CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: modem

Kenapa Rufaqa Di Haramkan ?

 Close [Copy link]
Post time 17-5-2007 12:50 PM | Show all posts

Reply #736 mnm77's post

Tak semua yang menyintai ahlul bait tu syiah.
Orang syiah tidak menerima Abu Hurairah dan takkanlah mereka nak meletakkan r.a. dihujung nama tu.
Pegi belajar rajin2 lagi dan jangan nak kuar tabligh saja tanpa ilmu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2007 04:31 PM | Show all posts

Reply #741 pizzafin's post

???  pizza punya point yang mana ni?  letak r.a. selepas nama ahlul bait atau selepas nama Abu Hurairah?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 05:13 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 17-5-2007 12:50 PM
Tak semua yang menyintai ahlul bait tu syiah.
Orang syiah tidak menerima Abu Hurairah dan takkanlah mereka nak meletakkan r.a. dihujung nama tu.
Pegi belajar rajin2 lagi dan jangan nak kuar tab ...


Rasanya awak belum nampak taktik syi'ah. Memang mereka letak R.A selepas nama sahabat supaya kita pun terima apa yang mereka sampaikan. Pada masa yang sama mereka letak A.S selepas ahlul bait, supaya kita pun terikut-ikut memuja ahlul bait. Tu yang ada dalam kitab. Kalau bukan dalam kitab, mereka hentam sahabat2 nabi (Na'uzubillah). Salah satu ajaran yang dibenarkan syi'ah adalah Taqiyyah (dibenarkan berpura-pura). Sama-samalah kita hindarkan diri kita dari sifat tersebut.

[ Last edited by  mnm77 at 17-5-2007 05:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 05:32 PM | Show all posts
Originally posted by pizzafin at 17-5-2007 12:50 PM
Tak semua yang menyintai ahlul bait tu syiah


Saya tak kata semua (tak maksudkan termasuk awak)... saya kata kebanyakan...

Golongan yang mencintai ahlul bait (dikenali sebagai golongan Al-Khuza抜) kebanyakannya ialah shi抋h
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2007 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 15-5-2007 06:33 AM


Rasanya aku tak pun beri hukum sesat ka, seleweng ka apa2 la. Macam ada yang sendiri terasa pulak

kalau ada orang kata ada hadith Imam Mahdi Ghaib dan hadith di bawah ni:
...


lama aku tk merayap kat M&M, sibuk jer memanjang..kau tanya apa mnm?...psal hadis Imam mahdi ghaib?


Sabda RSAW,

Allah akan menzahirkan dari persembunyiannya, al mahdi yang (berasal) daripada kaum kerabatku sejurus sebelum tibanya hari kiamat, walaupun umur dunia ini hanya tinggal sehari sahaja. Dia akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan dan kesaksamaan dan akan menghapuskan kezaliman dan penindasan.

(imam Ahmad)
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 12:02 AM | Show all posts
kitab aqdud durar fi akhbaril muntazar tu bukan bersumberkan syiah tetapi merupakan sumber ASWJ
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2007 06:03 AM | Show all posts
dfisini saya sertakan ulasan dari simpati Abuya yang saya petik dari satu laman web.

.................................................

Al-ARQAM SESAT?

Saya merujuk artikel di MR ini tarikh 22.2.2000 oleh Cucu Datuk Bahaman (CDB)di perenggan berikut: "Penyingkiran Dato Ishak ini merupakan siri penentangan dan kebencian terhadap peranan ulamak dan agama Islam dalam membersihkan negara dari unsur-unsur maksiat. Sebelum itu, pengharaman Jemaah Al-Arqam (DA), meskipun akidahnya agak dipertikaikan kerana Aurad Muhammadiyah (AM), juga sebahagian daripada penghapusan mereka yang dianggap boleh dan bakal mengancam kekuasaannya kerana Arqam membawakan mitos Pemuda Bani Tamimnya untuk menggulingkan kerajaan Mahathir. ......"

Di sini, bukanlah saya berniat untuk membela pihak Al-Arqam secara memkhinzir buta, tetapi adalah berdasarkan alasan untuk mengelakkan seluruh rakyat Malaysia ini dari mempertikaikan akidah seseorang sesuka hati tanpa bukti dan alasan yang munasabah. Sesungguhnya perbuatan begini amat bahaya kepada pihak yang menuduh seperti mana yang telah diberi amaran oleh Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, : "Apabila berkata seseorang kepada saudaranya (sesama Muslim): " hai kafir, maka sesungguhnya dia telah menetapkan dengan ucapannya itu salah seorang daripadanya menjadi kafir, kalau seandainya itu benar. Akan tetapi, jika tidak benar maka kafir itu sendiri kembali kepada yang mengucapkannya."  - Hadis riwayat Muslim.

Sesungguhnya, peristiwa pengharaman Arqam amatlah menghiris hati dan jiwa saya yang amat mengenali jemaah ini, kerana kedua ibubapa saya adalah bekas pengikut jemaah ini sewaktu saya masih bersekolah dahulu. Namun, berdasarkan pengetahuan agama yang saya miliki (sehingga kelas Khas di sek. Ugama kerajaan negeri Johor yang walaupun tidaklah sehebat mana) namun, saya tidak yakin akan tuduhan bahawa jemaah ini telah menyeleweng dari akidah Islamiah.

Anda semua boleh dapati bukti bukti yang jelas sekiranya anda semua mengikuti akan buku buku oleh Ustaz Asyaari sendiri terutamanya buku buku mengenai "Aqidah Mukmin" yang telah ditulis oleh beliau sendiri untuk beberapa siri. Sesungguhnya, isi kandungan buku itu sesiapa saja boleh baca kerana ianya jelas selari dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan sama sahaja dengan apa yang saya pelajari di sekolah Ugama kerajaan negeri Johor berdasarkan kitab kitab dan ulamak ulamak Tauhid yang menjadi rujukan beliau.

Sebenarnya apa yang berlaku terhadap jemaah ini adalah sama seperti kes DS Anwar Ibrahim, di mana seluruh jentera kerajaan, baik mahkamahnya, ulamak-ulamaknya, polis-polisnya, saksi saksi yang boleh dibeli dipergunakan untuk mencipta bukti bukti sebagai membenarkan segala tuduhan yang dilemparkan terhadap jemaah ini. Saya yakin ini adalah perancangan pihak yahudi yang amat takut dengan jemaah jemaah Islamiah yang sangat mementingkan kekuatan kerohanian. Di ciptanya pelbagai dakyah bagi menakutkan umat Islam akan alam kerohanian, sedangkan apa lagi yang boleh diharapkan akan kekuatan umat Islam di zaman ini, di mana umatnya umpama buih di lautan yang tidak boleh melakukan apa-apa melihat kezaliman dan penindasan terhadap umat Islam yang lain.

Adapun, mereka mereka yang termakan oleh tuduhan dan bukti yang direka reka oleh kerajaan adalah mereka mereka yang hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja tanpa mendapat penjelasan dari pihak Ustaz Asyaari sendiri. Alasan pengakuan oleh Ustaz di kaca TV adalah satu cara biasa pihak kerajaan untuk memastikan rakyat percaya pada langkah langkah yang di ambil oleh kerajaaan terhadap mana mana individu yang menggugat kedudukan mereka-mereka yang berkuasa. Anda semua tahu bukan?

Pengakuan bersalah di tv banyak dipaksakan oleh pihak kerajaan sebagai membenarkan perbuatan mereka.Sedangkan jika anda dapat meneliti akan teks pengakuan Ustaz di tv tersebut (rujuk buku Arqam- tersungkur di pintu Syurga
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 08:24 AM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 24-5-2007 06:03 AM
dfisini saya sertakan ulasan dari simpati Abuya yang saya petik dari satu laman web.

.................................................

Al-ARQAM SESAT?

Saya merujuk artikel di MR ini tari ...



alahai...  berapa kali nak keluar ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2007 09:34 AM | Show all posts

Reply #748 ibnur's post

Apa salahnya kuar bnyk kali? Kalau wahabi tak mengapa ker??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 24-5-2007 06:03 AM
dfisini saya sertakan ulasan dari simpati Abuya yang saya petik dari satu laman web.

.................................................

Al-ARQAM SESAT?

Saya merujuk artikel di MR ini tari ...



yer..aku nak pesan kat org kelate khusus pada pejuang politik sekular PAS, cuba gi jumpa seorg ulamak depa kat KB tuh, yg memang pengamal AM, beliau nih bekas hakim mahkamah syariah kelate, sekrg dah pencen lah....

klau kau org nak tuduh tarekat AM tu syirik/murtad/sesat, hermmm...byk ler kes2 mahkamah syariah yg kena ulang balik bicara...hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2007 07:14 PM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 24-5-2007 06:03 AM
dfisini saya sertakan ulasan dari simpati Abuya yang saya petik dari satu laman web.

.................................................

Al-ARQAM SESAT?

Saya merujuk artikel di MR ini tari ...


para, minta bagi alamatnya yer....sekian..tq...klau rasa susah nk dispaly kat sini, PM jer kat aku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 10:46 PM | Show all posts
Di Indonesia, Rufaqa telah disokongi oleh perkumpulan ulamak2 ASWJ yg berada dalam Majlis Ulamak Indonesia, para cendekiawan di universiti-universiti, serta bapak2 utama dalam pemerintahan.

terkini seorg pensyarah di IAIN yg telah menghasilkan satu tesis yg mendapat kelulusan di peringkat PhD yang menceritakan mengenai kajian ke atas Abuya Ashaari sebagai pemimpin dan pendakwah ISlam telah terpilih menjadi Prof dan pemilihannya dilakukan oleh bapak Presiden, mengalahkan 5 calon yg lain. Sedikit waktu lagi, beliau akan membuat satu syarahan perdana dan akan dihadiri oleh para2 cendekiawan di seluruh Indonesia sempena perlantikan beliau sebagai Profesor tersebut.

Bulan Jun ini, festival kraton dan masjid2 seluruh Nusantara (di ISqtiqlal Jakarta) yg akan dijayakan di Indonesia juga telah bekerjasama melalui Rufaqa utk mengisi program2 mereka.

Sekadar berita, buat pencetus kepada org2 di sini, bahwa walaupun Abuya dlm keadaan yg tidak upaya mampu menjentik hati2 dan memberi satu kejutan kepada masyarakat terhdp pengaruh kepimpinannya...di sinipun ada kejutan yg maha hebat, tetapi biarlah sahaja menjadi rahsia buat sementara waktu.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 11:59 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 30-5-2007 10:46 PM
Di Indonesia, Rufaqa telah disokongi oleh perkumpulan ulamak2 ASWJ yg berada dalam Majlis Ulamak Indonesia, para cendekiawan di universiti-universiti, serta bapak2 utama dalam pemerintahan.

t ...

Beginilah hebatnya jemaah yang sudah pun mendapat pengiktirafan dari seluruh dunia. Rugi betul manusia yang tidak nampak kebenaran yang ada di depan mata mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2007 01:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua,

Jika ada apa-apa persoalan mengenai rufaqa, sila emel kepada [email protected].
Mereka di sana tentu sedia saja membantu bapak2 dan ibu2 di sini..

Ana tidak ada banyak masa utk berforum lagi di sini. Sekali-sekala, muncul bagai pelangi petang jer...

Sekian. Wassalam. MZB.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 12:47 PM | Show all posts
Sedikit perkembangan terbaru berkaitan kesihatan Abuya...sekarang ni dah hampir sebulan Abuya boleh lancar bertutur untuk menyampaikan tarbiahnya. Di mana seblm ini, penerangan terhadap tarbiah beliau terpaksa dibantu oleh isterinya Ummu Jah krn Abuya menghadapi sedikit kesukaran ketika berckp. Alhamdulillah.

Ternyata Abuya semakin sihat dan semakin aktif bergerak seluruh Malaysia dan semakin kerap menerima tetamu dr luar negara yg bkn calang2 org.

Sesungguhnya perjuangan kebenaran itu semakin hari semakin dibantu Tuhan. Amin

[ Last edited by  Mawar Merah at 13-6-2007 12:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 04:34 PM | Show all posts

Reply #755 Mawar Merah's post

Kesihatan Abuya akan semakin pulih dalam sedikit masa yang terdekat ini berkat doa wali-wali yang terdapat disekeliling beliau. Masih belum terlambat untuk mereka yang menentang abuya supaya bertaubat dan memohon ampun kepada beliau.
Kebenaran sudah semakin hampir!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2007 07:51 PM | Show all posts
kalau abuya mati sapa pulak nanti take over majlis yakazah? kalau dah mati mcm mana abuya nak jadi tentera imam mahadi? even sekarang ni pun dah tak larat mcm mana nak jadi tentera? terimakasih kpd sesiapa yg dpt menjawab soklan. tapi sekadar menjawab..."ini semua kuasa Tuhan...." tanpa fakta lanjut tak payah la.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2007 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 13-6-2007 12:47 PM
Sedikit perkembangan terbaru berkaitan kesihatan Abuya...sekarang ni dah hampir sebulan Abuya boleh lancar bertutur untuk menyampaikan tarbiahnya. Di mana seblm ini, penerangan terhadap tarbiah b ...


Ingat masuk ni nak cerita hal ni ler..rupa2nya mawar merah dah sampaikan....syukran...

yup, Abuya semakin sihat, malah begitu ceria bertemu dengn tetamu-tetamunya, bercerita dengan tetamu-tetamunya, malah ingatannya lebih kuat dan pengetahuannya lebih luas dan terkini jika dibandingkan dengan anak2 buahnya dan tetamu2nya yg masing-masing bukan calang2 orang juga...

Abuya dengan gaya baringnya kerana masalah kesihatan sudah mendahului org lain dan pemimpin2 lain yg sihat fizikal dan anggotanya dari segi kepimpinan dan pengetahuan....
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #758 rainbows's post

Benar tu kak ...mari kita teruskan kerja dakwah ni tanpa menghiraukan mereka yang buta tidak dapat hidayat dari Tuhan dan tak habis2 menunjukkan kebodohan mereka sndiri saja.
Abuya akan tetap terus berjuang biar dalam keadaan apa sekali pun dan kita patut meneruskan ajaran mulia beliau.

[ Last edited by  ibnur at 14-6-2007 11:03 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2007 01:53 PM | Show all posts

Reply #757 tobby's post

Salam,



Silalah engkau rujuk kisah Nabi Zakaria, baginda berdoa kehadrat Allah SWT mohon anak sedangkan umur mereka suami isteri telah lanjut usia. Tiba2 doa mereka terkabul. Terkejut dan bagaikan tidak percaya. Masakan mereka akan beroleh anak sedangkan tenaga dah tak der, tulang dah lemah.. Begitulah kekuasaan Allah Pemelihara kita... Dalam perjuangan menegakkan agama Allah, usia dan tenaga bukan menjadi persoalan..

  • Kaaf Haa Yaa 慉in Shaad
  • (Yang dibacakan ini adalah) penjelasan tentang rahmat Tuhanmu kepada hamba-Nya, Zakaria,
  • yaitu tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut.
  • Ia berkata:擸a Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo抋 kepada Engkau, ya Tuhanku.
  • Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera,
  • yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya択ub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diridhai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.250185 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list