CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syumaimah

[ULTRA BEST]Kisah Aku dan Mistik II : Cerita Pendek PAGES 65 KISAH 76

[Copy link]
 Author| Post time 26-1-2014 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengah syok menaip nak sambung episod seterusnya sekali mak angkat aku lak datang... tak jadi lak menaip.....

sian mak angkat aku nih baru pas sembuh dari gangguan.... hai macam macam. Aku dengar citer dia pun meremang lak bulus bulus aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2014 07:16 PM | Show all posts
Syumaimah posted on 26-1-2014 06:06 PM
Tengah syok menaip nak sambung episod seterusnya sekali mak angkat aku lak datang... tak jadi lak me ...

Pasni citer kisah mak angkat ko pulak hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2014 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
juliesha posted on 26-1-2014 07:16 PM
Pasni citer kisah mak angkat ko pulak hehe

Semestinya... hehe

tapi bukan waktu terdekat lah sebab aku seram gak nih. Dah la umah mak angkat aku tu area dalam kampung aku nih gak.... belaan orang tu pun masih berleluasa.... waaaaa scarynya aku

mau meroyan aku time somi aku outstation.... uhuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2014 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam ni big boss out so boleh la aku sambung episod kisah 36 ni dengan tanpa adanya gangguan

Sambungan kisah 36: Siapa tarik Iza?

Lepas aku potong rambut aku dgn kak faz maka aku masuk ke bilik.... kali ni seme roommate puji puji aku kononnya nampak
modern la... si Iza siap perli aku lagi "wah Pontianak Harum Sundal Malam versi modern"....  

Eeeee sakit betul hati aku dgn Iza ni. Tak habis habis panggil aku Pontianak Harum Sundal Malam... aku siap jawab lagi "cun apa pontianak harum sundal malam...cam Maya Karin tu ler"

Iza mencebik.... hehe

Selang beberapa hari lepas kejadian malam tu, aku dan Iza plan nak ke Foodcourt di kolej berdekatan. Terasa lapar la pulak malam malam ni. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam...

Aku berdua je dgn Iza. Liya dan Mas tak nak ikut. Lagipun depa dah kenyang. Aku dan Iza ni memang spesis makan banyak so sehati sejiwa la...

ekceli si Iza ni suka sangat pakai satu minyak wangi yang entah apa ke benda namanya. Minyak wangi dia ni bau manis manis macam gula gula lah... aku kalau tercium bau minyak wangi ni memang aku akan menempel kat Iza sambil cium dekat badan dia dan siap buat buat aksi nak gigit dia... Dan setiap kali tu jugak Iza tolak muka aku dan mencicit lari... haha

Tapi dia ni tak serik serik... duk gak sembur minyak wangi tu...

Malam tu aku dan Iza jalan ke Foodcourt. Nak ke Foodcourt kena lalu satu jalan yang mana kiri kanannya gelap dan banyak pokok pokok besar di tepi jalan. Tengah syok jalan tu, aku tercium bau minyak wangi Iza tu... perghhh semerbak bau dia. Ni agak agak mau setengah botol dia sembur...

aku cam biasa mula nak sakat Iza... aku jalan dekat dekat dgn dia sampai bahu aku bergesel dgn dia.. pastu aku buat buat cium badan dia sambil menyeringai... Iza perasan dan marah aku

"ko jangan buat perangai bangang ko tu kat sini boleh tak... Kang tak pasal pasal orang kata kita nih lesbian... silap hari bulan Jeri tinggalkan aku"... Iza bagi amaran.

Tapi aku buat tak layan. Aku sengih dan cakap "Iza... setiap kali kau pakai perfume ni kan aku rasa macam nak gigit gigit je kau.... hehehe"... Iza jegilkan mata dia dan tolak muka aku yang dah macam nak gigit dia...

Aku buat gaya macam Pontianak menyeringai dan jerit kat Iza "NIN DIA PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM NAK MAKAN KAU..... AUMMMMMM.... MAKAN BUDOKKKKK"

nampak je aku menyerigai macam tu terus Iza lari sambil ketawa terbahak bahak... "Bodoh ah kau Mai...takut aku.... siot"...

Aku pun ikut lari sama. Sampai la kat foodcourt. Masing masing ketawa terkekeh kekeh... ada mata mata memandang kami yang tengah berlarian larian... mesti depa fikir giler ke apa budak dua orang nih lari malam malam buta dgn berbaju kurung... hahaha

Aku dan Iza lepak kat satu meja sambil tunggu burger kami siap. Sambil tunggu sambil sembang.... sesekali ketawa bila teringat lawak bodoh aku tadi... hehe

Bila burger yang diorder siap kami pun menapak pulang ke kolej... kali ni masa lalu kawasan pokok tu Iza bagi warning kat aku jangan buat lagi lawak bodoh tu.... aku angguk sambil tersengih sengih...

Sampai kat bilik kami kuak pintu, kosong. Mas dan Liya mesti layan movie kat bilik TV. Aku dan Iza cepat cepat salin baju dan duduk kat kerusi study nak makan burger... lapaq nih....

cam biasa tingkap bilik dibuka supaya angin masuk... apalagi kami makan ler burger yang masih panas. Sambil makan sambil layan sembang. Sesekali layan angin sepoi sepoi kat tingkap...

ekceli kat luar tingkap tu ada ampaian dan jugak tangki air besar... memalam ginih memang sunyi la situ sebabnya bilik kami nih mengadap rumah warden...

tengah syok layan burger tu... aku perasan Iza ni terpaku je matanya pandang luar tingkap. Apa yang aku cakap pun dia tak bagi respon... Aku panggil dia berulang kali tapi masih lagi terpaku memandang ke luar. Mulut dia sedikit ternganga.

Aku tepuk bahu dia.... Iza terperanjat dan menoleh ke arah aku. Aku tanya dia "awat ko pandang luar macam tu... ada apa kat luar tu?" Aku jengah jengah ke luar tingkap... tak de apa pun. Cuma tangki air besar gedabak dan ampaian tu je...

Iza tarik tangan aku duduk kat lantai dan bisik "Mai... tadi kan aku nampak kelibat pompuan baju putih dgn rambut mengerbang lah kat luar tu. Laju gile dia melintas" Iza cuak cuak.

aku hangin... ni mesti nak perli aku pasal kes dulu ni. Aku marah Iza "ko nih nak perli aku lagi ker?"....

Iza geleng dgn muka pucat dan cuak "tak.... betul Mai. Aku nampak tadi..apa tu eh Mai? Tu la ko memain lagi sakat aku kat foodcourt tadi... dah ada yg ikut"

Aku terkedu. .. kali ni aku yakin Iza tak tipu... alamak cane nih... aku dah cuak giler dah nih.. Kami bergegas keluar dari bilik dan lepak ke bilik TV. Seram jugak rasanya...

lama gak kami lepak sampai Mas dan Liya balik ke bilik barulah kami balik....

Bila dah ada berempat tu rasa lega la sket... ingat dah ok tapi rupanya ada lagi...

bersambung. ...



Last edited by Syumaimah on 26-1-2014 08:45 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 09:37 PM | Show all posts
Syu, kau kat Pantai Timur kan? dengar citer kat sana sejuk. siang pun kena pakai baju tebal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
krukx posted on 26-1-2014 09:37 PM
Syu, kau kat Pantai Timur kan? dengar citer kat sana sejuk. siang pun kena pakai baju tebal

Ye... hurmmmm... nak kata sejuk sgt sampai baju tebal tu tak kot cuma pepagi tu memang sejuk sgt la.. sampai nak mandi pun termenung dlu. ..

tengah hari lak redup jer...

malam memang sejuk sgt sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-1-2014 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Double post pulek Last edited by Syumaimah on 26-1-2014 09:44 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2014 10:06 PM | Show all posts
Belaan apa yg dalam kampung kau tu?
Takutnyaa...selalu kalau kat kampug, kalau tak toyol, hantu raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2014 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan kisah 36

Malam tu bila dah berempat ada so kurang la sket takutnya. Ada jugak aku citer kat Mas dan Liya pasal kejadian tadi. Depa pun cuak gak...

risau kot kot datang lagi malam tu... masa seme pakat termenung tuh tiba tiba Mas bersuara "eh kat kampung aku dulu kan kalau nak elak benda halus nih masuk kena letak penyapu terbalik kat pintu"... dengan bangga tu Mas citer...

aku rasa nak tergelak pun ada. Apa punya petua daaa.... tapi Mas beria ia cakap petua tu siap bangun dan sendal penyapu secara terbalik kat pintu...

aku dah tersengih sengih. Rasa nak terhambur ketawa ni tp aku tahankan jer. Kang tak pasal pasal sentap pulak minah nih...

Abih berfikir dan sembang kami amik keputusan lelapkan mata. Sebelum tido, masing masing tekun baca doa dan ayat qursi. Nak nak si Iza la. Dia yang nampak. Sian dia, pucat gak muka dia tadi..

alhamdulillah malam tu tak de pape berlaku.... hinggalah beberapa hari seterusnya...

aku cam biasaklah pi kuliah, balik kuliah. Petang kang aku layan kucing yang aku suka tuh. Wp berkali kali Iza marah aku tetap tak amik port...

satu malam tu... Semua orang dah baring lena kat katil. Termasuk lah aku. Ekceli aku nak citet kedudukan katil kami nih. Katil bilik kami dua tingkat so dua tingkat ada dua katil. Katil belah kiri dari pintu ialah katil aku dan Liya. Liya tingkat atas dan aku kat bawah. Belah kanan dari pintu pulak katil Iza dan Mas. Iza kat atas dan Mas kat bawah...

malam tu lampu bilik ditutup kecuali lampu study di meja Iza dan meja Liya jer terbuka. So masih nampak jelas la keadaan bilik tu... sejak kejadian Iza ternampak tu memang kami tido bukak lampu study. Kalau sebelum ni bergelap je... Kami pun dah tak berani buka tingkap malam malam... takut nampak benda yang tak sepatutnya...

aku pun selalu gak la kejutkan depa klu nak ke toilet malam malam buta....

Kisah Iza...

Lepas je semua roommate berbaring dan terlena di katil masing masing, Iza pun lena. Letih sgt seharian ke kuliah hari ni..

tengaj syok lena tu tetiba Iza rasa badan dia berat macam kena tindih. Dia buka mata dan cuba gerakkan badan tapi tak boleh. Dalam keadaan terkial kial nak bergerak tu Iza terpandang tepi katil dia satu makhluk berbulu hitam sedang berdiri memandang dia...

dia kaget... cuba menjerit tapi suara tak keluar. Dia cuba bangun tapi tak boleh. Badan dia seperti melekat di katil...

Tiba tiba makhluk tu pegang tangan Iza dan tarik Iza supaya jatuh dari katil.. badan Iza tergerak ke tepi katil asbab tarikan makhluk tu... Iza menjerit jerit tapi tak keluar suara... Mujur jugak tepi katil Iza ada besi penghadang, so Iza terlekat kat besi tu.

Maka berlaku lah adengan tarik menarik antara Iza dan makhluk berbulu tu...

Dalam keadaan panik tu, Iza terpandang aku yang sedang lena di katil bertentangan.... Dia cuba jerit panggil nama aku sekuat hati tapi suaranya tersekat... makhluk tu masih menarik dia dari katil...

Dia berdoa dan  berharap agar aku terjaga
dan bantu dia yang tengah bertarung dgn benda tu..

Kisah Aku pulak

Lepas semua orang dah baring tu, aku pun lena sama. Dalam sedang lena tu aku mimpi, aku mimpi aku sedang berbaring di katil dalam keadaan yg sama aku tido. Pintu bilik aku kena ketuk bertalu talu...

aku bingkas bangun dan bergerak ke pintu (ini mimpi yer)... Demi pintu aku kuak, depan aku tercegat si tompok yakni kucing yang aku selalu pegang dan bermain kat kolej aku.

Si tompok pandang aku dan  bersuara "jangan pegang aku lagi. Di badan aku ada 'benda' yang menumpang untuk kenakan kau"... aku terkedu bila lihat si tompok boleh berkata kata dan aku lagi terkedu dengar pesanan si tompok.

Serentak tu jugak pintu bilik aku berdentum kuat.... tertutup dgn sendirinya.... aku terjaga dari tido sambil tercungap cungap...

aku lap peluh yang menitik... rasa panas la
pulak malam ni. Aku kipas kipas tangan aku...

tiba tiba lak aku terasa nak pandang iza yg sedang lena di katil... dari jauh aku nampak muka iza berkerut kerut.  Mata masih terpejam rapat... entah macam mana aku tergerak hati nak kejutkan dia...

jadi aku bingkas bangun dan pegang bahu dia dan panggil nama dia berkali kali "iza...iza"

Serentak tu jugak Iza terjaga.... cara dia terjaga tu macam orang yang tengah lemas diselamatkan.. tercungap cungap... Dia bangkit dan pegang dada.. nafasnya kuat sangat macam letih sgt lah...

aku dah pelik tengok dia... Iza bersuara "tq la mai ko kejutkan aku.. klu tak, tak tahu lah mana benda tu nak bawak aku"

Aku cuak, tak faham maksud Iza... so Iza cerita apa yang dia alami tadi... tengah sembang sembang tu Mas dan Liya terjaga... depa terpisat pisat tengok kami dan join kami bersembang kat lantai...

masing masing dah ketakutan bila dengar cerita Iza tuh.. kami amik keputusan nak tido ramai ramai kat lantai je..

sebelum lena kali kedua, aku tanya Iza "apsal ko berharap dan yakin sgt aku akan selamatkan ko?"

Iza menjawab "sebab antara kita berempat, ko yang paling alim... tu aku harap sgt ko yang bangun dan kejutkan aku"

aku lak sengih sengih kena puji.... hehehe.... alim lah sgt (mata pandang ke atas, tangan di bahu... haha)

Sejak tu kami sentiasa solat  berjemaah di bilik dan lepas maghrib kami melazimi bacaan yasin bersama sama... alhamdulillah sejak tu tak de apa apa gangguan hinggalah kami berpisah dorm....

tu saja kisah aku utk episod kali ini.... moga terhibur ye kengkawan Last edited by Syumaimah on 26-1-2014 10:44 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2014 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
krukx posted on 26-1-2014 10:06 PM
Belaan apa yg dalam kampung kau tu?
Takutnyaa...selalu kalau kat kampug, kalau tak toyol, hantu ray ...

Ko jangan lah sebut. . Dah la bulus bulus roma aku ni menegak lagi nih.... huhuhu

nnt aku citer... insyaALLAH
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 08:42 AM | Show all posts
Lawak la pasal rambut ko yg mengerbang... kalau aku pun takut sey... aku bookmark citer ko... best! tk sabar nk dgr pasal mak angkat ko tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:48 AM | Show all posts
ehhh.. lepas kejadian ko mimpi kucing tu camner?
ko ade pegang2 lagi tak kucing tu?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
tahilalatmanis posted on 27-1-2014 08:42 AM
Lawak la pasal rambut ko yg mengerbang... kalau aku pun takut sey... aku bookmark citer ko... b ...

Hehe... tengkiu..

aha pasal mak angkat aku tu take time gak eh aku citer... keseramannya masih terasa sebab benda tu masih berkeliaran.... uhuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
khailya posted on 27-1-2014 10:48 AM
ehhh.. lepas kejadian ko mimpi kucing tu camner?
ko ade pegang2 lagi tak kucing tu?...

Haah aku tak pegang dah ler... takut gak klu bebetul mimpi tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 37

Seterusnya kisah yang aku nak share adalah kisah yang berlaku pada aku sendiri masa malam perkahwinan kakak aku.

Kejadian ni berlaku masa aku kena gangguan jin hutan tapi macam biasaklah aku memang tak sedar pun lagi aku nih sebenaqnya ada gangguan. Biasaklah aku malas nak fikir benda mistik nih...

Malam tu merupakan malam pernikahan kakak aku yang kedua. So dah nama malam perkahwinan makanya satu famili aku sibuk ler malam tu.

Ekceli kakak aku dah selamat diijab kabulkan dgn kekasih hati dia petang tu dan dah siap lah acara kendurinya... malam tu cam biasaklah acara potong kek, bergambar dan acara mengenakan pengantin. Apa tu acara mengenakan pengantin? Acara ni merupakan acara wajib dalam famili aku bila adik beradik kami menikah. Acaranya ialah dera pengantin basuh pinggan....

aku kemain lagi dera kakak dan abang ipar aku tapi time aku kawin pun lagi teruk aku dan suami kena... ampesss

jadik malam tu masing masing sibuk lah... Shah yang kepala otak gila gila nih paksa aku pakai baju pengantin dan bergambar dgn dia kat pelamin.. sedara mara lain pulak sporting so aku dan Shah pun bergambar la kononnya 'pengantin'...

Tiba tiba pulak Shah sakat aku nak buat gaya romantik.... aku tunjuk penumbuk kat dia dan lari... giler adik aku nih... huhu

Masa tu jam 2 pagi... adik beradik aku serta pengantin duk kat depan, kemas apa yang patut. Aku lak kat dapur dgn ayah, sembang....

Ekceli kan rumah aku nih belakang dia hutan yanh tak de la tebal mana pun to memang hutan la... aku ada citer pasal hutan ni kat kisah awal awal aku dlu....

Masa sembang dgn ayah aku tu, pintu dapur kami buka dan ayah aku membelakangkan pintu. Aku pulak mengadap pintu...

Tengah rancak bersembang dari topik ke topik, tiba tiba aku nampak susuk tubuh seorang lelaki berjalan melintasi pintu dapur tu. Pergerakan dia slow, tu aku memang yakin aku nampak. .

Aku hairan dan lari ke pintu nak tengok sape gerangan lelaki tuh... aku keluar dari pintu dapur tu dan pandang je lelaki tu berjalan menuju ke hutan belakang rumah....

Nak kata berjalan tak jugak, macam melayang layang tapi pergerakan slow.... aku berfikir sejenak siapakah gerangan lelaki yang menghilang dalam hutan tu...

Aku terkedu bila aku sedar yang skang jam 2 pagi.... ada ke manusia yang masuk hutan time macam nih?

Bila dah sedar yang lelaki tu bukan manusia terus muka aku pucat. Badan aku gigil teruk... ayah aku panggil aku pun aku dah tak boleh nak cakap... nak jalan pun tak boleh dah...

(Ayah cakap muka aku pucat giler.... kalau toreh pun tak berdarah)

Berulang kali ayah panggil tapi aku terpaku sambil mata terbuntang...

last ayah aku jerit panggil mak "Maknya cepat... tengok nape anak kita nih.... alahai nape la anak aku nih" sambil goyang goyang badan aku.

Terkoncoh koncoh mak dan famili aku datang. Aku masih lagi tegak berdiri dan mata terbuntang....

mak nih pandai sket bab bab mistik terus amik air, baca baca sket dan sapu ke muka aku... barulah aku boleh bergerak... terus aku terjelepok kat lantai sambil menggigil...

Mak bagi aku minum air.... bila reda gigil aku barulah aku mampu cerita apa yang aku nampak...

Mak diam je...

bila aku dah tau aku kena gangguan so aku faham la sape 'lelaki' tu.... dia saje nak muncul kan diri depan aku agaknya... atau mungkin dia marah bila aku purak purak jadik pengantin... kes jeles kot.... haha... aku speku jer...

macam tak seram kan citer aku nih... haha.... aku tengah serabut keja banyak nih tapi aku nak gak menulis... huhu
Last edited by Syumaimah on 27-1-2014 05:31 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 05:38 PM | Show all posts
hebat n cool. sha masih tahan gelak pasal cerita duk atas meja rambut ngerbang. kalau adik sha bangun tido..rambut dia mcm tu..sha panggil dia "simba the lion"kuar kandang..
teruskan penceritaan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
sharifa82 posted on 27-1-2014 05:38 PM
hebat n cool. sha masih tahan gelak pasal cerita duk atas meja rambut ngerbang. kalau adik sha bangu ...

Haha... lawak tuh simba the lion....

okeh nnt aku tulis lg... insyaALLAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah 38 : Shah terkena?

Macam yang pernah aku cakap dlu, dua tahun lepas Shah ada terkena. Shah ni paling banyak la alami mistik sampai tahap aku rasa agak mencabar gak la.. sebenarnya banyak kisah Shah dan mistik
ni, insyaALLAH akan aku ceritakan episod by episod eh....

kali ni aku nak citer pasal Shah yang tiba tiba sakit misteri pada dua tahun lepas. ..

Shah ni dulu belajar hafiz tapi x sempat habis sebab masalah kewangan keluarga kami yang masa tu agak sempit gak la...

so Shah stop belajar hafiz dan dapat tawaran blajar bidang yang dia minat. Lepas grad je Shah dapat keja dgn satu kompani swasta nih kat area KL. Sambil sambil tu Shah buat freelance... dia plan nak bukak company sendiri. Alhamdulillah skang cita cita dia dah berjaya...

Masa kejadian ni, aku tak sempat la jumpa shah depan depan sbb aku sibuk masa tu. Shah pulak sakit pun kejap je. Just beberapa bulan. Asbab tindakan cepat mak aku bawak shah berubat...

Aku ingat lagi hari tu, mak aku call aku sambil nangis nangis... aku cuak,  apsal mak aku nangis. Risau kot ada perkara buruk terjadi.

Mak aku citer la "mak risau la Mai dgn adik hang tu.. mak tak tau nak buat apa dah. Nape la dia jadi gitu"

Aku lagi la cuak. Aku mintak mak aku citer pelan pelan apa sebenaqnya terjadi kat Shah.

Mak aku pun citer lah.. begini citernya...

Haritu mak dapat panggilan dari Shah. Suara Shah macam tak sihat. Shah selalu sebut berulang kali nak balik kampung.... mak dah pelik dgn cara Shah bercakap. Macam ada yang tak kena...

Shah : Mak.... orang nak balik la mak... orang tak nak duk sini...

mak : nape ni Shah... kan Shah suka keja sana... nape berubah nih?

Shah : Mak.... orang rasa tak sedap ati la mak.... macam ada benda je yang ikut orang...

Mak : Perasaan Shah kot. X de apa lah... Nanti bila free Shah balik la jumpa mak ea...

Mak sedaya upaya pujuk Shah... akhirnya shah akur... ekceli shah ni baru je keja so mak tak nak la shah kena buang keja. Dahla susah nak dpt keja gaji mahal gitu... lgpun mak fikir just perasaan shah je kot...

Hinggalah satu hari tu bos shah call mak bgtau yang shah akan balik naik bas malam ni sgn kawan dia... menurut bos shah gak, shah mohon cuti panjang sbb tak tahan nak balik kampung sgt sgt... so bos shah izinkan. Di akhir perbualan, bos shah ada maklumkan kat mak pasal kepelikkan sikap shah yang tiba tiba...

mak makin cuak... risau kot shah kenapa kenapa...

Malam tu shah call mak cakap dia dah gerak naik bas dgn kawan dia. So sepatutnya esok tengah hari sampai la... suara shah macam ok je... so mak lega lah...

Esoknya mak duk tunggu panggilan shah tapi tak jugak shah call. Mak bebel sorang sorang "ish nape budak shah ni x call lg. Sepatutnya dah sampai ni... ya ALLAH mana la anak aku nih"...

Sampai ke petang mak tunggu shah call tapi tak de.... mak call shah pun shah tak angkat... mak makin susah hati....

Hinggalah mak dapat satu panggilan daripada seorang lelaki yang tak dikenali...

UMMI....UMMI...UMMIIIIII (ringtone hp mak aku ler. ... lagu ummi... mana ada bunyi WARGHHHH....WARGHHH... hehe)

mak : hello...

lelaki misteri : assalamualaikum. .. makcik

Mak : (cuak sket) wsalam... ye .... ni sape?

Lelaki misteri : makcik ni mak kepada Shah tut bin tut ke?

Mak : (makin cuak) ya... ya itu anak saya.... kenapa dgn anak saya encik? Dia ok ke tak?

Time ni mak aku dah start nak nangis dah... macam macam perkara buruk terlintas kat kepala dia... shah kemalangan ke... shah kena kidnap ke (wp x de nya org nak kidnap dia...hehe).... shah pengsan ke.... ahhhh mak aku dan serabut memikirkan anak bujang dia tu.....

bersambung Last edited by Syumaimah on 27-1-2014 09:29 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan

Lelaki misteri : makcik jangan susah hati... anak makcik ada dgn saya skang. Sebenarnya saya terjumpa anak makcik tengah merayau rayau... saya bawak dia datang kedai saya ni. Dia ada tu tengah makan. Kesian sy tengok dia, lapar sgt... sy tanya dia nak pi mana tp dia x bleh nak cakap. Sy dpt nombor makcik ni pun bk sy godek hp dia dan tgk ic dia...

kali ni mak aku dah tak terkata... hanya mampu menangis mengenangkan anak yg dia kandung 9 bulan, anak yg dia lahir dgnsusah payah jadi macam tu... aku dengar pun sebak... terbayang muka shah

Lelaki misteri : Gini la makcik. Saya mintak makcik cepat dtg amik dia kat kedai saya nih. Nih alamat saya... bla bla bla

mak aku cepat cepat salin alamat kedai tersebut... syukurlah ada orang sebaik itu jumpa shah. Klu tak entah la... mana lagi nak cari...

Satu masalah pulak bila mak aku x de kenderaan nak pi amik shah sbb keta mak aku masuk workshop...

mak aku call polis berdekatan dgn tempat tu dan mintak polis jemput shah. Mak aku citer kriteria shah ni macam mana....

Mak : (dalam esak tangis) Hello....encik polis...

Polis : Hello.... ya makcik... boleh saya bantu?

Mak : encik polis tolong la pi ambik anak saya kat kedai tut kat bandar tut....

Polis : (tak faham) makcik boleh citer tak apa yang berlaku? Sy tak faham

Mak : anak saya kata nak balik kampung tp x jugak sampai. Ada orang call kata anak saya ni ada kat bandar tut... orang tu minta dtg amik tp sy ni x de kenderaan. Minta tlg encik polis pi amik... boleh dak? (Tangisan mak makin kuat...sian mak)

Polis : ok ok... faham... macam mana rupa anak makcik tu?

Mak spesifikasi fizikal Shah dan apa yang shah pakai haritu berdasarkan maklumat lelaki misteri tadi...

polis bagi jaminan kat mak utk dapatkan shah dgn selamat... syukur

ternyata polis tu bertindak pantas bila depa dapat jejak shah yang sedang berjalan kaki nak ke negeri jiran...

polis bawa shah ke balai polis dlu utk tanya shah apa yg berlaku. Risau kot dia kena rompak ke apa ke.... shah tak mampu nak cerita cuma dia berulang kali cakap nak pi ke negeri jiran... nak buat apa tak tau la

masa pihak polis jumpa, shah dalam keadaan kusut masai. Tak terurus.  Macam tak waras. Dia nampak runsing.... resah.... gelisah... sesekali dia pandang ke luar... sesekali dia gigit kuku dia...

akhirnya pihak polis bawa shah ke rumah mak... bila mak nampak shah, terus mak terkam peluk shah yang dah macam tak kenal diri dia...

mak dakap, cium shah bertubi tubi tapi shah tak bagi respon... hanya memandang mak, kosong. Hiba hati mak lihat anak dia macam tu.... lima bulan lalu shah elok je, ceria je masa nak lapor diri keja kat KL tapi hari ni shah macam bukan diri dia...

sempat gak berlaku drama air mata... sampai abang polis pun meleleh gak air mata...

Maka bermula episod duka dalam hidup shah.... kenapa shah jadi sasau? Siapa yang bertanggungjawab?  Apa punca shah hilang diri dia? Akan aku ceritakan dlm episod seterusnya....

moga terhibur... sori klu ayat x touching.... uhuk Last edited by Syumaimah on 28-1-2014 06:09 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2014 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Syu...cepat sambung...kesiannya kat adik ko...tabah nya family ko hadapi semua dugaan2 ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.311202 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list