CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Jenayah] TERKINI:Gadis Cantik DiToreh Muka Sempat Berteriak Meminta Tolong UPDATE Pg28

[Copy link]
 Author| Post time 5-12-2014 07:41 AM | Show all posts
Cinta saya tak berubah’

Pasir Puteh: “Tidak mungkin saya  melupakan insiden itu dan sampai bila pun saya akan ingat terutama bagaimana dia (penjenayah) menoreh muka saya,” kata Nur Shafiqa Lah, 22.
Dalam kejadian  jam 2 petang Ahad lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, di sini.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.
Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.

“Saya  guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.
“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga terasa perit. Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan mengunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan  mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.
Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
“Kejadian itu  begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah kepala turut diketuk dengan objek tumpul.
“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.
Nur Shafiqa dan Hat Tema  dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang ke rumah pagi semalam oleh bapanya Lah Hassan, 59, serta tunangnya Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24.
Mohd Azijja Zafran berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.
Menurutnya, mereka  bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang mempercepatkan tempoh itu.
Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak  berubah, malah menjadi tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat insan tersayangnya itu.




      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Disember 2014 @ 6:27 AM   
«»
Mohd Azijja memberi minuman kepada Nur Shafiqa di rumah tunangnya di Kampung Wakaf Berangan.




http://www.hmetro.com.my/node/13773






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2014 07:46 AM | Show all posts
Rakan tunang nafi terbabit

Pasir Puteh:  “Saya tidak terbabit dalam kejadian itu,” tegas Wan Muhd Apaf Shah Wan Ismail, 25, selepas gambarnya tersebar dalam laman sosial dan dikaitkan sebagai suspek kes samun dan toreh muka seorang wanita, Ahad lalu.

Menurutnya, dia hanya tahu  gambarnya tersebar di laman sosial Facebook dan WhatsApps selepas menerima panggilan daripada rakan di kampung.
Katanya, ketika kejadian, dia berada di Kuala Lumpur kerana  menjalani latihan industri.

“Selepas gambar itu tersebar, saya menerima puluhan panggilan daripada keluarga dan rakan memaklumkan perkara itu.


“Saya tidak pasti mengapa gambar saya disebarkan sama ada sekadar bergurau atau mahu menjatuhkan maruah saya,” katanya.

Menurutnya, dia mengakui berkawan rapat dengan tunang mangsa Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24, kerana pernah bersekolah di sekolah sama sebelum ini selain turut mengenali mangsa.

“Saya akui mengenali mangsa, tetapi tidak  rapat. Sebagai rakan, tidak mungkin saya sanggup buat  perkara itu kepada tunangnya, malah saya sudah lama tidak pulang bercuti  kerana sibuk dengan latihan industri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang untuk siasatan lanjut.

  Bapa Wan Muhd Apaf, Wan Ismail Wan Daud, 50, berharap polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran gambar anaknya bagi membersihkan imej dia sekeluarga.

http://www.hmetro.com.my/node/13768
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 08:05 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 4-12-2014 05:40 PM
dah confirm ke ex bf yang buat?

saspek dah kena tangkap.. katanya penagih dadah?

tenkiu for the info kita paste sini yer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 08:05 AM | Show all posts
Suspek toreh muka dikenalpasti

3 Disember 2014               



  • Mazlan


        PASIR PUTEH - Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang menyamun dan bertindak ganas menoreh muka Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Isnin lalu.

“Kami yakin dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi Wan Nor Azie Wan Hassan, 21,  balu kepada anggota polis Allahyarham Mohd Shakuan Mohd Tajuddin, di Kampung Kuchelong, Bachok.
         
        Mohd Shakuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah van dekat pekan Jelawat, Sabtu lepas.


        Dalam kejadian Isnin lalu, Nur Shafiqa mengalami kecederaan di muka akibat ditoreh dan ditumbuk oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya selain turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.




  
        Sementara itu, Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi membantu anggotanya yang menjadi mangsa jenayah.
           
        Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pengisian tabung itu akan dibuat menerusi kutipan derma anggota Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian dan akar umbi.
         
        "Dana itu penting untuk membantu anggota terutama yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Shafiqa di rumahnya, hari ini. – Bernama


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:08 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 5-12-2014 07:41 AM
‘Cinta saya tak berubah’

Pasir Puteh: “Tidak mungkin saya  melupakan insiden itu dan sampai bi ...

Kejung sangat lakonan uol masuk paper dik. Sila cuba lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 08:08 AM | Show all posts
Suspek Toreh Muka Syafiqa Berjaya Diberkas ?               Oleh: EDITOR | 5 December 2014



KOTA BAHRU- Media sosial sejak lewat malam tadi kecoh dengan suspek yang dipercayai mencederakan seorang wanita di Pasir Puteh Kelantan tempoh hari berjaya ditahan pihak polis.

Menurut sumber suspek berkenaan dipercayai penagih dadah sekali gus menafikan segala khabar angin negatif kononnya mangsa yang terlibat adalah disebabkan balas dendam dari pihak-pihak tertentu. Hasil siasatan bakal merungkai segala apa yang berlaku terhadap Syafiqa dan ahli keluarga beliau.

Walaubagaimanapun kes ini masih lagi dalam siasatan mengikut seksyen 394 kanun keseksaan kerana melakukan samun dan mendatangkan kecederaan.


  http://www.orangmuda.tv/2014/12/05/suspek-toreh-muka-syafiqa-berjaya-diberkas/
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-12-2014 08:10 AM | Show all posts
chazey posted on 5-12-2014 12:08 AM
Kejung sangat lakonan uol masuk paper dik. Sila cuba lagi.

seumpama memujuk isteri merajuk supaya minum
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:21 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 5-12-2014 08:08 AM
Suspek Toreh Muka Syafiqa Berjaya Diberkas ?               Oleh: EDITOR | 5 December 2014

Itu ka muka suspek?

YA TUHAN SELAYAKNYA DIDUMPED WITHOUT PRIOR NOTICE.

Aku dengan ini bertambah yakin adik ini difitnah saja bila kunun2 tersebar cerita sheol sombong la, berlagak la, perasan cantik la, kaki kikis la.

Fikir sendiri la akak2, abang2 yang cenderung ngumpat mangsa kunun kekwat - kalau uols jadi adik ni, uols nak ke mat pit ropa ginih? Sila bandingkan dengan tunang muka bercahaya berseri2 itu. Terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 08:23 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 5-12-2014 08:10 AM
seumpama memujuk isteri merajuk supaya minum

Namun ada kesyahduan di situ. Penghayatan agak cemerlang la kiranya tak gitu kaka Ghost.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila cintadirejek
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 08:35 AM | Show all posts
liton posted on 4-12-2014 02:39 PM
Baguslah niat nak membantu tu, tapi tak payahlah hadkan pada ahli parti shj. Kesian pulak mangsa ...

..................
kes gni baru lah patut di tolong .. bagi derma

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 08:39 AM | Show all posts
chazey posted on 5-12-2014 12:21 AM
Itu ka muka suspek?

YA TUHAN SELAYAKNYA DIDUMPED WITHOUT PRIOR NOTICE.

belum ada apa2 kesahihan lagi dalam paper.tapi polis pun macam dah hint2 je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2014 08:41 AM | Show all posts
chazey posted on 5-12-2014 12:23 AM
Namun ada kesyahduan di situ. Penghayatan agak cemerlang la kiranya tak gitu kaka Ghost.

khennn ala2 poster movie giteww
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 03:54 PM | Show all posts
Lain lain muka mangsa. Anyway moga cepat sembuh. Si penoreh tu hukum gantung je elok. Usah habiskan tax payer money utk bela mereka ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 09:12 PM | Show all posts
munchkin posted on 5-12-2014 03:54 PM
Lain lain muka mangsa. Anyway moga cepat sembuh. Si penoreh tu hukum gantung je elok. Usah habiskan  ...

Susah nak justified hukum gantung ni sebab takde orang mati.
Bagi je dadah yang dirampas. Cucuk sampai overdose.




Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:19 PM | Show all posts
NAPER HIDUNG DIA SKARENG TAK MANCUNG? NAPE SKARANG TAK CANTIK? SELAMA INI GAMBAR 360 KER?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2014 11:23 PM | Show all posts

Sama Gak Macam Rihanna

cmf_WonBin posted on 5-12-2014 11:19 PM
NAPER HIDUNG DIA SKARENG TAK MANCUNG? NAPE SKARANG TAK CANTIK? SELAMA INI GAMBAR 360 KER?

Muke prior kene hantam dengan Chris Brown jauh cun dari muke lepas kene hantam.

Memang batang hidung boleh terperosok ke dalam.  Sedey haku bila topik ni up balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:31 PM | Show all posts
Gua ada kawan taiko, every month at least sekali gaduh sampai kena jahit luka, ada siku patah sampai keluar tulang .... tapi takda pulak hidung dia jadi hidung orang asli ...mancung aja ... dah banyak kali patah hidung ........
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:33 PM | Show all posts
NAPA KULIT DIA TANNED, DALAM INSTAGRAM PUTIH? Apa lepas kena tumbuk, kulit jadi hitam legam?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 11:36 PM | Show all posts
Amran Fans shared status dari Cikgu Suraya punye page;


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.101804 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list