pompuan melayu sunni sekarang cheap
sbg seorang bermaruah tinggi, sekngucing mana layan pompuan sangat
tp pompuan buat2 nak mengenali sekngucing dgn alasan baca paper depan sekngucing
dia tak tahu kaa yg sekngucing ni ummah lgbtq++??
Ni sejarah negara ni...mana berlakunya????....Serambi Mekah yg diperintah oleh ulamak jugak..kalau nabi masih hidup Serambi Mekahlah baginda akan lawati.
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Mana-mana individu yang didapati berada bersama serta merangsang ahli kumpulannya melakukan jenayah rogol tetap dianggap sebagai penjenayah walaupun tidak melakukan jenayah seksual tersebut.
Klausa baru itu merupakan sebahagian daripada pindaan untuk memasukkan seksyen baharu 375 B ke dalam Akta 574 Kanun Keseksaan memandang peruntukan rogol sebelum ini tidak mempunyai seksyen bagi kesalahan jenayah rogol berkumpulan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, sabitan itu dibuat berasaskan niat bersama dan turut menjadi amalan perundangan di India serta diguna pakai semasa negara itu berdepan dengan kes jenayah rogol berkumpulan baru-baru ini.
Bagaimanapun jelas beliau, daripada segi hukuman, keputusan terletak pada budi bicara mahkamah bergantung kepada sejauh mana penglibatan suspek kerana Seksyen 375 B memperuntukan penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun.
"Sebagai contoh, orang yang bertindak mengawal bilik atau membantu rakan dengan menjadi pemandu kereta tetap dikira penjenayah bersama," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2013 dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membentangkan rang undang-undang pindaan tersebut di Dewan Rakyat bagi meminda beberapa seksyen khususnya yang melibatkan jenayah rogol serta peruntukan tambahan bagi memerangi jenayah terancang.
Dalam pada itu, mengenai cadangan supaya seksyen baharu itu turut dimasukkan hukuman sebat sebagaimana amalan bagi kes rogol biasa, Nancy berkata, perkara tersebut tidak perlu memandang hukuman penjara di bawah Seksyen 375 B sudah cukup berat.
Katanya, bagi jenayah rogol biasa, hukuman sebat dimasukkan kerana Seksyen 376 (1) tidak menyatakan kadar hukuman penjara minimum sebagaimana Seksyen 375 B, sebaliknya hanya memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun.