CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coyotemawi

Masalah-masalah Yang Cikgu Hadapi -

[Copy link]
Post time 5-4-2008 07:28 AM | Show all posts
Guru lebam ditampar bapa murid
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

BUTTERWORTH: Seorang guru lelaki lebam di muka selepas ditampar bapa muridnya di kantin Sekolah Kebangsaan Juru, Prai di sini, semalam.

Mohd Rizam Shamsudin, 30, guru Kemahiran Hidup, dikatakan diserang dan ditampar di pipi kiri ketika makan di kantin sekolah itu kira-kira jam 10.30 pagi.

Insiden itu berlaku di hadapan guru besar dan disaksikan ratusan murid kerana berlaku ketika waktu rehat.

Bapa murid itu dikatakan menyerang Mohd Rizam kerana tidak puas hati dengan tindakan beliau mendenda beberapa murid Tahun Lima termasuk anaknya yang membuat bising dalam kelas, kelmarin.


Berikutan kejadian itu, guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Bukit Tengah, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Mohd Anil Shah Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kes itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 10:24 AM | Show all posts
http://rapidshare.com/files/104953080/1258_-_Onimusha_Tactics__U_.zip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2008 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 5-4-2008 07:28
Guru lebam ditampar bapa murid
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

BUTTERWORTH: Seorang guru lelaki lebam di muka selepas ditampar bapa muridnya di kantin Sekolah Kebangsaan Juru, Prai di sini, sem ...



ya Allahhhh camna bule jadik cenggitu?
admin sekolah tak cuba halang ker?
mana jaga sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 05:54 PM | Show all posts
terbaru bnyk lg masalah yg dikemukan oleh NUTP...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 03:12 PM | Show all posts
Ish, memacam berlaku...ni aku nak tanya satu soalan. Setiap pagi aku hantar anak pergi sekolah, aku lihat ramai juga ibubapa terutama bapa2 yg. tunggu di luar pagar
perhati dan dengar apa guru bertugas dan guru disiplin sampaikan kepada murid2 sewaktu perhimpunan pagi.

    Suatu hari aku tegur seorang bapa secara berseloroh," Wah rajinnya, setiap pagi encik  dengar 'khutbah'!". Sambil senyum dia jawab, " Kalau tak dengar, mana kita nak tau apa berlaku di sekolah. Kalau tak kena senang kita nak komplen."  Ini perkara biasa ke di sekolah2 di mana ada ibubapa 'hang out' kat luar pagar sekolah sehingga anak masuk kelas? Just curious.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2008 09:55 PM | Show all posts

Reply #725 belanga's post

by right.. parents tak boleh masuk kawasan sekolah
even to listen during assembly...

in fact they can only go to the office if there's anything
pertinent regarding their kids.. -

so, i kinda curious what kind of school that let the parents
to hang out and be in the school compound during school hours -

- it shouldn't be allowed -
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2008 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 5-4-2008 07:28 AM
Guru lebam ditampar bapa murid
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

BUTTERWORTH: Seorang guru lelaki lebam di muka selepas ditampar bapa muridnya di kantin Sekolah Kebangsaan Juru, Prai di sini, sem ...


Cuba tajuk berita ini ditukar kepada murid lebam ditampar guru...comfirm sepantas kilat Sibel, bakawali, AN @ Anak Negeri (kalau dalam current issue) dan Silentkiller akan kemukakan hujahnya habis habisan...now kalau guru kena macam ni? mana mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:06 PM | Show all posts

Reply #727 CharlieDale's post

hehe...macam kenal aje nama2 yg disebut tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2008 12:08 PM | Show all posts
Originally posted by belanga at 6-4-2008 03:12 PM
Ish, memacam berlaku...ni aku nak tanya satu soalan. Setiap pagi aku hantar anak pergi sekolah, aku lihat ramai juga ibubapa terutama bapa2 yg. tunggu di luar pagar
perhati dan dengar apa guru  ...


ada beberapa sebab:

1. mereka tak percayakan anak mereka sebab tak pernah dapat surat pemberitahuan daripada sekolah kalau ada aktiviti ke, apa ke malah rekod peperiksaan.

2. mereka tak ada kerja di rumah, jadi apa salahnya dok dengar sekali.sambil tu boleh bergossip.

3. overprotected! maklumla, tu jer anak sorang intan payung. sampai anak kat rumah diam macam alim kucing masuk kelas ligat macam gasing uri. bila dilaporkan..dijawab "anak saya kat rumah baik, diam"..tu kat rumah..kat sekolah lain sebab kat sekolah la dia nak lepaskan apa yang tak dapat dibuat kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:09 PM | Show all posts
Originally posted by sakinna at 7-4-2008 12:06 PM
hehe...macam kenal aje nama2 yg disebut tu..


memang kenal pun...terang lagi bersuluh!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 08:34 AM | Show all posts

Reply #726 dexa's post

They were not in the school compound. They were outside the gate/fence. The morning assembly is right in front of the school main building which is not very far from the street. It's just strange and embarrassing  that parents like to play spy...I don't have to play Spy Mat Bond  as my kids will tell me what they do in school and what happens in school. :cool:
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 08:41 AM | Show all posts

Reply #729 CharlieDale's post

Jawapan no. 1 tu tak tepat untuk sekolah anak I ni. Sekolah ni memang bagus dari segi surat-menyurat dan notis.  Jawapan no 2 dan 3 tu boleh diterima.  

Cikgu anak saya yg. tahun satu tu puji anak saya kemain lagi. Dalam kelas bagus sangat, baik, kerja lengkap,cantik dan kemas. Tulisan pun cantik. Kiranya pelajar contoh lah. Tapi balik rumah, mak ai...! suka kacau kak dia. Selepas main , kalau tak suruh kemas,tak kemas barang mainan.

Saya fikir mungkin dalam kelas dia nakal, tapi rupanya pelajar contoh. La.....
Ada juga cikgu cakap ada budak, di rumah baik, di sekolah buat masalah. Mak dia sampai terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:24 AM | Show all posts

Reply #710 berita's post

Nak komen sikit u kata tentang cara didik anak2 ikut budaya barat biarkan saja apa anak buat. Maaf, saya agak kurang setuju sikit. Sebabnya saya bermastautin di US sebelas tahun(sekarang holiday kat M'sia setahun) saya perhati ibubapa di sana yg saya kenal rapat tidakl garang  dengan anak tetapi tegas. Ini bukan bermakna biarkan. Mereka tidak tengking atau pukul tetapi dengan nada yg. tegas (firm) No means no..

Kalau anak nakal, tak dengar kata sengaja 'break regulations' mereka didenda. Bergantung kepada kesalahan, dendanya tak boleh tenguk tv siaran kegemaran selama beberapa hari, atau ditarik balik apa2 privileges yg diberi bersesuaian dengan umur dan seberat mana kesalahan itu. Ada juga yg. cubit anak tapi pastikan tak berbekas.

Untuk budak2 yg. umur tahap kindergarden ,tahun satu atau 2 tu biasanya kena 'time out chair' selain dari denda2 lain. Anak saya yg. lelaki 6 th. tu kerap la saya bagi dia 'time out chair' kalau main bergaduh. Time out ni makna kita asingkan dia dari kawan, duduk sorang atas kerusi sehingga dia calm down dan berperangai baik dan minta maaf. Lamanya time out bergantung kepada umur. Anak saya dalam 15-20 minit dah cukup untuk disiplinkan dia semula.

Entahlah....setiap anak berbeza, kita mesti tangani masalah dengan cara berbeza. Saya ambil pendekatan non-violent. Orang Asia mungkin anggap cara ini sebagai 'biarkan' dan boleh buatkan anak liar dan tak hormat orang tua. Saya tak rasa begitu.

Saya perhati (ini bukan nak angkat diri anak2 saya--ikhlas ni) anak2 saya lebih bersopan berbanding dengan average Malaysian kids yg. saya kenal. Saya sebut yg. saya kenal di sini sebab ramai yg saya tak kenal mungkin berperangai lebih baik walaupiun ibubapa sangat berkeras dalam mendisiplinkan anak. Anak saya tak akan ganggu saya dalam perbualan, Dia tunggu sehingga saya habis ayat baru kata 'Excuse me....." Ramai anak2 yg saya tenguk terus aje datang 'interrupt' mak bapa tengah bercakap dengan orang lain,kadang ayat tak sempat habis, dia dah tarik tangan baju mak nak minta apa2.

4 orang guru yg. mengajar anak saya memberi komen positif tentang anak saya kepada saya. Maaf, saya cerita hal ini hanyalah untuk kita fikirkan bersama, bukan tujuan besar diri.

Cikgu B.I dia (th.4) beritahu saya selama berbelas tahun dia mengajar ,inibaru pertama kali dia jumpa murid yg. datang kepada dia minta maaf sebab  buat h.w. atas kertas. Dia beritahu guru yg. buku dia masih ada pada guru, jadi dia buat dalam kertas dulu. Guru itu terus tunjukkan kepada murid lain contoh murid yg. bertanggungjawab. Guru tu beritahu saya biasanya murid2 yg dalam situasi yg. sama tak buat h.w tu dan  bila ditanya , tak ada yg. minta maaf dan beri bermacam alasan. Tak ada yg. fikir nak buat dalam kertas dulu. Saya pun tak tahu hal ini sehingga guru itu beritahu sendiri.

Saya fikir kalau kita hormat dan layan anak secara baik tetapi tegas, rasanya tak timbul masalah disiplin yg. keterlaluan. Kalau kita 'violent' dengan bebudak ni,ini hanya seperti mengajar mereka menjadi 'violent' juga. Wallahulam. Apa pendapat orang lain.

Eh, jangan pula fikir saya tak pukul langsung anak. Saya cubit dan tampar punggung kalau melampau. Itu kiranya tahap maksima. Jarang sangat perlu cara ini dlm. keluarga kami.

[ Last edited by  belanga at 8-4-2008 09:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:38 AM | Show all posts

Reply #710 berita's post

Berita, seruanmu supaya guru2 ini beri peluang kepada para pelajar walaupun mereka nakal. Saya setuju ni tapi apa yg. berlaku sekarang, berapa ramai sangat guru yg, beri 'peluang' kepada pelajar. Sistem Pendidikan di negara ini sendiri tak memberi peluang kepada pelajar tak kiralah pelajar nakal ke, pandai ke, 'below average' ke.

Kelas2 belakang sikit tu kurang diberi perhatian. Sistem kita berkasta2. Murid kelas A dianggap berprestij, kelas lain kurang...murid2 sendiri yg. kelas belajkang tu anggap diri mereka bodoh disebabkan sistem ini dan ada guru yg. terang2 kata mereka bodoh dan lembab.  Kepercayaan negatif terhadap diri sendiri dan  guru beri komen2 yg. tak membina dan membandingkan mereka dengan kelas A ini 'membunuh'. Membunuh keyakinan diri yg. mereka boleh maju. Dah tu, sistem beri no2 kedudukan  dlm kelas ni lagi satu hal. Macam sistem kapitalis ni...Aku tak setuju betul sistem begini. Banyak keburukan dari kebaikan.
dari pemerhatian aku, murid2 kelas belakang kurang diberi peluang. Apa pendapat u dan yg lain?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 09:48 AM | Show all posts

Reply #734 belanga's post

di sekolah saya, murid kelas belakang juga diberikan peluang yang sama, jika mereka kurang cemerlang dalam akademik, mereka diberikan peluang untuk menonjolkan bakat dalam koku dan sukan. walaupun mungkin bagi sesetengah individu, koku dan sukan tiada makna berbanding akademik (sebab kurikulum negara ini terlalu bertumpu kepada akademik semata-mata) namun dengan memberikan peluang kepada mereka, ia adalah satu bukti bahawa mereka tidak dipinggirkan.

mengenai sistem kelas A, B dan C ada baiknya.

1. oleh kerana tahap pembelajaran tidak sama, jika mereka dikumpulkan dalam satu kelas. cara pengajaran dapat disesuaikan dengan tahap pembelajaran mereka. jika bercampur, boleh memang boleh. tetapi yang lemah akan tertinggal yang cepat tangkap, akan berasa bosan sebab kita pun kena perlahankan agar yang lemah tidak ketinggalan. disamping itu, kebanyakan murid kelas hujung adalah murid kelas pemulihan. jadi mereka sering tiada di kelas kerana pergi kelas pemulihan.

2. ia mampu memberikan daya saing kepada murid. yang kelas A tentu akan berusaha utk tidak turun ke kelas B apa lagi C. yang kelas B dan C tentu ada keinginan nak masuk kelas A atau B. jadi kalau betul mereka ada semangat dan usaha mesti mereka akan cuba bersungguh-sungguh.

lain-lain saya sambung lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 10:01 AM | Show all posts
Ada lagi satu masalah yg. bukan sahaja guru hadapi tapi murid dan ibubapa juga. Aku nak tanya korang yg. cikgu2 ni. Latihan2 untuk pertandingan ni dibenarkan dijalankan waktu persekolahan Ke?

Anak aku dan teman2nya yg lain dipaksa ponteng kelas hanya untuk pergi latihan koir. Kadang satu jam, kadang 2jam. Adakala lajak sampai 3 jam bila budak nyanyi tak betul. Anak aku tak bohong.

Aku faham cikgu muzik tertekan untuk berjaya, rebut johan, tapi adakah patut budak miss kelas. Aku ada sebut hal ni kepada guru B.M. secara tak resmi kami sembang2 semasa aku tunggu anak dan dia tunggu suami ambil. Dia kata kalau nak buat selepas sekolah,payah sebab ramai murid, susah waris nak arrange transport.

Entahlah, aku kurang berkenan hal ini. Aku nak anak belajar terutama B.M. Bahasa Arab dan kelas ugama serta Qur'an . Dah sebulan lebih begini. Pertandingan 30 April. Anak nak keluar cikgu tak beri atas alasan guru perlukan dia. Dia disuruh bantu guru mengajar budak lain. Jadi guru tak beri dia tarik diri.
Saya lebih suka ianya dijalankan selepas sekolah.

Aku tanya sini dulu apa regulations tentang atihan2 sebegini. Aku ni sebenarnya dah segan juga nak jumpa guru besar hal ini sebab aku banyak kali dah jumpa dia. Nanti kata aku asyik nak kompllleeen sajaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2008 10:36 AM | Show all posts

Reply #735 CharlieDale's post

Terima kasih Charlie. Ha...pada dasarnya memang bagus. Saya pun suka murid diasingkan mengikut tahap, banyak kebaikannya. Yg. jadi masalah bila ada guru2 yg melayan murid selain kelas A lain...

Ini pengalaman kami. Anak saya ditempatkan dlm kelas 4B atas alasan nak tenguk dulu pencapaian dia. Nak jadi nasib malang gamaknya guru kelas tersangat garang. Semua budak takut dengan cikgu ni. Setiap hari ada saja leterannya. Dia kata murid2 bodoh, lembab. Bayangkan seminggu 7 jam murid bersama guru ini. Ada beberapa guru lagi yg. kerap membandingkan mereka dengan kelas A.

Selepas periksa itu hari, anak dimasukkan ke kelas 4A. Dia kata cikgu2 kelas A semua baik2. Ada sekali saya tanya kawan anak saya dari kelas B kenapa dia tak audition untuk masuk story telling atau syarahan, dia kata 'Kami bodoh auntie, tak boleh".
Kesian budak2 begini. Kelas B tu bukan kelas bodoh.

Sekolah kamu baguslah Charlie, beri peluang kepada semua budak. Sekolah anak saya saya tak boleh berbangga dalam hal ini. Saya kasihan kepada pelajar. Awal tahun dulu sekolah pilih budak untuk masuk band. Anak saya tertunggu2 bila guru nak ujibakat kelas dia (B). Budak kelas A dahpun diberi pianica tapi kelas B belum diuji. Saya suruh dia pergi tanya guru,dia kata dia tak berkesempatan dan dia takut, guru garang.

Selepas seminggu, saya pergi bertanya sendiri dengan gurunya. Ini jawapannya"  I won't audition B class because they are slow. They are not smart like the A class". Ya Rabbi! saya terkejut  kata2 ini keluar dari seorang guru kepada seorang waris. Dia cakap tak berlapik,tak ke pelik ni? Lebih kurang macam kata sayapun slow juga lah, dah anak saya slow  ..tak gitu? lambat, lembab keturunan..

Tapi akhirnya, anak saya boleh masuk juga sebab saya terangkan kepada dia(dgn. sabarnya) anak saya boleh main piano dan clarinet. Sekarang dia belajar sikit2 main gendang silat. Dia boleh baca note music. Dia kata nanti dia fikir.

selepas tu saya berjumpa guru anak yg. nak jumpa saya sebab dia nak minta permission saya untuk bagi anak masuk public speaking competition. Nak jadi cerita, cikgu music ada dekat cikgu English tu dan dia dengar cikgu tu duk puji anak saya.

Selepas tu saya pergi ke kantin, guru music tadi datang dan beritahu saya anak saya boleh masuk band tapi kena beli pianica sendiri sebab dia dah beri semua kepada kelas A. Baik benar dia dengan saya.Selepas ucapkan terimakasih, saya terus ke kedai Yamaha beli pianica.

Esoknya budak2 B tahu anak saya masuk band, ada yg cemburu sebab mereka tak diberi peluang. Kesian..kesian betul. saya percaya tentu ada yg berbakat dalam music dalam kelas2 lain.

Bukan music saja ni...anak saya kata kelas B tak buat satu experiment pun, tapi kelas A dah 2 experiment. Tak taulah...nasib tak baik lah kut, sekolah ni berkasta2.

[ Last edited by  belanga at 8-4-2008 10:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 11:34 AM | Show all posts

Reply #737 belanga's post

pada pandangan saya, untuk beri peluang kepada murid kelas tengah dan hujung dalam pertandingan bercorak  akademik seperti public speaking, syarahan dan sebagainya adalah agak sukar. namun peluang tetap diberikan untuk aktiviti yang lebih melibatkan fizikal seperti sukan dan permainan, perkhemahan. saya juga melatih budak yang kebanyakan adalah murid kelas hujung dan tengah dan hanya 2  orang dari kelas atas utk team kriket dan ini adalah tahun kedua sekolah menyertai pertandingan daerah. walaupun tidak mendapat tempat, namun dapat juga hantar wakil untuk pemain daerah ke peringkat negeri (budak kelas atas) dan bagi mereka yang lain setidaknya tahu juga apa itu LBW (leg before wicket) dan undang-undang permainan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2008 11:40 AM | Show all posts

Reply #736 belanga's post

saya kurang pasti bagaimana cara di sekolah bandar, cuma disekolah kampung memang petang pun kami buat latihan termasuk sabtu dan ahad. ditambah pula pada waktu koku. cuma seminggu sebelum perlawanan/pertandingan baru murid dibenarkan oleh pihak pentadbir utk buat latihan pada waktu persekolahan/pagi.  mungkin sekolah kampung, senang nak kumpul budak, mak bapa pun tak sesibuk budak bandar.

saya rasa reasonnya dibuat waktu pagi kerana memudahkan untuk latihan dilakukan serentak. mungkin betul, sukar untuk kumpulkan murid pada waktu petang. namun saya tgk guru sekolah saya yang bawa murid pergi kejohanan sukan daerah suruh muridnya bawa buku latihan, siapkan kerja atau buat latihan pada waktu free/tiada pertandingan.

apa pun semua tu bergantung kepada guru tersebut dan keinginan serta kesungguhan murid serta sokongan ibubapa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2008 07:56 AM | Show all posts

Reply #739 CharlieDale's post

Sepatutnya sekolah kampong ke bandar ke sama saja...buat selepas sekolah ataupun hujung minggu. Semalam saudara saya bekas pengetua bertandang lalu saya ceritakan masalah ini dan dia kata salah guru ambil waktu m/pelajaran untuk latihan2 sebegini.

Menurut seorang waris  nanti 2.3 hari sebelum pertandingan, langsung budak tak belajar. Pelik betul. Perkara siapkan latihan atau study pada waktu terluang semasa pertandingan bagus dan memang boleh dibuat. yg jadi masalahnya sewaktu latihan itu sendiri sebelum pertandingan. Di sekolah anak saya ni latihannya sampai melampau2 tak kira masa sesuai atau tidak hanya kerana nak menang.

Saya fikir ini satu masalah kepada guru bila sekolah terlalu nak nama. Guru tertekan untuk beri piala kepada sekolah. Jadi guru pun tekan murid dan sanggup korbankan hak murid untuk belajar dalam kelas. 2  jam setiap hari adalah lama. Pengobanan ni untuk siapa? Dan menguntungkan siapa?

Guru2 m/p lainpun marah sebab tak pergi kelas mereka. Nak pergi macammana, budak tak pergi pihak pejabat announce dalam PA system minta budak keluar kelas. Guru Math bengang betul kelmarin katanya sebab budak dah nak periksa 20April dan dia tak dapat ajar apa yg sepatutnya diajar kerana separuh dari kelas tak ada.

Pelik, sikap nak menang keterlaluan sampai sanggup korbankan apa saja ni memang tak patut. Bukan setakat itu saja Charlie, bebudak diminta berbohong lpula. Cikgu suruh budak cakap kepada pembantu dia yg datang latih budak seminggu sekali bahawa lagu kedua mereka adalah lagu sekian2 bukan sekian2.
Bila anak saya kata dia tak mau bohong,cikgu kata bohong sekali sekala tak apa.

Saya nasihatkan anak  katakan saja kamu tak mahu beritahu sebab itu adalah rahsia pasukan jika ditanya. Tentu dia hormati hak kamu. Jangan sekali2 berbohong, buruk padahnya  dan Tuhan benci sifat ini.

[ Last edited by  belanga at 9-4-2008 07:59 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.065033 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list