CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: codenamedream

Intan belum sedia maafkan Yizreen

[Copy link]
Post time 27-5-2021 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 27-5-2021 01:17 AM
Kude dah xde job ye skrg? Jering try pi Palestine, maybe acik porem boleh lembut hati sikit kat ko ...

Acik porem hanya akn lembut hati kalau yizreen pulak dpt madu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
blue^panther replied at 26-5-2021 09:50 PM
Saja la share, dengan harapan dapat tacang lebih  ok lepas ni dh boleh tutup kes.....



Hah mohon pihak melodi jawab!!! Dasar baru api neraka ek sekor2 team melodi. Haritu xmengaku
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 04:54 AM From the mobile phone | Show all posts
spy_caridotdot replied at 26-5-2021 11:20 PM
Aik!! Boleh kau banding marriage sape lagi longer?? Dah kalau takde betine lain datang sondol si k ...

Mmg marriage kude-yizreen lg lama ke? Lama tp mcm xberkat. Asik kena makan makian.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
blue^panther replied at 16-5-2021 08:14 PM
Sep sikit, dia ni mmg lagi dulu dok x puas hati dengan intan.......sembang macam duduk serumah, tp ...

Dr dlu perhatikan dia ni..ntah knp selalu menyokong pencaras..kes fasha dlu pun mcm tu jgk..ber ia la menyokong pelakor....mgkin btl la dia ni prnh dikecewakn suami org..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
dah buat org lain sakit hati senang2 je suruh maafkan ya? tapi tuhan suruh maafkan juga, camna tu? tak adil la bagi org yg jadi mangsa kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat senang ke nak memaafkan orang yg meruntuhkan masjid yg kita bina? Biar la org kata tak move on sakitnya siapa yang tahu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2021 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat indonesia si mulan jameela sampai skrg, anak dah besar2 masih dipulaukan oleh netizen sana, walaupun dh mcm2 perkara baik mulan buat tp still x jalan. Bagus kalau netizen msia pun buat mcm tu, mana2 pelakor netizen wajib boikot hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:10 AM | Show all posts
kau tak malu ke izrin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Wakefield at 27-5-2021 09:35 AM

Dulu masa si polan nak kahwin, dia punya sentap sampai tiada doa bagimu. Padahal bukan ada ikatan apa pun kot nak sentap teruk sangat. Dengan apa dia dah buat pada IL, dia sedap-sedap nak demand kemaafan. IL boleh gunapakai ayat IA dulu tiada kemaafan bagimu.

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:41 AM | Show all posts
anony-mous replied at 27-5-2021 04:50 AM
Acik porem hanya akn lembut hati kalau yizreen pulak dpt madu

sokong....dapat madu, setuju bermadu dan tiba2 extension masjid baru tu pg bulldoze dan robohkan masjid asal...baru kami sejuk ati
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
blue^panther replied at 26-5-2021 09:50 PM
Saja la share, dengan harapan dapat tacang lebih  ok lepas ni dh boleh tutup kes.....



Mcm kes fattah kt set meletop dulu la ni.. Sebelum datang set kata xde satu pentas dgn jahkubis.. Bila dah ada kt sana twist..

Sebenarnya mmg melodi dah plan la kan nk suruh intan ni berbual dgn jering ni.. Tp masa ckp dgn intan kata plan lain
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik Intan tu baik aje. Kalau orang lain siap la si Izreen tu kena, “Ko pehal nak ngendeng2 kat aku?”
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan bodoh aje boleh buat baik dengan pencaras dan perosak rumah tangga dia. Read: abby memang ngok sikit kan, belajar pun tak seberapa. Tengok la TZ, takde pun nak baik2 dengan Siti tu. Kita memang kena hati2 dengan orang jahat, jangan senang2 nak maafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meteorspeed at 27-5-2021 10:02 AM
blue^panther replied at 26-5-2021 09:50 PM
Saja la share, dengan harapan dapat tacang lebih  ok lepas ni dh boleh tutup kes.....




Shame on u melodi.. Sbb tue aku tak suka program nie...
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by meteorspeed at 27-5-2021 10:02 AM
spy_caridotdot replied at 26-5-2021 11:20 PM
Aik!! Boleh kau banding marriage sape lagi longer?? Dah kalau takde betine lain datang sondol si k ...


Aku harap ada betina lain sondol kude.. Biar mendapat jering..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
jemahjacjon replied at 26-5-2021 11:53 PM
Intan nk merempan mmg ptot la. Pasal laki dia kne kebas ngn pompuan lain. Dia nk merempan 40 jotaa ...

Aku, pun, semak.. Sakit mata tgk.. Cbb tue aku, skip jer tak baca.. Baik kita baca komen yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2021 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
blue^panther replied at 26-5-2021 09:50 PM
Saja la share, dengan harapan dapat tacang lebih  ok lepas ni dh boleh tutup kes.....



Hahhahahha padan muka jering. Malunyaaa.. eh dia tau malu ke???
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 10:27 AM | Show all posts
Pak.dolla replied at 27-5-2021 08:32 AM
Dekat indonesia si mulan jameela sampai skrg, anak dah besar2 masih dipulaukan oleh netizen sana, wa ...

Kannn... sebab si mulan tu jijik sangattt kelakuan. Laki kawan baik sendiri kot. Sama2 ko carik rezeki dgn binik orang tu..  boleh plak ko kebas laki dia...
Jijikkkk

Sebab tu aku pesan kat Stacy.. jaga Akim elok2. Kan ada nona tu. pesanan ikhlas ya

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 10:29 AM | Show all posts
[email protected]
KUALA LUMPUR: Penghujung 2017, dunia hiburan gempar apabila aktres, Izreen Azminda membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude dalam satu perkahwinan tertutup di Damansara pada 8 Ogos.

Pendedahan perkahwinan Izreen dan Ude juga dibuat isteri pertama, Intan Liana Saleh pada 2 Disember 2017, sekali gus mencetuskan kecaman hebat.

Sana-sini orang mencaci, menghina dan menjatuhkan hukum hanya kerana aktres yang pernah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu memilih hidup sebagai isteri kedua.

Lebih memanaskan keadaan, kemelut rumah tangga Ude dan Intan tidak dapat diselamatkan dan berakhir dengan perpisahan apabila bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac 2018.

Kini, nama Intan kembali mencuri perhatian apabila tampil dalam program Melodi Raya 2021 siaran TV3, baru-baru ini.

Usaha program hiburan popular itu menyatukan Intan dengan Izreen dipuji ramai. Malah, ia dilihat menepati segmen Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih.

Bagaimanapun, permohonan maaf dilafazkan secara berdepan dengan Intan dalam program Melodi Raya 2021 mengundang pelbagai reaksi dan kecaman. Malah, Intan juga dilihat seperti canggung dan terkejut dengan permohonan maaf bekas madunya itu.

Mengulas pelawaan program Melodi Raya, sedangkan hati belum memaafkan, Intan berkata, dia menerima pelawaan atas dasar profesionalisme dan dimaklumkan mengenai segmen yang diwujudkan.

"Cuma, saya tidak diberitahu ada temubual bersama Izreen pada hari rakaman. Saya diberitahu Izreen akan ada dalam rakaman program dan ditempatkan di sudut meja yang sama, tetapi bukan bersebelahan.

"Jika begitu pemahamannya, saya tiada masalah memberi sokongan kepada program Melodi Raya. Sebagai orang biasa yang bukan dalam dunia hiburan, saya anggap kehadirannya untuk memeriahkan acara dan memenuhi jemputan. Malah, sebelum menyatakan persetujuan, saya ada bertanya apakah akan ada sesi bermaafan dengannya.

"Ini kerana seandainya ada sesi bermaafan, saya masih belum bersedia. Bagaimanapun, saya sekali lagi dimaklumkan tiada situasi sedemikian," katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, keadaan berubah ketika hari rakaman.

"Saya dimaklumkan ada perubahan dilakukan kerana membabitkan soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jadi, saya diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen berkenan.

"Atas dasar profesionalisme dan tidak mengganggu proses rakaman, saya terima aturan temubual dalam keadaan tidak bersedia. Apa yang dipaparkan dalam program adalah temubual secara spontan bagi menjawab soalan diajukan," katanya.

Intan berkata, soal permohonan maaf Izreen di luar jangkaannya.

"Barangkali, ia inisiatif Izreen yang cuba memanfaatkan pertemuan yang berlaku. Saya percaya sesiapa berada dalam situasi saya akan faham bukan mudah melupakan sesuatu yang cukup menyakitkan hati.

"Dalam soal ini, saya sudah reda dengan ketentuan dan suratan takdir. Cuma, soal selebihnya, biarlah saya simpan sendiri. Buat masa ini, biarlah keadaan berjalan seperti biasa dan kami meneruskan kehidupan masing-masing. Itu lebih baik untuk saya dan Izreen.

"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada program Melodi Raya kerana terfikir mahu mengundang saya. Saya tahu niat Melodi Raya baik mahu menjernihkan keadaan. Cuma, situasi yang saya lalui bukan semudah melafazkannya. Bukan berdendam atau jauh sekali tidak 'move on'.

"Soal peribadi juga tidak perlu disensasikan lagi kerana ia membabitkan hati dan perasaan. Saya bukan selebriti untuk dijadikan topik bualan. Cukuplah apa yang pernah dihadapi dahulu. Biarlah masa memulihkan segala-galanya. Tidak perlu mengaitkan atau mencalarkan nama sesiapa dengan merujuk isu ini pada masa mendatang," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 27-5-2021 10:29 AM
KUALA LUMPUR: Penghujung 2017, dunia hiburan gempar apabila aktres, Izreen Azminda membuat pengaku ...

Terimakasih pada sapa yg menulis article ini, kerana beri peluang pada sebelah intan utk beri pendapat, walaupun intan itu bukan artis, hanya rakyat marhaein yg juga punya perasaan. Terimakasih kerana tunjuk pada kami dunia masih ada keadilan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.204623 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list