CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

[Copy link]
Post time 8-12-2014 11:32 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 8-12-2014 09:24 PM
Wa'alaikumussalam Cik @lavendernovella. Ya, maafkan saya. Memang saya terlepas pandang, maklumlah  ...

yerlah tuan, kalau tgk sekarang ni orang yang jahat semakin menjadi2, yang nampak baik tapi jahat pon makin ramai , yang baik pula tak cukup baik.. yang nak buat baik pon ada orang tak suka..  hanya boleh bersangka baik saja pada mereka.

semoga para perawat sentiasa didalam lindungan Allah s.w.t. , hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik dan pengorbanan para perawat yang ikhlas berkhidmat utk  kami2 yang perlukan pertolongan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:16 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 7-12-2014 09:34 AM
Jawapan Tuan @Dzuqarnain memerlukan penjelasan lanjut. Ia tidak selari dengan objektif thread ini  ...

Mengapa jumpa yg tertua adja?
Yg baru lahir bagaimana?
- kalu usia, lg byk kosong belakangnya lg le byk ralatnya

Saya bawa soalan yg perlu penjawab tanggung.

Bukan bidang saya. Pakar kaji bumi pun sehingga hari ini masih berbalah dalam penentuan umurnya. Mengikut catatan al-Quran, jin dan manusia menempati bumi setelah sekian lama ia diciptakan. Jurang masa tersebut tidak dinyatakan. Teknik penentuan usia jin bukan ilmu umum, penguasaan kepada ilmu ini memerlukan masa yang panjang, pengetahuan yang mendalam, amalan yang berterusan dan yang paling penting, meletakkan Allah s.w.t. sebagai tujuan pada setiap masa.

Kalu tanah yg dipijak pn di luar bidang, inikan plk yg api...
Allah Al-Alim, Al-Hakim, Al-Haq, tiada lah yg tahu selain Dia, Rabbul 'Alamin
- temberang bkn ilmu tau...

Tak perlu. Apabila kita benar-benar faham tentang status khalifah pada manusia, menguasai dan memerintah jin bukanlah sesuatu yang sukar. Petik jari sahaja, jin akan segera datang mengadap dan siap-siaga melaksanakan tugas yang bakal diarahkan. Contoh terbaik bagi menggambarkan hujah saya ialah kekuasaan Nabi Sulaiman a.s. yang "sesuka-hati" menghamba-abdikan ratusan juta jin pada zaman pemerintahan baginda.

Petik api, mmg nyala. Bahan bakarnya apa?

Raja Daud, Raja Sulaiman
Pelembut besi, pelombong tembaga
kedua-duanya 'alayhissalam
yg warisi takhtanya tu Al-Masih Ibn Maryam a.s.

Maka, buktikan hujah sedara yg diBOLDkan ittew...
- jika dan hanya jika saudara benar
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 09:56 AM | Show all posts
Sekadar perkongsian untuk renungan bersama..

Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-‘Utsaimin menyatakan perdebatan dalam agama itu terbahagi kepada dua:

Pertama: dilakukan dengan tujuan menetapkan kebenaran dan membantah kebatilan. Ini merupakan perkara yang terpuji. Adakalanya hukumnya wajib atau sunnah, sesuai keadaannya. Ini berdasarkan surah An-Nahl, ayat 125.

Kedua: dilakukan dengan tujuan bersikap berlebih-lebihan, untuk membela diri, atau membela kebatilan. Ini adalah perkara yang buruk lagi terlarang. Ini berdasarkan surah Ghafir, ayat 4 .

Abu Bakr Al-Ajurri berkata:

“Jika seseorang berkata: ‘Jika seseorang yang telah diberi ilmu oleh Allah s.w.t, kemudian ada seseorang datang kepadanya bertanya tentang masalah agama, lalu berdebat dengannya; apakah pendapatmu dia perlu mengajaknya berdialog agar sampai kepadanya hujjah dan membantah pemikirannya?’

Maka katakanlah kepadanya: ‘Inilah yang kita dilarang daripada melakukannya, dan inilah yang diperingatkan oleh para imam kaum muslimin yang terdahulu.’

Jika ada yang bertanya: ‘Lalu apa yang harus kami lakukan?’

Maka katakan kepadanya: ‘Jika orang yang bertanya permasalahannya kepadamu adalah orang yang mengharapkan bimbingan kepada kebenaran dan bukan perdebatan, maka bimbinglah dia dengan cara yang terbaik dengan penjelasan. Bimbinglah dia dengan ilmu daripada Al-Kitab dan As-Sunnah, perkataan para sahabat dan ucapan para imam kaum muslimin. Dan jika dia ingin berdebat denganmu (semata-mata bukan untuk mencari kebenaran), maka inilah yang dibenci oleh para ulama, dan berhati-hatilah engkau terhadap agamamu.’

Jika dia bertanya: ‘Apakah kita biarkan mereka berbicara dengan kebatilan dan kita mendiamkan mereka?’

Maka katakan kepadanya: ‘Diamnya engkau dari mereka dan engkau meninggalkan mereka dalam apa yang mereka bicarakan itu lebih besar pengaruhnya atas mereka daripada engkau berdebat dengannya. Itulah yang diucapkan oleh para ulama terdahulu dari ulama salafush shalih kaum muslimin." (Lammud Durr, Jamal Al- Haritsi hal. 160-162)

Last edited by ummu_dinie on 9-12-2014 09:58 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 10:43 AM | Show all posts
ummu_dinie posted on 9-12-2014 09:56 AM
Sekadar perkongsian untuk renungan bersama..

Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-‘Utsaimin menyatakan  ...

Terima kasih Puan @ummu_dinie. Tuan @Dzulqarnain boleh jadikan post ini sebagai panduan hidup di sini dan di luar sana.

p/s: Saya dah balas emel Puan Dini. Last edited by coway_daddy on 9-12-2014 11:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 03:33 PM | Show all posts
sama-sama..
saya ada pm tuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2014 08:24 PM | Show all posts
ummu_dinie posted on 9-12-2014 03:33 PM
sama-sama..
saya ada pm tuan.

Saya sudah memberi respons. Penggunaan maklumat diri yang tepat banyak membantu dalam penggunaan rawatan jarak jauh. Di sini, ilmu dan praktis tenaga gelombang tertentu menjadi saluran untuk menghantar doa, zikrullah, solat dan bacaan al-Quran terus kepada penerimanya pada lokasi dan masa yang khusus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2014 01:40 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 9-12-2014 10:43 AM
Terima kasih Puan @ummu_dinie. Tuan @Dzulqarnain boleh jadikan post ini sebagai panduan hidup di s ...

Sbb tu saya menuntut kebenaran drpd temberangan...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2014 09:32 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 8-12-2014 11:32 PM
yerlah tuan, kalau tgk sekarang ni orang yang jahat semakin menjadi2, yang nampak baik tapi jahat  ...

Hasad dengki, iri hati dan fitnah ada di mana-mana, akhir-akhir ini sudah mula berjangkit ke sini. Ya, semoga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepada para pencinta dan pejuang kebenaran. Golongan kuffar dan munafiq tidak akan sesekali redha atau tunduk kepada kesyumulan Islam, setiap minit malah saat dalam hidup mereka digunakan untuk memikir dan melancarkan serangan paling jahat untuk membinasakan agama Allah. Jangan ada pula antara pembaca thread ini yang menyokong, bersubahat dan bersekongkol dengan golongan pengkhianat dan penderhaka yang sudah mula berani menunjukkan belang sebenar mereka. Allahu Akbar!
Last edited by coway_daddy on 15-12-2014 09:33 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 08:05 PM | Show all posts
Salam,

1) Adakah teori bahawa bangsa melayu berasal dari susur galur Keturah/Qathurah boleh dipercayai? Bukankah itu hanyalah kisah israiliyat?

2) Adakah peristiwa puting beliung yg terlalu kerap terjadi kebelakangan ini berkaitan dengan hal akhir zaman?

3) Tuan maksudkan kisah Kelantan yg tidak dapat diintai oleh Dajjal dan sekutunya? Dari mana keyakinan perihal maklumat itu? Adakah kerana Kelantan akan menjadi pusat kebangkitan Islam akhir zaman? Mahdi berasal dari situ?

4) Rijalul Ghaib, mereka manusia?

5) Adakah sejarah2 tanah melayu banyak dipesongkan untuk merendahkan martabat org melayu? Seberapa banyak contoh pemesongan?

6) Adakah manusia zaman dulu pernah mencapai tahap kemajuan yg lebih tinggi dari sekarang? Empayar2 pupus Tanah melayu?

7) Bolehkah kita percaya dan berpegang dengan kisah2 yg seolah2 mengangkat melayu/malaysia sebagai tempat penting urusan akhir zaman? Boleh jadi ini akan menyebabkan org melayu lebih alpa, lalai dan angkuh - seperti Yahudi - merupakan perangkap dajjal juga.

Tidak perlu jawab jika terlalu direct. PM juga boleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2014 01:18 AM | Show all posts
nasrul-ds3 posted on 15-12-2014 08:05 PM
Salam,

1) Adakah teori bahawa bangsa melayu berasal dari susur galur Keturah/Qathurah boleh diper ...

Wa'alaikumussalam Tuan @nasrul-ds3 & semua pembaca yang budiman;

1. Saya pun seperti Tuan, masih ada kesangsian berkenaan hal ini.
2. Semua kerosakan dan bencana sepanjang 2014 adalah bala daripada Allah.
3. Para wali Allah mengetahui mengapa Kelantan digelar "Serambi Makkah".
4. Rijalul Ghaib ialah "jin jantan". Ada penerangan saya berikan di forum carigold.com
5. Ada, tidak banyak. Graf bangsa Melayu sejak dahulukala sebenarnya mendatar sahaja.
6. Kemajuan teknologi seawal era Nabi Adam a.s. pun kita sudah tak terlawan.
7. Hanya sebilangan kecil warga Tanah Melayu akan terpilih sebagai tentera al-Mahdi.

Sengaja saya ringkaskan pandangan. Jika ada yang perlukan penjelasan, silalah bertanya dengan sopan dan beradab.

Last edited by coway_daddy on 16-12-2014 01:22 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 12:08 AM | Show all posts
Ada beberapa forumer non Muslim bertanya di emel. Insya-Allah saya tiada masalah untuk membantu sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa saya hanya akan menggunakan kaedah rawatan Islam. Ini bermakna, doa anda dan doa saya untuk kesembuhan ditujukan kepada Tuhan yang Satu, yakni Allah s.w.t. Bukan dan tidak ada Tuhan selain Dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2014 08:43 PM | Show all posts
Thread ini ruang terbaik untuk kita semua berkongsi ilmu dan pengalaman yang ada. Semakin hampir kita dengan akhir zaman, semakin hampir alam jin untuk bersilang dengan alam manusia pada satu "titik" tertentu. Mungkinkah di sini permulaannya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 11:34 AM | Show all posts
Assalamu'alaikum tuan,
Mohon maaf kerana lambat memberi balasan email, saya mengambil masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan di samping ada beberapa perkara yang menjadi kekangan. off topic..

Tuan,
boleh tuan ceritakan daripada mana mulanya sejarah perubatan islam yang semakin berkembang di negara kita ini?sepanjang tempoh 20 tahun ini, begitu ramai perawat-perawat yang muncul sama ada dengan menggunakan kaedah bacaan ruqiyah dan zikrullah.

Jika kita membaca kisah para sahabat di zaman rasulullah dan sirah baginda sendiri, tidak banyak diceritakan tentang kaedah rawatan seperti yang ada sekarang, cuma ramai di kalangan kita mengetahui baginda rasulullah pernah disihir oleh wanita yahudi kerana dendam. Lalu jibril  menjampi baginda menggunakan 3 qul, manakala sahabat mendapatkan semula rambut baginda bersama bahan2 sihir yang dicampakkan ke dalam telaga untuk menghapuskan sihir tersebut.

Seperti yang kita semua sedia maklum, generasi para sahabat  adalah mereka yang terpilih menjadi golongan istimewa yang hidup bersama baginda rasulullah. Sedangkan kita adalah umat akhir yang kebanyakannya begitu rapuh tahap keimanannya, sehingga begitu mudah golongan jin melakukan kerasukan di mana-mana shaja. Mungkin kerana itu Allah bukakan jalan untuk saudara2 kita mempelajari ilmu perubatan islam secara khusus bagi membantu mereka yang memerlukan. Dengan itu, perlu kita semua mengakui bahawa kerasukan jin juga berpunca daripada kelemahan iman kita sendiri.

sila tuan jelaskan, terima kasih.


Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:39 AM | Show all posts
ummu_dinie posted on 19-12-2014 11:34 AM
Assalamu'alaikum tuan,
Mohon maaf kerana lambat memberi balasan email, saya mengambil masa untuk b ...

Musykil...

Jika kita membaca kisah para sahabat di zaman rasulullah dan sirah baginda sendiri, tidak banyak diceritakan tentang kaedah rawatan seperti yang ada sekarang, cuma ramai di kalangan kita mengetahui baginda rasulullah pernah disihir oleh wanita yahudi kerana dendam. Lalu jibril  menjampi baginda menggunakan 3 qul, manakala sahabat mendapatkan semula rambut baginda bersama bahan2 sihir yang dicampakkan ke dalam telaga untuk menghapuskan sihir tersebut.

Boleh tolong pm hadisnya x? Tq.


Bg saya, perubatan dan rawatan sudah ada sblm zaman nabi s.a.w. lg
dan baginda s.a.w. tidak memisahkan jenis rawatan dgn nama 'Islam'
utk menampakkan lbh Islam...kn?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 08:29 AM | Show all posts
salam tuan dzulqarnain..

sila tuan rujuk sendiri hadis tersebut dalam sahih bukhari dan muslim(1648), iaitu hadis dari Aisyah r.a.
Orang yahudi yang menghantar sihir itu bernama Labid bin Al-A'syam dari bani Zuraiq.

Saya tidak mempunyai kitab hadis, sekadar buku sirah baginda rasulullah yang dimuatkan beberapa hadis sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2014 02:21 AM | Show all posts
Salam tuan coway_daddy,

Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.

Saya ada beberapa soalan lagi untuk tuan :
1. Merujuk post 538#, tuan menyatakan pernah mengendalikan kes 'seseorang' yang menyamar sebagai lelaki profesional - berkahwin dengan wanita muslimah - golongan mereka menjadikan wanita muslimah sebagai 'kilang' untuk membiakkan keturunan mereka.

a) Soalan saya, macam mana manusia biasa seperti kami dapat mengecam dan menghindari golongan ini?
b) Sejak bila mereka giat memburu wanita muslimah ini?
c) Apakah modus operandi mereka?

2. Saya pernah beberapa kali bermimpi dalam situasi yang seolah-olah hampir meragut nyawa/merosakkan saya. Ia tak kerap cuma jarang-jarang sekali. Antaranya :
->diserang oleh ular tedung warna merah yang sangat besar - hampir dipatuk tapi sempat menutup pintu menghalang ular tersebut.
->diajak berzina oleh lelaki tak dikenali - setuju tapi tak buat - cepat-cepat sedar bahawa diri di alam mimpi

3. Pernah sekali ketika tidur, saya terjaga dan rasa ada sesuatu yang buat saya kebas / seram sejuk menyelinap di sebelah kanan badan seakan-akan cuba menguasai saya. Saya tak sedap hati - baca ayat kursi dan mengiring ke sebelah kiri. Kemudian rasa kebas itu beralih ke sebelah kiri pula. Saya terus baca ayat kursi lagi dan berusaha untuk tidur kembali - saya selimut badan kemas-kemas dengan harapan ia takkan mengganggu saya lagi.

Soalan saya, apakah agaknya benda tu?

4. Pernah sekali juga, saya hampir tertido (memang waktu tidur masa tu), sebelum tu dah baca doa sebelum tidur. Kemudian saya rasa kena tindih, sukar bernafas dan sukar untuk sebut ayat Allah -hatta nak sebut Allah tak mampu. Saya terkulat-kulat beberapa saat dan selepas tu saya dengar bunyi ketawa halus sebelah kanan sebanyak 6 kali - 'hehehehehehe' betul-betul macam tu lah.  Kemudian saya dapat bernafas macam biasa. Kejadian berlaku 5 tahun yang lalu..

Saya khuatir adakah saya menjadi mangsa kerakusan jin?

5. Adakah haiwan peliharaan seperti kucing dapat dikawal jin?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-12-2014 09:40 AM | Show all posts
Saya sedikit kesibukan akhir-akhir ini menguruskan beberapa kes klinikal yang melibatkan gangguan jin @ sihir. Dalam minggu ini, saya menguruskan kes-kes kanser payudara, Stephen Johnson Syndrome (SJS), Lesch Nyhan Syndrome, lelaki mati pucuk, masalah saraf @ sendi, buasir, masalah jantung, penyakit kulit, senggugut dan masalah sukar hamil. Sekali pandang, ia seolah-olah kes untuk dikendalikan oleh pakar perubatan alopati. Cuma setelah benar-benar disiasat, ada peranan jin atau sihir padanya. Alhamdulillah dengan menggunakan pengetahuan saya dalam bidang sains dan kehebatan al-Quran dengan panduan as-Sunnah, pesakit berjaya dibantu. Kini saya kembali memberi respons di thread, di PM dan di emel seperti sediakala.

p/s: Saya bercadang untuk membuka grup whatsapp & telegram kepada mereka yang benar-benar memerlukan rawatan jarak jauh secara percuma. Sila emelkan maklumat diri dan masalah kesihatan @ gangguan jin (sihir, saka dsb) yang dialami termasuk no. hp (yang ada whatsapp & telegram) ke [email protected]. Insya-Allah saya akan masukkan Tuan/Puan ke dalam senarai pesakit yang diberi keutamaan (priority list) setelah sedikit proses tapisan dibuat.

Last edited by coway_daddy on 21-12-2014 10:56 AM

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2014 02:57 PM | Show all posts
salam...saya nak bertanya kepada tuan TT,

berkenaan JUBAH HIJAU boleh terang kan

apakah ia?
kategori apa?
salahkan di sisi agama jika memilikinya?


terimakasih
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 01:45 PM | Show all posts
Salam saudara..saya ada PM saudara..jika saudara tak keberatan, mohon penjelasan ye .terima kasih banyak2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2014 08:52 PM | Show all posts
neyssa posted on 26-12-2014 01:45 PM
Salam saudara..saya ada PM saudara..jika saudara tak keberatan, mohon penjelasan ye .terima kasih ba ...

Wa'alaikumussalam. Baik, insya-Allah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.108501 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list