CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] UPDATE Kalau ikutkan byk jln berlubang, perlu minta maaf setiap hari #63

[Copy link]
Post time 29-12-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang angin bila JKR minta maaf selepas Menteri cedera ringan terjatuh basikal kerana jalan JKR berlubang.

Ada yang kata, jalanraya bukan laluan basikal.

Ada yang kata, bila Rakyat kemalangan kerana jalan berlubang ada JKR minta maaf?

Hangpa nak marah JKR atau Menteri?

Macam-macam aih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa nak hairan.. memang da lumrah kehidupan d mesia mcm gitu kn.. yg bpangkt & bduit diutamakan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2020 11:46 AM | Show all posts
'Orang lain juga kita minta maaf kerana jalan berlubang'
    myMetro>utama
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: "Tidak ada isu permohonan maaf kepada Khairy (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin) kerana kita juga ada buat permohonan maaf dalam kes lain sebelum ini. Saya harap ia tidak disensasikan lagi.

"Kalau ikutkan, jalan berlubang ini ada di mana-mana dan saya perlu meminta maaf setiap hari kerana perkara ini. Tetapi kita tumpu untuk pembaikan demi kebaikan bersama," kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Katanya, isu berkenaan tidak perlu disensasikan kerana tumpuan Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah bagaimana menyelesaikan aduan diterima untuk keselesaan rakyat.

Beliau berkata, kementeriannya memerlukan lebih daripada RM1 bilion untuk membaiki jalan berlubang di seluruh negara setiap tahun dan peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

Menurutnya, JKR sudah membuat kajian bagi memastikan jalan berlubang dibaiki dengan kadar segera demi keselamatan pengguna jalan raya.

"Kita ada aplikasi terima aduan dan memastikan tiada lagi jalan berlubang, tetapi untuk memastikannya ia selesai dalam kadar segera, tak bolehlah. Ia mengambil masa.

"Saya secara peribadi berpendapat permohonan maaf itu tidak perlu dibuat secara terbuka sebaliknya hanya ditujukan secara peribadi kepada Khairy sendiri, itu lebih baik.

"Dalam kes di Tebrau sebelum ini, kita ada memohon maaf juga. Saya sendiri turun melihat keadaan di situ. Soalnya bukan kepada menteri saja, kepada orang lain juga kita minta maaf," katanya kepada Harian Metro.

Ahad lalu, Khairy dilaporkan cedera selepas terjatuh daripada basikal akibat terlanggar lubang jalan.

Kejadian berlaku di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor ketika Ahli Parlimen Rembau itu sedang menunggang basikal di kawasan itu.

Susulan itu, JKR Hulu Langat mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada Khairy yang mendapat kecaman netizen yang menyifatkan ia sebagai layanan berat sebelah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Disember 2020 @ 11:37 AM
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2020 12:35 PM | Show all posts
Pemantauan kena beterusan. Kualiti kerja kena betul.
Cuaca, kenderaan yg lalu atas jalan. Undang2 dll semuanya faktor.
Kalau ada system online yg kita boleh  report.
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2021 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum merasa tinggal kat sarawak ni. Abgjo juga le camvavi naik honda 3 roda ride sibu-kapit aritu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.043590 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list