CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: NaylaArisha

[Games] ~ New Keyword - Post Latest

[Copy link]
Post time 20-10-2014 01:28 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 16-10-2014 01:44 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

1. Hari itu sedang aku sibuk mengemas bilik stor rumah aku, aku terjumpa satu diari merah, bukan diari merah milik Hawa seperti dalam novel Ipo yang aku pernah baca itu tetapi ini adalah satu diari merah yang aku simpan sejak zaman aku sekolah rendah dulu. Aku mula duduk bersila dan membelek halaman diari itu. Satu persatu aku baca. Aku tersenyum sendiri. Catatan sewaktu aku kecil dulu. Catatan pertama aku baca. Ketika ini, aku baru berusia lapan tahun. Sukan pertama yang aku ceburi adalah lari dalam guni. Aku baca lagi. Aku yang pada mulanya berada di kedudukan nombor satu sudah terbelakang. Aku gelak sendiri bila aku menyambung membaca, rupanya sedang aku asyik melompat dalam guni itu, aku sudah tercirit dalam seluar! Patutlah aku tiba-tiba terhenti dari melompat.


2. Halaman kedua pula aku baca. Kali ini aku bermain pula di tepi sungai. Aku gelak lagi sebaik aku baca catatan kali ini. Aku selalu ponteng kelas semata-mata hendak mandi sungai atau mandi laut dengan buat bungy jumping! Kalau di sungai, aku panjat pokok jambu yang tumbuh dekat dengan sungai dan aku berdiri di atas dahan yang melayut ke arah air sungai yang mengalir deras. Dari atas dahan itulah aku buat terjunan ala ahli sukan renang, Nurul Huda, kononnya hendak tunjuk lagak dan teror. Alih-alih aku tersilap, tanpa sedar, sebaik aku masuk ke dalam air, kawan-kawan aku sengaja tarik seluar aku! Nasib baik aku ni pakai seluar dua lapis kerana aku pernah terkena sekali dulu. Jadi kali ini aku sudah bersedia jika mereka lakukan lagi. Kali ini giliran aku pula yang gelakkan mereka! Hahahahaa!!!

*Dialog selingan. Aku: Adeh..nasib baik budak laki tu tak nampak apa-apa..

(teringat yang aku syok kat salah seorang budak lelaki masa tu..)

3. Habis saja mandi di sungai, aku dan geng aku bermain pula guli di belakang rumah Pak Hassan di bawah pokok kundang. Aku yang sememangnya tak berapa nak pandai bermain guli ketika itu, aku cuba mengelat. Macam-macam aku reka cerita terutama cerita hantu supaya dia orang merasa takut dan dalam aku sedang syok kelentong cerita itulah aku jentik guli tu sampai kena semua guli. Aku menang!!!


4. Aku gelak lagi sorang-sorang dalam bilik stor itu. Sungguh aku tak percaya yang dulu aku suka kelentong rupanya! Aku baca lagi diari merah itu. Wah! kali ini aku benar-benar jadi tomboi! Kebetulan musim hujan, aku selalu mengikut ayah ke bendang mengambil kerbau dua ekor yang dibela ayah. Petang saja, aku kena tambat kerbau itu di tebing sawah. Habis saja 'bersembang' dengan kerbau jantan itu, aku ajak geng aku mencari ikan haruan, ikan keli, ikan puyu dan ikan sepat di lopak air di dalam petak sawah yang terbiar. Apa lagi, dengan seluar pendek dan baju kemeja, aku meredah lopak dan lumpur sawah. Dengan menggunakan bubu dan jerkap yang dibuat daripada buluh, aku menggagau ikan dalam lumpur. Ambik kau! Satu baldi aku dapat ikan hari itu! Apa lagi, aku dan geng aku jual ikan tu semua di tepi jalan. Dapatlah sorang dua puluh ringgit! banyak tu untuk seorang budak sekolah rendah!

*AKU: memang gila juga aku dulu ek.. (Sengih sendiri)


5. Aku sambung lagi membaca, halaman seterusnya aku belek. Kali ini panjat memanjat pula. Memang aku pantang diajak memanjat pokok. Tak kira pokok apa pun. Semuanya aku tibai! Hari itu cuti sekolah. Aku dan geng sekolah aku mula merayap ke kebun Mak Bedah di hujung kampung. Kebun yang penuh dengan pokok buah-buahan terutama pokok rambutan. Aku apa lagi, terkenal dengan juara memanjat, terus saja aku panjat dan ambil buah rambutan. Geng aku hanya duduk di bawah pokok saja. Asyik sangat aku panjat pokok dan petik buah, tak sedar hari sudah semakin malam. Aku bengang bila semua geng aku sudah blah dari situ. Aku meraung di atas pokok sebabnya aku tak tahu nak turun!!

* AKU: Sampai sekarang pun aku tahu panjat tapi turun tak tau.. (Aku gelak lagi)

Aku bangun. Diari tu aku letak di atas meja dapur. Aku ke bilik air. Tiba-tiba aku dengar abang aku ketawa berdekah-dekah.
Aku keluar dari bilik air, rupanya dia sedang baca diari aku!!


Sekian dari catatan sewaktu kecil aku.....(kisah benar nih...)



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2014 07:56 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 17-10-2014 03:28 PM
yunk.. Karangan  1 gambar 1 perenggan.. ni kan task khas

wakakakka...semangatnya aku

sekalinya salah

malu weiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 02:42 PM | Show all posts
[size=14.4444446563721px]Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

Tema : Sewaktu aku kecil. (Karangan)



[size=14.4444446563721px]1)

[size=14.4444446563721px]2)
[size=14.4444446563721px]3)
[size=14.4444446563721px]4)
[size=14.4444446563721px]5)

Selamat Mencuba......................


Bila teringatkan zaman kanak-kanak dulu, aku boleh tersengih bagai kerang busuk. Hinggakan kawan disebalah ku hairan dengan gelagatku.

Disekolah rendah..seingat ku semasa darjah dua, ada sukan sekolah. Orang lain sibuk menyertai acara lumba lari semua tue, aku lebih berminat dengan acara lari dalam guni. Tahun lepas aku tak menyertainya kerana kebetulan semasa hari sukan, aku dijangkiti demam campak . Seronok berlari-lari dalam guni itu..berkat berlatih 2 hari tak kira masa hujan dan panas..akhirnya dapat juga tempat kedua (hoyehhhhhhhhh). Disebabkan rumah kami menang pada tahun itu..cikgu pasukan rumah hijau telah berjanji membawa penyumbang mata untuk pergi berkelah dan mandi-mandi ditepi pantai

Tiba hari yang dijanjikan, ma membuat bekal sandwich untuk aku makan beramai-ramai bersama kawan-kawan ditepi pantai. cikgu sangat pening kepala dengan kami yang tak mendengar kata...sibuk sahaja terjun kelaut mandi manda . Sehinggakan selepas balik dari Perkelahan di Pantai Cahaya Bulan itu, cikgu sudah mengalah untuk membuat rancangan perkelahan lagi. Sebab kami semua degil-degil belaka .

Disebabkan aktiviti bersukan sudah selesai, jadi aku mempunyai masa yang agak lapang. Apabila selesai mengaji di sebelah petang, aku dan kawan-kawan berkumpul ramai-ramai bermain guli. Kalu cuaca panas, seronoklah bermain..tapi aku tak reti main, selalunya guli aku abis kena rampas kat kawan aku....balik rumah kena marah dekat ma, sebabnya aku berkaki ayam...abis kotor lantai rumah naik rumah tak basuh kaki .

Cuti sekolah kena pulak dengan musim buah, seronok pergi rumah makcik di Rantau Panjang...ada kebun buah-buahan. Aku bab memanjat suka benar, bertenggek atas pokok rambutan..pastu petik buah yg baru nak masak kemerahan tue . Seronok . Adik aku penakut sikit nak memanjat...hahaha . Aku makan dan petik buah yang berulat lempar kat dia . Membebel-bebel dia marah kat aku . Dekat belakang rumah nenek pulak ada sawah tinggal....tempat kerbau berkubang. Ada sekali tue, aku baru melaram dengan baju baru yang ayah beli . Boleh aku pergi berkubang dalam kubang kerbau tue pergi cari anak ikan . Kalu nasib baik dapat anak udang . Balik rumah berselut habis baju baru ayah...depan pintu ma sudah tunggu dengan rotan . Itulah buat kerja tahu seronok jah..tak pikir kemudian hari.

Itulah kenangan zaman kecil yang tak luput dari ingatan. Kenangan yang tak ternilai harganya.


@NaylaArisha @anna-zara @novelloverzz



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2014 03:38 PM | Show all posts
ciksurie posted on 20-10-2014 02:42 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

True story ke ciksu


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:51 PM | Show all posts
Mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak. Banyak pahit. Namun lebih banyak manisnya. Itu semua lumrah. Tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula zaman kanak-kanakku. Antara yang paling diingati sehingga kini, apabila menjelang sukaneka sekolah. Acara kegemaran, lari dalam guni. Acara yang paling terkenal pada abad ini. Hampir semua sukaneka sekolah mempunyai acara ini. Susah tapi seronok. Berlumba dengan rakan sekelas. Pemenang, hadiahnya hanya tuala. Tapi, pengalaman itu lebih bermakna.

Di rumah, lain pula nakalnya berbanding di sekolah. Petang menjelang, mana lagi tempat yang dituju selain sungai. Acara wajib, mandi sungai. Melompat sana sini. Hanya kerana keseronokkan yang tidak terhingga. Turut menyertai, rakan-rakan sepermainan. Suasana sekitar bertukar ruih tatkala kami menjadi raja mandi sungai. Usah dilarang kerana semua itu hanyalah bakal menjadi hawa telinga. Tidak diendahkan, apatah lagi didengari. Seronok itu lebih penting.

Main guli juga seronok tapi keseronokkannya berbeza dengan keseronokkan melakukan aktivit lain. Puas hati apabila melihat muka tidak puas hati rakan lain apabila gulinya dipangkah keluar. Kelakar pun ada. Kesian pun ada. Tapi guli aku lebih penting. Berkali kali bermain pun tak apa, janji aku menang. Esok main lagi pun tak apa, janji aku menang lagi. Jika aku kalah, siap kau ! Bangga apabila berkali kali bermain guli, berkali kali jugalah aku menang.

Bab musim tengkujuh, lagi seronok. Gembira tak terkata. Sawah padi menjadi padang permainan. Ikan menjadi buruan. Lintah dan pacat menjadi rakan. Adat anak kampung, lumpur tidak mejadi masalah ! Kepuasan menangkap ikan lebih tinggi berbanding berfikir tentang lumpur, pacat dan lintah. Usah difikir tentang hal yang remeh temeh itu. Fokusnya sekarang, tangkap ikan bersama sama. Tak kira apa jenis ikan, yang penting dapat ikan. Belut pun layan.

Musim buah menjelang. Pelbagai jenis buah. Boleh makan sehingga muak. Rambutan, durian, manggis dan duku. Paling seronok dimakan, tentulah rambutan. Mengapa ? Kerana nak makan rambutan, panjat pokoknya dahulu. Satu pokok rambutan, ada yang panjat dan ada yang menunggunya di bawah. Apa yang penting, kerjasama. 10 biji rambutan, 3 biji untuk orang bawah dan 7 biji orang atas. Harus lah lebih berbanding orang bawah kerana dikira upah panjat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2014 03:54 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 20-10-2014 03:38 PM
True story ke ciksu

agak2xnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2014 12:24 PM | Show all posts
ciksurie posted on 20-10-2014 02:42 PM
Task Khas - 16 Oktober 2014 - 22 Oktober 2014  

Pemarkahan : 1 gambar = 10kredit

sungguh santai cite ciksu...nov x dok idea ni..

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:25 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 20-10-2014 03:38 PM
True story ke ciksu

awat letak pic yg org x dok pengalaman ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2014 12:37 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 21-10-2014 12:24 PM
sungguh santai cite ciksu...nov x dok idea ni..

cerita merapu meraban nov

kaka @fatehana mehler karang karang stori
@lavender_aqua jugak
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:52 PM | Show all posts
Lebih dua dasawarsa berlalu dari zaman kecilku. Setiap kali acara Sukaneka Tahunan pasti akan ada acara "lari dalam guni". Acara ini lebih menyeronokkan daripada acara-acara lain seperti bawa bola ping pong dengan sudu, tiup tepung dan sebagainya. Acara sukaneka sangat bagus untuk kanak-kanak memupuk semangat kesukanan. Acara seperti ini dapat mengajar mereka minat bersukan, persaingan sihat dan berseronok pada masa yang sama.

Kanak-kanak kecik juga suka bermain di sungai-sungai dan jeram. Perasaan yang sangat menggembirakan bila bermain dengan rakan-rakan. Zaman kecilku kami sering pergi ke jeram di belakang Zoo Negara untuk bermandi manda.  Kadang-kadang Bukit Belacan menjadi pilihan.

Bermain guli juga sangat menyeronokkan kerana boleh dimainkan beramai-ramai. Permainan ini akan menjadi semakin seronok apabila persaingan semakin sengit. Jarang dapat kita lihat kanak-kanak zaman ini bermain guli di waktu petang. Permainan tradisional seperti ini telah semakin dilupakan semakin zaman beredar. Perkembangan teknologi nyata menghadkan aktiviti kanak-kanak sedangkan situasi ideal adalah sebaliknya. Kita mengharapkan kemajuan harus mengembangkan pemikiran aktiviti dan sahsiah generasi seterusya. Nyata itu tidak berlaku.

Berkubang di sawah bendang adalah sesuatu yang boleh mengajar kanak-kanak berseronok sambil belajar mencintai dan megenali alam semulajadi. Aktiviti ini juga meningkatkan imuniti kanak-kanak di samping persediaan untuk aktiviti lebih mencabar. Mereka juga didedahkan dengan situasi kritikal seperti digigit pacat. Kanak-kanak yang telah didedahkan dengan situasi ini akan lebih lasak dan berani.

Rambutan yang merah meranum memang menyelerakan. Namun rambutan gading berwarna kuning lebih enak. Setiap kali balik ke kampung abah, kami akan mengait rambutan di rumah nenek. Kadang kala ada rambutan di dahan yang tinggi tidak tercapai dek galah. Maka masing-masing berlagak hero memanjat pokok.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:59 PM | Show all posts
Zaman semasa kecil..zaman yang ingin ulangi semula kalau diberi peluang..zaman tanpa beban fikiran..dah nama pun budak2 main je lah kejenya..aku x minat sukan sebenarnya tapi disebabkan hari keluarga tempat keje arwah abah anjurkan terpaksa la aku melibatkan diri sebab aku terpaksa dan dipaksa..adoi la sedihnya nak tulis karangan ni.. @NaylaArisha paksa... ok la balik ke topik asal...aku dipilih masuk acara lari dalam guni sbb faktor fizikal aku kata juri yg memilih tu..aku pun dengan tanpa rela berlari dalam guni..bila dah lari ramai2 dengan rakan2 sebaya mcm best pulak..rasa nk balik rmh pakai guni tu je.. x ingat menang ke tak sbb dah lama sangat dah..

Hari keluarga tiap2 tahun selalu diadakan dekat batu ferigghi. Makanya lepas dah selesai acara untuk hari keluarga. Kami kanak2 ni bebas melakukan aktiviti masing tapi dengan pengawasan orang dewasa la. Antara aktiviti kegemaran budak2 lelaki mestilah terjun ke dalam laut. Yang perempuan yang malu2 tu jadi tukang tengok. Risau jugak lps terjun tenggelam x timbul2 dah.. bila hari dah mengingak lewat petang semua keluarga bersiap utk balik ke rmh masing2 membawa bersama hadiah2 kemenangan semasa sukaneka dan hamper utk acara cabutan bertuah.

Di kampung bila petang kawan2 suka ajak main guli sbb x teruk kuar peluh kalau main guli ni. Tak macam main teng2 semua tu. Aku bab2 baling ni bole la tp selalunya melepasi sasaran. Terlebih emosi kot..rasa mcm bola baling pun ada. Tp kalau permainan melibatkan guli aku paling suka main congkak. Duduk bersimpuh ala2 gadis melayu terakhir pakai baju kurung kain cotton..ades...ok dah mula mengarut..@NaylaArisha jangan kritik karangan ni susah payah nov buat

Kat hujung kampung ada tempat kerbau berkubang. Aku tukang tengok je sebab kalau balik berselut memang seminggu x habis mak leter. Demi menyelamatkan maruah aku dari dileter depan adik2 lain aku bertindak menjadi mandur pada budak2 lain. Lagipun aku balik sekali sekala paling lama balik kalau cuti sekolah. Aku restu je apa aktiviti kawan2 aku buat. Aku suka aktivit macam pecahkan buah getah. Sanggup aku gigih masuk area pokok getah cari. Ok x de mengena ngan gambar kan..

Bila dah lewat petang aku akan duduk berkelah bawah pokok manggis kat depan rumah tok aku. Tok rajin siapkan hidangan makanan petang sbb dulu x banyak org jual kuih petang2 macam sekarang. Masak sendiri lagi sedap dan puas makan. Sambil makan tu mana2 kawan yang lalu kat pelantar aku tengah makan tu aku ajak makan sekali sambil aku suruh tengok kat pokok2 depan rumah tok ngan arwah wan ada nampak x monyet bergayutan . Aku dan kawan berpisah tiada sejak dari kecil. Cumanya semakin meningkat usia kawan2 makin bertambah selaras peningkatan usia. Terima kasih @NaylaArisha menjadi salah sorang sahabat...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:00 PM | Show all posts
ciksurie posted on 21-10-2014 12:37 PM
cerita merapu meraban nov

kaka @fatehana mehler karang karang stori

dah siap karangan nov ciksu...sila beri komen membina...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:01 PM | Show all posts
anna-zara posted on 21-10-2014 12:52 PM
Lebih dua dasawarsa berlalu dari zaman kecilku. Setiap kali acara Sukaneka Tahunan pasti akan ada ac ...

dasawarsa tu apa anna?
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:41 PM | Show all posts
Aku dulu juara dalam acara lari dalam guni. Sukan itu memang menjadi kegemaran aku. Tiada siapa yg dapat kalahkan aku. Sekolah aku dulu tiap tiap tahun adakan sukan sekolah. Acara pula acara sukaneka bukannya acara yg  dipertandingkan dalam Sukan Olimpik atau Sukan Musim Sejuk. Jadinya acara acara kampung akan dipertandingkan.  

Selain dari lari dalam guni yang sememangnya aku juara Tahap Satu tiap2 tahun, aku juga mewakili rumah kuning dalam acara main guli. Tapi acara ini aku tidaklah berapa pandai kerana aku bukannya jenis yg fokus kepada benda2 kecil macam guli ini. Lagipun aku bukan sharp shooter. Asyik miss aje. Sebab budak lain taknak masuk maka aku sukarela bagi nama. Dapat juga mata sebagai mata penyertaan.

Aktiviti harian aku selepas sekolah adalah mandi sungai. Berendam lama2 dlm sungai sampai naik biru adalah kegemaran aku dan teman2 seperjuangan. Amat seronok dan begitu leka sekali hinggakan lupa makan minum. Mak ayah aku tahu aku suka mandi sungai tapi mereka tidak risau kerana sungai kat kampung aku tu bukannya sungai dalam. Air cetek aje tapi jernih sejernih kristal.

Bila tiba musim menuai, aku suka sangat lepak kat bendang. Mencari ikan sepat. Memang banyak ikan yg aku dapat. Mak aku pun suka kalau aku dapat tangkap banyak. Boleh digoreng rangup2 atau kalau tak habis mak akan buat ikan kering. Fuhhh...makan dengan nasi panas2 tak payah lauk lain dah.

Pokok rambutan dikebun ayah aku memang banyak. Bila tiba musim rambutan merah memenuhi setiap dahan. Dan itu juga menjadi kegemaran aku. Memanjat pokok rambutan dan lepak didahan sambil mulut tak habis2 mengunyah rambutan yang segar dan nikmat. Aku juga menjadi tukang kutip buah rambutan utk dijual kepada orang ramai. Biasanya ayah aku akan menghubungi peraih utk pasaran ke bandar. Dapatlah juga hasil yg lumayan utk perbelanjaan kami sekeluarga.

Itulah sekelumit aktiviti aku masa kecil2 dulu dikampung halaman. Kebanyakannya sudah tinggal kenangan kerana aktiviti2 begini semakin tidak mendapat perhatian anak2 sekarang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 01:59 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 21-10-2014 01:01 PM
dasawarsa tu apa anna?

dekad la nov....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2014 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
@NaylaArisha karangan yg reen buat tu reen bedal jer.. sebab fon reen tk leh nk view gmbr.. fon dh mabuk... Last edited by reeny on 22-10-2014 04:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2014 04:02 PM | Show all posts
anna-zara posted on 21-10-2014 01:59 PM
dekad la nov....

oo dekad ke? apasal jadi complicated sampai nov x fhm ni..

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 04:26 PM | Show all posts
novelloverzz posted on 23-10-2014 04:02 PM
oo dekad ke? apasal jadi complicated sampai nov x fhm ni..

xde la complicated pun......mmg ada dalam kamus cuma dah lama x guna kot...

kalau guna perkataan yang sama je boring la
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 06:34 PM | Show all posts
anna-zara posted on 21-10-2014 12:52 PM
Lebih dua dasawarsa berlalu dari zaman kecilku. Setiap kali acara Sukaneka Tahunan pasti akan ada ac ...

wahhh perkataan anna gunakan......dasawarsa....first time came across that word....
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2014 09:23 PM | Show all posts
Elle_mujigae posted on 23-10-2014 06:34 PM
wahhh perkataan anna gunakan......dasawarsa....first time came across that word....

mula2 feeling nak buat ayat karangan macam sekolah2 dulu...

tapi lepas tu dah blank...sebab lama x buat kot....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.321563 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list