CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariapersanta

Ilmu dan Penyakit Mistik , method, rawatan dan cara pencegahan nya

  [Copy link]
 Author| Post time 12-6-2012 06:44 PM | Show all posts
ok gue udah edit nama nya ,
ini bukan dari jogja ini ,ini jin si doyok sama kadir ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2012 08:01 PM | Show all posts
owhh baru la faham mesra sungguh thread ni rupanya, bagus lah .
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 08:42 PM | Show all posts
ok gue udah edit nama nya ,
ini bukan dari jogja ini ,ini jin si doyok sama kadir ni...
ariapersanta Post at 12-6-2012 18:44

si doyok & kadir mana pulak ni pak?
banyak bebenor jin yg hinggap. glemer bebenor.
dah tukar ke tajuk? xperasan plak.kena tgk lagi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 09:52 PM | Show all posts
hahahaha kadir n doyok ... lama tak dengar
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 10:12 PM | Show all posts
Reply 609# 033589


    ya betul.

dan lagi satu yang paling kerap kita dengar ialah Yak Allah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 10:17 PM | Show all posts
Reply 623# misslivina


   kok ngak tau ...kadir ama doyok itu terkenallll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2012 10:52 PM | Show all posts
Reply 625# InspekterZ


    abang syed....
   en.inspekterz.... doyok & kadir tu sape? kenal x?
   series xkenal
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 10:56 PM | Show all posts
Reply  InspekterZ


    abang syed....
   en.inspekterz.... doyok & kadir tu sape? ...
misslivina Post at 12-6-2012 22:52



    waduhh. berat nak jawab ni. pelawak indo terkenal...... mbak miss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-6-2012 10:57 PM | Show all posts
ini dia kadir ama doyok...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 11:00 PM | Show all posts
miss nak tau lawak mereka macam mana, miss tengok la di laman video terkemuka tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2012 11:07 PM | Show all posts
soalan saya di thread saka berkenaan syaitan
saya ingin ajukan soalan ini kepada Tuan Inspekterz
Apakah syaitan (the fallen) , lucifer , leviathan dan lain lain itu benar benar entiti (makhluk) atau hanya evil (kejahatan)
soalan saya disana telah dijawab oleh saudara Gambir tapi saya merasakan Tuan juga mungkin boleh pendapat .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 11:22 PM | Show all posts
Syaitan , bagi saya ialah makhluk, bukan konsep atau idea, saya faham arah tujuan soalan saudara Dark Lord aka Tom Riddle ( mana dapat gambar tu). Saya pernah berhujah dengan seorang yang menyatakan syaitan itu hanya konsep kepada kejahatan.

Bisikan itu adalah kepada manusia , dan nafsu dan akal yang menjadikan dia baik atau buruk bagi orang yang faham ada unsur ke 3 iaitu penngaruh roh berupa instinct atau naluri, kesedran atau conscious,

Manusia yang ikut nafsu kerana bisikan Syaitan akan melakukan kemungkaran , manusia yang ikut akal akan melakukan kebaikan, atau apa yang patut berdasarkan akal tapi hakikatnya kosong.

contoh Solat , ritual kosong bagi yang tidak memahami, Puasa , zakat, cuma rasa melakukan hal yang benar.

tetapi bila seseorang yang faham dan dirinya dibimbing oleh Roh maka solat itu bukan ritual kosong, segala galanya akan mula lengkap.

Jika tidak faham elok lah berguru.

Wallahu Alam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2012 11:23 PM | Show all posts
Gue berjaya Halau Doyok dan Kadir seketika ...
terima kasih kepada Lord voldermort...
ni rasa rasa jap2 lagi saka harry porter plak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:07 AM | Show all posts
Gue berjaya Halau Doyok dan Kadir seketika ...
terima kasih kepada Lord voldermort...
ni rasa rasa ...
ariapersanta Post at 12-6-2012 23:23



    oh rupanya pak aria punya pendapat, syaitan tu makhluk ye bukan sifat kejahatan. baru2 ni g masjid dgr ceramah ustaz tu berpendapat syaitan tu sifat kejahatan. betul lah, ilmu allah ni makin kita belajar makin kita sedar betapa ceteknya pengetahuan yg kita ada. kiranya pada pendapat wak aria, syaitan adalah makhluk yg membisikan kejahatan ke dalam hati manusia? emmm syaitan ni adalah dari golongan jin ke? atau syaitan adalah spesis yg tersendiri mcm manusia?

lagi satu ustaz tu kata makanan jin ialah tulang. jin xmkn asap.so rasa pelik sikit sbb selalu org kata kalo kita bakar kemiyan, mcm kita bagi jin mkn asap.kononnya asap tu mknn jin.dah bercanggah plak dua pandangan ni. so yg sebenarnya jin mkn asap ke tidak?


xpernah tgk harry porter, so tertunggu2 mcm mana bentuk kesurupan harry porter
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 12:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by madmualij at 13-6-2012 01:17

maaf sesaje nak tambah.. boleh ye

Menurut Alquran

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 169)

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Al Quran, Surah Al-Baqarah: 208)

Syaitan itu kerjanya memberi janji dan angan-angan kosong kepada manusia.
Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain daripada tipuan belaka. (Al Quran, Surah An-Nisa: 120 )

Manusia pun ada yang Syaitan Juga
Namun Syaitan itu tidak terbatas kepada jenis makhluk halus/jin sahaja, melainkan manusia pun ada yang dikategorikan sebagai syaitan. Dan Al-Quran juga menyebut-nyebut tentang manusia yang menjadi syaitan itu:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Al Quran, Surah Al-Anam: 112)
Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia. (Al Quran, Surah An-Naas: 1-6 )

Sabda Rasulullah SAW:

Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".

Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.

Anas bin Malik r.a berkata adalah nabi SAW apabila masuk ke dalam tandas mengucapkan Wahai Tuhan ku, sesungguhnya aku berlindung dengan engkau daripada syaitan jantan dan syaitan betina

Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:Apabila kamu bangun dari tidurmu, hendaklah kamu istintsar (membersihkan lubang hidungmu) tiga kali kerana syaitan tidur di dalamnya.

Dari Jabir r.a katanya:Jangan biarkan ternakan dan anak-anakmu lepas berkeliaran ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja kerana syaitan keluar ketika matahari terbenam sampai hilangnya cahaya senja.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ˜kalau' akan membukakan pintu amalan syaitan.

baca perlahan2.. pelan2
syaitan itu makhluk ? ya betul
syaitan itu sifat makhluk? ya betul..
dalilnya ? kat atas tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:33 AM | Show all posts
Apakah syaitan (the fallen) , lucifer , leviathan dan lain lain itu benar benar entiti (makhluk) atau hanya evil (kejahatan)
   Darklord Post at 12-6-2012 23:07



   dari alam ghaib, hanya iblis mampu menjelma. seperti dalam kisah Rasulullah saw di datangi iblis laknat.

makhluk seperti malaikat dan syaitan adalah masih makhluk.

jin adalah makhluk yang paling hampir dengan alam manusia.

jika jin ini adalah jin fasik, ini mampu menjadikan perumah bagi syaitan dan iblis.

kerana itu kita beramal supaya dihindari jin dan syaitan yang membuat kerosakan.

jin fasik adalah tunggangan syaitan. manakala iblis adalah kepala tunggangan itu.

jin yang namanya Qorin itu duduk dalam hati setiap manusia. membisikkan kejahatan.

tetapi jika si pengamal ibadah itu beriman kental dan cekal, maka setiap bisikan memesongkan itu akan lenyap dan semakin lenyap.

lama kelamaan, ia jadi bisu, tuli dan pekak.

bila waktu itu tiba, maka kedengaran suara kebaikan iaitu dari malaikat membisikkan hal yang baik. itu semua adalah dari Allah.

seperti Allah swt memerintahkan malaikat Jibril datang dan menyampaikan wahyu kepada para nabi.

ini jelas bahawa ketika itu, Rasulullah saw adalah seorang yang selamat dari kejahatan jin Qorin.

Jin Qorin Rasulullah saw telah di buta, pekak dan bisukan dari kejahatan.

maka akan sentiasa hadir bisikan yang di panggil sirr. bermakna telah jauh dari sifat munafik dan tercela.



Jin yang berupa bentuk seperti jembalang dan hantu, adalah yang paling rendah hingga boleh meneroka alam manusia seperti digunakan untuk sihir dan pelbagai acara jahat. Itulah gerangan saka. Akan tetapi, seperti saya katakan, jin masih juga boleh menjadi perumah kepada syaitan. ini adalah jin yang telah di upgrade. kemampuannya agak berbeza kerana ia berakalkan iblis. dan yang lebih bertambah jahat akalnya ialah manusia yang menjamu kedatangan iblis dengan bermacam ramuan dan mantera memuja iblis bagi mengepalai jin tuggangannya.

jadi sebenarnya perosak utama itu juga adalah manusia bertopengkan syaitan berakalkan iblis bertuhankan dajal.



sekarang ini anda jelas tentang ape itu jin, syaitan dan iblis?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2012 01:36 AM | Show all posts
Reply 635# madmualij


    Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. lebih jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:37 AM | Show all posts
Reply 635# madmualij


   Terima kasih kepada saudara madmualij seterusnya ialah,
apakah sebenarnya yang dikatakan syaitan manusia , adakah ia manusia bertukar menjadi syaitan ,
Sekiranya Syaitan itu adalah sifat (dari ilmu logiknya , sekeping kertas putih) kertas (makhluk) dan putih (sifat) , manusia yang dikatakan evil person ambil contoh hanibal lecter adakah jiwa mereka itu syaitan atau nafsu ?

Saya menyukai pandangan Tuan Ariapersanta ,

Pengaruh akal,
pengaruh nafsu
pengaruh roh....

Soalan saya tentang Hocrux alam nusantara tak dijawab lagi ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:43 AM | Show all posts
Reply 636# InspekterZ


   Saya ada kawan seorang freethinker (in my line of work mmg tak dapat lari dari berinteraksi dgn 1001 macam manusia)Dia kata simple je
the world is made of positif and negatif
the positif word is god the negatif is the devil

baginya tiada god , so tak da juga devil sebab itu hanyalah konsep , falsafah. thoughtform. Positif dan juga negatif

apa apa pun terima kasih atas keterangan anda saudara Inspekterz
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 01:57 AM | Show all posts
celah sikit bab Qorin moga2 kita ambil sepakat ulama' sebagai sumber rujukan.. kita tidak mampu mentafsirnya sendirian sebab ilmu kita 10 % pun tak setanding mereka.

“Ilmu itu diperoleh dengan cara ta’allum (dipelajari dari guru), kefahaman itu dengan cara tafaqquh (bertemu dengan guru menagih kefahaman darinya) dan sesiapa yang Allah mahu baginya kebaikan, maka Allah akan memberikan kepadanya kefaqihan (kefahaman) dalam hal ehwal agama”. [ Tarikh Dimashq Ibn Asakir ]

Kefahaman kita amat terbatas, maka jangan kita menghina-hina ulama'2 kerana sabda Rasulullah SAW

Mewarisi hikmah kenabian (ilmu dakwah). Berdasarkan hadis sahih yang lain pula :

“Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi”
[ Sunan Ibn Majah, Tirmizi dan Musnad Imam Ahmad ]

Apa yang ulama warisi? Tentu sekali ilmu. Apa yang patut ada pada mereka? Menyambung perjuangan, dakwah dan kepimpinan Para Nabi.

“Jika apa yang engkau serukan kepada mereka sesuatu yang terbentang luas dan mudah diperolehi, destinasinya tidak begitu jauh, tidak sukar menuju matlamatnya. Nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu. Tetapi tempat yang hendak dituju (bagi redha Allah) itu jauh bagi mereka (sehingga ada yang terkandas)...” [ Surah At Taubah:42 ]

Ada disebut dalam hadis qudsi perihal kekasih Allah bahawa penglihatan, pedengaran dan pergerakan mereka semua itu dipandu oleh Allah. Itu semua adalah hasil berkat amalan mereka yang jujur ingin menggapai redha Allah.

Mana yang lebih baik, pergerakan yang dipandu oleh Allah atau mereka yang mentafsir dengan akal fikiran singkat tanpa berpandukan wahyu dan hadis (muktazilah)?

Qorin dari ulama bersumberkan Al-quran dan Hadis:

Dalam bahasa Arab, qarin bermakna 'teman' atau 'rakan' ianya bukan TEMPAT mastautin jin-jin dalam tubuh badan manusia. Dalilnya

Aisyah r.a menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar daripada rerumahnya (Aisyah), Aisyah berkata aku merasa cemburu, tiba-tiba  baginda berpatah balik dan dia berkata, wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu? Aku berkata : Bagaimana aku tidak cemburu orang seumpama engkau Ya Rasulullah.

Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.


Rasulullah SAW tidak menyebut atau mengambarkan yang Qorin itu adalah "tempat". Malah Rasulullah SAW mengambarkan Qorin itu adalah makhluk yang mendampingi kita
Sabda baginda apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan? Aku bertanya apakah aku ada syaitan, sabda baginda bagi insan ada syaitan itu (Qarin), aku bertanya lagi engkau pun ada syaitan Ya Rasulullah ? jawab baginda “ Ya” tetapi Allah membantu aku sehingga Qarinku telah masuk Islam.

Sekali lagi Rasulullah bersandarkan hadis dan mana2 sumber pun tidak ada menyebut yang qorin Rasulullah SAW itu adalah dari jin IFRIT.

Ibn Kathir rh menerangkan berdasarkan tafsir ayat 22 surah ibrahim. bahawa apabila dihadapan Allah kelak, kedua2 manusia dan Qorin saling menuduh diantara satu sama lain. Seterusnya Allah swt mengatakan bahawa semuanya sudah di hakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain.
[Mukhtasar Tafsir al-Quran al-Azhim - Umdah al-Tafsir 'an al-hafiz Ibn Kathir 3/371, Dar el-Wafa' 2003. syiekh Ahmad Muhammad Syakir]

Ibnu kathir langsung tidak menggambarkan Qorin itu Tempat.

Secara umumnya :-

1.Qorin bukan Tempat jin  
2.Qorin dari kalangan Jin ada pada setiap orang, dan menghasut mereka kearah kejahatan.
3.Hanya Qorin Nabi saw yang dapat ditundukkan, kerana hadith tersebut khusus kepada Nabi saw dan bukan kepada insan lain.
4.Qorin dan Manusia akan mengadap Allah swt kelak di hari Akhirat.
5.Tidak ada disebut Qorin Rasulullah SAW itu Ifrit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.095238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list