CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

PERLUKAH AKU?

  [Copy link]
Post time 29-11-2011 04:10 PM | Show all posts
cuti lama ni...
nerduyun2 n3...
tq sya....
nak lagi blh.... bahgianya tgk keluarga haji din
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2011 04:54 PM | Show all posts
tak dop n3 ari nih... sedihhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 02:42 PM | Show all posts
show time...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 02:45 PM | Show all posts
24

“Aminah Amia buat apa ini?” terkejut aku bila suara Haji Din bergema di belakang ku. Sedikit ternaik bahu akibat terperanjat tadi. Entah berapa lama lelaki itu berdiri disitu. Selesai bersolat Subuh tadi aku terus menolong Umi didapur. Tak betah mata aku hendak terlelap kembali. Tak biasa sejak berkahwin dengan Haji Din. Apatah lagi bila berada dirumah mak mentua. Air muka Haji Din harus ku jaga sebaik mungkin. Walaupun bab memasak aku tidak sepandai Haji Din, ringan tulang dapat membantu Umi yang sedang sibuk mengoreng bihun. Lantas aku menawarkan diri untuk membancuh air. Tiga jug aku sediakan. Teh O, kopi dan Nescafe. Macam-macam ada.

“Minah tengah buat air. Haji Din nak minum sekarang ke?” tanya ku. Haji Din hanya tersenyum sambil kedua-dua tangannya diseluk kedalam kocek baju melayunya. Berkain pelikat seperti biasa. Aku suka melihat Haji Din selepas waktu solat subuh. Nampak berseri.  Pada kebiasaan Haji Din akan menjamah air terlebih dahulu dan kemudian dalam jam sembilan pagi baru Haji Din ambil sarapannya secara lengkap.

“Saya nak minum saja dulu.” Pinta Haji Din seperti biasa dan duduk di bangku sebelah aku.

Segera aku mengeluarkan cawan dan alas piringnya didalam cabinet dan meletakkan depan Haji Din.

“Kopi O?” aku meminta kepastian dari Haji Din. Sememangnya selera lelaki itu akan bertukar sama ada Kopi O atau Nescafe. Jarang sekali teh.

“Ermmm…Aminah Amia minum air apa?” lembut Haji Din bertanya. Aku dah tersenyum. Manja sekali bunyi Haji Din bertanya.

“Minah belum minum lagi. Kenapa?” ada nada hairan dengan tingkah Haji Din.

“Kalau Aminah Amia minum Nescafe, saya pun nak samalah.” Haji Din dah jadi kanak-kanak pula. Aku pandang wajah Umi dan wanita itu hanya tersenyum. Merah pipi ku kerana malu dengan tingkah Haji Din depan uminya. Takkan nak tunjuk depan umi kot.

“Kalau Minah minum Nescafe ais, macam mana?” usik ku. Teringat larangan Haji Din semalam. Rasanya demam aku dah kebah kerana sejak sampai dirumah Umi, hanya tengahari sahaja aku menelan ubat. Itupun Haji Din yang ingatkan. Malam pula aku tidak mahu menelan ubat kerana panas badan ku sudah berkurangan dan badan tidak terasa lemah. Hanya ubat sapu saja aku gunakan.

“Jangan nak mengada-gada. Panas badan tu belum hilang sepenuhnya. Malam tadi pun Aminah Amia tak makan ubatkan. Kalau minum ais nanti, tak semena-mena demam tu datang balik.” Muka Haji Din serta merta tegang. Marahlah tu.

“Taklah, Minah minum air suam je. Tunggu Haji Din sarapan nanti baru Minah minum air manis.” pujukku dan menuangkan air Nescafe ke dalam cawan Haji Din. Senyuman Haji Din terbentuk dibibirnya. Sukalah tu sebab aku menunggu untuk minum bersamanya.

“Umi! Hari ini nak pergi pasar ke?” baru Haji Din hendak menegur Umi yang sudah siap dengan bihun gorengnya. Bau yang semerbak membuat aku terliur tetapi dah berjanji dengan Haji Din untuk bersarapan bersamanya pasti aku kena hormati.

“Ingatkan tak nampak Umi tadi?” usik Umi dan Haji Din dah termalu sendiri. Padan muka.

“Along tak sengaja Umi. Along minta maaf.” Haji Din dengan rasa rendah diri memohon maaf dan bangun memeluk tubuh Umi. Aku tersenyum melihat kasih sayang dan didikan yang umi berikan pada anak-anaknya.

“Umi gurau sajalah along. Umi tahu anak umi sentiasa ingatkan umikan.” Jawab Umi sebak bila melihat wajah keruh Haji Din.

“Dahlah, nanti kita pergi pasar. Aminah Amia nak ikut ke?” Umi cuba menceriakan suasana. Haji Din duduk semula. Umi pula duduk disebelah Haji Din.

“Sudah pastilah isteri along kena ikut.” Sebelum aku menjawab Haji Din lebih dulu bersuara.

“Alahhh..tinggal ajelah dengan alang dan Kak Ngah. Bagi ‘can’ lah kami nak borak-borak.

Dahlah malam tadi Along bawa Kak Long tidur cepat. Tak sempat Alang nak berkenalan dengan kak ipar Alang ni. ” Tiba-tiba alang muncul dan menyampuk perbualan kami.

“Kak Long kamu tu demamlah. Lagipun Along kamu tu letih memandu. Nak rehat.” Sampuk Umi.

“Sebab itulah Alang suruh Along tinggalkan isteri Along dengan kami.” Alang menerangkan tujuannya.

“Eshhh!!! Tak boleh! Banyak barang nak bawa nanti.” Alasan Haji Din. Kak Lang dah mencebik. Aku yang menjadi tajuk perbualan bertindak menjadi pemerhati.

“Kak long tu mana larat nak bawa barang-barang basah tu long. Badan kak long dahlah comel. Baru baik demam pulak tu. Takkan along sampai hati nak buli isteri sendiri?” Kak Lang tak berhenti mengusik.

“Tak mengapa. Along suruh bawa yang ringan-ringan saja.” Haji Din mencuba alasan yang lain pula.

“Alahhhh bang long, cakap sajalah along tak boleh nak berenggang dengan kak long.

Kalau setakat nak bawa barang, Acik dan Busu kan ada.” Kak Lang terus mengasak Haji Din. Aku dan umi dah tergelak melihat pertelingkahan adik beradik ini.

“Alang ni kan banyak songgeh pula.” ujar Haji Din geram.

“Dahlah tu Lang, biar Along dan Kak Long ikut Umi. Alang kemas apa yang patut. Baju dalam mesin basuh tu sidai. Suruh Acik dan Busu sapu laman. Rumput yang panjang tu kemaskan sikit.” Umi memberi arahan. Kali ini giliran Haji Din pula tertawa. Kak lang dah buat muka.

“Biarlah Minah tinggal dirumah saja. Boleh Minah tolong Alang.” Sua ku menawarkan diri.

Kasihan pula Alang nak buat semua. Kak Ngah pula pasti sibuk dengan putera puterinya.

“Aminah Amia kena ikut saya, Aminah Amia tidak pernah datang sinikan. Jadi saya nak bawa isteri saya jalan-jalan dan kenal  tempat lahir saya.” Ujar Haji Din sambil mendongkak memandang aku. Bila bercakap dengan aku, Haji Din menjadi seorang yang pemanja tetapi bila berdepan dengan keluarganya Haji Din menjadi seorang yang berterus terang dan tegas. Itu kesimpulan yang dapat aku buat sekarang ini.

“Alang dah agak dah.” Usik Alang lagi. Aku dah pandang wajah Haji Din yang mula masam.

“Okey! Minah ikut Haji Din nanti pergi pasar.” Jawab ku dan meredakan rajuk Haji Din.

“Kak Long! Nape masih panggil Haji Din kat Bang Long. Semacamlah.” Ujar Alang. Aku dah terkedu. Tak tahu nak jawab apa. Malu pun ada.

“Biarlah Kak Long nak panggil apa pun. Bukan dia panggil Alang kan?” muka Haji Din sekali lagi memerah. Kali ini pasti angin Haji Din naik sebab aku kenal suami aku.

“Tidaklah…maksud Alang, tak sedaplah.” Alang dah takut-takut menjawab. Umi terus keluar meninggalkan kami. Mungkin memberi ruang pada Haji Din menyelesaikan masalah ini.

“Nantilah Minah cuba tukar iya.” Aku cuba meredakan suasana yang macam nak hangat ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 02:48 PM | Show all posts
“Kak Long! Bukan Minah. Aminah Amia adalah isteri along dan menantu yang tua dalam keluarga ini. Lain kali jangan sesiapa pun nak suruh Kak Long tukar panggilan untuk Along kecuali Along yang minta.” Ujar Haji Din tegas dan terus bangun meninggalkan ruang dapur. Sekali lagi Haji Din menyatakan pendapatnya. Aku dah termangu. Alang dah terdiam. Mungkin terasa dengan bahang Haji Din dan termalu dengan aku yang berada diruang yang sama. Dua-dua kena marah dengan Haji Din. Lama anak gadis itu berdiri di sisi meja. Kasihan pula aku tengok. Biarlah aku ceriakan kembali Alang yang diam membisu itu. Nanti dia ingat aku pulak mengada-gada.

“Alang! Jom Kak Long tolong Alang sidai baju. Boringlah.” Aku menukar cara panggilan seperti kehendak Haji Din dan cuba memujuk Alang. Tangannya ku tarik agar  mengikuti aku ke ruang yang menempatkan mesin basuh. Alang mengikuti ku tanpa bersuara. Aku mengeluarkan baju-baju dari mesin tersebut dan mengasingkan mengikuti susunan.

“Alang jangan kecil hati dengan apa yang Haji Din katakan tadi iya?” pujuk ku. Tebalik dah. Alang pandang muka ku sambil mengeleng kepala.

“Kak Long, boleh Alang tanya?” dalam serba salah Alang bersuara.

“Tanyalah, tak kena bayar pun.” Usik ku dan alang tersenyum akhirnya.

“Dirumahkan Along garang tak?” Alang cuba mencungkil rahsia. Aku dah tergelak.

“Taklah, Haji Din tu kat rumah dia okey saja. Takdelah garang atau serius memanjang cuma kalau masa mengajar Kak Long saja Haji Din jadi garang. Kenapa?” aku pula cuba mencungkil rahsia Haji Din dari adiknya.

“Tak adalah, nampak Along bahagia sekarang. Along dah pandai bertegas dalam hidupnya dan dah pandai menunjukkan kemanjaannya. Dulu nak dengar Along membantah memang susah. Bekas isteri dia yang banyak bersuara. Ikut cakap dia saja.” Cerita Alang dan tangannya juga lincah menyidai pakaian yang telah aku asingkan tadi.

“Iyer ke? Mungkin ada sebab tu.” Aku cuba mencari jalan bijak agar tidak sama memburukkan bekas isteri Haji Din. Iyalah aku baru datang dalam hidupnya, entah esok lusa aku tidak berjaya menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri pula.

“Sebab apa pula. Sebab nak kongkong Along. Umi banyak memendam rasa masa Along berkahwin dengan Kak Zaida dulu. Kak Long nak tahu, masa dulu kami tak boleh panggil
Kak Zaida tu Kak Long. Dia tak suka katanya. Semua nak dengar cakap dia saja. Along tak boleh nak buat apa-apa. Berlagak pandai dan bagus sangat.” Cebik Alang. Aku hanya tertawa.

“Bagi Kak Long, Haji Din adalah ketua keluarga dan akan memimpin rumahtangga kami. Apa katanya itulah kata Kak Long. Biarlah Haji Din menjalankan tanggungjawabnya dan Kak Long pasti tiap apa yang dia cakap mesti bersebab.” Aku luahkan pendapat aku dan Alang hanya mengangguk mengiyakan.

“Baguslah begitu Kak Long. Harap kali ini Kak Long boleh bahagiakan Along kami.” Pinta Alang sungguh-sungguh.

“Insyallah, Kak Long akan cuba dan apa-apa yang tak betul tu minta ditegur iya?” aku pula meminta kerjasama Alang dan keluarganya.

“Sama-sama kita Kak Long bahagiakan Along.” Janji Alang pada ku.

“Dahlah, Kak Long nak masuk. Nak jengah Haji Din sekejap.” Luah ku mohon diri.

“Pergilah Kak Long, dah merajuk agaknya. Tak sangka Along dah pandai merajuk.” Alang mengejek sambil tertawa riang. Apa yang boleh aku katakan tentang perangai suami ku itu. Memang ketara sangat.

Pintu bilik ku tolak. Sepi didalamnya. Aku mencari Haji Din dan lelaki itu berbaring dan masih berpakaian tadi. Tak mahu ke pasar ke?

“Haji Din!!!” lembut aku menyeru nama Haji Din yang rasanya tengah panas itu.

“Errmmm..”hanya itu jawapan dari Haji Din. Tangannya diletakkan didahinya sambil mata terpejam.

“Haji Din marah dengan Minah ke?” aku bertanya dan duduk disebelah Haji Din.

“Ermmm…” Haji Din masih berkeadaan begitu.

“Tak mengapalah, Minah minta maaf. Minah tak sengaja buat Haji Din marah. Minah dah berdosa. Ampunkan Minah iya.” Lirih aku menjawab. Sebak rasanya bila mengetahui yang diri ini telah melukakan perasaan suami sendiri.

“Minah pergi dulu.” Pinta ku penuh hormat. Aku ingin keluar meninggalkan Haji Din supaya lelaki itu tenang bersendirian.

“Nak kemana?” terus Haji Din mencelikkan matanya sambil tangannya cepat memegang lengan ku. Wajah ku ditatap lama.

“Minah nak keluarlah. Minah tak nak ganggu Haji Din.” Terang ku. Masih sebak lagi ni.

“Habis nak tinggalkan saya seorang-seorang dalam bilik ini ke?” tanya Haji Din dan lelaki itu terus duduk.

“Ehh…ehhh…” aku tak tahu nak jawab apa.

“Ehhh…ehhh…apa?” Haji Din terus mengasak.

“Minah..Minahhhh…” aku gagap sekejap. Jari jemari Haji Din berlari dipipi ku.

“Saya tak marah dengan Aminah Amia tadi cuma saya tidak mahu orang lain mengajar saya pula sedangkan saya rasa selesa dengan apa yang Aminah Amia buat pada saya.” Terang Haji Din dan jari jemarinya bermain dengan bibir ku. Aku dah mula tak tentu arah.

“Lain kali Minah tak lawan cakap Haji Din. Minah janji.” Ikar ku. Renungan Haji Din dan aku bertaut.

“Saya tidak perlu semua itu Aminah Amia. Saya hanya pinta Aminah Amia beri peluang untuk membuktikan saya mampu menerajui bahtera rumahtangga kita.” Kata-kata Haji Din membuat aku bertambah sebak.

“Maafkan Minah sekali lagi Haji Din. Minah tidak bemaksud membelakangi Haji Din.” Pinta ku sambil tangan yang masih dibibir ku kucup lama.

“Saya tidak mahu kecundang untuk kali ini. Cukuplah saya dah buat kesilapan dulu. Saya tidak mahu merana dalam diam lagi.” Haji Din menarik aku kedada bidangnya. Pelukan tangannya di pinggang membuat hati berlagu rentak zapin. Bagai ada perkara tersirat dan tersurat yang ingin dibongkarkan waktu ini. Aku menahan rasa ingin tahu kerana dah berjanji dengan diri sendiri bahawa aku tidak akan memaksa Haji Din dengan cerita lama.

“Dahulu masa perkahwinan pertama, umi banyak memendam rasa atas sikap saya yang banyak menurut kata isteri saya. Setiap apa yang diminta dengan senang hati saya turutkan. Cinta dan perasaan sayang saya pada dia tinggi mengunung. Tak pernah dalam sesaat saya melupakannya. Apa katanya pasti saya kotakan. Saya tidak sangka kerana sikap saya begini membuat banyak hati yang merana.” Haji Din mengeratkan pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri bagi memberi ruang kepada Haji Din untuk meluahkan perasaan berbukunya.

“Saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan tidak sebagai seorang anak. Saya kecundang Aminah Amia. Saya kecundang ketika itu bila terpaksa memilih antara umi dan isteri.” Haji Din dah mula mengalirkan airmata. Tak sangka lelaki gagah dihadapan ku mempunyai perasaan yang halus.

“Maksud Haji Din?” aku mula bertanya bila melihat Haji Din dipengaruhi perasaan hiba. Aku tidak mahu melihat Haji Din yang lemah. Aku mahu melihat Haji Din yang gagah.

“Ketika itu saya dan Zaida berkerja ditempat yang sama. Pergi dan pulang berdua. Makan dan tidur hanya kami berdua. Tidak bercampur dengan ahli keluarga walau kami tinggal dibawah bumbung yang sama dengan umi. Sikap penurut saya memakan diri saya sendiri dan suatu hari bila umi jatuh sakit. Zaida ajak saya bercuti ke Langkawi dan ketika itu saya dan dia tahu yang umi tidak sihat. Saya turutkan kata Zaida tanpa menghiraukan kesihatan umi. Ketika disana baru sesalan tiba. Saya menerima panggilan dari Angah mengatakan umi masuk hospital akibat tekanan darah tingginya mengila. Umi koma. Saya ajak Zaida balik ketika itu tetapi Zaida menolak. Saya berperang dengan perasaan saya sendiri. Di kiri isteri dan di kanan umi. Saya terpaksa memilih antara satu. Akhirnya saya paksa Zaida ikut saya pulang dan dengan berat hati Zaida ikut sama. Saya tidak mahu kehilangan kedua-duanya. Sebaik sampai di hospital, hati saya remuk bagaikan dihentam dengan batu besar bila melihat umi sedar dalam kaku. Saya benar-benar menyesal Aminah Amia. Saya benar-benar menyesal dan tidak akan maafkan diri saya andai umi pergi ketika itu.” Luah Haji Din hiba. Aku genggam jari jemarinya untuk memberi kekuatan diri.

“Haji Din jangan macam ini, Minah sedihlah.” Aku cuba pujuk Haji Din. Walaupun aku ingin mendengar lagi ceritanya tetapi aku tidak sanggup bila melihat Haji Din menangis depan
aku.

“Saya kena luahkan juga Aminah Amia. Saya kena ceritakan dan saya mahu Aminah Amia tahu kenapa saya bertegas dan memohon kerjasama Aminah Amia untuk memberi kekuatan dalam membina rumahtangga kita.” Ungkap Haji Din lagi.

“Minah tak perlu cerita ini semua kerana Minah akan sentiasa dengan Haji Din.” Sekali lagi aku berikar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 02:50 PM | Show all posts
Alahai sikitnya n3, tak puaslah. Nak lagi... nak lagi.... nak lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-11-2011 02:51 PM | Show all posts
“Aminah Amia tidak tahu bagaimana hati saya ketika melihat wayar tersirat di badan umi. Saya tidak sanggup bayangkan sehingga kini. Saya menunggu umi siang dan malam. Saya lupa hal keliling saya. Cuma satu harapan saya yang umi sedar semula dan tersenyum melihat saya ada di depan matanya. Tetapi ketika itulah kesabaran dan kekuatan iman saya diduga. Saya tewas akhirnya.” Haji Din masih merenung jauh dan tangannya masih tidak beranjak dari pinggang ku. Sempat aku dongak mencari mata Haji Din yang menanggung seribu rahsia. Masih bergenang dengan airmata.

“Zaida merajuk dengan saya, dia tinggalkan saya di hospital tanpa menjenguk umi walau seminit pun. Saya cuba pujuk Zaida tetapi sikap keras kepala dan mengongkongnya ditunjukkan depan semua adik beradik saya. Semakin saya tertekan dengan keadaan umi, semakin Zaida buat perangai. Malu tak terhingga bila Zaida mengamuk dan menyuruh saya ikut dia balik. Saya terpaksa memilih antara umi dan isteri. Kemuncak kesabaran saya tipis bila Zaida mengeluarkan kata-kata kesat pada saya dan angah masuk campur. Zaida menghina saya dengan mengatakan saya dayus kerana tidak memperdulikan dia selama umi di hospital. Ketika dia menghina, saya cuba menginsafkan diri tetapi bila dia mendoakan umi mati itu yang saya tidak boleh terima. Siang malam saya memohon supaya ALLAH memberi kesempatan kali kedua kepada saya untuk menjadi anak yang soleh tetapi isteri saya pula membenamkan doa saya dengan tindakannya. Sehingga kesabaran saya tercabar dan akhirnya tangan ini menyentuhnya dengan cara yang kasar. Tangan ini yang memukul mulutnya yang terlalu celupar bagi saya dan Zaida mengambil peluang itu untuk membawa kes kami ke mahkamah dan memfailkan penceraian. Saya benar-benar diduga ketika itu. Saya buntu untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini. Saya kaku dalam perhintungan dan Zaida mendesak dan mendesak. Alhamdullilah ALLAH mendengar doa saya dan umi bangun untuk bersama saya menghadapi rintangan dari Zaida setelah hampir sebulan koma. Umi meminjamkan kekuatannya walau saya tidak pernah memberi perhatian padanya sejak saya berumahtangga. Saya malu dengan umi. Bertahun saya membawa diri ke Kuala Lumpur bila semuanya selesai. Saya tidak boleh menghadapi semua ini dan saya tidak boleh berhadapan dengan Zaida walaupun Zaida datang untuk berdamai. Saya mohon pertukaran ke Putrajaya dan saya tutup pintu hati saya sehingga perkahwinan saya dengan Aminah Amia.” Haji Din meluahkan lagi dengan tangisan pilunya. Aku dakap Haji Din dalam pelukan ku untuk memberi ruang lelaki ini bernafas dengan semangat yang tipis ini.

“Sebab itulah saya meminta Aminah Amia memberi saya peluang untuk  menjalankan kewajipan sebagai suami dan anak.” Rayu Haji Din dan lelaki itu menegakkan badan ku. Renungannya dari mata yang basah membuat aku terharu.

“Saya rayu kerjasama isteri saya Aminah Amia sekali lagi.” Haji Din masih basah dengan perasaannya. Segera aku tutup mulut Haji Din dengan telapak tangan ku.

“Haji Din, Minah tidak mahu Haji Din cakap begini lagi dengan Minah. Haji Din kan tunggak rumahtangga kita. Haji Din segala-galanya bagi Minah. Kekanan Haji Din maka kekananlah Minah. Kalau kekiri Haji Din, maka kekirilah Minah. Minah setia menurut kata Haji Din dan andai Minah buat salah, tegurlah Minah. Ajarlah Minah. Minah serah diri Minah pada Haji Din suami Minah. Kita sama-sama bina rumahtangga ini. Minah tak mahu Haji Din dihantui kenangan lama. Minah mahu Haji Din kuat dengan Minah. Kalau Haji Din lemah maka lemahlah Minah.” Pujuk ku dan tangan yang menutup mulut Haji Din ditarik dan dengan rasa hormat kucupan berlabuh didahi ku.

“Inilah isteri saya Aminah Amia.” Luah Haji Din dengan perasaan kasih mendalamnya.

Renungan kami bersatu dengan perasaan yang sendiri tahu. Haji Din menarik aku dalam pelukkannya. Aku rasa diri Haji Din sudah tenang bila melihat raut wajahnya. Debaran didadanya pun sudah berkurangan. Gigilan ditangannya juga sudah tiada.

“Tetapi Minah nak tanya kalau-kalau bekas isteri Haji Din tu syok kat Haji Din lagi.” Terus aku bertanya. Iyalah Haji Din juga yang mengajar aku selama inikan.

“Kenapa? Cemburu iya?” Haji Din dah tersenyum. Hidung ku dicuit Haji Din. Aku pun turut tersenyum juga. Sengaja nak mendengar dari hati Haji Din.

“Bukan cemburu tapi Minah takut satu hari nanti Haji Din tinggalkan Minah pula dan pergi kepada bekas isteri Haji Din.” Jujur aku berkata. Haji Din memegang bahu ku dan direnung penuh dengan keinsafan.

“Saya tidak mungkin berpaling pada yang lain kerana saya amat bertuah dikurniakan seorang isteri yang banyak memberi saya pengajaran untuk menjadi seorang suami yang sebenarnya. Saya tidak perlu dengan cinta dan kasih sayang yang lain. Cukuplah Aminah Amia yang menjadi isteri saya hingga ke syurga. Yang penting Aminah Amia sanggup bersama susah dan senang dengan saya.” Sekali Haji Din bermadah aku dah terpegun.

“Iya Haji Din. Sama-samalah kita berganding bahu bak kata perpatah….Apa yang penting…KERJASAMA!!!” sengaja aku mengusik Haji Din untuk memberi keceriaan semula diwajahnya dengan alunan nyanyian ku.

“Lagu apa tu Aminah Amia?” Haji Din dah termangu-mangu. Dari wajah sedih dan bertukar ke wajah blur. Cute saja.

“Lagu dari cerita aminmasi Wonder Pets.” Jawab ku sambil tergelak. Akibatnya Haji Din menarik aku ke dalam pelukan dengan perasaan geramnya bila menyedari aku mempermainkan dirinya.

“Nakal iya?” luah Haji Din dan ditariknya hidung aku berkali-kali dan pelukan tidak dilepaskan.

“Opsss!!!” tiba-tiba gurauan kami terhenti bila mendengar suara dari pintu bilik. Alamak Alang dah tersenggih di muka pintu.

“Tak tahu ketuk pintu ke Alang?” Haji Din dah kembali keras.

“Haji Dinnn…” lembut aku memujuk. Jari jemari yang bertaut dengannya aku leraikan.

“Maaf pintu tak tutup rapat tadi.” Alang dah menunduk muka bila mengetahui yang dirinya bersalah.

“Hah! Nak apa?” Haji Din dah kendur suaranya semula.

“Umi kata nak bawa dia pergi pasar tak?” Alang terus bersuara sebaik saja Haji Din bertanya.

“Suruh umi tunggu sekejap, along dan kak long nak salin baju.” Ujar Haji Din. Aku dah pandang muka Haji Din. Takkan aku nak salin baju dengan Haji Din sekali. Agak-agaklah.

“Minah keluar dululah. Haji Din salin baju.” Luah ku malu. Pipi dah tak boleh tengok masa tu.

“Okey!” Haji Din menurut tetapi aku ditarik kembali dan serta merta pipi aku diciumnya.

“Along!!!” alang dah nak keluar biji matanya.

“Apa? Isteri alongkan?” Haji Din selamba menjawab. Sekali lagi aku termalu. Haji Din ni benar-benar nak menunjuk kemanjaannya.

“Apa ni Haji Din?” aku dah termalu sungguh.

“Aminah Amia tunggu sajalah saya salin baju. Kejap lagi kita keluar sama.” Haji Din sengaja mengusik alang yang masih tercegat dimuka pintu.

“Along!!!” sekali lagi alang menjerit. Haji Din dah ketawa bila melihat mimik muka alang.

Aku hanya tersenyum. Tak mampu nak berkata apa.

“Jom alang, kita keluar dulu.” Ajak ku pada alang. Haji Din masih tertawa.

“Minah keluar dulu Haji Din.” Pinta ku dan Haji Din memandang bersama sisa ketawannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 02:53 PM | Show all posts
Tangan aku dan Haji Din sarat dengan beg plastik yang mengandungi bermacam barangan dapur. Dari satu gerai ke satu gerai kami singgah. Haji Din masih dihadapan dan bertanya dengan umi apa yang diperlukannya lagi. Apa saja umi terniat pasti dengan cepat Haji Din mencari. Umi hanya tersenyum saja dan berulang kali bertanya dengan aku pula apa yang hendak aku makan. Umi nak masak untuk aku katanya. Dengan sopan aku menolak kerana tak mahu menyusahkan umi.

“Aminah Amia ada terasa nak makan apa-apa tak?” kali ini Haji Din pula bertanya. Mungkin baru menyedari yang aku tertinggal ke belakang.

“Minah tak naklah Haji Din. Minah makan apa yang umi masaklah. Nanti susahkan umi saja.” Jawab ku.

“Betul ni?” sekali lagi Haji Din bertanya.

“Betul!” sepatah aku menjawab dan melemparkan pandangan pada umi yang sedang memilih sayur.

“Betul ni tak nak makan apa-apa?” Haji Din bagaikan tidak berpuas hati.

“Apa kata kita tanya umi saja.” Usul ku.

“Habis siapa nak masak?” Haji Din dah termangu dengan usul ku tadi.

“Haji Dinlah masak. Minah jadi pembantu.” Cadang aku lagi. Haji Din dah tersenyum.

“Bagus juga idea isteri saya inikan.” Haji Din mengusap kepala ku yang bertutup tudung berwarna merah hati itu.

“Tengoklah isteri siapa.” Usik ku.

“Mestilah isteri Shariffuddin Syawal.” Haji Din melawan dengan usikan aku tadi.

“Jom! Kita Tanya umi nak makan apa hari ini.” Ajak Haji Din dan kami menghampiri Umi yang masih memilih sayur.

“Umi! Umi nak makan apa hari ini?” Haji Din terus bertanya.

“Kenapa? Kalau umi cakap, Aminah Amia nak masak ke?” umi tersenyum bertanya.

“Minah tak pandai masak umi, tapi Minah boleh tolong Haji Din masakkan untuk umi.” Lemah aku menjawab. Aku tidak terasa hati pun kerana betul yang apa umi katakan itu.

“Alah sayang anak umi. Umi bergurau sajalah.” Pujuk umi.

“Betul umi, Minah tak pandai masak tapi Minah nak belajar. Kat rumah, Haji Din selalu ajar Minah.” Terus terang aku bercerita.

“Tak mengapa Aminah Amia. Kita boleh belajar perlahan-lahan. Umi dulu pun bukannya pandai masak pun.” Umi menjawab dan Haji Din tertawa. Suka aku melihat wajah Haji Din yang ceria. Tersusun mutiara putihnya. Tanpa bau rokok.

“Okey! Nanti umi ajar Minah yeh.” Luah ku gembira.

“Umi kalau nak ajar Aminah Amia ini kena pegang rotan. Isteri along ini ada  degil sikit.” Usik Haji Din. Aku dah tarik muka masam.

“Haji Din nikan…” geram aku dengan Haji Din. Umi dah ketawa besar melihat aku merajuk dengan Haji Din. Sekali lagi Haji Din menarik bahu dan dekat dengannya. Aku jeling Haji Din. Tawa Haji meletus lagi dan Umi ikut tersenyum sama.

“Asalamualikum!” satu suara memberi salam ketika Haji Din mengusap kepala aku lagi untuk memujuk.

“Walaikumsalam!” serentak kami menjawab.

“Ehh…Kalsom!! Mazlan!!” umi menyapa dan bersalam dengan mereka.

“Pak Su! Mak Su!” Haji Din menyapa dan menyalami mereka. Haji Din memeluk Pak Su dan bertanya khabar.

“Bila sampai?” Mak Su bertanya sebaik sahaja meleraikan pelukkannya dengan aku.

“Semalam Mak Su.” Aku menjawab dan ku tatap wajah itu yang ada seiras dengan Umi. Adik bongsu Umi yang tinggal sama di kawasan Kulai.

“Memborong ke?” tanya Mak Su bila melihat tangan kami sarat dengan beg plastik.

“Alahhh sikit-sikit je, budak-budak ni nak ke Johor Bahru bercuti. Si Along ada seminar jadi diajaknya budak-budak ni pergi sekali bercuti. Tak jauh pun.” Terang Umi sambil memandang Haji Din yang masih tegak disamping aku.

“Lama ke cutinya Din?” Pak Su bertanya.

“Ingat esok nak ajak Umi pergi. Along ada seminar Isnin dan Selasa. Kemudian sambung dua tiga hari kat sana. Saja je Pak Su. Bawa umi, isteri along dan adik-adik berjalan.” Terang Haji Din sambil tersenyum

“Eloklah tu. Sesekali ajak umi berjalan. Biar tukar angin.” Ujar Pak Su.

“Singgahlah kerumah Kak! Din! Ajak isteri kamu sekali. Apa ke namanya, Mak Su pun dah terlupa.” Mak Su tertawa bila menyedari kesilapannya.

“Aminah Amia Mak Su.” Jawab Haji Din sambil memandang aku.

“Hahhh! Kamu jangan pulak berkecil hati Aminah, Mak Su kamu ni memang pelupa orangnya.” Usik Pak Su dan semua ketawa.

“Abang ni!!!” Mak Su dah mengamuk tetapi senyuman tetap terukir.

“Datang rumah nanti Aminah. Ajak Si Din ni. Kalau Badariah tahu Din ada balik  ni pasti kecoh jadinya. Hari nikah kamu dia tak dapat datang. Kerja katanya.” Mak Su berkata.

“Insyallah Mak Su. Nanti saya bawa Aminah Amia saya rumah Mak Su.” Janji Haji Din.

“Kami beransur dululah Kalsom! Mazlan! Nak cari barang sikit lagi. Nanti dah tengahari takut dah habis.” Umi memohon mengundurkan diri. Setelah bersalaman, kami bergerak meninggalkan Mak Su dan Pak Su.

“Haji Dinnn…” bisik ku perlahan. Takut Umi terdengar.

“Apa Aminah Amia?” Haji Din juga berbisik.

“Siapa Badariah tu?” terus aku bertanya. Haji Din hanya memandang ku dan sempat mengelengkan kepala.

“Takpelah.” Jawab ku sendiri. Kalau Haji Din tak suka buat apa aku nak tanya banyak.
Tetapi lelaki itu yang suruhkan. Bila tak dapat jawab kepala pula digelengnya. Tak menepati janji langsung. Aku terus melajukan langkah untuk menyertai Umi yang dah ke depan.

“Nanti kita pergi rumah Mak Su, saya kenalkan.” Sempat Haji Din berkata ketika tangan aku ditariknya. Langkahnya teratur bersama aku dan senyuman memujuk dilemparkan bila melihat rajuk ku tadi. Akhirnya aku menyambut senyuman ikhlasnya bila menyedari yang aku semakin nakal dan manja dengan Haji Din.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 03:19 PM | Show all posts
Hmm, semakin ramai sedara-mara Haji Din yang Aminah Amia kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 03:38 PM | Show all posts
cian nya Hj.Din...
hope lepas nie hj DIn akan happy2 je..
x mo sedih2 lagi...
aduhai kak dilla...
mmh buat jiwa kacaw tau...
sayu hati bila hj Din sediahhh...
akak nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 03:50 PM | Show all posts
konflik dh nk start ke??
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 04:04 PM | Show all posts
Tq n3..... Badariah tu sapa...ada hati kat Hj Din ke...jgn laa.. sian minah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 04:14 PM | Show all posts
Haji DIN

Buat akak teringat sorang imam kawan baik arwah abah
masa mudanya dulu handsome dah tua pun handsome lagi...

Kalau dia jadi imam suka sbb bila dia membawa ayat Quran tu
dgn suara yg mendayu dan jelas blh buat kita bertambah kusyuk dan
syahdu mudah air mata mengalir... terasa insaf...

Cuma sekarang ni Haji DIN dah uzur lutut sakit.........
dan digantikan dgn iman lain...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 05:02 PM | Show all posts
As salam Dilla... thank you.... best citenya..... sambung lagi ye....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2011 05:24 PM | Show all posts
As salam Dilla... thank you.... best citenya..... sambung lagi ye....
naufal2705 Post at 30-11-2011 17:02



   wsalam utk naufal dan semua teman....terima kasih krn sudi mengikuti cerita sya yg tak seberapa ini. Insyallah sya sedang berusaha memenuhi permintaan teman2 utk n3 seterusnya tetapi ada beberapa bab yang sya blh n3 dan seterusnya akan di sambung ke versi cetak. Setuju tak? sya janji jika ke versi cetak, sya akan buat yg terbaik utk semua peminat Haji Din.....boleh kan???
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 05:26 PM | Show all posts
Reply 663# Adilla

sib baik x off pc lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2011 06:05 PM | Show all posts
Kalau ke versi cetak lagi dialu-alukan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 07:05 PM | Show all posts
haa.. sape lak badariah tuh? peminat haji din eh
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 07:36 PM | Show all posts
akan ke edisi cetak??
x sabau nya..akan ku beli nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2011 11:38 PM | Show all posts
versi cetak???? i follow....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.327444 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list