|
Rabbit Kayam ke tu? Jomlah masuk show. Untung dapat bawak balik makanan rabbit free kalo menang.
nicoty_yne Post at 23-6-2009 05:59 PM
mcm rebit kayam...tapi kayam punya kelabu putih...
sape ade anak rebit betina? nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by asniza05 at 25-6-2009 15:42
salam & hai all...saja nak share, lagi gambar arnab Niza.
Ni gambar arnab Niza masa kecik...(niza pernah share gambar ni dulu)...
'sekarang dah kami besar...'
|
|
|
|
|
|
|
|
sepesen je rabit niza ni...kembar ke? comei... |
|
|
|
|
|
|
|
Niza, jangan lupa alas jaring2 yang lebih kecik untuk anak2 rabbit tu berpijak. 2-3 hari lepas ada kes kawan Nico ni, anak rabbit dia terputus kaki gegara terjerlus masuk kat lubang2 tu. Takpun buh tiles untuk diorang berpijak. |
|
|
|
|
|
|
|
oja mana ek...? aku nye rabbit tuh baru aku tau yg tuh bukan spesis anggora.... yg sama ngan sinchan oja tuh...
bile survey2 balik ARBA ngan wiki... nengok breed paling hampir ialah giant checkered atau english spot.... sape bleh konfemkan...? |
|
|
|
|
|
|
|
sepesen je rabit niza ni...kembar ke? comei...
kaki_ayam Post at 25-6-2009 22:40
ha'ah..semua sama colour jer, adik beradik...bapak yg sama. hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Welcome!!
Tomorrow there is a "Promo" of this coming rabbit show in Kelab Disney Malaysia @ TV3, 11.30am. There is a simple quiz as well for all friends to participate. 3 Winners will be selected and entitle to have Cash Voucher RM500 to redempt products from our booth. Welcome to participate. |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah..semua sama colour jer, adik beradik...bapak yg sama. hehehe...
asniza05 Post at 26/6/2009 03:08 PM
kayam ade gak baby baru lahir. tapi lain2 la...yg geramnya tiga2 ni kiut sgt...
sekor tuh tinger die jatuh sebelah tegak sebelah....sian plak tgk...mcm pelik... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuh dd tingat la kat bb rabit yg mati hari tue kalu tak skrg msti dh tumbuh bulu n dah bleh bjln msti shomel huhhuhu...sdihnye |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dd_ciko at 28-6-2009 09:59
Mengenal Jantina Arnab
Mengenal jantina arnab yang berusia bawah 3 bulan memang agak sukar. Ini adalah kerana yang testicles arnab jantan belum kelihatan.
Namun jika diteliti betul-betul, ada perbezaan yang membolehkan kita mengenalpasti jantina anak2 arnab yang berusia dibawah usia 3 bulan. Rujuk gambarajah dibawah sebagai panduan.
Alat kelamin arnab jantan berbentuk bulat dan mengunjur ke dubur manakala alat kelamin arnab betina berbentuk memanjang megunjur ke dubur.
Bagi sesetengah baka-baka arnab, yang jantan dan betina dewasa boleh dibezakan dengan lebih mudah. Bagi yang mempunyai kantung seolah-olah seperti tembuluknya, maka arnab ia adalah betina dan bagi yang tiada, maka fahamlah kita bahawa arnab itu adalah arnab jantan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by dd_ciko at 28-6-2009 10:08
FAKTA-FAKTA MENGENAI ARNAB
* Arnab tergolong dalam kumpulan ‘lagomorphs’ bukan tikus (rodent).
Jangka hayat arnab ialah antara 10 hingga 12 tahun dan mungkin lebih.
* Terdapat lebih dari 45 spesis di Amerika Syarikat dan Eropah.
* Arnab boleh dilatih untuk membuang najisnya setempat.
*Sistem penghadaman arnab menyamai kuda maka mereka memerlukan rumput kering setiap hari bagi menghindarkan masalah penghadaman. Arnab tidak boleh muntah, olehitu gumpulan bulu yg ditelah boleh mendatangkan bahaya pada arnab.
* Gigi arnab tumbuh secara sekata dan anak arnab secara semulajadi gemar menggigit wayar, kaki perabot, dsb. Maka ruang peliharaan arnab mesti “Kalis-gigitan arnab”
* Arnab boleh mula mengawan seawall usia 3 bulan dan tempoh bunting adalah 31hari dimana jumlah anak yg boleh dilahirkan adalah antara 4~12 ekor.
* Bila anak arnab meningkat dewasa, merekakan menjadi aggresif dan bersifat teritorial. Mereka juga akan menandakan kawasan dgn percikan urin, dgn longgokan najis dan tanda gigitan. Mereka juga mula berbunyi menderam bila terancam.
* Anak arnab tidak sepatutnya diasingkan dari ibunya sehingga ia berusia 7 minggu.
* Arnab rumah pandai bersosial lebih-lebih lagi jika anda menyimpan secara berpasangan. Mereka juga boleh berkawan dengan kucing, anjing atau guinea pigs dengan sedikit pemerhatian dan kesabaran
* Arnab boleh menjadi haiwan kesayangan yang sangat lincah tetapi juga gembira diusap dan berinteraksi secara senyap dengan manusia.
* Arnab boleh mempelajari nama panggilan mereka dan boleh memahami perkataan mudah seperti “yes” atau “no”.
* Kebanyakan arnab tidak suka didukung atau diangkat tinggi kerana mereka secara semulajadi “gayat” pada ketinggian. Mereka akan mencakar atau menendang dengan keras jira diangkat.
* Rangka seekor arnab adalah rapuh dan mudah patah terutamanya pada tulang belakang. Jatuh ketika mengangkatnya boleh mendatangkan kemudaratan.. Kakinya juga,mudah patah jika terhempas pada permukaan keras. Ingat jika diangkat, arnab akan meronta2 dengan keras sekali.
* Lantai sangkar hendaklah diperbuat dari jaring dawai bersaiz 1 inci x ½ inci dengan ketinggian 2 kaki dari aras tanah. Ini untuk mengelakkan dari gangguan pemangsa seperti kucing dan biawak.
* Dari semasa ke semasa, arnab domestik perlu dibiarkan diluar sangkar bagi membolehkannya menjalankan aktiviti untuk menjaga kesihatannya.
* Arnab juga mempunyai versi bunyi bergetarnya (purr) yang tersendiri. Mereka akan mengasah giginya secara semulajadi jika apabila dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
* Arnab berkomunikasi melalui beberapa kaedah seperti menghentakkan kaki belakang secara kuat, bunyi menderam (grunting), menguek/berdecit secara perlahan, menyisir bulu antara satu sama yg lain. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPA ARNAB MENGGIGIT ??
* Arnab menggigit untuk menzahirkan rasa sayangnya.. Tindakan ini selalunya disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda., sering berdengus lembut. Namun arnab itu tidak menyedari yg ia menyakiti anda.
* Arnab juga akan menggigit untuk mendapatkan perhatian dari anda. Ia bagaikan berkata “Hello tuan, saya kat bawah ni..!! Saya nak makanan saya sekarang”
Anda menghalang laluannya, Ia akan menggigit supaya anda beralih .
* Jika ia menggigit waktu anda mengangkatnya, ia mungkin mahu anda meletakkan nya semula ke tanah.
* Arnab akan menyerang secara mengigit atau mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menggangu dan/atau menakutkan arnab itu. Baik anda berundur, ingat gigitan arnab sangat menyakitkan.
* Sekiranya gigitan berlaku ketika anda cuba hulurkan tangan untuk menggosok kepalanya…ia sebenarnya cuba mempertahankan diri. Arnab sebenarnya tidak boleh melihat apa yg betentangan dgn batang hidungnya, tidak juga nampak apa yg menggosok kepalanya, sebab itulah ia menggigit. Ini juga sebab mengapa arnab menghidu sesuatu sebelum mula menggigit atau mengunyah. Adalah lebih baik untu meletakkan tangan anda dari sudut yg boleh dilihatnya. Jadi ia tidak akan terasa terancam, lepas tuh bolehlah anda mula mengusapnya.
* Untuk menghentikan gigitan arnab, cubalah menjerit kuat bila anda digigit. Arnab sendiri akan menjerit kuat bila terasa sakit/ takut yg amat sangat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu amat menyakitkan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wah2...tips....
sonoknyer....lebit aku berank lg....leh jd zoo lebit nih...hik2 |
|
|
|
|
|
|
|
ala nnt merissa post la gmbar bb wabit tue kat sini k... |
|
|
|
|
|
|
|
ala nnt merissa post la gmbar bb wabit tue kat sini k...
dd_ciko Post at 29-6-2009 19:16
abah nk jual dah....hehe
okeh nt rissa upload.....
sian kt lebit lg sekor...dia beranak tp ank dia kecik2 je...dh mti pon....huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tinggal bebarapa hari lagi nak ke rabbit show... excitednyee!! XD |
|
|
|
|
|
|
|
ala xexcited la sbb dd xdpt nk pegi show tue ada hal yg tak dpt nk d elakkan meo pon tak dpt la nk msuk show tue nnt...huhuhu sdihnye..tp insyaallah dd akn sruh luv p sna nnt tlg snap gmbaq je la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah pagi tadi baru sampai dari medan ngan selamat. trus buka porum..
waa byk perubahan ya kat porum ni.. baru 2 minggu tak online.. sedihnya masa kat indnsia dpt berita anak kiki kena mkn ngan kucing.. luv sampai nangis bengkak2 mata. tp nak buat mcm mn, tak da rezeki. cian kiki.. skrg kat kl, tak boleh balik kedah lg.. rindu sgt kat kiki, ciko, meo.
kwn2, jumpa nanti kat rabbit show mid valley.. insyaAllah |
|
|
|
|
|
|
| |
|