CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: L211

Yus Jambu Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 4-12-2015 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka part "Ya benar, beliau hanyalah pelawak, tapi beliau lebih mulia daripada sebahagian orang berstatus agama yang menjual agama untuk kepentingan diri. Pak Yus juga hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah nanti. Sekalipun beliau hanyalah pelawak, tapi amal baik yang dilakukan ketika hidup, dia tidak mahu menghebahkannya kerana dia tahu bahawa biar Allah sahaja yang tahu apa kebaikan yang dia lakukan. Hasilnya, bila dia dah mati, Allah buka kisah amal baiknya itu untuk kita jadikan iktibar."

al-fatihah sy sedekah utk arwah

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 10:29 AM | Show all posts
bergenang lagi airmata bace status di atas ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:46 AM | Show all posts
masuk thread neh pon bley lagi dok berlinang aer mate....x tau nk hadap Juara Parodi malam neh...confirm berjuari2 aer mata...aku sian ngan tauke..profile ig pon gambo tauke...kite yg x kenal neh pon haru kemaen...inikan dia...mesti sgt perit utk dia tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 10:58 AM | Show all posts
aku baca pages ni.. semua pasal kebaikan pak yus. takde cerita keburukan pun.. bagusnya pak yus ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:06 AM | Show all posts
Pak Yus: Saya cari kawan, bukan lawan

http://www.sinarharian.com.my/hi ... ukan-lawan-1.458527

Nurul Riduan Nor Ashaha
3 Disember 2015



PAK Yus... kami hanya mengenali Pak Yus dalam grup WhatsApp sahaja.

Grup pasukan bola sepak, Kelab Penyokong Manchester City Malaysia (MCMFC). Langsung tidak pernah kami bersua muka.

Apabila menjelang perlawanan Manchester City, Pak Yus lah orang pertama yang akan menghantar pesanan suara. Pak Yus menyanyi lagu semangat; 'City till i die'.

Ya... Pak Yus atau nama sebenarnya Yusry Edoo penyokong setia Manchester City dan juga Duta Selebriti Kelab Penyokong Manchester City Malaysia.

Nyanyian Pak Yus kami sebarkan kepada grup penyokong Manchester City yang lain.

Kami ceria mendengar suara Pak Yus.

Selepas habis program Maharaja Lawak Mega (MLM), Pak Yus juga sering meluahkan perasaan.

Kami faham semangat juang Pak Yus sebagai peserta dalam pertandingan itu.

Itulah perkara yang Pak Yus selalu lakukan selepas habis program MLM.

Sebelum itu, kami langsung tidak mengetahui siapa sebenarnya Pak Yus.

Hingga pada suatu hari, ketika kami sedang membincangkan pembelian jersi Manchester City, kami mengambil keputusan untuk membuat pungutan sebanyak RM30 untuk setiap pemain.

Perbincangan hanya di dalam grup WhatsApp.

Ketika sedang rancak berbincang, Pak Yus mencelah:

"Berapa harga semua jersi? Bagi tahu, esok saya bank-in.”

‎Kami terkejut dengan tawaran Pak Yus. Secara tiba-tiba Pak Yus menyuarakan hasrat untuk membantu.

"Saya cari kawan, bukan cari lawan.”

Itu kata-kata Pak Yus yang kami masih ingat ketika Pak Yus menyatakan hasrat tersebut.

Ketika itu kami begitu gembira dengan bantuan Pak Yus.

Lantas kami bercadang untuk meletakkan nama Pak Yus sebagai penaja pasukan MCMFC.

Tetapi Pak Yus bertegas tidak mahu. Kata Pak Yus, tidak perlu, “doakan saya murah rezeki."

Mulianya hatimu Pak Yus...

Biarpun Pak Yus tidak mahu, tetapi kami mengambil keputusan untuk mengabadikan sumbangan Pak Yus dengan menggunakan tulisan merah jambu sebagai simbolik Pak Yus yang terkenal dengan kumpulan Jambu.

Kami juga menempah sehelai jersi, juga tertera nama Pak Yus sebagai salah seorang penyokong.

Kini jersi itu hanya tinggal kenangan Pak Yus...

Ketika mendapat perkhabaran pemergian Pak Yus, kami semua terkejut.

Mimpi apakah ini? Adakah ia satu gurauan?

Namun ternyata ia bukan gurauan. Benar Pak Yus sudah mengadap Yang Maha Esa. Pulang ke pangkuan Maha Pencipta.

Kehilangan Pak Yus amat dirasai. Benar kita tidak pernah bersua muka Pak Yus.

Tetapi sikap Pak Yus yang sentiasa rendah diri, mesra dan peramah, membuatkan kita mengenali siapa itu Pak Yus.

Biarpun Pak Yus kini sudah tiada tetapi sumbangan Pak Yus akan kami kenang sampai bila-bila.

Kata-kata Pak Yus akan kami semat di dalam jiwa; “Saya cari kawan, bukan cari lawan.”

Al-Fatihah buatmu Pak Yus @ Yus Jambu.  

Dari kami; Pemain Bola Sepak Kelab Manchester City Malaysia.
  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:09 AM | Show all posts
Pak Yus tak pernah ungkit bab duit


http://www.sinarharian.com.my/hi ... t-bab-duit-1.458486

Wartawan Sinar Harian
3 Disember 2015


  

MENYINGKAP kehidupan sebagai seorang pelakon dan pelawak, Yus atau Yussry Edoo,39, ramai yang tidak mengetahui Allahyarham merupakan sahabat yang paling baik kepada rakan-rakannya.

Antara yang paling rapat dengan Allahyarham ialah Che Mat Raja Lawak yang juga dari Perlis, pernah mengharungi saat susah senang bersama Allahyarham dari zaman pelawak itu aktif menjadi artis Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN) Perlis.

Kata Che Mat atau Mohd Rahmat Saidin,31, kali terakhir dia menghabiskan masa bersama Allahyarham Ogos lalu bermain bola bersama dengan rakan-rakannya yang lain.

“Bayangkan setiap malam dalam tempoh dua minggu itu, kami bermain bola dan futsal setiap malam, Yus yang membayar semua duit permainan kami sama ada di gelanggang futsal dan padang termasuklah menaja jersi yang dipakai kami.

“Jika bermain futsal kami akan main sehingga dua jam, manakala jika bermain bola sepak dialah yang bayar duit sewa padang sebanyak RM300 bagi pasukan kami, dia langsung tidak berkira malah selepas bermain dia akan belanja kawan-kawan makan dan minum,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Che Mat memberitahu Allahyarham adalah seorang hamba ALLAH yang ikhlas dalam memberi kerana sepanjang perkenalan mereka sejak 2002 Allahyarham tidak pernah mengungkit mengenai duit.

‎Bayar bil bersalin RM2,000

Che Mat berkata, dia tidak akan melupakan insan sebaik Yus yang pernah membantunya membayar bil hospital sebanyak RM2,000 semasa isterinya bersalin empat bulan lalu.

“Ketika itu, saya belum menerima bayaran bagi lakonan dalam sebuah rancangan. Selepas menerima bayaran, saya terus menghubunginya untuk melunaskan hutang saya dengan Yus, tetapi Yus enggan terima dan menganggap bayaran itu sebagai sedekah kepada anak saya.

“Isteri saya sendiri sangat terharu dan kami menangis sebaik sahaja mendapat tahu dia sudah tiada,” ujarnya yang pernah menyertai pertandingan Raja Lawak pada 2007.

Duit Yus bukan miliknya

Seorang lagi rakan, Hanuar Hussin, 41, berkata, dia mengenali Yus sejak di sekolah menengah iaitu pada 1989.

Katanya, Yus pernah menyebut bahawa duit yang diperolehi melalui hasil usaha kerasnya bukanlah milik dia seorang, tetapi adalah milik semua orang.

“Kerana itulah dia tidak pernah melupakan rakan-rakannya. Apabila Yus balik ke Perlis dan tidur di hotel sekitar Kangar, pasti ramai kawan yang akan menemaninya di meja makan. Dia akan menghubungi rakan-rakan untuk belanja makan.

“Malah sebulan sebelum kematiannya, dia ada datang berjumpa saya untuk memberikan duit kepada anak-anak saya, mesti dia akan hulurkan RM100 untuk saya setiap kali dia pulang ke sini,” katanya.

Jelas Hanuar atau lebih dikenali sebagai Enoi, anak-anaknya menangis ketika mendapat berita kematian Yus sementelah mereka begitu rapat dengan arwah.

Ramai ambil kesempatan

Seorang lagi rakan, Saiful Andri Tan, 43, atau Pon, berkata sikap pemurah Yus menyebabkan ramai yang mengambil kesempatan untuk meminjam duit daripadanya, malah ada yang sanggup menipu Yus kerana duit.

“Tetapi itulah Yus, dia tidak pernah mengungkit atau merasa dirinya tertipu, di mulutnya hanya perkataan halal yang keluar jika orang tidak membayar hutang.

“Yus ini insan yang sanggup susah demi orang lain. Antara ayat yang selalu keluar daripada mulutnya ialah ‘biar aku menangis sambil berlari dalam hujan’. Ayat itu saya akan ingat sampai bila-bila.

"Disebabkan kehidupannya pernah susah sebelum ini, maka dia tidak mahu orang lain menempuh perkara yang sama seperti dia lalui,” ujarnya.

Pon berkata, Yus merupakan seorang artis yang hebat, bukan sahaja pelawak, pelakon, berkemahiran menari, bermain pelbagai jenis alat muzik, malah Yus adalah insan pemurah yang sukar dicari.

Bercerita lanjut, Pon memberitahu, Yus seorang insan yang tidak mahu rakan-rakannya susah, malah apabila berkunjung ke rumahnya di Selayang, dia mahu rakan-rakan tidur di rumahnya dan mengajak tinggal bersamanya tanpa perlu membayar sewa.

“Yus kata, kalau dia dah kahwin pun dia akan menyediakan sebuah bilik untuk rakan-rakannya lepak dan tidur, dia kata, dia hanya akan mencari calon isteri yang memahami cara hidupnya.

“Namun ALLAH lebih sayangkan Yus, dia pergi meninggalkan kenangan yang tak mungkin saya dan rakan-rakan lain lupa,” katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 11:11 AM | Show all posts
EJALTI replied at 4-12-2015 11:06 AM
Pak Yus: Saya cari kawan, bukan lawan

http://www.sinarharian.com.my/hiburan/pak-yus-saya-cari-kaw ...

Pak Yus seorang yang terlalu humble.....Alfatihah utk arwah Pak Yus....
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:12 AM | Show all posts
Nabil Menangis Ceritakan Kebaikan Dan Kenangannya Bersama Yus Jambu

http://www.siakapkeli.my/2015/12 ... takan-kebaikan.html



Pemergian Yussri Edoo atau lebih dikenali sebagai Yus Jambu nampaknya begitu dirasai oleh rakan-rakan seangkatan dengannya, malahan kehilangan besar di dalam insdustri hiburan tanah air ini juga turut amat dirasai oleh peminat-peminat.

Walaupun sudah empat hari beliau meninggalkan kita, rata-rata masih ramai yang menyebut nama beliau kerana begitu mendalam kesan yang ditinggalkan kepada industri hiburan tanah air kita yang ternyata masih rindukan lawak-lawak spontannya.

Terbaru, rakan seangkatan Pak Yus, Nabil Raja lawak menceritakan kenangannya bersama arwah di dalam rancangan hiburan, Meletop.

Ternyata penonton yang hadir dilihat begitu sayu dan ada yang menitiskan air mata mendengar cerita Nabil di mana beliau menceritakan kebaikan Pak Yus terhadapnya.

Menurut Nabil, dua minggu lalu dia baru sahaja berbual dengan rakannya itu, mereka berceritakan tentang kasut dan katanya Pak Yus mengajaknya pergi ke kedai rakannya, "Nanti aku nak bawak hang pi kedai member aku, hang ikut aku, hang ikut aku," cerita Nabil sambil menahan air mata.

Beliau juga menceritakan selalu diberikan semangat oleh Pak Yus di dalam Maharaja Lawak memandangkan Nabil adalah peserta solo.

Orang yang baik namanya akan sentiasa dikenang walaupun sudah pergi meninggalkan kita, terima kasih Pak Yus kerana selama ini menghiburkan kami.

Semoga roh arwah tenang dan tergolong dikalangan orang-orang beriman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih bukak thread ni masa adik bagitau yg arwah meninggal ingatkan hoax rupanya betul. Minat arwah masa dlm kumpulan jambu.Masa RL musim pertama tak folo .lawak arwah mmg sangat tak terjangka.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:16 AM | Show all posts
Kisah Kebaikan Hati Arwah Yus Jambu Dan Makcik Tisu..

http://www.mynewshub.cc/2015/12/03/164439/
Dec 3, 2015



SALAH satu perkara pahit berkaitan kematian yang harus ditelan adalah kebaikan sesetengah manusia cuma disedari setelah pemergian buat selama-lamanya.

Bagaimanapun dari satu sudut lain, ianya bermakna individu yang telah tiada itu seorang yang baik hingga setelah pemergiannya ramai yang terkesan kerana pernah melalui pengalaman positif bersama.

Begitulah jua kenangan ditinggalkan pelawak Yus Jambu atau Jaafar Edoo, 39, yang ‘pergi’ secara tiba-tiba awal pagi Isnin lalu.

Selain rakan-rakan artis, kisah kebaikan Allahyarham turut dikongsikan salah seorang pembaca Mynewshub menerusi komen yang ditinggalkan di Facebook kami untuk perkongsian artikel berkenaan hajat Allahyarham yang bercadang untuk berkahwin tetapi tidak kesampaian.

Pengguna Facebook Sophie Mark Buckley menulis, dia teringat satu cerita membabitkan Allahyarham dua tahun lalu di mana seorang makcik penjual tisu di kaki lima yang tidak dipedulikan sesiapa pun, dilayan oleh arwah Yus dengan ramah dan mesra.

“Beliau pergi terlalu cepat… Tapi sudah takdir Allah, memang takkan ada pertikaian. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Saya tau beliau memang orang yang sangat baik,” tulisnya di akhir perkongsian.

Di bawah, petikan skrin komen yang dikongsikan tersebut. Semoga ianya memberikan kesan yang baik kepada hati kita semua untuk melayan sesama manusia dengan baik seperti Allahyarham ketika hayatnya.



“Bercakap tentang kebaikan Pak Yus… Sy teringat cerita 2 tahun sudah semasa sy terserempak dgn beliau di area Raja Chulan bertentangan dgn Hotel Istana.

Waktu tu sy ada urusan dgn Public Bank di Wisma Lim Foo Yong bersebelahan dgn hotel Lodgez Paradize.

Sewaktu sy berjalan di pedestrian walk menuju ke bank, sy nampak seorang nenek menjual tisu duduk kat bawah pokok.

Masa tu semua orang lalu lalang buat tak tau je keadaan nenek tu.

maklumlah, terlalu ramai golongan peminta sedekah/jual tisu kat KL ni jadi orang tak kuasa nak layan.

Selesai je berurusan, sy pergi semula melintas di jalan yg sama.

Saya lihat ada seorg lelaki sedang melayan nenek tu dgn ramah, sgt ramah, berbual mcm dah kenal lama.

Tetapi lelaki tu membelakangi laluan sy so sy jadi curious siapalah agaknya lelaki yg agak budiman tersebut.

Bila sy mencuri lihat, rupanya Pak Yus! Sy terus memanggil nama Pak Yus dan beliau menoleh sambil melambai tersenyum.

Sy terus tanya buat apa kat sini, beliau cakap tgh tunggu kawan.

Tu yg berbual dgn nenek tu. sy sempat berbual dgn beliau dan mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau di MaharajaLawak.

Apa yg sy amati, beliau sgt merendah diri dan melayan semua org dgn baik wlupun dgn diri sy sendiri sbg seorang peminat yg baru pertama kali berjumpa beliau face to face.

Mmg tak kekok lgsg nak berbual dgn beliau.

Bila dapat tahu yg beliau meninggal akibat serangan jantung, mmg sy agak shocked jgk lh. Beliau pergi terlalu cepat… Tp sudah takdir Allah, mmg takkan ada pertikaian.

Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman.

Sy tau beliau mmg orang yg sgt baik.”

Al-fatihah buat Allahyarham Yusry Edoo
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah. Masuk sini mesti meleleh air mata
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 11:58 AM | Show all posts
hari2 masuk sini.. hari2 nangis ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:06 PM | Show all posts
hati rasa sayu smpi harini mengenangkan pak yuih dah takde....al fatihah buat pak yuih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:08 PM | Show all posts
mulanya hati arwah...Al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengal punya hp takdan tulis dan gi post..

Berkenaan ngan lawak arwah yang sengal dan merapu lagi2 dalam kumpulan jambu memang sangat lawak bagi ioll walau some of the forumer dulu kutuk gak masa tu rasa sedih awat depa kata tak lawak yela mmg kadang2 tu tak sampai and kekadang krik2. Tapi overall persembahan derang memang tak pernah menghampakan kira konsisten sayang depa tak penah menang MLM memang xde rezeki depa tapi depa terus join tak pernah putus asa.

Dalam super spontan pun selalu tunggu pak yus punya turn masuk tapi selalu dia kadang2 je enterframe semua game dia macam bagi peluang je kat orang lain.Tapi lama2 sekali kalau dia masuk main memang lawak je huhu. Lepas ni memang dah tak dapat lagi tengok lawak2 sengal pak yus..Rasa memang tak da sapa yang dapat ganti dia...sob sob..
Kalau sapa2 ingat yang MLM yang derang jonin kat cybercafe tu yang dia dok merapu ckp jepun n nyanyi lagu siam tu mmg lawak habis haha..adoi..sedih la bila kenangkan arwah..semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.Memang sedih dan hiba baca kebaikan pak yus mmg selama ni rasa dia seorang yang sangat ikhlas hanya melihat senyuman nye walau kadang muka cenge kerek tapi bila dia merapu dengan lawak and punchline2 merapu dia bersama tauke atau dalam karoot komedia dia bisa membuat kita hepi dan terhibur itu dah cukup bagi kami yang suka tengok rancangan komedi lagi2 lawak rare dari orang yg supertalented macam arwah ..pak yus..you are the one of a kind..semoga tenang mu disana dan di rahmati di sisi Kekasih yang abadi..Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 12:24 PM | Show all posts
Sedih baca thread ni walaupun aku bukan peminat pak yus. Mulia sungguh hati pak yus ni. Segala kebaikan terbongkar lepas dia pergi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2015 01:21 PM | Show all posts
tak sanggup nak tengok juara parodi malam ni  
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
bila bace cite pak yuih..mesti tahan sebak huhu..ya allah..berapa kali aku nak ulang..mulia betoi hati pak yuih..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:43 PM | Show all posts
aku baca thread ni setiap hari, kena lari masuk toilet, menangis macam hilang family sendiri, terbayang2 kebaikan arwah yang orang ceritakan.... moga2 ada bahagian dan doa orang ramai yang dapat bantu pak yus kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2015 01:56 PM | Show all posts
sedih lagi baca pasal kebaikan2 dia yg xputus2 org cerita.. semoga menjadi tauladan & inspirasi tuk kte yg masih hidup.. dia dah jadik contoh yg baik tuk kte pun, byk yg dia dapat sbg saham akhirat.. AlFatihah tuk PakYus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.126862 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list