CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rdzaccess

Aaanntuu~Close encounter

 Close [Copy link]
 Author| Post time 14-8-2007 12:42 PM | Show all posts


Selang dua minggu, maka hebohlah di perkatakan kekawan kat kilang aku kerja tu security manager tak datang kerja.
Bebudak mencebik tak suka ngan dia ni. Yalah,...bila dah bebas melayan cara sendiri, tetiba barang2 kena susun, merokok tak leh sesuka hati walaupun kat luar, makan mesti lah kat kantin... kilang baru adalah culture shock sikit.
Kerja dia tu memang lah betul cuma tak de presentation, at least berilah penerangan ke atau group meeting ker.
Tapi selepas kejadian ni, dia lebih mesra dan kekawan kilang amat selesa ngan dia, dan kami panggil dia abang.
Boleh buat joke sementara disiplin berjalan jugak. Best...Tak de kemalangan kecuali terseliuh aje itu pun bila bersukan.

Hari kedua dia sakit, abang ipar ku sekeluarga melawat dia. dan aku dapati personnel manager pun ada. Badan dia lemah.
Isteri dia naik risau. Personnel Manager (pompuan) tanyer macam mane kata doktor, dia kata, doktor dah check, tak demam dan tak sakit apa. Tapi badan dia panas giler.Bila personnel manager tu rasa kat dahi dia, beliau menggelengkan kepala. Lepas tu kata kat dia agar bersuti dan berehatlah sehingg sembuh.Kemudian dia pun balik.
Abang iparku cuma tersenyum sinis semacam ada yang tersembunyi. Kemudian setelah beberapa lama maka kami pun pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-8-2007 12:54 PM | Show all posts
Setelah dia sembuh (3 hari jugak lamanya). Maka berceritalah dia masa waktu makan tengahari kat opis.
Abang ipar aku dan juga aku kongsi satu opis. Dia kira floor manager lah.
Pada malam sebelum dia demam tu , diwaktu petang lebihkurang jam nam setengah gitu, maka seperti biasa dia pun make his rounds. Sampailah kat satu tank gas yang besar warna putih di hujung belakang kilang. Kat situ juga ditempatkan kandang anjing masa memula kilang beropearsi dulu, tapi masa tu dah tak de, tak perlu anjing lagi sebab perkerja dah ramai.Syahadan, semasa dia membelek2 checklist yang ada tergantung kat situ dia nampak satu kelibat orang.
Jadi dah kerja dia, maka dia pun menyusuri tangki yang besar tu dan dia ternampaklah sesusuk tubuh berdiri membelakangi dia.
Dia pun maju ke depan.Kalakian setelah hampir maka tubuh itu bergerak seakan mahu mengadap dia.
Maka dia pun berdiri tercegat kat situ menanti sehinggalah ....bersambung...masalah teknikal...ma'af...

[fly][/fly]

[ Last edited by  rdzaccess at 14-8-2007 03:26 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 01:04 PM | Show all posts

Reply #702 rdzaccess's post

rdza!! are u okay??? pengsan ke ape??
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 01:06 PM | Show all posts

Reply #703 siape_aku's post

a`ah la...r u ok brader...allloooo..mr rd..????
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 01:13 PM | Show all posts

Reply #702 rdzaccess's post

apasal ayat last tu pelik je..

wat happened?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 01:14 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by rdzaccess at 13-8-2007 05:29 PM


Terjemahan:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2007 01:23 PM | Show all posts
Originally posted by siape_aku at 14-8-2007 01:04 PM
rdza!! are u okay??? pengsan ke ape??


serber down kuts...

jgn ko yg down udah ler, bro rdza....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 02:22 PM | Show all posts
saje je rdz tue...
jgn la wat sapsen dik oi!

a'a ayat tammatin tu dr surah mane?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2007 02:53 PM | Show all posts
dari gaye akhir tulisan rdza tu...mcm die tgh menaip..pastu kena culik dari belakang!!!!   takutttt
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by Kopi-Topi at 14-8-2007 01:23 PM


serber down kuts...

jgn ko yg down udah ler, bro rdza....



die buat2 pengsan tu sengaja nak bagi kitorang suspek...eh salah...suspen! "to be continue"...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 03:10 PM | Show all posts

Reply #709 siape_aku's post

takpun dia tengah menaip tetiba dia nampak sumting yg......???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by seroja at 14-8-2007 14:22
saje je rdz tue...
jgn la wat sapsen dik oi!

a'a ayat tammatin tu dr surah mane?


Ayat Tammattin bukanlah dari mana2 surah al Qur'an.
Ia adalah dari Mu'awwidhatin- Do'a yang digunakan oleh Rasulullah.
Apabila Rasulullah s.a.w terkena sihir maka Rasulullah s.a.w telah bermohon kepada Allah S.W.T
Sila lihat hadis dari (Bukhari, Muslim, Nasai,Ibn Majah, Abu Da'ud dan Mu'atta dari Imam Malik)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 03:21 PM | Show all posts
Ma'af ada glitch tadi. Kucing saya ( yg. dalam avatar tu )duduk atas keyboard. Biasalah dia kalau tidak ada2 dia takkan buat macam ni. Kejap lagi saya edit balik...Ma'af yer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 03:26 PM | Show all posts

Reply #713 rdzaccess's post

oraittt..mr rd..jgn la boring bercerita yea..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 03:26 PM | Show all posts

Reply #713 rdzaccess's post

kucing ni bikin saspen aje la...pandai lak die post tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 03:29 PM | Show all posts
Sekejap dia nyorok kat belakang monitor, merajuk kena marah...



Kena log-off dulu, nanti dapat short circuit plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2007 03:44 PM | Show all posts
tomey nyerrr tuchenggg!

GERAMM NAK PICIT2!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 03:48 PM | Show all posts
Originally posted by siape_aku at 14-8-2007 03:26 PM
kucing ni bikin saspen aje la...pandai lak die post tu....


ha'ah la sib baik tucen tu tak pandai sambung citer rdz erk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2007 04:28 PM | Show all posts
Originally posted by rdzaccess at 14-8-2007 03:19 PM


Ayat Tammattin bukanlah dari mana2 surah al Qur'an.
Ia adalah dari Mu'awwidhatin- Do'a yang digunakan oleh Rasulullah.
Apabila Rasulullah s.a.w terkena sihir maka Rasulullah s.a.w telah ber ...



betul..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2007 05:07 PM | Show all posts
Dia pun maju ke depan.Kalakian setelah hampir maka tubuh itu bergerak seakan mahu mengadap dia.
Maka dia pun berdiri tercegat kat situ menanti sehinggalah ...



Sehingga mereka berhadapan di antara satu sama lain.
Sedikit berumur dengan muka iras yang bersih.
Memakai serban berwarna putih dan berjubah lurus.
" PakCik, ....... Pak Cik tak boleh ada kat sini. Pak Cik kena keluar sekarang juga...! ! ! Ini kawasan larangan! ! !"
kata Security Manager tu menunjukkan kuasa vetonya.

Terpinga-pinga lah orang tua tu.
" Assalamua'alaikum" orang tua itu memulakan bicara dengan nada lembut.
" Ma'af lah nak. Pak Cik memang sehari- hari menggunakan jalan ni.". Orang tua tu memberi penjelasan.
" Tak boleh...!! Ini kawasan larangan. Pak Cik kena keluar sekarang jugak!" Katanya tanpa kompromi.
" Anak jangan berkasar macam ni, nanti Pak Cik lempang 3 hari demam." Orang tua tu berkata pula seakan memberi peringatan.

Oleh kerana, melihatkan bahawa dia hanya lah seorang tua dan mungkin ia tersalah haluan ( atau tak mau apa2 kejadian yg tak diingini berlaku atau....tak tau lah aku...) maka Manager ni pun berpusing meninggalkan orang tua tu...

Bila pulang ke rumah ,selepas mandi Manager ni rasa badan dia tak selesa kemudian teras panas dan demam.
Dia pergi jumpa doktor syarikat . Doktor check, suhu badan normal, Tapi bila rasa ngan tangan panas seakan demam pulak.

Penjelasan mamat cina tentang mirip muka dan tutur katanya dengan Orang Tua tu adalah seakan sama...
Cukup masa 3 hari sembuh dah....



[ Last edited by  rdzaccess at 14-8-2007 05:21 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.054152 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list