|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
oo camni ropa mokhtar tu...
alahai Post at 17-12-2009 09:14 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
tu gmbar taha la dol |
|
|
|
|
|
|
|
Kes serang balai polis BP tu..aku tengah tunggu bas nak ke sekolah...jiran aku balik kata 'dah takyah pergi ada orang serang balai!' ...aku orang suruh balik aku on ajer...heheh
alphawolf Post at 17-12-2009 10:05 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
amboi... orang sowh balik takyah gi skolah kemain lagi yerk.... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
oo camni ropa mokhtar tu...
alahai Post at 17-12-2009 09:14 AM ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
setahu aku die slalu gak balik melaka jenguk rumah pusaka mak die....rumah pusaka tu plak pakcik aku tolong jagekan sbb ade 2 rumah sewa.....die kalau balik melaka macam2 die akan bagi pakcik aku... raye 2 tahun lepas ade jumpe die sbb die raye kat melaka n dtg braye rumah mak aku...dah tua dah...rambut sume dah putih tapi nampak sihat gak le...tak tau lak skarang |
|
|
|
|
|
|
|
Ade satu lg kes pmbunuhan tragis di gemencheh berlaku smlm..![](static/image/smiley/default/sad.gif)
Bekas imam dgn cucu2 nya dibunuh. Ade yg dipenggal..
Ya Allah...lindungilah hamba2 mu ini.... |
|
|
|
|
|
|
|
Syd....youre the best informer ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
:re:Fuuhhhh dasyat. Baru habis membaca. Syd....seperti mana tread lagi satu, youre the best.
By the way u kerja kat mana ye....hmmmmm :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Empat beranak mati ngeri
Oleh Ifwan Tun Tuah dan Jaafar Mulup
[email protected]
![](http://img683.imageshack.us/img683/9792/iman.jpg)
MAYAT empat beranak yang ditemui mati dalam dua rumah di kebun getah di Kampung Bukit Rokan, dekat Tampin, semalam diletak dalam kenderaan polis untuk dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar.
Bekas imam, isteri putus tangan
# Pisau tertusuk di dada cucu
# Kepala menantu dipenggal
TAMPIN: Empat beranak ditemui mati dalam keadaan ngeri termasuk seorang tanpa kepala dipercayai dibunuh di dua rumah berasingan yang terletak berdekatan di Kampung Batang Rokan, Gemencheh dekat sini, semalam.
Mangsa dikenali Atan Daud, 90, yang juga bekas imam masjid kampung berkenaan serta isterinya, Sofiah Keatas, 80, menantu pasangan warga emas itu, Ismail Awang, 76, dan anak Ismail, Siti Khadijah Ismail, 22.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata empat beranak itu dipercayai dibunuh kira-kira jam 10 pagi, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari selepas seorang lagi anak Ismail, Siti Mariam, 18, pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang.
Katanya, terdapat kesan tetakan dan tikaman pada semua mangsa dengan pisau tercacak pada dada Siti Khadijah, manakala Atan putus tangan kiri, Sofiah putus tangan kanan dan Ismail pula putus kepala.
"Polis menolak motif samun dan sedang menyiasat semua kemungkinan, termasuk perselisihan faham. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Gemencheh dekat sini, malam tadi.
Osman berkata, polis turut menemui sebilah pisau dan parang yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu.
![](http://img209.imageshack.us/img209/245/anakimam.jpg)
DUA anak bekas imam, Kamariah dan Badariah (kanan) sebak melihat keadaan mayat ahli keluarga mereka.
Sehubungan itu, katanya, polis sedang mencari cucu bekas imam itu, Rashidi Ismail, 34, bagi membantu siasatan.
Katanya, Rashidi menunggang motosikal Suzuki biru dengan nombor pendaftaran BAY 2805 dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya supaya menghubungi mana-mana balai polis dengan segera.
Mayat semua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat.
Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali memberitahu dia antara terawal tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan Siti Mariam.
![](http://img190.imageshack.us/img190/4590/cucuimam.jpg)
Rashidi Ismail
Katanya, Ismail sepatutnya mengambil Siti Mariam di sekolah, tetapi sehingga kira-kira jam 2 petang, Allahyarham tidak tiba seperti biasa.
"Siti Mariam kemudian menelefon bapanya dan kakaknya, Siti Khadijah, tetapi kedua-dua panggilan itu tidak dijawab.
"Dia kemudian pulang sendiri dengan menaiki bas dan apabila tiba di rumah, Siti Mariam mendapati kakaknya sudah tidak bernyawa dengan pisau tercacak di dada," katanya.
Berikutan itu, Siti Mariam meluru ke rumah datuknya yang terletak hanya kira-kira 20 meter dari rumahnya, tetapi terkejut apabila menemui pasangan warga emas itu turut mati bergelimpangan.
"Pembunuhan Ismail pula disedari selepas penduduk menemui mayat tanpa kepala di rumah pasangan warga emas itu," katanya.
Tinjauan Berita Harian mendapati kedua-dua rumah berkenaan terletak dalam satu kawasan berpagar dengan jarak kira-kira 20 meter.
Kedua-dua rumah itu juga terletak dalam kebun getah dan terpencil dari rumah lain dengan rumah terdekat kira-kira dua kilometer. |
|
|
|
|
|
|
|
432# aikee04
student lagi maaa...
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
434# Syd
Student...?
Full time?
Part time?
Anyway all the best 2 u....u memang rajin melayan si penCari ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Jejak - kilang mercun meletup
FAKTA NOMBOR:
Tragedi letupan kilang mercun
# 07.05.1991tarikh kejadian
# 3.45 petanganggaran masa letupan
# 26 mangsa maut
# 83mangsa cedera
# RM935,688.18jumla ...
Syd Post at 11-7-2007 15:35 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif) masih terkenang aku...mak aku baru je berenti dari keje kat situ dlm sebulan..kalu tak? kawan mak aku pun turut terkorban...gegaran terasa hingga kg sg pelong...5 km dr kwsn kilang tu...:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
en osman,
syukur alhamdulillah.
itu lah, bayangkan laaa..
ntah apa yang tinggal
![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
teringat kesah kilang mercun sg. buloh meletop.. jauh rumah aku dr tpt kejadian adelah 18 kilometer ++ mcm tuh.. tp gegaran tu dpt dirasai sampai ke rumah.. rumah aku nih masih ade dinding yg retak, d ...
anne83 Post at 8-12-2009 14:46 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
Aku ingat lagi masa kejadian ni, masa tu aku kecil lagi, dalam darjah 1-2. Rumah aku dulu kat paya jaras tengah. Betul2 berdekatan dgn kilang mercun tu. Kebetulan masa tu aku duk dalam rumah. Then aku ingat lagi masa tuh, aku terdengar bunyi meletup and ada banyak bunyi jatuh dekat bumbung rumah aku masa tu. Mak aku and adik2 aku masa tu semua ada dekat dalam rumah, takut jgak aku masa tu., ingatkan nak kiamat ke apa.
So, bila dah berenti bunyi yang kuat, aku keluar rumah tengok depan kilang tu berasap and penuh asap dekat area kilang and rumah aku. Jarak rumah aku dengan kilang dalam 5 km aje. Bedentum2 bunyi nya..memang tak boleh lupa lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat lagi masa kejadian ni, masa tu aku kecil lagi, dalam darjah 1-2. Rumah aku dulu kat paya jaras tengah. Betul2 berdekatan dgn kilang mercun tu. Kebetulan masa tu aku duk dalam rumah. Then ...
stanum Post at 7-1-2010 12:47 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif) masa tu aku duduk kat paya jaras dalam..tp aku gi sekolah... tercabut gak siling kelas dibuatnye... |
|
|
|
|
|
|
|
en osman,
syukur alhamdulillah.
itu lah, bayangkan laaa..
ntah apa yang tinggal
![](static/image/smiley/default/sad.gif)
Syd Post at 7-1-2010 12:21 ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif) tu lah...aku ingat dah nak perang dah...sekali kilang meletop da... |
|
|
|
|
|
|
|
Selatan: Tragedi balai diserang terpahat dalam ingatan
Oleh Mohd Roji Abdullah
[email protected]
KLUANG: Kejadian ngeri ketika Balai Polis Batu Pahat diserang sekumpulan pengikut ajaran sesat ...
Syd Post at 2-4-2009 09:57 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif) Aku kenal salah sorang penyerang (bekas pengikut ajaran sesat) ni. Dia baru keluar penjara 2-3 taun lepas. Skang dok kampung. Kalu ikut cite dia, masa serang tu, derang ni mcm kena pukau, tak ingat ape dah. Yg derang tau, nk perang je. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana penerimaan orang kampung thadap dia?
dia buat keje apa skrg? |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana penerimaan orang kampung thadap dia?
dia buat keje apa skrg?
Syd Post at 8-1-2010 13:14 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif) Org kg terima dia cam biasa je. Takde masalah pun. Skang keje kebun je la.. kat kg je kan... Kebun sawit mak ayah dia byk.... |
|
|
|
|
|
|
|
22 Disember, 2009
Mayat Budak Perempuan Ditemui Separuh Bogel Di Kolam Tadahan
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemui terapung dalam keadaan separuh bogel da ...
Syd Post at 8-1-2010 14:10 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalu tengok daripada gambar2 ni kan, kalu aku lalu kat tepi kolam tu tak perasan pun yang timbul tuh mayat. |
|
|
|
|
|
|
|
432# aikee04
student lagi maaa...
hehe
Syd Post at 6-1-2010 13:17 ![](http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif)
wah
ada org minat abg syd |
|
|
|
|
|
|
| |
|