CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Akasyah

Himpunan Tarbiah dari Abuya (merged shah05)

 Close [Copy link]
Post time 3-9-2005 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 2-9-2005 06:42 PM


JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI PROGRAM BEDAH BUKU ANN WAN SENG " ARQAM DI SEBALIK TABIR"
ANJURAN PENERBITAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR


TEMPAT :  ...



Kalaulah dapat pergi kan best.... :cry::cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2005 08:52 AM | Show all posts
Originally posted by Abuyazid at 3-9-2005 04:01 PM



Kalaulah dapat pergi kan best.... :cry::cry:


buku ni pro ke kontra?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 2-9-2005 11:11 AM


Utk pengetahuan sdr...suatu sifat abuya yg terserlah dan sudah maklum oleh kami ialah...Abuya tak kan syarah sesuatu yg dia tidak buat terlebih dahulu kerana apa yg kami lihat antara sikap abuy ...


ok. syukran.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 10:10 AM | Show all posts
Originally posted by nahzaluz at 5-9-2005 08:52 AM


buku ni pro ke kontra?


ermm...buku ini hasil kajian ilmiah penulisnya En Ann Wan Seng selama 5 tahun...ia berdasarkan tesis sarjana beliau dalam bidang Sosiologi di Universiti Malaya. Ini bermakna ia sudah melalui tapisan PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UM, PANEL AKADEMIK UM dll...Di dalam kajian ilmiah, tidak ada istilah pro dan kontra sepatutnya..sebb sebg penulis tesis, pelajar mesti menghidangkan fakta-fakta yg berilmiah, benar dan tepat...kalau ada fakta longgar, maka tentu tak lulus pulak utk PENGIKTIRAFAN tesis sarjana...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2005 02:43 PM | Show all posts
salam
buat saudaraku semua
PESAN IMAMKU: SEBENAR-BENAR KETERANGAN DIATAS MUKA BUMI ADALAH KITABULLAH
DAN SEBAIK-BAIK IKUTAN ADALAH IKUTAN NABIMU
DAN SEBURUK-BURUK PERBUATAN ADALAH BIDAAH......SESAT DALAM NERAKA

PESAN ABUYAKU:AMAL SEDIKIT IKUT SUNATURASUL ADALAH LEBIH BAIK DARI AMAL BANYAK TAPI BIDAAH

itulah pesannya yg aku cuba bawa, tak berani nak TAMBAH-TAMBAH
DIAlah IDOLAku
DIAlah ABUYAku
HANYA SYAFAATNYA yg kuharapkan ketika KEPERITAN MENUNGGU KEPUTUSAN....

fikir fikirkanlah.......
kalau sanggup berfikir
WAHAI KAUM YANG BERAKAL
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-9-2005 10:56 PM | Show all posts
ok mari kita mulakan kuliah baru hari ni...dah lama saya tak hantar kuliah kerana kesibukan...

Topik: RASA YANG BERTAPAK DI HATI

Tarikh: 13-1 2003


Basmallah.

Rasa itu bertapak di hati. Tapi apa yg dilihat, apa yg dia rasa itu kadang-kadang ada yg dia boleh nilai dan dia tidak boleh nilai. Hati tentu merasa berdasarkan apa yg dilihat yg boleh dinilai. Kalau dia salah menilai mungkin hati itu akan merasa bersalah. Kalau benar dinilai dia juga akan sesuatu.

Contoh: Katalah org itu tak pemah kenal harimau, bukan tak pemah kenal tapi tak pemah lihat, nama harimau pun tak tahu. Tiba-tiba ada di dalam rumah. Maka kita kata cantiknya harimau, comelnya. Dia pegang-pegang. Tapi kalau ada org kenal harimau dia akan terkejut. Haa! Harimau!!!! Ia bermula dari ada yg sedar. Kalau tak ada yg sedar, maka ia diwarisi.

Memanglah nak didik org ini amat susah. Tak semesti seorang guru itu boleh mengajar dan mendidik. Rata-rata guru-guru hanya boleh memberi tapi tapi tak boleh mendidik. Begitu juga guru-guru yg mengajar dia boleh memberi tapi tak boleh mendidik. Dulu Abuya, masuk Sekolah Melayu 3 sekolah. 1 hingga 5 di Pilin. 6 di Segambut. Sekolah Arab di tiga tempat. Pilin, Segambut, Kelang. Ertinya banyak kenalan. Tapi Abuya sendiri, bahkan kawan-kawan Abuya juga tak ada merindu nak bertemu satu sarna lain. Mengapa tak rindu merindu satu sama lain padahal berpisah. Itu menunjukkan guru itu hanya memberi ilmu. Bukan mendidik. Ertinya guru-guru itu berpuluh tahun tidak pandai mendidik. Inilah jawabannya. Itu satu contoh.

Rasulullah saw dan para rasul, selain nak kenalkan Tuhan baginda juga nak tanamkan rasa cinta mencintai satu sama lain sesama manusia. Tidak mcm sekarang makin ramai pandai, makin ramai yang menipu. Dulu waktu bodoh-bodoh dulu orang mencuri senang dikesan. Kalau orang nak curi ayam pun, orang tahu. Sekarang ini duit di bank hilang berjuta-juga tapi orang tak tahu. Sebab itu skrg inilah kita kena proses masyarakat (mengikut kaedah pendidikan Rasulullah saw yg menanam rasa cinta mencintai sesama manusia).

Bersambung...

[ Last edited by Akasyah at 5-9-2005 10:57 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 5-9-2005 11:02 PM | Show all posts
Sambungan...

Soalan : Kesusahan itu mengenali Tuhan. Apakah dia berkait rapat dgn kejadian kita dari tanah? Sebab atas dasar itu kita ini seolah-olah macarn tanah juga. Begitulah tanah kalau tak disirami, dia akan kering. Apakah itu yg menyebabkan kita susah nak kenal Tuhan?

Jawapan Abuya : Makhluk ciptaan Tuhan itu bermacam jenis. Ada yg sekali Tuhan didik terus taat sepanjang masa. Itulah malaikat. Malaikat ini ada akal dan roh. Tapi tak ada nafsu.

Sebab itu malaikat tak diperintahkan berjuang. Pasal dia dah baik. Tak kanlah dia nak berjuang sesama dia. Sesama dia dah baik. Sebab itu juga Tuhan tak jadikan malaikat khalifah.

Kemudian makhluk lain pula ada nyawa dan ada nafsu. ltulah haiwan. Sebab itulah dia susah di didik. Kalau boleh didik, sedikit sangat, mcm anjing.

Ada pula tak ada akal, tak ada nafsu itulah kayu kayan. Ada akal, ada nafsu dan ada roh. ltulah manusia. Jadi manusia ini disuruh berjuang samada boleh jadi malaikat atau pun jadi syaitan. Sebab itu pada manusia itu ada ketiga-tiganya. Jenis haiwan, jenis malaikat, dan syaitan.

Jadi terpulanglah kepada pendidik utk menjadikan manusia yg ada roh, yg berupa malaikat. Ini terbukti ada org lain yg keadaannya wataknya malaikat, tapi rupanya orang. Itulah yg dikatakan golongan salafussoleh 300 thn. ltulah dia manusia yg jadi 'malaikat'. Mereka juga dikatakan 'malaikat-malaikat' yg berwajah manusia. Jadi tak boleh disalahkan Tuhan sebab yg salah adalah pendidik yg menentukan samada menjadi 'malaikat' atau bukan.

Bersambung....
Reply

Use magic Report

Akasyah This user has been deleted
 Author| Post time 7-9-2005 12:06 AM | Show all posts
Sambungan....

Sebab itu di dunia ini, tanda kebesaran Allah yg paling besar di dunia, adalah ciptaan Allah pada Rasullah saw. Sebab itu malaikat pun malu kpd Rasullah saw. Selepas jatuh empayar Islam, watak-watak individu yg patut menjadi penggerak, macam ulama, guru-guru dan pemimpin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


hafizi This user has been deleted
Post time 7-9-2005 06:21 PM | Show all posts
Para pendakwah di akhir zaman ini mesti bertindak dengan stail yang baru atau cara yang baru berdasarkan  situasi semasa. Sebagai alternatifnya, apakah yang umat Islam patut lakukan? Di antara perkara-perkara yang patut dilakukan ialah:

Pertama:

Dua golongan mesti aktif di tengah kehidupan.

i. Golongan rohani - mesti aktif untuk membina atau membangunkan insaniah agar dapat melahirkan manusia yang bertaqwa.

ii. Golongan teknokrat - selain mereka mesti bertaqwa, mereka mesti aktif membangunkan kemajuan teknikal, teknologi yang tinggi supaya alat kemudahan kehidupan canggih. Ini menjadikan manusia ini selain daripada beriman, berakhlak, bertaqwa, kehidupan mesti canggih dan berteknologi tinggi.

Kalau golongan teknokrat saja yang aktif, bijak membuat teknologi tinggi dan sebagainya akan jadi sia-sia, sebab manusia akan jadi sesat, fasiq tanpa taqwa. Bila umat Islam beriman dan canggih, mudahlah untuk dia menyeru manusia lain. Orang akan hormat dan menerima seruannya.

Kedua:
Dalam memberi fatwa memerlukan dua golongan:
a. ahli atau pakar hukum
b. ahli atau pakar sains dan teknologi

Mesti digabungkan pandangan dua golongan ini. Setiap fatwa mesti dinilai yangpertama oleh pakar hukum, kalau boleh bertaraf muhjtahidin. Mesti tahu cabang-cabang ilmu Islam yang asas atau furuk, halal atau haram dan sebagainya.

Bila dia hendak keluarkan hukum, tidak boleh berdasarkan ilmunya saja. Dia mesti meminta pandangan daripada ahli sains. Mereka-mereka itu saja yang faham perkara-perkara yang hendak dihukum itu dengan tepat setelah dua pandangan itudigabungkan dan diambilkira, barulah hukum yang diputuskan itu tepat halal haramnya.

Contohnya:

a. Arak haram. Nasnya ada. Arak benda yang memabukkan, haram hukumnya. Tapi sekarang ahli sains mengatakan alkohol yang tidak memabukkan, ada yang boleh dan ada yang tak boleh, dan sebagainya. Jadi ini semua kena diambil kira oleh pakar hukum. Kalau tidak, mungkin dia akan mengharamkan sesuatu perkara yang tidak haram.

b. Sutera. Asal haram untuk orang lelaki. Tetapi sekarang ada kain sutera sintetik yang telah disintesiskan daripada bahan-bahan yang sudah dicampurkan antara bahan-bahan sutera dengan bahan-bahan kimia yang lain. Dari segi komposisinya sudah berubah. Jadi ulama perlu mengkaji semula dengan mengambil kira pandangan ahli sains untuk menjatuhkan sesuatu fatwa itu.


bersambung....

[ Last edited by hafizi at 10-9-2005 11:49 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-9-2005 11:43 AM | Show all posts
Ketiga:

Manusia sekarang sangat memburu dunia dan melupakan Akhirat. Perlu ada orang-orang Akhirat yang mempunyai banyak dunia:

a. supaya dia boleh mengingatkan orang itu
b. supaya orang Akhirat yang berjuang ini boleh mencabar orang-orang dunia.


Keempat:

Perempuan-perempuan sekarang bebas kerana memburu dunia. Mereka rasa itulah kemerdekaan, itulah kebahagiaan dan kebaikan. Dengan kebebasan itu mudah mereka itu dapat dunia. Kalau disekat kebebasan mereka di rumah, dirasakan hilang bahagia, hilang kemerdekaan, dunia yang diburu tak dapat. Untuk membebaskan mereka ini diperlukan perempuan mukmin yang bebas keluar ke tengah masyarakat tapi dapat mempertahankan syariat dan mempunyai banyak keduniaan.

Kelima:

Memerlukan pejuang-pejuang dan mubaligh-mubaligh yang berada agar tidak bersandar hidup dengan orang lain. Agar bebas bercakap dan orang hormati. Kalau berada atau kaya secara individu pun boleh, lebih-lebih lagi secara jemaah. Hikmahnya:

1. Supaya tidak terasa terhutang budi dengan orang yang ditarik atau orang
yang diseru.
2. Supaya tidak hilang maruah, himmah atau izzah sebagai penegak kebenaran.
3. Supaya dapat berkhidmat kepada masyarakat, bukan untuk dapat duit atau
komersial di situ atau masyarakat khidmat kepada kita dan lain-lain.


BERSAMBUNG

[ Last edited by hafizi at 10-9-2005 11:48 AM ]
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 10-9-2005 11:46 AM | Show all posts
Keenam:

Memerlukan jemaah contoh atau model. Di zaman Rasulullah SAW dan para  Sahabat umumnya salafussoleh selama 300 tahun mereka telah berjaya  melahirkan model kehidupan Islam. Waktu mereka bercakap tentang Islam,  masyarakat Islam sudah tertegak. Tapi sekarang ketika suasana Islam sudah  tiada, perlu diwujudkan model oleh sebuah jemaah Islam supaya masyarakat dapat melihat apa yang diperkatakan dalam bentuk realiti.

Ketujuh:

Memerlukan media massa dan alat-alat perhubungan yang canggih untuk cepat menyampaikan berita atau matlamat atau ilmu atau propaganda musuh kerana:

a. Dengan adanya media massa yang canggih, maklumat-maklumat, berita-berita, minda-minda Islam dapat disampaikan dengan tepat dan cepat ke seluruh dunia. Sesuai dengan kelengkapan yang ada sekarang, sebab kalau tidak digunakan ini orang lain akan lebih cepat menyampaikan kejahatan dan kebatilan.

b. Zaman sekarang jangkauannya luas. Kita kena gunakan semua kelengkapan itu. Jika tidak kita akan kalah dalam perang dingin, perang fikiran, perang saraf atau perang psikologi. Segala jenis peperangan ini semuanya menggunakan alat-alat yang canggih.

Kelapan:

a. Supaya tidak dipermain-mainkan.
b. Supaya tidak dapat disabotaj.
c. Supaya tidak bersandar dengan mereka.
d. Supaya umat Islam tidak dapat dikawal kehidupannya oleh orang bukan Islam tapi boleh mengawal kehidupan mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 12:54 PM | Show all posts
ustaz asyaari has great mind. semoga dia panjang umur dan sihat selalu. kim salam pada dia sapa yang salu jumpa.ws.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2005 03:57 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 10-9-2005 12:54 PM
ustaz asyaari has great mind. semoga dia panjang umur dan sihat selalu. kim salam pada dia sapa yang salu jumpa.ws.


Jika tidak dapat berjumpa dalam alam realiti, syukran jika dapat berjumpa dalam alam mimpi..

:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2005 12:05 AM | Show all posts
cuba baca balik apa fatwa kat MAIS sekrg ni...ada di tulis TERKELUAR DARI AKIDAH?..ada ditulis SESAT?..kat sini tatie paste balik apa yg ada kat dalam fatwa tu.

. Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enekmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membenteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.


ii. Kumpulan al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh raja-raja dan sultan sebelum diambil tindakan pemulauan.


Terima Kasih anak Tatie....nanti Pakcik akan sambung lagi sejarah Asaari @ Ashaari Muhammad ni agar masyarakat boleh tahu tembelangnya.

Bersambung.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 11-9-2005 12:05 AM
Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enekmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membenteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.


Janganlah masih bermimpi grave...fatwa tu dikenakan pada arqam dan arqam sudah tidak wujud lagi sekaligus "mengajar tanpa tauliah" dan membuka sekolah dsbnya itu sudah pun dipatuhi. Apa yg grave nak sibuk2 lagi akan hal ni. Dah tak releven ler...

Rufaqa tidak pernah dikenakan fatwa seperti arqam dan lagipun mana ada abuya mengajar secara rasmi yg memerlukan beliau dapat tauliah...hehehehe

Kesemua minda2 abuya yg tersebar ke dlm masyarakat hanyalah merupakan hasil usrah pada anak2 buah dan lebih kepada usrah keluarga shj dan anak2 buahnya yg berperanan menyebarkannya keluar agar masyarakat sama2 mendapat manfaat dari minda2 abuya yg sangat baik ini.

Dan sebahagian besar dari minda2 abuya di sini dikeluarkan semasa abuya dlm tahanan terhad ISA selama 10 tahun. Jadi munasabahkah di ketika itu abuya boleh dpt tauliah.

Tapi itulah kebesaran Allah swt, biarpun fizikalnya disekat, tapi mindanya tidak langsung dapat disekat dari disebarkan meskipun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak2 yg tidak setuju dgn Abuya. Itu lah tandanya minda abuya merupakan khazanah ilmu2 Allah yg haq...apakah kita manusia yg kerdil ini dapat menyekat ilmu2Nya?
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 09:24 PM | Show all posts
Aku rasa pengumpulan hadis nabis muhamamad (saw) yg sohih pun x sebyk sajak2 dan nukilan dr ashaari n dlm bod nii ya. I wonder why :hmm:

Kalau betul pun ashaari ialah pemuda tamin mengikut kepercayaan org2 arqam , takkanlah lebih hebat dr nabi muhammad saw yg dikenali sbg habibbullah iaitu kekasih Allah. Korang fikir2kanlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2005 01:26 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 12-9-2005 09:44 AM
Janganlah masih bermimpi grave...fatwa tu dikenakan pada arqam dan arqam sudah tidak wujud lagi sekaligus "mengajar tanpa tauliah" dan membuka sekolah dsbnya itu sudah pun dipatuhi. Apa yg grave nak sibuk2 lagi akan hal ni. Dah tak releven ler...


Memang arqam sudah mampus tapi Sheikhulnya masih hidup lagi. Asaari ialah arqam dan arqam ialah Asaari...satu sinonim yang tidak dapat dipisahkan.

Rufaqa tidak pernah dikenakan fatwa seperti arqam dan lagipun mana ada abuya mengajar secara rasmi yg memerlukan beliau dapat tauliah...hehehehe

Memang pun, sebab Rufaka mendapat permit badan perniagaan dan bukan pertubuhan.....tapi menipu menyelitkan ajaran-ajaran minda Asaari tu...hohohohooo!
Kesemua minda2 abuya yg tersebar ke dlm masyarakat hanyalah merupakan hasil usrah pada anak2 buah dan lebih kepada usrah keluarga shj dan anak2 buahnya yg berperanan menyebarkannya keluar agar masyarakat sama2 mendapat manfaat dari minda2 abuya yg sangat baik ini.

Kalau kau orang nak amalkan sendiri amalan seleweng tu...suka hati ko oranglah tapi kalau nak sebarkan keluar masyarakat...sorry! Masyarakat dah tahu penyelewengan-penyelewengan ajaran nya sebab itulah seluruh masyarakat yang sedar akan menentangnya habis-habisan.
Dan sebahagian besar dari minda2 abuya di sini dikeluarkan semasa abuya dlm tahanan terhad ISA selama 10 tahun. Jadi munasabahkah di ketika itu abuya boleh dpt tauliah.

Eerrrr....Abuya yang dah bebas sekarang ni dah dapat tauliah ker?

Tapi itulah kebesaran Allah swt, biarpun fizikalnya disekat, tapi mindanya tidak langsung dapat disekat dari disebarkan meskipun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak2 yg tidak setuju dgn Abuya. Itu lah tandanya minda abuya merupakan khazanah ilmu2 Allah yg haq...apakah kita manusia yg kerdil ini dapat menyekat ilmu2Nya?


Sama jugalah seperti kata-kata pengikut Kassim Ahmad......."Tapi itulah kebesaran Allah swt, biarpun fizikalnya disekat, tapi mindanya tidak langsung dapat disekat dari disebarkan meskipun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak2 yg tidak setuju dgn Kassim Ahmad. Itu lah tandanya minda Kassim Ahmad merupakan khazanah ilmu2 Allah yg haq...apakah kita manusia yg kerdil ini dapat menyekat ilmu2Nya"

Allaaaaaaa Kassiiiiiiiimmmmmmmm!
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 13-9-2005 09:39 AM | Show all posts

APAKAH PERKARA YG SUDAH HILANG DARI UMAT ISLAM ?

Yang sebenarnya banyak perkara-perkara yang telah hilang daripada umat  Islam. Sebahagian daripadanya wajib kita mendapatkannya semula. Kerana ia perkara yang amat berharga. Demi keselamatan kita di dunia, lebih-lebih lagi  di Akhirat. Hal ini boleh dibahagi kepada dua kategori:

Pertama: Kehilangan secara khusus
Kedua: Kehilangan secara umum


PERTAMA:
Perkara-perkara yang hilang dari kaum muslimin atau umat Islam secara khusus



Di antaranya ialah:

1. Hilangnya keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih
sayangnya.
2. Hilangnya sifat berani daripada para alim ulama juga kasih sayang dan
nasihat-nasihatnya serta sifat zuhudnya.
3. Hilangnya sifat malu daripada kaum wanita.
4. Hilangnya sifat sabar daripada fakir miskin.
5. Hilangnya sifat pemurah daripada orang kaya.
6. Hilangnya sifat tawadhuk daripada golongan atasan.
7. Hilangnya ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah.
8. Hilangnya sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada para-para pejuang
Islam.
9. Hilangnya sifat bijaksana dan lemah lembut daripada para pendakwah.
10. Hilangnya rasa khusyuk daripada orang yang bersembahyang.
11. Hilangnya sifat amanah daripada orang yang diberi tanggungjawab.


KEDUA:
Perkara-perkara yang hilang daripada kaum muslimin atau umat Islam secara
umum.     


Di antaranya ialah:

1. Hilangnya ilmu pengetahuan.
2. Hilangnya kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat.
3. Hilangnya akhlak dan budi pekerti yang mulia.
4. Hilangnya ukhuwah dan kasih sayang
5. Hilangnya rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap kaum wanitanya.
6. Hilangnya perpaduan dan kesatuan umat Islam.
7. Hilangnya rasa bertuhan atau rasa tauhid.
8. Hilangnya rasa cinta kepada Akhirat.
9. Hilangnya rasa takut dengan Tuhan atau dengan dosa.
10. Hilangnya rasa tawakal.
11. Hilangnya rasa qanaah.
12. Hilangnya sifat redha.
13. Hilangnya sifat sabar.
14. Hilangnya sifat bertolak ansur.
15. Hilangnya persahabatan di kalangan kaum muslimin.
16. Hilangnya sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin.
17. Kehilangan tamadun Islam.
18. Kehilangan undang-undang dan perlembagaan Islam.

[ Last edited by hafizi at 13-9-2005 10:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 13-9-2005 01:26 A

Memang arqam sudah mampus tapi Sheikhulnya masih hidup lagi. Asaari ialah arqam dan arqam ialah Asaari...satu sinonim yang tidak dapat dipisahkan.


So...kalau dah begitu anggapan sdr....apa masalahnya? Kenapa buang masa sibuk2 sampai mcm org sakit jiwa dgn hal ni... hehehehe

Memang pun, sebab Rufaka mendapat permit badan perniagaan dan bukan pertubuhan.....tapi menipu menyelitkan ajaran-ajaran minda Asaari tu...hohohohooo!


Pada sdr yg dah desperate sebab masih melihat rufaqa masih gah sudah semestinya merasakan ianya satu penipuan tapi pada kami ianya suatu kecerdikan dan peluang yg Tuhan beri kerana risalah Allah itu tetap berjaya disampaikan walau bukan melalui pertubuhan rasmi...hehehehe


Kalau kau orang nak amalkan sendiri amalan seleweng tu...suka hati ko oranglah tapi kalau nak sebarkan keluar masyarakat...sorry! Masyarakat dah tahu penyelewengan-penyelewengan ajaran nya sebab itulah seluruh masyarakat yang sedar akan menentangnya habis-habisan.


Ye ke? Nak sahut cabaran akasyah supaya buktikan segala ajaran2 abuya menyeleweng yg dah dipastekan di sini pun, tak mampu...begitu juga pertanyaa mawar supaya grave buktikan sejauh mana ajaran arqam dah mempengaruhi board ni pun terdiam tak mampu nak jawab....inikan pulak kononnya perasan yg masyarakat dah tahu penyelewengan2 ajaran abuya, ....syok sendiri ke?

Eerrrr....Abuya yang dah bebas sekarang ni dah dapat tauliah ker?


Napa? hehehehe

Sama jugalah seperti kata-kata pengikut Kassim Ahmad......."Tapi itulah kebesaran Allah swt, biarpun fizikalnya disekat, tapi mindanya tidak langsung dapat disekat dari disebarkan meskipun pelbagai usaha telah dibuat oleh pihak2 yg tidak setuju dgn Kassim Ahmad. Itu lah tandanya minda Kassim Ahmad merupakan khazanah ilmu2 Allah yg haq...apakah kita manusia yg kerdil ini dapat menyekat ilmu2Nya"

Allaaaaaaa Kassiiiiiiiimmmmmmmm!


Ini tak peka isu semasa nih...ajaran kasim ahmad tu biarpun berjaya mengharu-birukan masyarakatsuatu ketika dulu ttp akhir2nya makin lama makin tak bertaring dan terpencil. Tak payah pegi jauh, kat forum ini pun geng2 kasim ahmad ni mudah sj tertolak.

Berbeza dgn rufaqa dan abuya, makin lama makin berkembang dan diterima masyarakat...sdr je yg masih mimpi kerana ketinggalan dgn perkembangan2 terkini rufaqa di luar sana yg semakin hari semakin pesat. Sebab itu pejuang2 abuya semakin tersangatlah sibuknya memenuhi  pemintaan pelbagai lapisan masyarakat.

Kalau nak cerita, tak payahlah...bukannya apa, org2 spt sdr yg masih bermimpi ini akan kata itu semua cerita bohong...hehehe..bagi kami, aktiviti2 kami yg padat tanpa henti dgn segenap masyarakat di luar dr alam siber ini dah cukup menjawab segalanya.

Kalau setakat kokokan sdr di forum ini...usah mimpi la nak jadi kudis pada kami.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 12-9-2005 09:24 PM
Aku rasa pengumpulan hadis nabis muhamamad (saw) yg sohih pun x sebyk sajak2 dan nukilan dr ashaari n dlm bod nii ya. I wonder why

Kalau betul pun ashaari ialah pemuda tamin mengikut kepercayaan org2 arqam , takkanlah lebih hebat dr nabi muhammad saw yg dikenali sbg habibbullah iaitu kekasih Allah. Korang fikir2kanlah


Hadis2 sohih dah dibukukan pun diluar sana...terpulang pada sesiapa yg nak pastekan di sini. Apa kata sdr sambung post forumner2 terdahulu yg dah pernah berbuat demikian.

Sajak2 abuya mmglah banyak sebab ianya datang dari org yg masih hidup, jadi selagi itulah abuya akan terus bersajak. Lagipun sajak2 abuya merupakan penerangan2 pada Quran dan hadis yg berbentuk matan.

Bab lebih hebat dari Nabi Muhammad ni, sdr dapat mana fakta nih? Janganlah buat cerita fitnah tanpa fakta sahih. Nabi Muhammad adalah nabi muhammad dan Pemuda Bani Tamim adalah Pemuda Bani Tamim...masing2 ada peranan dan ada taraf masing2 di sisi Allah swt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062263 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list