|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
pepandai je ehh..
hahah dia tanye je la |
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi Gemencheh bukan baru
Pembunuhan kejam empat sekeluarga menggemparkan negara.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.1.jpg)
"SAYA buat kerana ia perintah daripada kuasa agung. Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."
Itulah kononnya kata-kata Rashidi Ismail, 34, kepada pihak polis mengenai tindakannya menyembelih bapanya, Ismail Awang, 76, serta mengerat jari adiknya, Siti Khadijah Ismail, 22, dalam kejadian bunuh melibatkan empat sekeluarga di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan, Selasa lalu.
Dalam tragedi yang disifatkan sangat kejam itu, bekas imam kampung yang juga datuk suspek, Atan Daud, 90, dan isterinya, Sufiah Keatas, 80, turut maut dibunuh.
Atan ditemui dengan tangan kiri terputus, Sufiah putus tangan kanan, Ismail hilang kepala manakala Siti Khadijah terbaring kaku dengan pisau tercacak di dada.
Suspek kemudian membawa kepala bapanya dari Tampin ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas sejauh 120 kilometer sebelum ditanam di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
"Masih sukar untuk dilupakan. Setiap kali mahu lelapkan mata, pasti terbayang-bayang wajah orang-orang yang saya sayangi itu menemui ajal dalam keadaan yang menyedihkan," luah Siti Mariam Ismail, 19, orang pertama menemui empat mayat ahli keluarganya itu sekembalinya dari sekolah kira-kira pukul 3.30 petang.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.2.jpg)
DI lantai rumah ini, Mariam menemui mayat datuk, nenek dan bapanya yang terbujur kaku.
Menurut Mariam, kebiasaannya Ismail akan menjemputnya dengan motosikal di jalan besar. Namun, pada hari kejadian, kelibat bapanya tidak kelihatan dan dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke rumah.
"Sampai saja di rumah, saya panggil kakak, tapi dia tak jawab. Pelik juga sebab biasanya dia akan sambut saya pulang. Bila saya buka pintu, saya nampak kakak terbaring di lantai dengan pisau terpacak di dadanya.
"Saya berlari ke rumah datuk dan nenek yang terletak berdekatan. Malangnya, di sana saya menemui pula datuk, nenek dan ayah terbujur kaku di lantai rumah," katanya yang masih trauma dan murung akibat kejadian itu.
Kasih ibu
Bagi Zaharah Atan, 59, peristiwa itu adalah tragedi paling besar dalam hidupnya. Beliau yang kematian suami, ibu, bapa serta anak perempuan turut diuji apabila suspek utama, Rashidi juga merupakan anaknya.
"Semasa kejadian, saya keluar bekerja di kilang ayam tidak jauh dari sini. Lebih kurang pukul 4.50 petang, ada jiran datang ke kilang dan menjemput saya pulang.
"Bila saya tanya kenapa, dia kata sabarlah. Bila sampai di rumah, saya nampak orang ramai dan kereta polis.
"Saya ingat ada pokok tumbang menghempap rumah. Disebabkan saya tak dibenarkan masuk ke rumah, saya duduklah di kebun getah," cerita beliau.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.3.jpg)
ZAHARAH reda tragedi yang menimpa keluarganya.
Apabila Mariam datang, Zaharah bertanya kenapa tetapi Mariam hanya menggelengkan kepala. Mariam pula menjawab 'ada' bila ditanya di mana kakaknya, Siti Khadijah.
Zaharah bertanya lagi, balik sekolah tadi naik apa? Mariam hanya kata jalan kaki dan tidak tahu kenapa bapanya tidak datang menjemput seperti biasa.
"Saya mula rasa sesuatu yang buruk telah berlaku. Setengah jam selepas itu, baru saya dapat tahu, suami, anak, ibu dan bapanya mati dibunuh," beritahu Zaharah kepada Jurnal.
Pada awalnya, Zaharah tidak percaya apabila Rashidi dikaitkan sebagai suspek utama sementelah dia disifatkan sebagai anak yang baik.
"Dia anak saya yang terbaik dalam pelajaran. Tak pernah dia tinggi suara, membentak atau bertempik dengan orang tua. Dengan adik-beradik pun dia tak macam itu," kata Zaharah.
Digambarkan sebagai anak yang soleh, Rashidi yang juga bekas pegawai bank itu sentiasa tersenyum.
Tidak pernah menyusahkan ibu bapa, Rashidi yang mendapat pendidikan sekolah agama juga amat disenangi oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.4.jpg)
LOKASI pembunuhan empat mangsa di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan Selasa lalu.
"Kalau diikutkan perangai Rashidi yang saya kenal, dia bukan panas baran orangnya. Saya dapat rasakan ada sesuatu yang mendorong dia buat begitu.
"Begitupun, saya reda dengan apa yang telah terjadi. Kalau ditakdirkan anak saya itu bersalah dan dihukum gantung, saya terima.
"Kalau dia disahkan sakit jiwa pun, saya masih terima dia sebagai anak.
"Saya memang marah dan terkilan, tapi itu tidak akan buang perasaan sayang saya pada dia," tuturnya yang sempat mencium pipi Rashidi semasa anaknya itu dibawa ke lokasi pembunuhan.
Bukan kes pertama
Menyelusuri misteri di sebalik kejadian ini, belum ada petunjuk kukuh yang dapat merungkainya.
Ada yang mengatakan ia berpunca daripada tekanan, sakit jiwa dan tidak kurang yang mengaitkannya dengan ilmu hitam.
Apa pun, kejadian yang menimpa keluarga Zaharah bukan kes pembunuhan beramai-ramai sebuah keluarga yang pertama dilaporkan di negara ini.
Pada Jun 1998, empat sekeluarga mati dibunuh kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.
Empat sekeluarga malang itu ditemui mati dalam keadaan ngeri dan berulat oleh seorang ahli keluarga mereka pada 10 Jun. Mereka dipercayai dibunuh tiga hari sebelum itu.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.5.jpg)
MARIAM masih trauma selepas melihat ahli keluarganya dibunuh kejam.
Dalam kejadian yang berlaku di antara pukul 7 petang dan 10 malam itu, mangsa-mangsa yang terlibat ialah Ridlian Mansor, 55, isterinya Rosnah Asari, 44, dan anaknya iaitu Hamsah, 20, dan Mohd. Azizul, lapan tahun.
Mayat Ridlian, Rosnah dan Mohd. Azizul yang mempunyai kesan tetakan di kepala, leher dan dada ditemui di sebuah bilik dalam keadaan bertindih antara satu sama lain.
Mayat Hamsah, gadis yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 5 Julai pula dijumpai dalam keadaan separuh bogel. Pada lehernya terdapat kesan jerutan dan mulutnya disumbat tuala.
Ekoran kejadian itu, seorang pemandu lori yang juga menantu keluarga itu, Khasiran Jamari, 27, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Selain itu, kes tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga dibunuh dalam keadaan ngeri, dipercayai diserang oleh sekumpulan pembunuh di rumah mereka di Taman Johor Jaya, Johor Bahru di antara pukul 1.41 pagi hingga 7.43 pagi, 28 Julai 2001.
Mangsa yang terlibat ialah K. Mangala Gowri, 42, S. Muniandi, 71, B. Vasagi, 27, S. Suppiah Amuaavalli, 44, S. Perumal, 49, S. Letchimee, 51 dan S. Ramaiee, 64.
Pakar forensik mengesahkan punca kematian semua mangsa adalah kerana luka yang teruk di leher akibat tetakan dengan senjata tajam.
Ekoran insiden itu, Md Masud Rana, 32, bekas pekerja kilang dan rakannya yang juga berasal dari Jugdumpur, Bangladesh, Razaul Karim Md Soleman Ali Fakiruddin, 37, dituduh membunuh.
Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, pembunuhan berkumpulan yang melibatkan lebih daripada dua mangsa bukan kes baru. Malah ia sudah lama berada dalam landskap jenayah negara.
Jelasnya, wujud dua faktor yang mendorong suspek bertindak di luar kawalan sehingga berupaya membunuh dengan cara yang kejam.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/0110/Kosmo/Rencana_Utama/ru_01.6.jpg)
RASHIDI dianggap anak yang baik oleh ibunya.
"Kemarahan yang luar biasa dan gangguan jiwa mampu mempengaruhi penjenayah untuk melakukan sesuatu di luar kewarasan mindanya.
"Walaupun pakar psikiatri menolak gangguan jiwa sebagai penyakit namun dari segi kriminalogi, ia tidak boleh dijadikan satu bentuk justifikasi yang menghalalkan golongan pesakit jiwa melakukan jenayah," ujarnya.
Mengulas senario pembunuhan melibatkan lebih daripada dua mangsa, Kamal berpendapat ia merupakan pembunuhan berkumpulan, bukannya pembunuhan beramai-ramai.
"Pembunuhan berkumpulan boleh ditakrifkan sebagai pembunuhan lebih daripada dua mangsa yang mempunyai pertalian antara mereka.
"Mangsa juga dibunuh dengan lebih tragis, sebagai contoh, kes pembunuhan empat sekeluarga di Gemencheh baru-baru ini," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Penganggur bunuh kekasih kekal ke tali gantung
Oleh NORLIZAH ABAS
[email protected]
PUTRAJAYA 24 Feb. - Hayat seorang penganggur kekal berakhir di tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh teman wanitanya yang sedang mengandung dalam satu kejadian amuk, 10 tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen dan Datuk Heliliah Mohd. Yusof memutuskan demikian apabila sebulat suara menolak rayuan akhir Adnan Mat Jusoh, 46.
Mahkamah dengan itu mengekalkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan dan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya.
Penganggur itu didapati bersalah membunuh Mastura Kamarul Jamal, 28, kira-kira pukul 11.30 malam, 6 Januari 2000 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian, Kelantan.
Laporan perubatan menunjukkan mangsa ketika itu sedang mengandung 10 minggu, menemui ajal akibat tikaman menembusi paru-paru dan jantung kiri.
Mayatnya ditemui terbakar dengan kesan retakan di bahagian kiri dan kanan tempurung kepala, berhampiran tangga pintu rumah tersebut yang dibakar oleh Adnan yang ketika itu dilaporkan sedang mengamuk.
Mereka merupakan pasangan kekasih dan tinggal di rumah berkenaan selama hampir tiga bulan.
Terdapat keterangan di mahkamah bahawa sebelum kejadian, kedua-duanya telah berbuka puasa bersama sebelum mengambil pil kuda dan heroin.
Adnan yang melarikan diri selepas kejadian itu ditangkap polis di sebatang sungai di Kampung Pasir Jelatang kira-kira pukul 3 pagi keesokannya.
Sebelum itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Adnan berhujah, mahkamah terdahulu tersilap sewaktu mensabitkan perayu terhadap tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau menghujahkan, mahkamah ketika menyimpulkan wujud niat membunuh gagal mengambil kira pembelaan bahawa anak guamnya berada dalam keadaan tidak siuman akibat pengaruh dadah.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Bache berhujah, pihak pendakwaan boleh bersandarkan kepada elemen pengetahuan kerana ia mencukupi bagi membuktikan elemen membunuh walaupun tanpa kewujudan niat.
Sehubungan itu, pendakwa raya menghujahkan, sabitan dan hukuman tersebut selamat kerana kedua-dua mahkamah terdahulu betul ketika memutus dan menolak rayuannya. |
|
|
|
|
|
|
|
pehhhhhh..x terkata aku![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
703# Syd
korang agak2..Datuk Heliliah ni..lelaki ker pommpuan?..he..he..? |
|
|
|
|
|
|
|
khatamgak aku bc syd..thanks for d info...anyway..ada tak information, tentang parachute (atm ker tk sure) yang jatuh kat melaka ker apa tu..tk ingat tawon bila..tapi 5-6 tawon lepas kot.....ada diceritakan..jatuh kt atas rumah...berkecai dsbgnya....eee..ngeri:cry: |
|
|
|
|
|
|
|
707# Syd
waa..skali pic gitu..kiter pernah gaks face to face ngan Datuk ni...tp kt opis dia jrg pakai bj kurungg...alwiz with her suit....look cam laki..tp rambut panjang..he.he2..anyway...dia baik sgt..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wahhhh berjaya gak khatam.
Al-Fatihah ntuk semua mangsa2 yang x bersalah
semoga penjahat2 tu dpt balasan setimpal..
aku teringat lagi satu kes..
kes budak lelaki chinese bunuh anak cikgu tuisyen dia..
puncanya kalau x silap budak pompuan tu selalu ejek dia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syd at 25-2-2010 15:10
706# dzaraa
yang nehh ker?
Jumaat September 08, 2006
Dua komando maut berlaga di udara
Oleh LEE YUK PENG
MELAKA: Dua anggota komando dari Pasukan Gerak Khas, Kem Sungai Udang terbunuh ketika menjalani latihan kursus asas terjun bebas di Padang Kemunting, Tanjung Bidara dekat sini, hari ini.
Pegawai waran II Abdul Razak Awang, 42 yang merupakan jurulatih latihan tersebut dan pelatih Lans Koperal Roslan Ibrahim, 29 maut apabila kedua-duanya bertembung di udara ketika membuat terjunan payung terjun pada kira-kira jam 9.45 pagi.
Roslan dari Gua Musang, Kelantan dan jurulatihnya itu yang berasal dari Kuala Kurau, Perak bertembung pada ketinggian kira-kira 4,000 kaki.
Komandan Pusat Latihan Peperangan Khusus, Kol Che Hasim Ishak berkata, Roslan membuat terjunan daripada sebuah pesawat CN235 pada ketinggian 8,000 kaki dan payung terjunnya terbuka dengan baik.
Bagaimapun, katanya, payung Abdul Razak yang terjun selepas itu belum terbuka lalu bertembung dengan Roslan pada ketinggian 4,000 kaki di udara sebelum kedua-duanya jatuh menjunam ke bumi.
Abdul Razak terhempas di atas bumbung sebuah rumah di Taman Bidara Jaya sementara Roslan yang payung terjunnya koyak setelah diterjah Abdul Razak, tersangkut di atas sebatang pokok getah berdekatan.
Mayat kedua-dua komando itu terdampar lebih kurang 100m antara satu sama lain, kata Kol Che Hashim ketika ditemui di rumah mayat Hospital Melaka.
“Kami belum tahu lagi apakah sebenarnya yang berlaku selepas kedua-dua mereka berlaga. Akibat perlanggaran itu, saya agak kedua-dua mereka pengsan di udara, macam itulah apa yang saya lihat.
“Pelatih (Roslan) itu mendarat dengan payung yang separuh berfungsi, walaupun payung itu pecah, payung mempunyai sembilan sel, pecah tinggal lima sel dan masih mampu menampung penerjun.
"Dia jatuh tidak laju. Jurulatih (Abdul Razak) bila dia berlanggar dia mungkin tak sedar diri, dia tak buka payung dan dia jatuh tanpa membuka payung," katanya yang ketika kejadian berada di lokasi berkenaan.
Katanya, Abdul Razak yang berpengalaman melakukan 800 kali penerjunan mungkin tidak sedar bahawa Roslan berada di bawahnya semasa terjun dari pesawat memandangkan beberapa lagi payung penerjun lain berada di sekitar ruang udara.
Kedua-dua komando malang itu adalah antara 28 anggota yang terbabit dalam latihan yang dijalankan selama lima hari berakhir hari ini.
Abdul Razak meninggalkan seorang balu Azizah Ismail dan lima anak berumur antara 15 tahun dan empat bulan.
Roslan pula meninggalkan balu No Azma Nordin dan seorang bayi tiga bulan.
Azizah dan Azma kedua-duanya bekerja sebagai jururawat di Hospital Melaka.
Laporan polis dibuat di balai polis Masjid Tanah di samping siasatanyang akan dijalankan oleh pihak tentera mengenai kejadian itu.
Kedua-dua mangsa itu akan dikebumikan di kampung masing-masing selepas selesai bedah siasatan. |
|
|
|
|
|
|
|
709# agydeyn
Remaja Bunuh Anak Guru Tuisyen Mahu Jadi Peguam
Oleh AU YEONG HOW
![](http://mstar.com.my/archives/2010/1/20/mstar_berita/Penjara2.jpg)
Lee Lam Thye (tengah) bertanya sesuatu kepada seorang daripada pelajardan juga banduan di Sekolah Integriti Kajang sempena lawatannya kePenjara Kajang di Kajang, hari ini. Turut sama Zulkifli Omar (kiri) danTimbalan Penguasa Penjara Kajang Ranjit Singh. - Foto BERNAMA
KAJANG: Meskipun disabitkan kesalahan membunuh anak perempuan gurutuisyennya pada tahun 2002 dan akan kekal di penjara selama diperkenanYang di-Pertuan Agong, seorang remaja membulatkan tekad untuk mengejarcita-citanya menjadi seorang peguam.
Untuk mencapai hasratnya itu, pesalah juvenil terbabit yang kiniberusia 21 tahun sedang mengikuti kursus undang-undang di SekolahIntegriti Penjara Kajang.
Ketika ditemui mStar Online di penjara berkenaan semalam, remaja itumemberitahu Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF),Tan Sri Lee Lam Thye bahawa semangat belajarnya masih berkobar-kobar.
"Semangat belajar saya masih membara dan saya percaya kepada keadilan," katanya di sini.
Lee bersama kira-kira 10 ahli jawatan kuasa melakukan lawatan rasmi kePenjara Kajang di sini sambil ditemani Komisioner Jeneral PenjaraMalaysia, Datuk Wira Zulkifli Omar.
Menurut remaja itu, seorang profesor akan membawa 16 pelajar universitiawam di bawah bimbingannya ke penjara untuk melawat sambil belajarbersama-sama pada setiap bulan.
Pada 2003, Mahkamah Tinggi memerintahkan remaja lelaki itu ditahanselama perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mensabitkannya dengankesalahan membunuh dengan menikam sebanyak 24 kali anak perempuan gurutuisyennya yang berumur 11 tahun di rumah gurunya itu di Taman SriRampai di Wangsa Maju antara 3.30 petang dan 4.30 petang pada 30 Mei,2002.
Semasa melakukan jenayah tersebut dia berumur 12 tahun.
Kes itu menjadi tumpuan pada tahun 2007 apabila Hakim Mahkamah Rayuanpada ketika itu, Datuk Gopal Sri Ram (kini hakim Mahkamah Persekutuan),dalam keputusannya memutuskan Seksyen 92 (2) Akta Kanak-kanak melanggarPerlembagaan kerana ia memberi kuasa eksekutif untuk menjatuhkanhukuman terhadap kanak-kanak yang melakukan pembunuhan.
Beliau berkata ia melanggar doktrin pemisahan kuasa seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sri Ram memutuskan mahkamah-mahkamah mesti mempunyai kuasa eksklusifuntuk mendapati seseorang itu bersalah membunuh dan kemudian mengenakanhukuman, dan ia tidak boleh sembarangan mensabitkan seseorang tetapimenyerahkan tanggungjawab melaksanakan hukuman kepada Yang di-PertuanAgong, sultan atau gabenor yang bertindak atas nasihat eksekutif.
Sri Ram mengekalkan sabitan itu, menyatakan terdapat "banyak"keterangan terhadap budak lelaki itu tetapi membebaskannya selepasmemutuskan tidak terdapat undang-undang yang memperuntukkan hukumankepada kanak-kanak yang disabitkan kesalahan membunuh.
Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan remaja lelakiitu bagi semakan terhadap keputusannya pada 23 Oktober 2007, danmembatalkan perintah Mahkamah Rayuan. |
|
|
|
|
|
|
|
710# Syd
aha..tq..tq..ini laaa....good boy...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
wah
ada org minat abg syd
mala0n Post at 12-1-2010 12:01 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
woah! mati2 aku igt Syd pompuan sebelum nih. hurmm.. wonder2 ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
banyak betul citer2 tragis yang membabitkan pembunuhan kejam, rogol, tanah runtuh, k/terbang terhempas kat sini
teringat pernah terserempak dgn mona fandey kat Ct Jln raja masa dia dibawa ke dalam van penjara, asyik senyum dan melambai tgn walau bergari, bila tgk muka dia teringat datuk mazlan yang dikerat2, heee ngeri
xtahulah samada this case was reported ke x. Ianya berlaku masa tahun 1985 kat Muar di hadapan Sek Men Keb Maahad Muar kat Jln Junid yang mana seorg budak berumur 5 tahun dijumpai dibunuh yg mana mayatnya disula dari punggung dan tembus dimulut. Budak tu dirogol dan kemudiannya dibunuh. Pelakunya adalah jiran budak tu sendiri yg rasanya seorg penganggur, me tahu sebab ayah me kerja kat Pejabat Pendidikan Daerah dan dia juga penasihat undang2 kes juvenile. Tapi utk kes ni pesalahnya dihantar ke tampoi sebab dia claimed yg dia ada mental problem sdgkan dia tu sebenarnya x dan dia mmg terlepas hukuman gantung dan penjara serta sebatan.
kes yang melibatkan suami dibunuh oleh isteri dan sepupu dia tu, tempat kejadian dkt dgn rumah me kat Bdr Baru Bangi termsklah kes student UKM tu pun dkt sek 7 Bdr Baru Bangi
knplah ramai sgt yang mental skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
selalu orang yang pangai pelik2 mcm tu, mmg kena hantar ke sepital mental.. tuk pemerhatian pakar kat sana. bdasarkan report pakar kat sana, baru mahkamah tentukan
dia nehh waras ke idak waktu lakukan...
ikut logik pung, orang yang waras, takkan sesuka buat benda kejam mcm tu... kejam sesangat... orang mental jerk yang tergamak.... mental pung banyak jenis... |
|
|
|
|
|
|
|
yang suami mati kena bunuh dek bini ngan sepupu dia tuhh
mamax kan? yang dia taruk ubat tido dalam kari
kasik hidang laki dia makan... laki dia stone, pastu dia ngan sepupu dia
bunuh lelaki tu kan? ada kuar paper tu hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
hah betullah tu syd
masa polis datang gali tempat dia tanam mangsa tu me dan laki me pun menyibuk gak nak tgk![](static/image/smiley/default/lol.gif)
yg me ingat mangsa tu baik dgn penduduk kat situ tapi wife dia klu x silap dari india mari
then org2 kat situ dok bergosip kata yg wife dia tu dgn sepupu dia tu ada affair
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
dalam perbicaraan tuh pun ada disentuh
pasal hubungan sulit gitu...
yang budak UKM tu, si OKT pung dah kena jatuh hukum..
hukum gantung, tapi dalam proses rayuan katanya |
|
|
|
|
|
|
|
in November 1988, there was a high-profile murder of a young woman by the name of Mustakizah Jaafar. 匰he was rumoured to have been pregnant at the time of her death and many believe she was having an ...
Syd Post at 2-7-2008 09:40 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
syd kes ni ada kena mengena dgn bekas menteri, kan...
dulu ada terdengar arwah mak dan kawan2 mesyuarat tingkap dia bercerita pasal arwah ni
dia kena tembak kat depan umah, pastu pasal dia pregnant dan tt VVVIP tu xnak coz takut nanti isteri dia ngamuk bagai
kesian kat dia
tapi tulah dah sampai ajal |
|
|
|
|
|
|
|
skrg org yang pandai2 nie berpontensi ada masalah mental...bahaya nie...kes membunuh nie pun sama |
|
|
|
|
|
|
| |
|