CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 30-8-2005 01:41 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 30-8-2005 10:41 AM


Ustaz, menarik soalan ustaz kat hafizi ni...hehehe...mak ustazpun berminat nak tahu pasal Ustaz AM  ker?...

setakat yg tatie tahu, ustaz AM sejak dibebaskan ISA tak pernah pergi luar negara. ...


Terima kasih tatie sbb tolong jawab. Bukan Mak saya berminat nak tahu, dia bagitau saya apa yg dia baca. Mak saya tak berminat rasanya. Dia dah ada tokguru lain yg dia ikut he he

Bila tatie kata Abuya tu muda walaupun umurnya 68 thn adakah ia menunjukkan pemuda yg dikatakan dlm hadis tu maknanya org tua yg nampak muda mengikut kepercayaan tatie yg mana kepercayaan ini tidak mengeluarkan sapa2 dari ASWJ? he he
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2005 02:01 PM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 30-8-2005 01:41 PM


Terima kasih tatie sbb tolong jawab. Bukan Mak saya berminat nak tahu, dia bagitau saya apa yg dia baca. Mak saya tak berminat rasanya. Dia dah ada tokguru lain yg dia ikut he he

Bila tatie ...


ustaz memang pandai......no komen pasal nampak muda tu...itu kena tgk dengan mata kepala sendiri..sebb lain org lain pendapatnyer.......

[ Last edited by serihartatie at 30-8-2005 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2005 03:15 PM | Show all posts
isk.... camne laaa korang baca 'info2' yg si hafizi nie bagi?? x letih ke??? macam baca buku teks sekolah!!

to hafizi & those yg nk menyampaikan sebarang ilmu.... mintak tolong jgn taip sebiji2 dari mana2 buku / mag..... x larat org nak baca..... berjela2.... guna laa ayat yg biasa...

bak kata kengkawan yg lain.... JANGAN MAIN COPY & PASTE JE....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 30-8-2005 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 30-8-2005 03:15 PM
isk.... camne laaa korang baca 'info2' yg si hafizi nie bagi?? x letih ke??? macam baca buku teks sekolah!!

to hafizi & those yg nk menyampaikan sebarang ilmu.... mintak tolong jgn taip sebi ...


terimakasih di atas komen tersebut.

Adat insan mencari ilmu mestilah ada susah payah barulah ilmu itu ada nilaiannya.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 11:28 AM | Show all posts
mmg betul, benda yg payah dapat - lebih tinggi nilainyer....

tapi, kalo nak berkongsi ilmu (especially kat internet nih).... kena laaa 'rombak' skit ayat2nyer.... baru senang org nak paham & baru senang nak 'menarik' perhatian org terhadap ilmu....

kalo ayat tu panjang berjela (ayat buku plak tu..), x ke susah nak tarik perhatian org??
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 31-8-2005 11:28 AM
mmg betul, benda yg payah dapat - lebih tinggi nilainyer....

tapi, kalo nak berkongsi ilmu (especially kat internet nih).... kena laaa 'rombak' skit ayat2nyer.... baru senang org nak paham & ...


yer ker susah nak faham?...tatie baca senang aajer..apa pulak masalahnyer dgn internet...kat internetpun ada pelbagai jenis info...ada info yg ringan, ada info yg berat dari segi kandungannya...tak semestinya bila kat Internet mesti artikel yg isinya senang dan mudah sahaja...atau awak hanya guna internet utk dapat info yg ringan-ringan ajer atau utk akses hiburan ajer ker?...

kalau tatie, kat internet ni ler, nak akses jurnal, case studies, white papers dsbnya....itu baru satu bentuk pencarian maklumat yg bermanafaat malah kdg-kdg lebih berkesan dari pembacaan dari buku..sebb dalam internet links kepada info yg relevan  boleh dilakukan dgn cepat...kalau buku, boleh penuh satu bilik kalau nak dikumpulkan semuanya...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2005 11:51 AM | Show all posts
dan kat internet la budak2 ipt selalu plagiat assignment...apa la nak jadik anak bangsaku
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 12:10 PM | Show all posts
tatie... kita skrg nie kat dlm forum kan?? bukan tgh access info from any official website kan??

bila kita dlm forum - ayat yg kita guna mesti laa lain kan? kita x akan guna bahasa buku kan??

kalo kita tgh access info from any official website - mmg laa lain....

so, im just telling hafizi & those who wanted to share some info (esp when it relates to islam) -to 'alter' the sentences a bit..... utk memudahkan org faham & senang  ikuti penerangan2 yg diberi....

but then again, if u / him dont feel like taking my opinion, its up to u.... im not against anyone who try to share info, but i thought it wud be better if u would do it in a better way....

-wassalam-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2005 12:18 PM | Show all posts
then the paster would require this thing called 'better understanding' which something they dont have
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 31-8-2005 12:10 PM
tatie... kita skrg nie kat dlm forum kan?? bukan tgh access info from any official website kan??

bila kita dlm forum - ayat yg kita guna mesti laa lain kan? kita x akan guna bahasa buku kan??

...




ermm....ok, i appreciate your opinion...yes i know the situation.. we are in the forum...but not all threads in this forum need to be in forum styles...is there any regulations for forumners to follow which said that any thread should be presented in forum styles?...

so I assumed when hafizi called this thread as HIMPUNAN TARBIAH, automatically its shows that its not really a thread in forum styles but more in giving a formal info
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2005 12:34 PM | Show all posts
Originally posted by Uda_N_Dara at 31-8-2005 12:19 PM



:setuju::pompom:

Kekadang Tatie kena Muhasabah Diri  dari asyik mentarbiah insan yang lain supaya bermuhasabah diri.. Kita bukan insan yang sempurna. Satu jari Tatie menghala pada insan ya ...



well..thanks...atas kata-kata nasihat.....
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 1-9-2005 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by alexandria_iz at 31-8-2005 11:28 AM
mmg betul, benda yg payah dapat - lebih tinggi nilainyer....

tapi, kalo nak berkongsi ilmu (especially kat internet nih).... kena laaa 'rombak' skit ayat2nyer.... baru senang org nak paham & ...



Terimakasih atas pendapat dan cadangan tersebut. Saya akan pertimbangkan dan melakukan apa yang difikirkan bersesuaian dengan cadangan tersebut.

Terima kasih sekali lagi di atas keprihatinan saudara.
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 1-9-2005 10:42 AM | Show all posts
8.7.2003

Petang.

Soalan:
Bila kita dapat nikmat, kita perlu malu (dgn Tuhan). Bagaimana utk mulakan rasa malu ini?

Jawapan Abuya: Kalau ada seorang kaya beri kita duit RM 10 ribu, tentu perasaan kita, hati kita akan ras malu. Rasa diri tidak tentu arah dibuatnya. Kenapa? Ssbab kita kenal orang itu dan tahu duit itu dari dia. Sedangkan dengan Tuhan, kita tidak kenal dan Dia beri nikmat pada kita pun bukan secara direct. Sebab itu kita tidak rasa malu dengan Tuhan. Sebab Tuhan beri itu secara indirect. Bagi orang yang tauhidnya kuat, walaupun Tuhan beri secara indirect, dia rasa malu dengan Tuhan seolah-olah Tuhan beri secara direct. Tetapi itu bukan mudah . Perlu kuat tauhid.

Kalau kita sedar Allah beri, tidak patut kita hendak rasa megah. Kalau kita rasa megah, akan datang perasaan tamak dalam diri sehingga orang lain tidak dapat merasa nikmat itu. Berapa banyak manfaat yg rosak kerana megah. Kalau kita sedar, tentu kita tidak akan rasa megah. Selagi perasaan megah dalam menerima nikmat itu tidak dapat dibuang, kita tidak akan dapat kemenangan kerana kalau dapat kemenangan, kita akan zalim.

Soal malu ini bukan setakat apabila dapat benda2 lahiriah sehaja kerana ia kadang2 nampak besar tetapi hakikatnya kecil. Contohnya kalau kita dapat emas. Hakikatnya ianya kecil sahaja dibandingkan dengan dapat iman. Sepatutnya kita malu dengan Tuhan setiap kali selepas sembahyang. Macam kita lah dijemput ke istana sedangkan kita ini orang kampong. Tidak tentu arah rasanya. Sepatutnya sembahyang itu, begitulah kita rasa.

Sembahyang itu lebih besar dari intan. Kalau Tuhan tidak beri intan, kita tidak berdosa tetapi kalau Tuhan tidak beri kita sembahyang, kita akan berdosa. Tetapi kita tidak rasa begitu. Nikmat yang maknawi (nikmat diberi sembahyang) itu besar. Praktiskan rasa malu dengan Tuhan selepas sembahyang. Sebab itu selepas sembahyang kita perlu sujud syukur sebab Tuhan telah jemput kita untuk bercakap dengan-Nya.

Kalau kita lalaikan, dicabut perasaan malu sembahyang oleh Tuhan, beratlah. Kalau dapat ikan, kita sujud syukur, itu kecil sangat. Sembahyang itu besar untuk membaharui iman, meneguhkan balik. Sujud syukur itu mempunyai erti yang besar kerana dapat iman. Kalau kita rasa yang kita dapat itu besar sungguh, barulah sujud syukur terasa sedap. Ibadah itu sedap kerana kita tahu nilainya.

Selepas sembahyang, kita rasa berdosa. Apakah kita sujud syukur atas rasa berdosa itu?

Sujud syukur itu kerana Tuhan jemput kita. Istighfar itu kerana tidak beradab. Sujud itu atas rasa terima kasih dan rasa takut.


[ Last edited by Akasyah at 2-9-2005 11:00 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 10:57 AM | Show all posts
Huraian abuya itu jelas dan mudah difahami.  Cuma ada 2 perkara saya nak tanya Akasyah. Pertama ttg sujud syukur setiap kali lepas sembahyang. Boleh tak perjelaskan sbb Abuya kata: kita perlu. Adakah setiap kali lepas sembahyang Abuya buat sujud syukur?

Satu lagi sebelum tu beliau sebut: Sembahyang lebih besar dari Iman. Saya tak faham.

Terima kasih.

[ Last edited by nahzaluz at 1-9-2005 11:08 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 11:14 AM | Show all posts
u r most welcome....

hope 2 c some changes in d way u present ur posting nx time..... insya-allah

i'm NOT abuya follower - tapi kalo dia ada ilmu yg bole dikongsi, i dun mind taking it.... kita nie semua, manusia biasa.... kalo org nk bg ilmu, aku ambil... tapi x bole amik membuta-tuli.... kena kaji betul / x ilmu yg nak disampaikan..... kalo terbukti betul, aku simpan/ amalkan.... kalo x betul..... aku abaikan.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 11:49 AM | Show all posts
salam

DAN BERBUAT BAIKLAH KAMU
SEBAGAIMANA TUHAMU BERBUAT BAIK PADAMU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 1-9-2005 01:47 PM | Show all posts
Tanda-Tanda Satu Bangsa Di Kalangan Umat Yang Hendak Menuju Kehancuran

1. Apabila pemimpin-pemimpin ditaati kerana takut, bukan kerana sayang dan
dihormati. Di hadapan rakyat menggangguk, di belakangnya mengata dan
mengutuk kerana pemimpinnya zalim.

2. Apabila para ulamanya di kalangan mereka ramai yang jahat-jahat, gila
dunia dan mengampu orang-orang besar.

3. Apabila orang-orang kayanya tamak dan bakhil.

4. Ahli-ahli perniagaannya penipu dan memikirkan keuntungan semata-mata
serta tidak memikirkan halal dan haram.

5. Apabila orang-orang miskin tidak sabar dan tidak redha.

6. Para wanitanya hilang malu. Seperti tidak segan-silu dan malu mendedahkan
aurat.

7. Orang-orang mudanya tidak menghormati orang tua.

8. Anak-anak tidak menghormati ibu bapa.

9. Isteri-isteri tidak taat dengan suami.

10. Suami-suami dayus.

11. Murid-murid tidak hormat kepada guru.

12. Guru-guru tidak sayang kepada murid.

13. Banyak berlaku krisis dan perpecahan.

14. Apabila banyak berlaku perzinaan.

15. Apabila banyak berlaku bermuamalat dengan riba dan rasuah.

16. Banyak berlaku jenayah seperti pergaduhan, pembunuhan, perompakan,
pencurian.

17. Apabila ramai yang lebih cinta dunia daripada Akhirat.

18. Apabila ramai yang tidak bersembahyang dan membayar zakat.

19. Apabila hendak mengamalkan Islam secara syumul terlalu banyak
rintangannya.

20. Orang baik sedikit, orang jahat ramai.

21. Perkara-perkara yang halal susah hendak dicari.

22. Apabila ilmu agama dijadikan wasilah untuk mencari kepentingan dunia.

23. Orang baik dianggap jahat, orang jahat dianggap baik.

24. Pemimpin bangsa itu adalah di kalangan orang jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2005 09:31 PM | Show all posts
mmmm... benda2 nie mmg dah lama ada kat masyarakat dunia skrg.... dunia akhir zaman laaa katakan..... w/pun dah ada 'hint' pasal akhir zaman nie.manusia still 'berlumba2' utk menikmati kemewahan dunia, dr berusaha meningkatkan amalan utk di bawa selepas mati nnti....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 2-9-2005 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 1-9-2005 10:57 AM
Huraian abuya itu jelas dan mudah difahami.  Cuma ada 2 perkara saya nak tanya Akasyah. Pertama ttg sujud syukur setiap kali lepas sembahyang. Boleh tak perjelaskan sbb Abuya kata: kita perlu. Adakah setiap kali lepas sembahyang Abuya buat sujud syukur?

Satu lagi sebelum tu beliau sebut: Sembahyang lebih besar dari Iman. Saya tak faham.

Terima kasih.


Utk pengetahuan sdr...suatu sifat abuya yg terserlah dan sudah maklum oleh kami ialah...Abuya tak kan syarah sesuatu yg dia tidak buat terlebih dahulu kerana apa yg kami lihat antara sikap abuya ialah sangat berhati2 agar beliau tidak termasuk dlm golongan org2 yg hanya tahu memperkatakan kebenaran ttp tidak memperjuangkan kebenaran.

Perkataan iman itu sebenarnya saya tersalah taip..yg sebenarnya intan bukan iman. Saya cuba edit semalam tapi server agak lembab jadi saya tak sempat sebelum sdr tegur. Terimakasih banyak.

Sebenarnya selain dari menaip semula tarbiah2 terkini abuya (yg pendek2 spt soal jawab) saya juga akan scan (teks yg panjang) ttp terkdg tu teks asal kurang jelas. Sudahnya perkataan yg keluar di skrin dah bertukar dan membuatkan saya terpaksa betulkan. Dlm membetulkan serba-sedikit ayat itulah ada masanya saya terlepas pandang.... rasanya dah habis betulkan dah. Sebab itu sdr sendiri boleh perhatikan sesetgh post saya edit 2 ke 3 kali semata2 utk membetulkan walau satu huruf. Ini yg menyebabkan sdr sniper membuat andaian saya sengaja edit utk menambahkan hit...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2005 06:42 PM | Show all posts


JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM BEDAH BUKU ANN WAN SENG " ARQAM DI SEBALIK TABIR"
ANJURAN PENERBITAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR


TEMPAT : HOTEL VISTANA KL
MASA : 8.15 PAGI HINGGA 12.30 TGHARI
TARIKH : 25 SEPTEMBER 2005


PENYERTAAN ADALAH PERCUMA DAN TIDAK DIKENAKAN APA-APA BAYARAN.

SILA HUBUNGI NO TEL 019 3141074 (DR NORAINI ABD RAHMAN) UNTUK URUSAN PENDAFTARAN DAN SEBARANG PERTANYAAN BERHUBUNG DENGAN PROGRAM TERSEBUT.

SEKIAN DI MAKLUMKAN.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.059485 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list