CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: ORCHARD TOWN

 Close [Copy link]
Post time 23-12-2024 02:12 AM | Show all posts
Cuti sekolah, Pasar Kedai Payang dibanjiri pengunjung


Pengunjung berkesempatan mengunjungi Pasar Kedai Payang untuk membeli-belah sempena cuti persekolahan hari ini. - Foto BERNAMA




KUALA TERENGGANU: Pasar Kedai Payang 1 dan 2 yang menjadi ikon pelancongan negeri ini mula menjadi tumpuan ramai sempena cuti penggal persekolahan kali ini.
Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua bangunan yang terletak bersebelahan itu mula dikunjungi pelanggan seawal 9 pagi terutama dari luar Terengganu yang tidak melepaskan peluang bercuti ke negeri ini walaupun musim Monsun Timur Laut (MTL) belum berakhir.


Seorang peniaga pakaian dan batik Izzatulakma Baharuddin, 21, berkata beliau memulakan perniagaan sejam lebih awal iaitu sekitar 8.30 pagi pada musim cuti sekolah bagi memudahkan orang ramai membeli-belah.
Beliau berkata antara produk yang mendapat sambutan ialah kain sarung, baju kaftan dan batik 'cotton viscose' kerana harganya yang jauh lebih murah ketimbang batik sutera.
"Harga batik sutera kini sangat tinggi, melebihi RM400 berbanding 'cotton viscose' sekitar RM100 hingga RM150 bergantung kepada gred, kualiti dan corak manakala baju kaftan pula RM25 sehelai," katanya ketika ditemui di kedainya di Pasar Kedai Payang 1, di sini hari ini.
Sementara itu seorang peniaga barangan permainan, aksesori dan patung Ros Safila Mohd, 37, berkata beliau telah menjual 50 patung penyu pelbagai saiz dalam tempoh tiga jam.
Beliau berkata pengunjung juga gemar membeli rantai kunci penyu di premisnya yang dijual antara RM5 hingga RM50, bergantung kepada saiz dan jenis.



"Kalau hari cuti sekolah begini memang ramai pelanggan. Jadi perniagaan dibuka lebih awal iaitu sekitar 8 pagi dan tutup pada 7 petang," katanya yang menjual pelbagai saiz patung penyu berharga antara RM5 hingga RM110.
Dalam pada itu seorang pelanggan Isma Hanisha Ahmad Shahir, 35, dari Kajang, Selangor berkata beliau telah merujuk ramalan kaji cuaca sebelum mengambil keputusan bercuti ke negeri ini bersama lima ahli keluarganya.
Beliau berkata Terengganu merupakan destinasi yang wajib dikunjungi keluarganya setiap tahun kerana tertarik dengan keindahan serta keenakan makanan negeri itu.
"Pasar Kedai Payang merupakan destinasi wajib. Walaupun kami datang berlima, tetapi kami naik dua kereta berasingan kerana masing-masing nak beli banyak barang terutama keropok, serunding dan kaftan.

"Sebenarnya kami ambil risiko juga untuk datang pada musim tengkujuh tetapi mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), tidak berlaku banjir dalam tempoh seminggu ini," katanya. – BERNAMA












https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1340147/cuti-sekolah-pasar-kedai-payang-dibanjiri-pengunjung
[size=14.399999618530273px]




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 02:12 AM | Show all posts



Pengunjung berkesempatan mengunjungi Pasar Kedai Payang untuk mendapatkan keropok lekor, keropok keping dan pelbagai makanan lain semasa tinjauan sempena cuti sekolah hari ini. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:13 AM | Show all posts


Pengunjung berkesempatan mengunjungi Pasar Kedai Payang untuk mendapatkan keropok lekor, keropok keping dan pelbagai makanan lain semasa tinjauan sempena cuti sekolah hari ini. - Foto BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:13 AM | Show all posts
plan nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:14 AM | Show all posts
tapi sangkut jam  dekat dua jam
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:14 AM | Show all posts
tapi sangkut jam  dekat dua jam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2024 02:14 AM | Show all posts
nak sampai ke pasar payang tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:14 AM | Show all posts
last last patah balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 02:15 AM | Show all posts
pergi jjcm je
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:15 AM | Show all posts
kenyang pun kenyang
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:15 AM | Show all posts
dari sakit punggung
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:15 AM | Show all posts
duduk dalam kete
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:16 AM | Show all posts
tersangkut
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:16 AM | Show all posts
sebab iolss balik lambat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:16 AM | Show all posts
pergi hari khamis ?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:17 AM | Show all posts
tapi kawan iolss dah gelepor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2024 02:17 AM | Show all posts
takut rempah gulai dgn kepok sira sold out
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:17 AM | Show all posts
tengoklah pagi nanti mcm mana
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:19 AM | Show all posts
Pihak berkuasa Thailand jamin jaga keselamatan pelancong Malaysia


Foto FB

SONGKHLA: Rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika melancong ke Thailand kerana pihak berkuasa negara ini memastikan keselamatan mereka terjamin.
Komander Tentera Bahagian Keempat Thailand, Leftenan Jeneral Paisan Nusang, berkata tentera akan mengetatkan langkah keselamatan di semua wilayah termasuk di selatan iaitu Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Hatyai.
Bercakap kepada media Malaysia di sini semalam, Paisan berkata, sekatan jalan raya akan dipergiatkan untuk memastikan keselamatan pelancong antarabangsa terutama di musim cuti Hari Krismas dan sambutan Tahun Baru.
"Saya ingin menyatakan bahawa pihak berkuasa Thailand akan memastikan keselamatan pelancong Malaysia terjamin ketika berada di sini.
"Kawalan keselamatan akan ditingkatkan sempena cuti Hari Krismas dan sambutan Tahun Baru," katanya.
Paisan berkata, pemeriksaan di laluan haram di sempadan Thailand dan Malaysia akan juga dipertingkatkan.
"Selain mengawal sekatan jalan raya, tentera juga diarahkan melakukan pemeriksaan ketat di sempadan kedua-dua negara sama ada di laluan sah ataupun laluan haram," katanya.
Mengakui Thailand sebagai antara destinasi pelancongan pilihan utama rakyat Malaysia, beliau berkata rakyat Malaysia juga dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga keselamatan diri.
Beribu rakyat Malaysia termasuk dari Kelantan akan berkunjung ke Thailand apabila tibanya cuti sekolah mahupun cuti perayaan.












https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1340165/pihak-berkuasa-thailand-jamin-jaga-keselamatan-pelancong-malaysia
[size=14.399999618530273px]




Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2024 02:20 AM | Show all posts
Mangsa bot hanyut dijangka tiba di Malaysia awal pagi esok - Maritim Malaysia


[size=14.399999618530273px]Muhammad Ikmal Hakimi (kiri) dan Nor Hasrul (kanan). - Foto tular

[size=14.399999618530273px]

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini dalam perjalanan dari Indonesia bagi membawa pulang dua lelaki yang ditemui selamat di perairan negara itu.
Muhammad Ikmal Hakimi Ismail, 22, bersama rakannya, Nor Hasrul Abdullah, 25, sebelum ini dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki hanyut di perairan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau, di sini, kira-kira jam 11.30 malam, Selasa lalu.
Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim, berkata sejurus menerima maklumat terkini, kapal KM Burau diarahkan serta-merta ke koordinat di sempadan perairan bagi tujuan pengambilan mangsa.
"Kedua-dua mangsa ditemukan dalam keadaan selamat dan stabil serta dalam perjalanan pulang dari Indonesia ke Malaysia, hari ini.

"Perjalanan menjangkau hampir 60 batu nautika itu akan mengambil masa bagi tiba di perairan Malaysia dengan mengambil kira faktor cuaca di laut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut, Razali berkata, mangsa sempat berkomunikasi dan memaklumkan kepada anggota penguat kuasa bahawa mereka dalam keadaan baik dan selamat.
"Mereka dijangka tiba di perairan Malaysia awal pagi esok dengan menaiki kapal Maritim Malaysia," katanya.
Hari ini, media melaporkan penemuan dua lelaki itu selepas menerima maklumat daripada polis kira-kira 10 pagi tadi.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1340186/mangsa-bot-hanyut-dijangka-tiba-di-malaysia-awal-pagi-esok-maritim


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.307547 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list