CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sfhzuraz

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V139'

 Close [Copy link]
Post time 30-3-2022 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 30-3-2022 03:32 PM
mmg ada nov. lelaki pun sama.

Kan msia 80% Muslim x solat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 30-3-2022 03:34 PM
asben kaka 51.
thn lps dah keluarkan epf. thn ni nk keluarkan cpf pulak.
kaka nk paw nk soh masuk ...

Mbr nov ni muda dr nov tp anak dara kawin lwt jodoh dgn duda. Kira 15thn kot beza.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka pki x brg kemas?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Settle reply noti kaka rmh pasemboq
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx replied at 30-3-2022 03:53 PM
ooo rupanya rumah lama dah roboh
matt memang tak sempat nak kait rumah lama tu

Rmh lama matt la. Rmh pasemboq
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 11:32 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2022 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2022 10:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:03 AM | Show all posts
15,941 kes positif baharu COVID-19, 21,186 kes sembuh

Oleh Rafidah Mat Ruzki - Mac 31, 2022 @ 10:04am  [email protected]







PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sebanyak 15,941 lagi kes positif baharu COVID-19 semalam, menjadikan sejumlah 4,183,359 kes jangkitan wabak itu dikesan setakat ini.

Pada masa sama, sebanyak 21,186 lagi kes sembuh dilaporkan setakat tengah malam tadi, menyumbang kepada sejumlah 3,941,829 kes yang sudah pulih daripada COVID-19 setakat ini.

Data melalui laman sesawang COVIDNOW menunjukkan ketika ini ada sebanyak 206,592 kes aktif, dengan sebahagian besar iaitu 200,962 menjalani isolasi di rumah.

Seramai 4,664 pesakit kini dirawat di hospital manakala seramai 690 lagi menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 33 kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan 11 daripadanya adalah kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Johor dan Kedah masing-masing mencatatkan enam kematian termasuk dua kes BID di setiap negeri berkenaan.

Ia disusuli empat kes kematian di Perak (satu kes BID) dan Kuala Lumpur (satu kes BID); masing-masing tiga kes kematian di Pahang dan Sarawak (dua kes BID); masing-masing dua kes kematian di Pulau Pinang dan Selangor (satu kes BID); dan masing-masing satu kes kematian di Kelantan, Negeri Sembilan (satu kes BID) dan Sabah (satu kes BID).






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:05 AM | Show all posts
Lebih 1.3 juta kanak-kanak sudah divaksin

Mac 31, 2022 @ 10:15am



Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Seramai 1,323,892 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun atau 37.3 peratus populasi itu di Malaysia menerima dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,851,056 individu atau 91.6 peratus daripada kumpulan itu sudah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,947,622 atau 94.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 15,758,429 individu atau 67 peratus populasi dewasa pula menerima dos penggalak dan 22,952,209 atau 97.6 peratus lengkap vaksinasi manakala 23,228,125 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 51,867 dos vaksin diberikan semalam membabitkan 4,949 suntikan pertama, 1,438 suntikan lengkap dan 45,480 suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 68,849,462 dos. – BERNAMA






Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum
Moneng

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:18 AM | Show all posts

waalaikumsalam nov...
morning.

sarapan apa pagi ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:19 AM | Show all posts
kejap lg nk reply....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:19 AM | Show all posts
ada byk noti tertunggak   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:20 AM | Show all posts
Covid-19: 33 kematian baharu, 11 BID
IZWAN ROZLIN | | 31 Mac 2022



KKM melaporkan sebanyak 33 kematian baharu Covid-19 termasuk 11 kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID).


SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 33 kematian baharu Covid-19 termasuk 11 kes kematian luar hospital atau brought-in-dead (BID).


KKM turut melaporkan, sebanyak 15,773 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan 168 kes merupakan kes import.


Johor dan Kedah mencatatkan enam kematian diikuti Perak, Kuala Lumpur (empat); Pahang, Sarawak (tiga); Penang dan Selangor (dua); Kelantan dan Negeri Sembilan manakala Sabah satu kes.


Bagaimanapun, tiada kematian baharu direkodkan di Melaka, Perlis, Labuan dan Putrajaya. S


Sebanyak 206,591 kes aktif dengan 4,664 menerima rawatan hospital manakala 690 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).


Dalam pada itu, 275 pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi dengan 168 daripada memerlukan bantuan alat penafasan dengan 21,186 telah sembuh.


Jumlah keseluruhan dijangkiti Covid-19 kini mencecah 4,183,359.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... atian-baharu-11-BID
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2022 11:23 AM | Show all posts
Puasa pun belum, dah kecoh cuti raya!
MERAK JALANAN | | 31 Mac 2022



Ramadan dan Syawal kali ini cukup dinanti-nantikan selepas dua tahun kita berpuasa dan berhari raya dalam suasana pandemik.


“ALHAMDULILLAH, cuti raya aku dah lulus. Tahun ini dapat cuti 10 hari!”


Merak Jalanan yang tengah kalut dengan persiapan bahan pengisian Ramadan, tiba-tiba rasa rengsa pula membaca ayat seorang kawan daripada grup WhatsApp alumni kolej.


Ya, Merak Jalanan faham Ramadan dan Syawal kali ini cukup dinanti-nantikan selepas dua tahun kita berpuasa dan berhari raya dalam suasana pandemik.


Serba-serbinya terbatas dan hari kemenangan diraikan dengan cukup sederhana kerana tertakluk dengan SOP yang perlu dipatuhi.


Oleh itu, Merak Jalanan tahu benar kalau tahun ini semuanya serba nak pulun selepas beraya ala kadar dua tahun berturut-turut sebelum ini.


Paling tidak tentulah berbaju raya sedondon bersama keluarga untuk sesi bergambar yang akan dijadikan kenangan sebagai pengubat Aidilfitri jarak jauh sebelum ini.


Cuma Merak Jalanan nak pesan, nak cuti tu tak salah, tapi tengok juga kawan-kawan dekat belakang, jangan sampai disebabkan cuti kita yang 10 hari tadi, rakan sekerja terpaksa berkorban dan melupakan hasrat meluangkan masa bersama keluarga di kampung.


Bawalah berbincang supaya pembahagian cuti dapat dibuat seadilnya kerana kita masing-masing ingin meraikan hari raya bersama insan tersayang.


Pendek kata, bukan awak seorang yang ada mak ayah di desa atau nak dengar lagu Balik Kampung sambil menempuh kesesakan sepanjang lebuh raya. Kita semua ada saudara-mara dan rakan taulan yang ingin diziarahi.


Paling Merak Jalanan nak ingatkan, tahulah bulan puasa, kita sama-sama lapar dan dahaga pada siang hari tapi janganlah disebabkan itu kita melupakan amanah untuk menjadi pekerja yang produktif.


Takkan sembang cuti raya sahaja yang kencang, bila masuk bab kerja jadi ‘baloq liat’ pula bak kata orang Kedah!




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ah-kecoh-cuti-raya!
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 31-3-2022 11:18 AM
waalaikumsalam nov...
morning.


Morning kaka
Ns lmk sutun
Tea break menyicah
Kaka bekpes ape

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Smpi rmh pkl bape smlm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2022 11:26 AM | Show all posts
Ubah cara makan, sayangi buah pinggang
HAFIZA HASAN | | 30 Mac 2022



Hampir 50,000 rakyat Malaysia menjalani dialisis akibat masalah buah pinggang. Jumlah pesakit ini terus meningkat saban tahun dan dijangka mencecah 106,000 orang pada tahun 2040. - Gambar hiasan 123RF.


AMALAN pilih pemakanan sihat sangat penting dalam mengekalkan gaya hidup sihat.


Pemakanan mengikut piramid makanan dapat menjadikan seseorang itu kekal sihat dan bertenaga.


Dengan Ramadan yang bakal menemui kita tidak lama lagi, pastinya bazar dan bufet Ramadan kembali menjadi tumpuan selepas ‘sekatan’ akibat pandemik Covid-19 sejak beberapa tahun ini.


Dalam keadaan biasa, kita akan menganggap ia sebagai waktu untuk peniaga meraih pendapatan dan umat Islam pula menikmati pelbagai juadah enak untuk berbuka puasa.


Sebenarnya semua sudah sedia tahu, di bazar Ramadan itu penuh dengan pelbagai makanan yang tidak kita tentu sahkan jumlahnya dari segi penggunaan gula, garam dan bahan tambahan lain dalam setiap hidangan. Rasa yang sedap, menyelerakan dan pelbagai pilihan menjadikan kita lupa bahawa sebaik-baik amalan adalah bersederhana. Cukup-cukuplah beli juadah penuh gantung di jari kedua-dua tangan.


Namun, di sebalik keadaan itu, timbul kebimbangan mengenai tahap kesihatan penduduk negara ini yang semakin terjejas akibat gagal mengawal pemakanan.


Laporan Sinar Harian pada Isnin mendedahkan bahawa hampir 50,000 rakyat Malaysia menjalani dialisis akibat masalah buah pinggang.


Jumlah pesakit ini terus meningkat saban tahun dan dijangka mencecah 106,000 orang pada tahun 2040. Jumlah itu bukan sedikit.


Lalu kita terus meneka, apakah punca di sebalik masalah kesihatan ini dan tentunya tak lain dan tak bukan, apa yang dimakan dan dicerna di dalam perut kita setiap hari.


Menurut Pakar Nefrologi Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Muhammad Iqbal Abdul Hafidz, kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini bukan sahaja didapati mengamalkan cara hidup tidak sihat, malah makan terlalu berlebihan.


Lebih memburukkan keadaan, katanya, individu terbabit turut mengambil makanan yang mengandungi kadar lemak, pengambilan garam dan gula yang tinggi termasuk makanan yang telah diproses.


“Sebanyak 60 peratus penyakit buah pinggang berpunca daripada kencing manis, selain disebabkan oleh darah tinggi dan obesiti yang mana buah pinggang perlu menampung kerja lebih kerana berat badan berlebihan.


“Faktor yang amat signifikan dalam negara kita pula adalah pengambilan suplemen yang kerap tanpa mendapatkan pemeriksaan atau nasihat pakar terlebih dahulu.


“Mereka lebih percaya testimoni daripada media sosial atau penjual produk,” jelas beliau.


Berdasarkan kenyataan Dr Muhammad Iqbal itu dan dengan lambakan pelbagai jenis makanan, ditambah dengan makanan ringan termasuk yang diimport, fakta tersebut amat menakutkan.


Jadi, Ramadan yang bakal disambut ini medan terbaik kepada semua bagi memastikan buah pinggang kita berehat dengan baik selepas setahun bekerja.


Bukan saja boleh mencegah kerosakan buah pinggang, dengan puasa juga kita boleh menghindari diabetes, darah tinggi dan obesiti yang menjadi kebimbangan masyarakat negara ini sejak dahulu lagi.


Pakar membuat ramalan berkenaan berdasarkan amalan kesihatan dan kita wajar mengambil pengajaran daripadanya.


Jika dua tahun kebelakangan ini kita berbuka puasa dengan juadah serba biasa, wajar kita teruskan dengan mengambil kira tahap kesihatan diri yang perlu diutamakan.


Islam juga mengajar kita untuk sentiasa menjaga kesihatan dengan makan secara tidak berlebihan, pengambilan makanan sunnah serta halal, semuanya untuk kebaikan.


Seeloknya, dengan kedatangan Ramadan beberapa hari sahaja lagi dapat mendidik kita agar bersederhana dalam segala hal termasuklah memastikan kesihatan yang baik untuk terus beribadat.


Ramadan dapat dijadikan sebagai permulaan untuk kita menjadi baik, melakukan perkara baik terutama dalam menjaga kesihatan diri.


Tiada siapa dapat mengubah tahap kesihatan kita melainkan kita sendiri merencana apa yang patut masuk dalam badan kita sendiri. Dalam erti kata lain, kita sendiri yang perlu melakukan perubahan.


Kurang makan, jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat. Kita boleh melakukannya!


*Nurhafiza Hasan ialah Penyunting Sinar Harian



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... yangi-buah-pinggang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.286785 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list