CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 18-6-2021 01:52 PM | Show all posts
al Fatihah..

gws damm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2021 03:18 PM | Show all posts
Alfatihah kepada Bro Damm...semoga cepat sembuh dan kembali berkarya di sini..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2021 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-6-2021 01:57 PM
Salam semua.

Saya terpaksa menghentikan aktiviti penulisan buat sementara waktu kerana telah dij ...

semoga cepat sembuh bro
al-fatihah utk arwah ayah bro..semoga ditempatkan bersama org org beriman..aminn
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 07:35 AM | Show all posts
Edited by amone at 20-6-2021 07:10 PM

speedy recovery TT & salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2021 01:52 PM | Show all posts
dammerung replied at 13-6-2021 01:57 PM
Salam semua.

Saya terpaksa menghentikan aktiviti penulisan buat sementara waktu kerana telah dij ...


tt, salam takziah kerana kehilangan ayah

semoga cepat sembuh



Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 04:01 PM | Show all posts
dammerung replied at 10-3-2020 01:59 PM
Kisah 2/2019-20 - Bobot (Bahagian Akhir)

Balutan kuning diletak atas meja kopi. Aing Karim membuk ...

bagi aku. kisah bobot ni sedih jugak la sebenarnya. kisah orang teraniaya. Betul la khairul cakap, kesian muka lawa nasib macam tu pulak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2021 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-6-2021 01:57 PM
Salam semua.

Saya terpaksa menghentikan aktiviti penulisan buat sementara waktu kerana telah dij ...

Salam takziah, Dam..
Al Fatihah.
Semoga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg soleh, Aamiin.

Moga saudara Dam juga diberi kesembuhan dan dipermudahkan segalanya, Aamiin.

Update-update lah selalu disini ttg keadaan kesihatan Dam. Bukan hanya cerita saja, kami pun nk tahu ttg keadaan Dam juga...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2021 09:22 AM | Show all posts
TAKZIAH DAMM SEMOGA CEPAT SEMBUH.

apepun cter kak mOn ni mmg sesuatu btl... tetap aku heran kenapa dia x usahakan lari je keluar dari rumah tu tp lepaskan anak dia je balik rmh dulu, harap sambungan tu nt menjelaskan segala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2021 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-6-2021 01:57 PM
Salam semua.

Saya terpaksa menghentikan aktiviti penulisan buat sementara waktu kerana telah dij ...

Innalillahiwainna ilaihirojiun
Al fatihah buat ayah abg damm

Maaf baru tau
Dh lm x masuk sini

Abg damm sndiri mcmn
Dh sihat ke

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2021 03:48 PM | Show all posts
al fatihah dam, semoga roh ayahanda dicucuri rahmat

dan semoga dam diberi kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2021 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 13-6-2021 01:57 PM
Salam semua.

Saya terpaksa menghentikan aktiviti penulisan buat sementara waktu kerana telah dij ...

Salam takziah di atas pemergian ayahanda dan semoga arwah diampunkan segala dosa2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2021 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Takziah buat Dam Sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,diampunkan dosanya.

Saya suka dengan karya Dam...semoga terus kuat dan tabah. Selamat kembali berkarya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirajiun.. Salam Takziah atas kehilangan ayah tercinta damm..
Moga cepat sihat juga..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 04:52 PM | Show all posts
setia menunggu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2021 10:03 PM | Show all posts
apa khabar dam agaknya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 03:27 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun.Salam takziah Dam atas permergian ayah
Semoga cepat sembuh.

#kitajagakita
#lamabetultakjengukmps
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-9-2021 07:23 PM | Show all posts
Edited by dammerung at 3-9-2021 07:33 PM

Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian Akhir)

Ibu ditunangkan dengan bapa Amir ketika masih di Tingkatan 4. Bapa adalah anak rakan atuk dan ibu tak pernah kenal sebelum ini. Ibu mengikut sahaja kerana memang tak ada perancangan untuk masa depan dan pada masa itu di kampong,anak-anak gadis jadi bini orang selepas SPM adalah sesuatu yang normal.

Amir tak berapa kenal dengan bapanya. Dia dilahirkan di kampong ibu dan membesar disana. Sebelum orang tuanya bercerai, boleh kira dengan jari berapa kali Amir berjumpa bapa. Apa yang dia tahu, ibubapanya memang sudah lama tak tinggal sebumbung dan membawa haluan masing-masing.

Amir tak pernah tahu bapa kerja apa dan kenapa tidak tinggal bersama sekeluarga. Pernah Amir tanya kenapa bapa tak ada bersama, ibu waktu itu tengah makan tiba-tiba melempar pinggan ke dinding sehingga pecah berderai. Sejak dari itu, Amir tidak lagi mengambil tahu dan diberitahu tentang bapa hinggalah pada hariitu...

"Bapak kau dah jadi betina"

Amir tak faham pada mulanya. Setelah berulang kali diterangkan baru boleh hadam.Tersandar Amir apabila mendapat tahu bahawa bapa berubah menjadi wanita dan tinggal di luar negara.

Terkenang memori bersama bapa. Kali terakhir bertemu semasa berumur 5 tahun. Bapa dukung Amir dan cium berulang-ulang sambil jalan-jalan sekitar halaman rumah kampong ibu. Baru terperasan waktu itu bapa menangis.

Masih tak reda kejutan tentang bapa, apa diceritakan nenek selepas itu membuatkan Amir sudah tak kenal siapa keluarganya.

Semasa proses untuk jatuh talak, bapa didakwa mengaibkan ibu dan keluarga dengan datang ke mahkamah berbaju kurung siap bermekap bagai. Atuk dan nenek yang begitu malu dengan bekas menantu diperlihatkan sebegitu rupa depan orang ramai, menyerang bapa di lobi mahkamah sehingga terpaksa dibawa pulang dengan kereta polis.

Perasaan marah dan malu meluap-luap membuatkan atuk dan nenek nekad untuk menyihir bapa.Dipendekkan cerita, kenalan sepupu nenek memperkenalkan seorang dukun wanita. Dukun tersebut datang rumah dengan gaya seperti artis. Rambut mengerbang, baju kelawar print harimau bintang, legging warna merah, mekap tebal buruk dan emas-emas bergetanyangan.

Iya, dukun itu ialah Kak Mon.

Kak Mon minta pengeras lima ribu ringgit. Zaman itu, jumlah tersebut amat besar. Tapi ikutkan perasaan amarah, diusahakan untuk dapat duitnya. Banyak harta digolok gadai dan waktu itu hanya rumah pusaka sahaja yang masih ada. Walaupun begitu, masih tak cukup lima ribu ringgit.

“Simpan jelah duit tu. Boleh bagi cara lain” kata Kak Mon selepas atuk dan nenek menjelaskan situasi kewangan mereka.

Tapi mana ada perkhidmatan sihir percuma. Mesti ada terma dan syaratnya. Kak Mon kata ibu kini sudah jadi ‘miliknya’. Bila ditanya apa maksud dia, Kak Mon cuma kata apa-apa keputusan melibatkan ibu, kena minta kebenaran Kak Mon. Contohnya, kalau ibu nak cari kerja, nak pindah rumah atau nak kahwin, semua itu kena minta kebenaran Kak Mon dulu.

Nak minta kebenaran itu pun ada caranya. Kena datang menghadap Kak Mon di rumah pada hari Khamis sahaja dan kena bawa pulut kuning serta telur ayam rebus.

Mereka iyakan aja, tapi tak ikut pun. Sewaktu ibu dapat kerja operator kilang,seminggu sebelum masuk kerja, ibu tiba-tiba hilang tengah malam. Orang kampongj umpa di tengah kebun getah. Bila ditanya, ibu tak tahu bagaimana dia boleh berada di situ, tahu-tahu bangun sahaja sudah di atas tanah.

Atuk dan nenek pergi menghadap Kak Mon keesokan harinya. Itu pun terlupa sediakan pulut kuning dan telur rebus. Memang kena sembur dengan dukun itu.

“Lepas ni kalau buat lagi, anak betina ko tu takkan jumpa-jumpa lagi dah” amaran keras Kak Mon terhadap keluarga ibu.

Beberapa bulan kemudian, ada kenalan keluarga dari Kuala Lumpur singgah ke rumah kampong. Dia memaklumkan bahawa bapa sedang menderita dengan penyakit misteri.

Tak lama selepas itu, ibu mengambil keputusan berhijrah ke Kuala Lumpur dan kebetulan ditawarkan untuk menyewa salah satu rumah sewa Kak Mon.

Apa yang Amir tak tahu tentang kehidupan mereka di rumah sewa Kak Mon ialah, ibu tak pernah bayar sewa. Bayar bil pun tak pernah. Semua ditanggung Kak Mon. Seperti biasa, tiada benda percuma dalam dunia ini dan ibu bersetuju untuk ‘membantu’ Kak Mon bila tiba masanya.

Rumah besar Kak Mon sebenarnya tempat menyimpan makhluk-makhluk belaan. Kak Mon berniat untuk jadikan ibu sebagai hos kepada salah satu pelesitnya yang dah terlalu lama dibela. Ibu hanya perlu bersetuju membenarkan pelesit tersebut tinggal di tubuhnya dan setiap malam makan darah dari ibu jari kaki.

Ibu tak mahu. Ketika mereka ‘beraya’ di rumah Kak Mon, ibu berpura-pura bersetuju supaya dapat meninggalkan rumah berpenunggu itu. Tapi, janji adalah janji, dan tindakan ibu memungkiri janji yang dibuat oleh Kak Mon bersama atuk dan nenek akhirnya memakan diri.

Sebab kenapa ramai perawat batin tidak dapat mengubati ibu adalah kerana semua tak dapat cari dimana Kak Mon ‘tanam’ jembalang yang merasuki ibu. Seluruh kawasan rumah dah digali dan setiap ceruk dibongkar untuk mencari tangkal pengacau tersebut namun tidak dijumpai.

Ketika semua hampir putus asa dengan keadaan ibu, ada kenalan yang memberitahu tentang seorang ustazah dari Terengganu yang sering dipanggil untuk merawat kes-kes histeria di sekolah berasrama penuh.

Dipendekkan cerita, ustazah tiba di rumah dan setelah pemeriksaan pertama dilakukan, ustazah memberitahu bahawa makhluk halus yang melekat bukan di tubuh ibu tetapi di dalam tubuh ibu.

Rupa-rupanya, Kak Mon hantar pelesit untuk bertenggek di lubang dubur ibu. Tempat yang orang takkan cari.

Untuk keluarkan pelesit, ibu kena teran macam orang sakit buasir buang air besar. Tak tahu nak gambarkan sakitnya macam mana, dan setelah 4 hari, ustazah berjaya keluarkan plastik hitam berisi bangkai burung tiong, kuku manusia, kaki ayam dan beberapa balutan kecil bertulis mantera dalam bahasa tak diketahui.

Terseksa dan malu, ibu hilang hormat dengan keluarga dan mungkin juga akal fikiran. Perubahan sikap ibu difahami atuk dan nenek dan seakan menerima sebagai balasan terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan.

Amir tidak lagi bertemu ibu selepas itu. Dia hanya dapat khabar berita ibu bercerai dan menikah lagi di selatan Thailand, kemudian berpindah ke Sarawak.

Seburuk-buruk tindakan atuk dan nenek, mereka sahaja ahli keluarga yang Amir ada. Jadi, Amir masih menjaga kedua mereka sehingga berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

Apa jadi dengan Kak Mon tidak diketahui. Orang yang memperkenalkan dukun itu kepada mereka ada memberitahu Kak Mon cuba meninggalkan bisnes tersebut dan kerana itu terdesak cuba membuang makhluk-makhluk halus dalam simpanannya. Terakhir dengar, Kak Mon menjadi ‘orang besar’ dalam industri hiburan tempatan.

Tamat.


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Bang Damm kembali


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dammerung replied at 3-9-2021 07:23 PM
Misteri Kawasan Rumah Sewa (Bahagian Akhir)
Ibu ditunangkan dengan bapa Amir ketika masih di Tingka ...

Org besar dlm industri??

Huh sape tu
Ada jgk yg bwk kisah kak mon ni kt bod gosip nnt

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2021 10:23 PM | Show all posts
Thank you Damm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.409467 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list