ntah la, lepas aku tgok tu aku masuk balik billik berforum, baru terasa seriau
-rasa nak gi tgok balik je, tp aku tak berapa konfirm lg benda tu apa
-esookannya aku bru rasa tu hantu
best baca crita korang ni...seram2 pun aku suka gak baca...
by the way..aku ada gak crita psl c jelly2 ni nak kongsi kat korang sumer tpi bukan aku yg alami la,member bilik sblh yg kena...
peristiwa ni jdi time aku msh kat high school lg,student pompuan duduk d hostel lama..(bekas hostel putera)...
form 5 duk aras 1,form 4 kat 2nd floor..hostel ada 2 tingkat jer...bilik iron baju kitorang d bhgn ground floor skali ngan dobi...
iron ada 3 jer,nak dibandingkan dgn nisbah student dlm 400 org mmg x cukup la...so,slalu senior ni (trmasuk aku ngan member la) bangun awal dlm jam 4 am utk iron baju...
critanya..adala 1 subuh yg hening ni,kawan aku ngan cousin bangun cam besa la..bangun awal nak p bilik iron..kawan yg sorang ni jalan dulu,cousin aku tido balik...
yg c kwn ni x prasan so dia turun trus..berlenggang la kwn aku jln...
sampai kat bilik iron,dia mula la ngan aktiviti utama dia...meng'iron' uniform..sterika kitorang time tu,masih lg yg made from steel..klu kta bercermin kat iron tu pun,blh nampak rupa btk muka lg...tgh2 dia iron baju ni,dia pandang la kat badan sterika tu...1st time tgk..dia nampak la btk muka dia tpi xde apa2 pun kat muka dia tu..
(meaning mulut,mata smua xde...btk muka jer..)tpi time tu dia x ambik kisah sgt...tgh mamai kot...so dia truskan la iron baju..)
2nd time dia tgk,sempurna dah muka dia...smua feature ada tpi kali ni ada plak imej tambahan kat blkang dia...c jelly2 suka ati nak interprem..
pastu..trus segar mata member aku ni,dia siap pdg blkang lg tpi xde kelihatan plak c coco jelly tu..bila dia tgk kat iron tu still ada pla c jelly2...
bila dah mcm tu,kwn aku ni x lari..dia trus jer iron baju tpi time nih tgn dia laju dah sorong iron tu...abis jer sterika,laju kwn aku jalan nak naik bilik...
sampai kat tangga,dia lari x henggat...
2-3 ari pastu bru dia crita kat kitorang...yg cousin aku gelak jer..
Originally posted by sekngucing at 20-2-2009 03:17 PM
ntah la, lepas aku tgok tu aku masuk balik billik berforum, baru terasa seriau
-rasa nak gi tgok balik je, tp aku tak berapa konfirm lg benda tu apa
-esookannya aku bru rasa tu hantu
baru dengar cerita td.. kata adik pingu.. jiran depan umah (sebelum ni org lain nampak kat depan umah jiran) nampak antu pocong berdiri di atas pokok nangka!!
pandai pulak antu2 tu manjat pokok.. demam seminggu katanya.. utk kepastian, pingu akan tanya sendiri empunya diri kalau ada kesempatan
TERBONGKAR...Musa menunjukkan telekung yang
dijadikan pocong.
MELAKA: Misteri kemunculan `pocong’ yang menghantui penduduk terutama pengguna jalan raya apabila mendakwa kerap terserempak dengan ‘hantu’ itu di kawasan selekoh Kampung Padang Temu di sini, akhirnya terjawab apabila ‘pocong’ terbabit ‘ditangkap’, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, pocong yang selama ini menakutkan orang ramai selepas waktu tengah malam hingga awal pagi rupanya perbuatan segelintir remaja nakal.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu terbongkar apabila seorang ‘mangsa’, Abdul Rahim Abdul Majid, 51, dari Padang Temu ‘menangkap’ pocong buatan itu ketika pulang dari tempat kerja kira-kira jam 1.30 pagi.
Abdul Rahim berkata, sebelum itu, dia menunggang motosikal pulang ke rumah selepas habis bekerja di sebuah kilang di Batu Berendam, dekat sini.
Menurutnya, sebaik tiba di selekoh bertentangan surau kampung itu, dia terkejut apabila ternampak satu lembaga putih tergantung pada dahan pokok besar tepi jalan dalam keadaan turun dan naik (terapung).
Katanya, dia serta-merta menekan brek kecemasan menyebabkan motosikalnya menggelongsor ke depan.
“Saya berasa tidak sedap hati dan terfikir sejenak sama ada lembaga itu betul-betul hantu pocong atau sebaliknya.
“Saya berpatah balik dengan kaki terhencut-hencut disebabkan paha kanan terseliuh akibat menekan brek kecemasan. Namun, saya mendapati ia hanya sehelai telekung yang digantung dengan tali pada pokok itu,” katanya.
Abdul Rahim berkata, dia menarik telekung itu dan apabila diperiksa, ia disarungkan dengan satu pelampung polisterin pada kepala dan mempunyai dua lukisan biji mata dengan cat merah supaya nampak seolah-olah wajah yang hodoh.
“Ketika menarik turun ‘pocong’ itu, saya perasan kelibat kaki orang di tempat berhampiran sedang berlari, bagaimanapun tidak mempedulikannya dan terus membawa telekung berkenaan sebelum menyerahkannya kepada sidang kampung untuk tindakan.
Sementara itu, Sidang Kampung Padang Temu, Musa Salam, berkata sebaik mangsa menyerahkan kain telekung itu, dia berjumpa beberapa remaja yang disyaki melakukan perbuatan terbabit dan menasihatkan mereka supaya tidak mengulanginya.
Katanya, dia kerap menerima aduan penduduk termasuk mereka yang berhampiran seperti dari Kampung Alai dan Permatang Pasir yang mendakwa kampung berkenaan ada pocong.
“Apa yang kita kesalkan, tindakan remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun itu boleh membahayakan orang ramai terutama pengguna jalan raya,” katanya.