hendak marah dengan Haji Din yang pandai menangani suasana.
“Makan nasi ini iya Aminah Amia, buat alas perut.” Haji Din menolak dulang yang berisi sepinggan nasi ayam. Ini bukan alas perut tapi makan sampai kenyang. Haji Din duduk di kerusi sebelah aku.
“Minah tak seleralah Haji Din.” Jawab ku. Selera belum sepenuhnya terbuka. Haji Din menoleh merenung dengan mata helangnya.
“Makan sedikit okey?” Haji Din masih melayan karenah aku ini. Kau tetap mengada Minah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kita kongsi.” Aku menjawab dan Haji Din mengangguk. Aku makan sedikit dan bila pinggan ditolak ke Haji Din, lelaki itu akan menyuruh aku makan lagi. Sehingga aku rasa sebu. Aku dah buat muka bila Haji Din masih menyuruh makan lagi. Lelaki ini tekun mengadap aku makan dan bekalan lempeng masih tidak terusik.
“Minah betul-betul tak boleh masuk. Nanti Minah muntah baru tahu.” Ugut aku dan Haji Din mengeleng kepala melihat telatah aku ini.
“Betul dah kenyangkan.” Haji Din mahu memastikan lagi diri aku yang tidak boleh menerima.
“Betul!” ujar ku dan menarik tangan Haji Din supaya segera memegang sudu dan garfu. Haji Din terus menyuap nasi tersebut bersama ayam kedalam mulutnya. Kunyahannya perlahan dan tidak terburu-buru. Tiada sebarang bunyi pun. Mulutnya tertutup dan itu membuat kunyahannya tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Aku suka sekali menatap setiap kali Haji Din menjamah makanan. Tenang. Mungkin disebabkan caranya demikian Haji Din tenang dalam setiap atur hidupnya. Cuma nasib tidak meyebelahi Haji Din yang kecundang dalam perkahwinannya terdahulu.
“Termenung?” Haji Din bersuara bila melihat aku terdiam. Tidak perasan bila Haji Din dah mencapai bekas lempeng dan mula mencubit lempeng tersebut dan mencecah sambal tumis ikan bilis.
“Minah suka tengok Haji Din makan.” luah ku dan lelaki itu meneruskan cubitannya tetapi kali ini bukan disuakan dimulutnya tetapi ke bibir aku. Rapat sekali kedudukan kami. Haji Din mendekatkan tubuhnya dan ia membuat aku tergamam sekali. Tak pernah-pernah lelaki itu bertindak demikian. Apatah lagi diluar rumah.
“Rasa sedikit, sedap isteri saya buat tau.” Haji Din masih menyuakan suapannya. Akhirnya aku membuka mulut dan cebisan lempeng tersebut selamat dalam mulut ku.
“Memang sedap, siapa iya isteri Haji Din?” aku mengusik tetapi yang sebenarnya ingin menutup rasa gemuruh ku. Tiap tingkah Haji Din tersusun tanpa paksaan.
“Siapa lagi, yang disebelah sayalah isteri saya Aminah Amia.” Haji Din tersenyum dan aku turut tersenyum sama.
Selesai makan, kami terus menuju ke kereta. Perjalanan harus diteruskan. Kami bertembung dengan kumpulan lelaki tadi. Mereka menaiki kereta Waja yang berwarna silver berplat Melaka. Aku terperasan pada lelaki yang melemparkan senyuman tadi menoleh dengan ketibaan kami yang berselang tiga kereta. Bertindak sebagai pemandu bagi kenderaan tersebut bila aku melihat lelaki itu berdiri dipintu pemandu. Seperti biasa Haji Din dengan sikapnya tidak berpura-pura membuka pintu kereta untuk aku dan meletakkan tangan atas kepala sehingga aku selesa duduk dikerusi sebelahnya. Lelaki tadi itu terus tegak berdiri dan tidak jadi melangkah bila melihat layanan Haji Din pada ku. Itu suami aku iya.
Kami meninggalkan persinggahan Air Keroh itu menuju ke Selatan. Kali ini Haji Din memberitahu tidak akan singggah dimana-mana perhentian rehat kecuali jika aku hendak ketandas. Pecutan Haji Din agak laju kali ini. Sesekali matanya memandang cermin sisi.
“Kenapa Haji Din?” hati ku tidak sedap bila melihat cara permanduan Haji Din. Selalunya lelaki ini tenang sahaja.
“Tidak ada apa-apa, Aminah Amia tidurlah.” Ujar Haji Din.
“Tak mengapalah, kalau Minah nak tidur Minah bagitahu Haji Din.” Jawab ku dan ingin menemani suami aku kali ini.
“Okey!” jawab Haji Din. Aku masih bimbang dengan cara Haji Din memandu kali ini. Lantas aku terus memegang tangan kirinya dan mengenggam erat.
“Kenapa Aminah Amia?” tanya Haji Din dan memandang aku sekilas.
“Minah takut Haji Din bawa laju-laju.” Luah ku atas rasa bimbang ku.
“Maaf, saya dah takutkan isteri saya.” Suara Haji Din lembut berkata dan terus tekanan minyak diperlahankan. Setelah memberi signal, Haji Din mengambil lorong tengah dan sekejap kemudian sebuah kereta memintas kami. Aku amati kereta tersebut dan baru aku ketahui bahawa kereta tersebut adalah kereta Waja yang sama diperhentian Rehat dan Rawat Air Keroh tadi. Kereta tersebut terus memecut laju meninggalkan kami. Dan baru Haji Din menarik nafas lega. Mungkin lelaki itu takut orang jahat yang mengikuti dekat belakang kami tadi dan tidak mahu aku bimbang lantas menyuruh aku tidur. Macam-macam boleh berlaku zaman sekarang ini.
Kami sampai hampir pukul satu. Aku terpegun melihat rumah Haji Din yang cantik bercat ungu. Rumah mini banglo setingkat. Biasalah tanah dikawasan kampong pasti lapang dan luas. Melintasi pintu pagar, sebuah pondok rehat elok terletak disebelah kiri. Boleh menempatkan lebih kurang enam orang. Haji Din meletakkan kereta Vios hitamnya di garaj yang tersedia disebelah kanan. Setelah itu Haji Din keluar mendapatkan aku pula. Debaran hati baru terasa. Walaupun rancangan ini terbit dari bibir aku tetapi ngelabahnya tetapi ada bila hendak bersua muka dengan mak mentua untuk kedua kali.
“Mari Aminah Amia, kita masuk.” Ajak Haji Din bila melihat aku masih termangu ditempat duduk.
“Minah takut!” jawab ku tanpa selindung.
“Apa yang nak ditakutkan Aminah Amia, rumah umi sama dengan rumah kita. Jom!” ajak Haji Din lagi sambil menarik tanganku. Sebelah tangan lagi diletakkan atas kepala aku bila aku bergerak hendak berdiri.
“Mesti umi suka…” Haji Din berkata dan belum sempat aku menjawab umi dah menunjukkan diri dipintu utama.
“Orang jauh dah sampai? Tak dengar bunyi kereta pun.” Sambut umi bersama senyuman lebarnya. Wajah umi yang bersih dan banyak persamaan dengan Haji Din. Anak umi katakan.
“Asalamualaikum umi, along baru saja lima minit sampai.” Ujar Haji Din sambil bersalam dan menciumi tangan tua umi.
“Walaikumsalam anak umi. Sihat?” tanya Umi dan menarik Haji Din kedalam pelukannya. Syahdu rasanya. Lama aku tidak dapat mendakap tubuh seorang ibu. Nak harapkan mak tiri jangan dimimpi.
“Along sihat. Umi sihat?” Haji Din meleraikan pelukan dan menatap wajah tua umi.
“Biasalah along, dah tua-tua ni. Ehhh…umi sampai tak perasan menantu umi kat belakang along. Itulah along dah gemuk ni sampai umi tak nampak Aminah Amia. Apa khabar anak umi? Sihat ke?” umi menarik aku pula kedalam pelukkannya. Lama umi mendakap aku dan terasa tangannya mengusap belakang aku. Sebak terasa.
“Minah sihat umi.” Ujar ku dan terus menguncup tangan umi bila pelukan dileraikan.
“Cantik anak umi bila dah bertudung begini. Shariffuddin suruh pakai iya?” tanya umi dan tangan tuanya mengusap pipi aku berulang kali. Lembut setiap tutur kata umi. |
|
|
|
|
|
|
|
sya ... dah tamat ke bab 23 .... hehehe .... cam tergantung jek ...
tambah la lagi ... pleeeeeesssssss
|
|
|
|
|
|
|
|
“Haji Din yang ajar Minah tutup aurat umi dan Minah banyak terima kasih atas apa yang Haji Din ajar.” Jawab ku. Umi pandang aku dan Haji Din silih berganti dan tiba-tiba Umi tertawa. Tidak besar gelaknya tetapi bisa mengundang kehairanan pada kami berdua.
“Kenapa umi?” tanya Haji Din tidak sabar.
“Kenapa Aminah Amia panggil along, Haji Din?” tawa umi terlepas sekali lagi. Haji Din dah berwajah kelat. Ada rupa orang merajuk nampaknya. Aku pula terpinga-pinga tak tahu nak jawab apa.
“Dah terbiasa masa kat rumah sana panggil Haji Din. Lagipun sejak dulu lagi sebelum berkahwin orang kampung memang panggil Haji Din.” Jujur aku menjawab dan Umi tertawa lagi setiap kali aku menyebut ‘Haji Din’.
“Umi gelakkan along iya?” rajuk Haji Din. Aku hanya pandang Haji Din dan tak tahu nak buat apa-apa
“Merajuk pula anak umi ni. Dah jom masuk.” Perlawa umi dan menarik tangan aku sambil bibirnya tetap tersenyum. Haji Din mengikuti kami dari belakang.
“Ehhh…lupa. Along ambil beg baju dululah umi.” Haji Din berpatah balik dan segera ke kereta. Nampak manja bila Haji Din berkata demikian. Karektornya berubah bila berdepan dengan umi. Aku berpaling dan tersenyum. Sempat tertangkap oleh Haji Din dan lelaki itu melemparkan jelingan. Hampir nak pecah tawa ku dengan aksinya itu. Marah ke Haji Din?
Umi menarik aku duduk di ruang tamu. Segan pula bila tangan aku tidak pernah lepas dari genggamnya.
“Dari rumah tadi pukul berapa Aminah Amia?” Lembut Umi bersuara.
“Dalam tujuh setengah Umi. Selesai sarapan dan makan ubat, kami bertolak.” Terang ku.
“Siapa yang sakit? Along ke?” Umi dah risau.
“Bukan! Haji Din tak sakit cuma Minah.” Jujur aku menjawab. Umi tergelak lagi. Tadi serius risau. Sekarang tertawa pula.
“Haji Din! Nama manja anak umi tu iya?” usik Umi bila melihat Haji Din melangkah masuk bersama dua buah beg ditangan.
“Umiii!!!!” bentak Haji Din dan aku hanya membalas pandangan Haji Din bila renungan matanya memokus pada ku.
“Gelihati umi.” Usik Umi lagi sambil tertawa lagi.
“Aminah Amia demam ke along?” tanya Umi bila sisa tawanya reda. Wajah umi kembali serius.
“Yup Umi!” jawab Haji Din dan lelaki itu melabuhkan tubuhnya disebelah aku. Kepala disandarkan dan matanya terpejam. Melepaskan lelah.
“Deman apa?” tanya umi lagi. Haji Din dah tegak kepalanya semula.
“Demamm..ermmm” Haji Din tidak dapat meneruskan katanya sebaliknya menarik tangan dan menyisingkan lengan baju ku. Aku hanya menurut dan tidak berkata apa. Haji Din yang lebih berhak.
“YA ALLAH YA TUHAN, apa along dah buat pada isteri along. Baru berkahwin along dah pukul isteri. Umi tak ajar benda-benda ni semuakan. Along tak serik dengan perkahwinan dulu ke?” umi dah start membebel. Haji Din terpana. Mungkin tak sangka begitu pandangan umi padanya. Raut wajahnya yang tenang itu bertukar mendung.
“Ermmm…umi. Bukan Haji Din yang buat macam ini kat Minah. Emak tiri Minah yang pukul Minah. Haji Din tak salah.” Terang ku laju. Aku pegang tangan Haji Din. Kasihan suami aku, tak pasal-pasal kena marah dengan umi.
“Betul ke Shariffudin!” tanya umi keras.
“Betul Umi. Minah tak tipu.” Sebaliknya aku menjawab. Haji Din yang terperanjat tadi kembali tenang. Genggaman tangannya bersatu dengan ku.
“Betul Umi apa yang Aminah Amia katakan itu.” Keluh Haji Din dan lelaki itu memandang aku sayu. Aku tersenyum. Dah terbiasa dengan perangai mak.
“Jadi along tengok saja mak tiri Aminah Amia pukul dia ke?” suara Umi dah kendur.
“Takkan along nak tengok saja orang cederakan isteri along. Masa tu along tak ada rumah, along kerja.” Terang Haji Din. Aku cuba menyembunyikan sebak dihati. Kalau Haji Din ada pasti benda ini tidak akan berlaku.
“Dahlah umi, along laparlah. Umi masak apa?” Haji Din bijak membaca riak ku dan segera diubah tajuk perbualan kami. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung nanti..kuar jap org dah tunggu....tunggu tauuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
ada orang nak ngurat minah ye ....
hj din .. sila jaga minah sebaiik mungkin ....
|
|
|
|
|
|
|
|
alamak.. cepat sikit kak dila... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih Adilla,
jangan lupa sambung |
|
|
|
|
|
|
|
seperti yang dijanjikan....hehehe...mcam nak buat persembahanlah pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
“Ohhhh…lupa umi. Dah berborak sampai terlupa nak ajak kalian berdua makan. Marilah Aminah Amia, umi ada masakkan sambal sotong kesukaan Shariffuddin.” Luah mak sambil menarik tangan aku. Patutlah Haji Din suka sambal tumis ikan bilis. Dah terbiasa makan pedas-pedas. Ketika hampir ke ruang dapur, suara azan Zohor kedengaran dari masjid yang berhampiran. Aku pandang Haji Din dan lelaki itu tersenym. Mungkin tahu segala tunjuk ajarnya dah sebati dengan ku.
“Umi! Along dan Aminah Amia nak solat dulu.” Pinta Haji Din lembut. Umi tersenyum dan mengangguk faham.
“Pergilah, along pun tak sempat nak solat Jumaat, bawa sekali beg baju dalam bilik along. Rehat sekejap sementara Umi panaskan lauk. Umi dah kemaskan pun bilik along. Ada sesekali Syukri dan Syahrul tidur bilik along bila mereka nak tengok bola.” Terang Umi. Kali ini Haji Din tidak dapat bersolat Jumaat seperti kebiasaannya kerana baru sahaja sampai dan lelaki itu kelihatan letih sangat. Iyalah hanya Haji Din seorang yang memandu. Kalau aku pandai memandu pasti Haji Din tidak penat sebegini. Patutlah Haji Din mahu aku belajar kelas memandu.
“Masuklah Aminah Amia. Inilah bilik kecil saya.” Ajak Haji Din. Aku masuk dan melihat suasana bilik yang berwarna hijau cair itu. Dengan langsir yang berwarna kuning coklat. Kombinasi tersebut amat sekata. Pandai Umi. Bagi aku bilik ini tidak layak digelar bilik kecil. Kalau nak dibandingkan dengan bilik di rumah mak tiri aku yang dikongsi dengan Kak Kirah itu barulah dikatakan bilik kecil. Dalam bilik ini semua kelengkapan ada, bagi aku dah bersyukur kalau bilik aku sebegini. Katil king size, meja solek yang besar. Berdekataan dengan meja solek terletak satu set LCD TV 32” dan Home Teater. Berdepan dengan katil yang besar gedabak itu meja kerja pula diletakkan dan siap peti ais mini. Di satu sudut pula mengadap kiblat, sejadah dah terbentang. Mungkin senang nak solat. Lengkaplah segala-galanya. Cuma dapur dan periuk belanga saja yang yang tiada. Kalau tidak dah jadi rumah kecil.
“Aminah Amia nak mandi dulu atau saya? Atau nak sekali ke?” tanya Haji Din selamba. Aku dah pandang Haji Din pelik. Agak-agaklah mengada tu.
“Gatal!” jawab ku sambil menjeling. Haji Din tersenyum. Sengaja mengusik.
“Saya mandi dulu.” Haji Din ketawa juga. Aku terus mengeluarkan tuala bersih dari beg baju kami. Tuala yang berwarna putih bersih itu aku serahkan pada Haji Din. Tanpa disangka, Haji Din menarik aku dan terus mengucup dahi ku tanpa alasan yang aku tahu.
“Saya tak mahu Aminah Amia isteri saya bersedih dengan apa yang terjadi. Saya mahu Aminah Amia gembira disini bersama saya dan keluarga. Jika ada kekurangan saya minta maaf.” Lembut Haji Din berkata sambil mengusap pipi ku. Mungkin Haji Din ingat aku bersedih dengan pertanyaan Umi agaknya.
“Haji Din jangan risau. Dengan adanya Haji Din disamping Minah, pasti Minah gembira.” Jawab ku dan tangan sasanya yang masih dipipi aku tarik dan aku pula mengucup kudus kerana kasih sayang dan cintanya pada aku.
“Haji Din mandi dulu, lepas tu tunggu Minah iya. Kita solat sama-sama.” Ujar ku dan Haji Din tenang menatap wajah ku. Selalunya Haji Din yang mengajak aku bersolat. Apa salahnya kali ini aku pula mengajak lelaki itu bercinta dengan DIA.
“Sudah pasti saya akan menunggu isteri saya Aminah Amia yang saya sayang.” Ucapan yang bisa membuat aku sentiasa terbuai.
Haji Din meninggalkan aku dan melangkah masuk ke bilik air yang memang tersedia dalam bilik ini. Aku segera mengeluarkan kain pelikat dan baju tshirt Haji Din dan meletakkan atas katil. Baju aku pula dibawa sekali nanti masuk kedalam bilik air. Walaupun sudah bergelar isteri pada Haji Din, malu tetap menghambat untuk menukar pakaian jika ada Haji Din dalam bilik. Haji Din pun tidak menegur tingkah aku. Selesai Haji Din mandi, lelaki itu keluar dengan bertuala tetapi dengan rambutnya yang agak lembab. Pada pendapat aku, rasa lelaki itu sudah pun berwuduk. Aku berhati-hati tidak mendekati Haji Din dan berselisih dengannya. Mana tahu ketika hendak memijak lantai depan pintu bilik air, aku hampir tergelincir. Mungkin air dari kaki Haji Din yang basah membuat aku begitu. Terus aku mencapai apa yang sempat digapai. Lengan Haji Din menjadi mangsa. Haji Din yang tidak nampak kejadian itu sama mengelabah. Terkejut juga kerana sejak tadi lelaki itu membelakangkan aku dan baru hendak melangkah ke birai katil.
“Maafkan Minah Haji Din, Minah tak sengaja.” Luah ku serba salah. Haji Din masih memegang tangan aku yang mengapai lengannya tadi. Dingin tangan Haji Din.
“Kenapa cuai sangat?” tanya Haji Din keras dan memandang aku tajam. Mungkin marah pasal wuduknya terbatal. Kalau bab-bab yang bersangkutan dengan ugama pasti Haji Din menjadi Tok Misai yang garang.
“Licin lantai ni, Minah nak terjatuh tadi. Minah minta maaf.” Sekali lagi aku meluahkan rasa serba salah itu.
“Iyer ke? Tak mengapalah. Mungkin salah saya tadi tak pakai sandal.” Akur Haji Din dengan suara yang dikendurkan. Mungkin Haji Din menyedari kesilapan itu datangnya dari lelaki itu dan mangsanya adalah aku. Memang telah tersedia sandal yang terletak di tepi pintu bilik air.
“Dah! Pergi mandi. Saya tunggu.” Arah Haji Din dan aku tenggelam dalam bilik air yang comel itu. Usai aku mandi dan berwuduk, aku keluar. Bibir aku tersenyum lebar bila melihat ada kain alas dan sandal elok terletak di depan pintu bilik air tersebut. Aku cari wajah Haji Din dan lelaki itu sudah berpakaian lengkap. Tekun mengadap meja solek sambil menyikat rambutnya yang hitam itu.
“Saya nak ambil wuduk ni.” Haji Din bersuara bila melihat aku masih tidak beranjak dari situ.
“Oh!” aku termalu dengan tingkah sendiri dan dengan cepat aku memakai telekung yang telah tersidai diampaian. Aku menunggu Haji Din seperti biasa. Kami tenggelam bersama dalam bercinta dengan Yang Esa. Kami tenggelam dalam dakapan solat yang khusyuk dan tidak menghiraukan sekeliling. Panjang doa Haji Din untuk memohon pada Sang Pencipta agar rumahtangga dia dan aku sentiasa dilindungi dan diredhai.
Selesai tanggungjawab kami, aku memohon diri dari Haji Din untuk keluar menolong Umi. Haji Din masih disejadah untuk melunaskan apa yang difikirkan.
“Asalamualaikum!” sapa ku bila melihat ruang dapur bagaikan berpesta. Kak Ngah dan anak-anaknya sedang duduk dimeja makan. Umi pula berdiri sambil mengacau air didalam jag.
“Walaikumsalam. Dah sampai!” jawab Kak Ngah ceria dan menarik aku dalam pelukkannya.
“Sihat kak ngah?” tanya ku ambil bahasa.
“Alhamdullilah sihat.” Jawab Kak Ngah. Umi tersenyum melihat kemesraan kami. |
|
|
|
|
|
|
|
“Asalamulaikum!” dari ruang depan ada orang memberi salam.
“Walaikumsalam!’ jawab kami serentak dan kelihatan adik-adik lelaki Haji Din masuk dengan beg sekolah mereka. Baru balik sekolah rupanya. Sukri dan Syahrul tersenyum bila ternampak aku.
“Apa khabar kak?” tanya mereka sambil bersalaman dengan aku. Siap cium tangan aku lagi. Bertapa hormatnya mereka.
“Khabar baik dik. Baru balik sekolah iya?” tanya ku. Memang baru balik sekolah kerana baju sekolah masih terletak dibadan mereka.
“Iya kak, hari ni solat jumaat kat sekolah. Baru balik rumah.” Syukri menjawab.
“Along mana?” Syahrul pula bersuara.
“Haji Din ada dalam bilik.” Aku menjawab. Tiba-tiba suasana menjadi sepi. Aku pandang Syahrul dan Syukri. Mereka memandang ku dengan pelik.
“Haji Din? Siapa Haji Din?” Kak Ngah bertanya. Aku dah terdiam.
“Along kalianlah.” Umi menolong aku menjawab dan Umi dah tersenyum. Aku dah termalu dengan gelaran Haji Din yang ku berikan. Entahlah bibir ini bagaikan kelu untuk menyebut sesuatu selain Haji Din.
“Kenapa kena panggil Haji Din? Kenapa tak panggil abang ke, darling ke atau ayang ke? Macam orang tualah kak.” usik Syahrul. Kak Ngah dan Umi dah tergelak. Syukri dan memegang perutnya tetapi wajahnya menahan ketawa. Aku hanya tersenyum, tak tahu nak jawab apa bila kena buli dengan keluarga Haji Din. Tapi hati tak terasa pun kerana bagi aku itu hanyalah gurauan saja.
“Tak baik usik Kak Long macam itu Syahrul.” Akhirnya umi berkata bila melihat pipi aku yang dah merah menahan malu.
“Angah kena panggil Kak Long ke Umi?” Kak Ngah pula mengusik. Sengaja nak mengamatkan suasana. Aku tersenggih saja.
“Iyalah Umi, Kak Ngah kan lagi tua dari Kak Long.” Sampuk Syukri.
“Kak Long ni baya-baya Kak Lang ajelah Umi.” Syahrul pula mengiat. Umi tak terkata apa pun dengan gelagat anak-anaknya.
“Panggil saja Kak Long. Jangan pandai-pandai nak panggil gelaran lain.” Suara Haji Din menyelamatkan keadaan. Suasana kembali senyap dan tiada siapa yang bersuara. Aku berundur dan memberi ruang kepada Haji Din untuk duduk dikepala kerusi. Mungkin disitu tempatnya bila lelaki itu terus menuju ke kerusi tersebut.
“Aminah Amia, duduk sini.” Pinta Haji Din dan aku terus duduk disampingnya sebelah kiri. Umi mengambil tempat disebelah kanan Haji Din. Pandanganya bersatu dengan Syahrul dan Syukri. Kak Ngah bangun dan terus mengambil mangkuk nasi di atas cabinet.
“Pergi tukar baju, makan sekali.” Arah Haji Din kepada Syukri dan Syahrul bila dua beradik itu bersalaman dengan Haji Din. Diikuti dengan Kak Ngah. Anak-anak Kak Ngah yang bermain di ruang tamu dipanggil sekali. Melonjat gembira mereka bila melihat Haji Din. Tentu anak-anak Kak Ngah mesra dan rapat dengan Haji Din.
“Yeh! Yeh! Pak long atang, pak long atang!” jerit anak-anak Kak Ngah yang berumur dua dan empat tahun itu.
“Salam mak long.” Arah Haji Din bila melihat anak-anak Kak Ngah macam takut-takut nak hampiri aku.
“Ehsan! Elina! Salam mak long sayang.” Pujuk Kak Ngah. Aku tersenyum dan memaniskan muka untuk memujuk Ehsan dan Elina datang kepada aku. Dalam takut-takut dua beradik itu menghampiri ku juga. Salam dan ciuman tangan ku oleh kedua beradik itu membuat aku terasa dihargai. Lantas ku tarik tubuh mereka kedalam pelukkan aku. Tersenggih dua beradik itu.
“Jom! Makan sekali.” Ajak ku dan dua beradik itu dengan senang hati duduk diatas riba ku.
“Mari duduk kat ibulah. Macam mana mak long nak makan tu?” pujuk Kak Ngah pada Ehsan dan Elina.
“Abang nak duduk dengan mak long lah ibu.” Rayu Ehsan.
“Adik pun nak uduk ngan mak long!” bentak Elina pula. Aku dah pening. Tak tahu nak dahulukan siap.
“Apa kata Ehsan duduk dengan ibu, biar Elina dengan mak long. Malam nanti baru Ehsan duduk dengan mak long. Boleh?” pujuk ku pada Ehsan.
“Ermm…abang egi uduk engan ibu. Agi adik uduk engan mak long.” Elina pula memujuk dengan bahasa pelatnya.
“Janji mak long duduk dengan Ehsan malam nanti?” tanya Ehsan setelah lama terdiam. Aku tersenyum dengan kecomelan anak kecil ini. Kak Ngah dan Umi hanya tertawa kecil.
“Mak long janji!” ikar ku dan sempat mencubit pipi gebu itu..
“Habis, pak long nak duduk dengan siapa kalau Ehsan dan Elina dah ambil mak long.” Sengaja Haji Din mengusik anak kecil itu.
“Haji Din!! Janganlah kacau.” ujar ku geram. Penat aku pujuk, Haji Din pula mengamatkan sekali lagi suasana.
“aji din!!! Nyibuk je!” Elina menyampuk dengan pelatnya dan menjeling. Aku dah tahan gelak. Kak Ngah dan Umi pun sama. Wajah Haji Din dah kelat. Itulah usik lagi, kan dah kena marah dengan budak kecil ini.
“Adik, tak baik marah pak long macam itu. Berdosa. Minta maaf cepat.” Nasihat Kak Ngah walaupun dia nak tergelak.
“Minta maaf kat pak long dik.” Suruh Ehsan yang sudah duduk disebelah Kak Ngah. Aku hanya tersenyum.
“Adik intak aaf aah longgg.” Akur Elina. Kata-kata tersebut buat ketawa aku terburai. Ada ke Elina panggil Haji Din ‘Aah Longgg’. Tergambar diruang mata aku wajah ah long si pemburu hutang.
Umi dan Kak Ngah pun tergelak sama. Aku pandang wajah Haji Din yang juga menahan gelak. Mungkin berfikiran sama dengan aku.
“Bukan Ah long lah adik, Pak Long.” Kak Ngah segera membetulkan ayat Elina bersama tawa.
“Pak long, bukan Ah long.” Ujar Haji Din memberi amaran.
“Suka iya!” aku pula terkena bila Haji Din terpandang aku yang cuba menyembuyikan senyuman sebaik saja Haji Din bersuara. Sempat Haji Din menjentik jari telunjuk aku.
“Dahlah mari makan.” Sampuk Umi. Aku menarik nafas lega bila umi pula menyelamatkan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Syukri dan Syahrul menyertai kami dan suasana menjadi gamat kembali. Sesekali aku diusik bila gelaran Haji Din terkeluar dari bibir. Haji Din selamba saja bagai tiada apa-apa berlaku. Sudahnya menjadi ikutan pula pada Syukri dan Syahrul tetapi Umi memberi amaran dan mengatakan bahawa itu adalah panggilan manja untuk Haji Din dari ku dan akhirnya aku pula menjadi usikan mereka sekali. Bila Kak Lang balik dari kerja bertambahlah gamatnya rumah itu. Dengan perangai Kak Lang yang ketawa memanjang membuat aku tak kering gusi. Aku dapati Kak Lang lebih manja dengan Haji Din dan berani memangkah kata Haji Din dalam bentuk gurauan. Kalau duduk pun pasti Kak Lang ada sama. Tetapi Haji Din tidak pernah meninggalkan aku sendirian. Jika Kak Lang ada bersama, pasti Haji Din akan memanggil aku duduk sekali. Kak Lang pula tidak merasa iri hati sebaiknya menjadikan aku sebagai geng dia untuk membuli Haji Din pula. Umi dari kami sampai senyumannya hingga ke telinga bila melihat anak-anaknya berkumpul. Apatah lagi suami Kak Ngah join sama. Sama-sama kepala giler. Kak Ngah dan suaminya duduk bersama Umi kerana Haji Din tidak benarkan mereka berpindah untuk menjaga kebajikan Umi dan adik-adiknya. Segala perbelanjaan dibiayai oleh Haji Din sepenuhnya. Bertanggungjawab sungguh suami ku ini dan harapan aku kegembiraan penerimaan keluarga ini atas kedatangan aku berpanjangan selamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
berbaloi 2gu.....berduyung2 n3 dpt............... |
|
|
|
|
|
|
|
ala... sweet nya family mentua minah... untung nye minah... alalala hj din, majuk pulak ye kena usik.... thanks kak sya! entry yg super duper best as always!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Burrrrppppp!!
Alhamdulillah ..... kenyang kejap
Tq sya .....
Errr tp kn kejap lg mesti lapar balikkl
Errrr letak la n3 lg .... |
|
|
|
|
|
|
|
suka dgn family haji din..penuh dgn kasih sayang..
Aminah Amia dapat menumpang kasih sayang umi mentua... |
|
|
|
|
|
|
|
suka dgn hj din n minah ni.. sweet couple biarpun beza usia byk.. minah pun pandai bawa diri... |
|
|
|
|
|
|
|
best best.. aji din nyibukkk aje |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|