|
cegitu posted on 5-7-2013 02:22 PM
Kami setia menunggu...janji tau.
iyee cu..nenek janji... |
|
|
|
|
|
|
|
Nur_Allyn posted on 5-7-2013 02:38 PM
best sangat ... x sabar nk tahu apa yg akan jd pada TD dgn lisa...
hai beginner...hopefully join forum sbb nk bc cerita saya..haha |
|
|
|
|
|
|
|
alolo kihutnya diaa..kahkah |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 39
“Oh god, please help me….” Langsung tidak terasa lenguh tangan dan kakinya apabila melihatkan keadaan Lisa yang teruk. Bajunya terasa lembab dan berselut. Dahi gadis itu turut luka. Tubuh yang longlai itu dicempung sebaik mungkin bimbang andai terjatuh dengan keadaan denai yang agak licin dengan akar pokok yang meliar.
Kelam kabut Tengku Dennis menuju ke katil sebaik saja sampai ke cottage. Ramai anak buahnya sudah menunggu di luar kawasan cottage. Tubuh itu diletakkan diatas katil yang sudah dilapisi cadar baru, pasti Bob atau Adam yang mengemasnya. Bagasi yang berada ditepi dinding juga turut tiada. Disimpan dalam almari mungkin.
“Raymond! Now…” panggil Tengku Dennis. Lelaki mat saleh itu segera masuk ke bilik Tengku Dennis dan merapati katil. Beg bimbitnya dibuka dan dia mula mengambil tekanan darah dan denyutan nadi gadis itu untuk memastikan dia masih hidup atau telah meninggal. Belum sempat kerjanya selesai Tengku Dennis sudah bertanya. Bosnya itu dilihat mundar mandir sambil bercekak pinggang. Wajahnya kelihatan kusut.
Raymond memandang gadis yang terbaring dihadapannya. Cantik walaupun dalam berkeadaan pucat dengan dahi yang lebam kebiruan kesan luka yang sudah kering. Badannya yang terdedah juga calar balar. Sayang…tubuh cantik ini penuh dengan kesan luka. Seluruh tubuh Lisa diperiksa Raymond. Lukanya dibersihkan dan disapu ubat, Cuma luka pada tapak tangannya perlu dijahit kerana agak dalam.
Selesai kerjanya Raymond baru bersuara.
“I think you must change her clothes, she’s all wet and boleh kena flu.” Beritahu Raymond yang boleh berbahasa melayu walaupun masih tidak fasih dan lancar.
“Is she alright?” tanya Tengku Dennis. Ini sudah masuk kali ke-5 dia bertanya pada Raymond. Sejak dari tadi soalan itu langsung tidak lekang dari mulutnya. Raymond mengerling ke arah tubuh kaku yang sudah diselimut menutupi bahagian tubuhnya yang agak terdedah.
“Well, I can’t say much but I think she’s fine…you kena tukar pakaian dia after this. And most important is emosi dia tak stabil. You kena bagi sepenuh perhatian pada dia. Luka pada tangan, I rasa disengajakan but pada dahi I rasa dia terhantuk masa jatuh. Nanti dia bangun you bagi dia ubat. I dah letakkan atas meja. You jangan bagi dia pressure Tengku...” Raymond menasihati Tengku Dennis.
Berdasarkan apa yang dia lihat gadis itu mengalami tekanan yang melampau sehinggakan dia sanggup mencederakan diri sendiri dan kalau tidak diberi jagaan yang baik dan dikawal rapi, tidak mustahil untuk dia bunuh diri.
Tengku Dennis hanya mengangguk paham. Nasib baik dipulaunya memang segala kelengkapan dan perkhidmatan sudah disediakan. Raymond seorang doktor berbangsa Jerman yang diselamatkan Tengku Dennis sewaktu lelaki itu hampir dibunuh menyebabkan Raymond sanggup mengabdikan diri pada Tengku Dennis. Malahan dia sanggup menetap di Malaysia tambahan pula dia mahu melupakan kenangan silamnya, mahu melupakan mendiang isteri dan anaknya yang dibunuh kejam di Jerman.
“Bila dia akan sedar?” soal Tengku Dennis lagi. Matanya tepat menikam anak mata Raymond. Itulah perangainya, setiap kali bercakap hal penting, matanya akan memandang tepat ke dalam anak mata orang yang menjadi lawan bicaranya.
Raymond senyap seketika seolah-olah berfikir.
“I tak boleh bagai exact time tapi kalau dalam masa 24 jam dia tidak sedar, maksudnya there is something wrong with her head.” Jantungnya yang sudah mula tenang kembali resah. Kalau Lisa tidak sedar?
Tengku Dennis takut untuk bertanya dengan lebih lanjut. Bimbang jawapan doktor separuh abad itu bakal menakutkan dan meresahkan jiwanya.
“Okay…got it. Thank you Raymond.” Raymond hanya mengangguk.
Tengku Dennis menuju ke ruang tamu rumahnya. Anak buahnya masih setia disitu dan sebahagiannya berada diluar rumah. Bob dan Adam yang berdiri berdekatan sliding door dirapati.
“Suruh mereka semua balik rehat. Kau pun boleh balik.” Tengku Dennis mula mengeluarkan arahan. Bob mengangguk.
“cik lisa okay ke bos? Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya adam. Wajahnya turut beriak kerisauan. Melihatkan tubuh Lisa yang longlai sedang didukung Tengku Dennis membuatkan dia terfikir Lisa akan mati. Tapi Tengku Dennis nampak sedikit tenang, mungkin tak ada apa-apa kot, telahnya.
“Dia okay…tak payah risau. Kau boleh balik rehat, Lisa biar aku yang uruskan.” Jawab Tengku Dennis seraya berlalu ke bilik. Dia perlu memastikan Lisa dalam keadaan baik. Sedikit sebanyak dia turut rasa bersalah, Lisa ceria orangnya. Tapi melihatkan tubuh kaku itu membuatkan dia rasa takut. Takut andai kehilangannya. Ah! Dia sendiri pun bingung dengan perasaan sendiri.
Jawapan yang tidak berapa lengkap daripada Tengku Dennis membuatkan Adam kerut kening.
Tengku Dennis merapati katil. Wajah Lisa yang pucat direnungnya, terbit perasaan kasihan dalam jiwanya. Teringatkan kata-kata Raymond tadi, Tengku Dennis segera menuju ke almarinya. Bagasi hitam yang berkunci dibuka, baju-baju Lisa yang sedikit sopan sengaja diletakkan dalam bagasi itu dan dikunci dengan password yang berlainan. Salah satu gaun tidur kain kapas paras betis diambilnya. Dia kemudian menuju ke bilik air pula.
Sehelai tuala mandi dibasahkan dengan air suam-suam kuku yang keluar dari shower. Tuala itu diperah sedikit sebelum dibawa mendekati Lisa. Bahagian tubuh yang terdedah itu dilapnya lembut, menghilangkan pasir dan kekotoran yang melekat. Kawasan luka yang disapu ubat cuba untuk tidak diusiknya. Baju Lisa ditanggalkan dan diganti dengan gaun tidur yang diambil tadi.
Walaupun sebenarnya tidak sopan dan tidak elok untuk dia menyalin baju ditubuh Lisa namun dia tiada pilihan. Dipulau ini tiada perempuan dan hanya dia yang layak menggalas tanggungjawab itu. Takkan nak suruh Bob atau Adam, apatah lagi Razman yang mata keranjang. Lagi pun lebih dari itu yang sudah dia lihat ditubuh gadis cantik ini.
Badannya yang juga melekit membuatkan Tengku Dennis tidak selesa. Dia mahu mandi membersihkan badan. Dia segera berlalu ke bilik mandi. Hampir setengah jam dia membersihkan diri sehelai seluar pendek dan t-shirt disarungkan ke tubuh sebelum dia merebahkan diri ke katil. Badannya di kalihkan menghadap Lisa. Tubuhnya dirapatkan ke arah gadis itu dan pipi pucat itu dicium lembut tapi lama.
“I’m sorry…” ujar Tengku Dennis perlahan. Pelukannya dieratkan sebelum dia tertidur.
“Ain…kau agak kan Tengku Dennis tu bawak Kak Lisa pergi mana eh?” soal Ain tiba-tiba sewaktu mereka berdua menonton t
televisyen.
“Hmmm…tu lah, aku risau sebenarnya ni. Entah apa lah agaknya Tengku tu nak buat dengan Kak Lisa. Hari tu bukan main tinggal tepi jalan, sekarang tak kan baru nak ambik kot.” Jawab Ain. Yana terangguk-angguk mengiakan sambil mulutnya tidak henti-henti mengunyah.
“Tapi…best jugak kan jadi Kak Lisa. Boleh duduk dengan Tengku Dennis, naik kereta dengan Tengku Dennis, cakap dengan Tengku Dennis. Kalau aku kena paksa pun sanggup. Handsome kot!” Yana menggeletis tiba-tiba. Dia terbayangkan wajah Tengku Dennis yang kacak dan susuk tubuhnya yang tegap. Aduhai….parah jiwa ni!
Ain hanya mencebik. Handsome pun kalau kerek, berlagak pun tak guna juga. Macamlah dia je kaya dalam dunia ni. Ain kutuk dalam hati. Dibalingnya bantal berbentuk hati ke arah Yana. Membebel mak cik tu dibuatnya.
“Hei, apa main baling-baling ni. Aku baru berangan Tengku Dennis peluk aku, senyum dekat aku. Ah…bahagianya….”
“Gatal!” marah Ain. Yana buat muka.
“Alah, macamlah aku tak tau kau pun syok dekat Tengku Dennis tu kan? Ala mengaku je lah Ain…dengan aku pun nak malu. Elele…tak kuasa mak noks!” Yana mengejek, siap dengan gaya pondan lagi. Ain ketawa kuat, berair matanya. Yana ni kalau layan memang tak habis.
“Kalau suka pun dia suka ke kat kita ni hah? Dia tu anak orang kaya, kerabat lagi. Kita ni dah lah miskin, anak yatim piatu pulak tu.” Ain bersuara setelah ketawanya reda.
“Betul jugak….tapiiii, cinta tu buta.”
“Cinta tu tak buta tapi kau tu yang buta tak sedar diri! Kita ni siapa nak dibandingkan dengan Tengku Dennis tu.” Ain mula mengeluarkan hujahnya kembali.
“Alah kau ni….aku serius ni.” Yana tidak puas hati.
“La…aku serius la ni…”
“Tapi kenapa Tengku Dennis tu syok kat Kak Lisa? Siap dipikulnya lagi bawa masuk dalam kereta. Kau lupa apa yang kita tengok hari tu?” soal Yana. Pagi itu mereka baru pulang dari kerja shift malam. Elok saja sampai di kawasan flat itu, dia ternampak Tengku Dennis memikul Lisa di atas bahu. Mereka berdua ingin menolong tapi tak berani, Tengku Dennis tu lain sikit orangnya. Dia jenis tekad sikit. Kalau ayahnya tu tak apa lah, baik, lepas tu lemah lembut sikit. Tengku Dennis ni lagak gangster sikit. Mentang-mentang badan tough.
“Kau ingat tak?” tanya Yana lagi apabila Ain buat tak tahu.
“Aku ingat….Kak Lisa tu lain, kalaupun dia miskin, dia tu cantik tau tak….kau tengok lah muka dia, sweet, manis…ayu. Nampak lembut je…Ahmad cakap muka Kak Lisa macam muka Sandra Dewi. Mamat tu kan kaki Sinetron, so semua minah indon dia tau.” Ain gelak dengan lawaknya sendiri.
Yana turut ketawa. Nampaknya mereka sekadar boleh cuci mata sajalah. Nak harapkan dapat kahwin dengan Tengku Dennis memang jauh panggang dari api lah jawabnya.
“Weh, borak, borak jugak. Kau ada rasa lapar tak?” tanya Yana sambil tersengih. Ain hanya menjeling. Tau sangat dah…
“Stok maggi ada banyak lagi kat dapur. Kalau rasa lapar masak sendiri, aku tak kuasa nak jadi bibik kau. Aku nak tidur, esok kerja pagi. Goodnight!” Ain bergegas bangun dari sofa usang itu menuju ke biliknya. Kalau berlama nanti tak pasal-pasal kena masak. Tak kuasa aku!
“Alaaaa….” Yana buat muka sedih. Baru nak suruh masak, tau-tau aje minah ni. Tahanlah wahai perut. Kita makan esok saja, tuan kau ni malas nak masak.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq farah...terubat rasa hati den nih hah...rasa2 nak suh org lain je selamatkan lisa...rupanya denis jugak yg jumpe...harap2 bahagia la menanti mereka nanti..
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 5-7-2013 03:48 PM
BAB 39
“Oh god, please help me….” Langsung tidak terasa lenguh tangan dan kakinya apabila mel ...
thank farah... best sangat...
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks alot
hopefully nak next chapter cepat2 eik
kekekekkeke
(tg.dennis ngaku jela kalo da tangkap cintan kt lisa tuh) |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la tertunggu2 apa kesudahan citer nie
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih..muah..muah..muah |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 5-7-2013 03:48 PM
BAB 39
“Oh god, please help me….” Langsung tidak terasa lenguh tangan dan kakinya apabila mel ...
cepat2 hupdate taw penat asyik dok click sini xde new entry
|
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah update..
best...
xsabar tunggu sambungannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Frustnya x update lg...:Q |
|
|
|
|
|
|
|
mcm lambat lagi jek nak abih neh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks Fara... Gorjes gila Dennis Oh....
Kalu muleh bagi panjg lagi kisah Lisa ngan TD..... puhlessssss..... |
|
|
|
|
|
|
|
farah... bila nak update.. ???
|
|
|
|
|
|
|
|
sabo sabo.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|