CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: genot

Melayu Utara Cakap Siam

[Copy link]
Post time 27-10-2009 10:22 AM | Show all posts
Asal-Usul Pekan Kulim


    *  Kulim dipercayai dibuka dan diami pada pertengahan abad 18 oleh 100 orang melayu Pattani. Nama Kulim diambil sempena pokok Kulim yang tumbuh merata tempat. Nama Asal Bandar "Kulim" mendapat namanya jolokannya daripada sejenis pokok yang dipanggil "Kulim" (nama saintifiknya Scorocarpus borneensis Becc.)
      
    * Pokok Kulim merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Scorodocarpus borneensis Buah pokok ini digunakan sebagai perencah masakan oleh orang asli di kawasan Tapah,Perak. Pokok ini mengeluarkan buah selari dengan musim durian. Pada tahun 1997 dianggarkan harga jual beli untuk kayu pokok kulim per meter padu adalah mencecah sebanyak RM 270.00.

Sejarah Pekan Kulim

Daerah Kulim dipercayai dibuka dan didiami sejak pertengahan abad ke 18 lagi iaitu dengan jumlah 100 orang yang berasal dari keturunan Melayu Pattani. Menjelang pertengahan abad ke 19 Kulim telah menjadi tumpuan kerana penemuan hasil bijih timah. Pada tahun 1890 terdapat 400 pelombong Cina beroperasi di Kulim. Antara kawasan terawal pembukaan Daerah Kulim ialah di Belakang Tebok. Lombong-lombong bijih timah yang terbesar telah dibuka di kawasan Kulim ialah Taman Tunku Putra, Kg Bukit Besar, Karangan, Terap dan Kelang Lama. Menurut catatan pada tahun 1854 terdapat 8 buah syarikat cari gali bijih timah dengan jumlah pekerja seramai 1500 orang. Pada tahun 1888 tercetus peristiwa besar di Kulim yang melibatkan pekerja-pekerja lombong bijih timah. Peristiwa ini dikenali sebagai "Perang Nyonya Cantik" atau "Perang Kulim". Kejadian ini bermula apabila taukeh-taukeh lombong bijih di sekitar Kulim bergaduh sesama sendiri kerana merebut seorang wanita Cina yang cantik atau wanita simpanan. Taukeh-taukeh ini telah menggunakan pekerja-pekerja lombong masing-masing dalam pergaduhan yang terjadi.

Keamanan penduduk telah terancam dan pergaduhan ini telah berlanjutan bertahun-tahun lamanya dengan memakan korban yang banyak di antara pihak-pihak yang terlibat. Insiden Perang Kulim 1888 ini telah menyebabkan kerajaan Kedah terpaksa melantik seorang rakyat British iaitu B.E Mitchell sebagai Ketua Polis Kulim pada tahun 1890 dan kedudukan kewangan negeri Kedah yang teruk. Melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 maka pihak British telah menganggap Kedah telah pun berada di bawah pemerintahannya. Hanya pada tahun 1923 barulah Sultan Abdul Hamid membuat perjanjian dengan British bahawa Kedah secara rasmi menjadi naungan British. Nama Daerah Kulim dipercayai diberikan kerana terdapat banyak Pokok Kulim yang terdapat di kawasan ini terutama di kawasan Bandar Kulim oleh penduduk awal ini. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim. Bekas pekerja lombong ini melarikan diri dari kawasan bijih timah di negeri Perak kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang sering berlaku di antara Kumpulan Kongsi antaranya kumpulan Ghee Hin dan Hai San yang sering di tubuhkan oleh pekerja-pekerja lombong negeri Perak bagi merebut kawasan yang kaya dengan bijih timah. Dipercayai pelombong-pelombong ini melarikan diri merentas hutan belukar di kawasan Kulim menuju ke Pulau Pinang untuk mencari pendudukan baru.

Pulau Pinang ketika itu sudah menjadi bandar pelabuhan yang sibuk di Utara Tanah Melayu sejak pembukaannya oleh Inggeris pada tahun 1786. Ketika melalui kawasan Kulim bekas-bekas pelombong ini mendapati dalam sungai dan tanah ada tanda bahawa wujudnya bijih timah dan telah mengambil keputusan untuk tinggal menetap dan membuka perkampungan bagi memudahkan mereka mendulang bijih timah. Di antara bangunan warisan yang masih terdapat di Kulim ialah panggung Coronation,Sek Men St. Patrick (1933) yang mana telah dijadikan sebagai bangunan perniagaan. Sekolah Menengah Sultan Badlishah (1948), Balai Polis Kulim dan sebagainya. Manakala jam merdeka Kulim telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Kedah pada 15 September 1957 yang masih kekal menjadi mercu tanda bagi bandar Kulim. Jam Merdeka Kulim telah berdiri megah lebih 44 tahun iaitu seusia dengan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Batu asas Jam Merdeka ini telah dibuat oleh YPM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 14 Jun 1957. Jam Merdeka Kulim ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 3 bulan dan dirasmi oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Yang Di Pertuan Paduka Seri Sultan Abdul Hamid Shah, KOM, CMG, KBE Sultan Kedah pada 15 September 1957 iaitu 2 minggu selepas Perisytiharan Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957.

    * Bagi memastikan pembinaan Jam Merdeka Kulim dapat disiapkan mengikut jadual maka sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuhkan iaitu :-

   1. Tuan Syed Osman Syed Mohammad Idid - Pengerusi (Pegawai Daerah Kulim / YDP Majlis Bandaran Kulim)
   2. En Mohammad Shakaff b Hussin - Bendahari
   3. En. mansur Hj Ahmad - Setiausaha
   4. Ketua Polis Kulim
   5. En B. G. Philips, JP
   6. En. Chew Chin Hooi, JP
   7. En. Soon Cheng MEng, JP
   8. En. M.Y.Samsudin, JP
   9. En. Khor Seng Guan
  10. En. Moey Chong Yen
  11. En. R. Themuligan



Sources : http://www.mpkk.gov.my/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 10:50 AM | Show all posts
shake hand x2 samalah kita hak hak.Acheh pun apa kurang.Nampak Kedah maju sikit dalam perdagangan,terus jer dia serang.Pastu kes anak dara sultan pun diorang lancar perang.Tapi awek Acheh kat Yan  ...
sayapghaib Post at 26-10-2009 18:50

duduk kat Yan la aku lpas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:48 AM | Show all posts
belah² kok klang smpai chuping sana mmg dh dekat sempadan siam dh.
hadoi, teringat padang besaq la pulak.
jersi, jersi, jersi !!

changloon pn sama jugak. dh dekat sempadan siam.
tp kt situ bukit kayu itam.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:27 PM | Show all posts
duduk kat Yan la aku lpas ni...
cmf_BeachBoys Post at 27-10-2009 10:50


Woit ,awek ganu dah comey comey dah.Tapi jangan sebelah Kuala Berang.Aku tak faham langsung loghat diorang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:32 PM | Show all posts
61# HangPC2

Kulim juga tempat tumpah darah Hero Bukit Kepong iaitu Othman Yusuf.Kat Kulim juga ada keturunan Bugis Daeng Parani.Makamnya juga ada kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:39 PM | Show all posts
Kampung Singgora berhampiran Pekan Tokai Alor Setar Kedah mempunyai majoriti penutur bahasa Siam yg besar.Walaupun tidak bersempadan dengan mana-mana wilayah Thai penduduk kampung tersebut menggunakan bahasa siam kerana majoriti penduduk kampung tersebut berasal dari  Negeri Melayu Singgora Thailand.Berbeza dengan kawasan lain yg berhampiran wilayah Thai dan mempunyai etnik Thai, Kg Singgora langsung tidak mempunyai Etnik Thai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 12:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 27-10-2009 12:47
belah² kok klang smpai chuping sana mmg dh dekat sempadan siam dh.
hadoi, teringat padang besaq la pulak.
jersi, jersi, jersi !!

changloon pn sama jugak. dh dekat sempadan siam.
tp kt situ  ...
selipar_hijau Post at 27-10-2009 11:48


Ada sorang Polis kat Pulapol dah loaded hasil bisnes jual Jersey bola  padang Besar kat Team tujuh sebelah kat KL.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:53 PM | Show all posts
Orang Acheh (Sumatera Utara) la yang sebarkan Islam kat Patani, tapi orang sana panggil depa orang Melayu Depa lari mintak sewaka kat Raja Patani masa tu sebab kerajaan depa kat Sumatera  ...
genot Post at 27-10-2009 00:36


Betoi betoi.Tentang ni pun pernah baca tapi tak ingat kat mana.Malah akar Silat Gayung Pattani dikatakan berasal dari Silek Tuo Sumatra.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 12:55 PM | Show all posts
Kampung Singgora berhampiran Pekan Tokai Alor Setar Kedah mempunyai majoriti penutur bahasa Siam yg besar.Walaupun tidak bersempadan dengan mana-mana wilayah Thai penduduk kampung tersebut menggunakan ...
sayapghaib Post at 27-10-2009 12:39


abis tu etnik apa derang ni....singgora ni sekarang songkhla kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:57 PM | Show all posts
51# HangPC2

Macamana diorang boleh belajar Silat Cekak Hanafi? Peraturan dlm Cekak Hanafi tak boleh orang bukan Islam jadi ahli kan.Siam Islam ke yg  belajar tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 12:58 PM | Show all posts
59# genot  

Macam pernah baca kajian beliau tapi tulisan beliau tentang Sejarah Kelantan.Dia ada sebut tentang Kerajaan Purba di Kelantan yg berpusat di Jawakoti Bukit Panau.
sayapghaib Post at 27-10-2009 10:03

aku pun penah dgr org kata kt bkt panau,tanah mrh tu dulu ada kjaan berdaulat...tak tau takat mana kesahihannya....

bleh caya ke konon hang tuah penah dtg berguru d bukit panau ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:03 PM | Show all posts
69# karis_kareena

Maksud saya diorang bukan Etnik Thai tapi melayu.Songkla tu asalnya Negeri Melayu dan Kampung Singgora dibuka sebelum Negara kita merdeka lagi. Tak macam kat kampung lain seperti Kubor Panjang,Titi Akar dan Naka di Daerah Pendang, dimana kampung tersebut mempunyai etnik Thai non muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:16 PM | Show all posts
71# karis_kareena



Kalau ikut pengalaman belajar silat Guru-guru Silat terbilang kat Kedah ni,diorang merantau seluruh Tanah Melayu termasuk Pulau Sumatra untuk menimba ilmu.Jadi tak mustahil Hang Tuah pun merantau ke merata tempat untuk menimba ilmu.Lagipun Bukit Panau bukanlah jauh sangat dari Melaka.Orang Melayu dulu-dulu kan gemar merantau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:04 PM | Show all posts
Kependudukan Siam di Kedah
- Faktor-Faktor Kedatangan Orang Siam Ke Kedah          Mula  1-1  Akhir  
        Faktor Kedatangan

Kedatangan orang Siam ke Tanah Melayu amnya dan ke Kedah khasnya tidaklah seperti kedatangan kaum-kaum imigran yang lain seperti India ataupun Cina. Kaum India dan Cina telah di bawa masuk secara sistematik oleh pemerintah Inggeris pada akhir abad ke 19. Manakala kedatangan masyarakat Siam ke Kedah bukanlah kedatangan yang dirancang untuk memenuhi keperluan kuasa kolonial pada masa itu. Kedatangan golongan ini lebih merupakan lanjutan dari peristiwa yang telah wujud sebelumnya seperti peperangan ataupun krisis ekonomi yang teruk yang memaksa mereka melakukan penghijrahan.

Pada tahun 1813, ramai rakyat Patani telah melarikan diri ke Perak, Kelantan, Kedah dan Perlis akibat serangan yang dilakukan oleh Rama II (1809-1824) kerana keengganan pemerintah Patani, Datuk Kun Pengkalan tunduk dan mengakui kedaulatan Siam ke atas Patani. Setelah Patani dikalahkan oleh Siam pada tahun 1813, ia telah menjadi sebuah wilayah di bawah naungan Siam dan pemerintah Patani terpaksa menghantar Bunga Mas ke Bangkok. Patani bukan saja diletakkan dibawah naungan Siam malah wilayag itu terus ditindas. Penindasan ini telah membawa akibat yang buruk kepada orang Thai Islam.

Pada tahun 1813, orang Siam dari daerah Songkla (Singora) dan Nakhorn Srithammarat telah masuk ke Kedah secara beramai-ramai. Kedatangan mereka ke sini disebabkan terdapatnya satu krisis ekonomi yang serius. Untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik menyebabkan mereka berhijrah ke Kedah. Kemasukan orang Siam ke Kedah secara beramai-ramai pada abad ke 19 adalah berdasarkan polisi yang dijalankan oleh Rama III (1824-1851). Pada masa pemerintahannya, Rama III telah menjalankan polisi meluaskan tanah jajahannya ke bahagian selatan negaranya iaitu di bahagian-bahagian Utara Tanah Melayu. Pada ketika itu Kelantan, Terengganu dan Patani telahpun ditakluki olehnya, yang tinggal hanyalah Kedah belum ditakluki.

Dengan dasarnya ini Rama III telah menyebabkan pertambahan orang Siam di Kedah. Bilangan ini semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Tidak kurang juga penduduk Siam yang masuk ke Kedah akibat dari aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan di negara asal mereka (Thailand). Oleh itu, mereka melarikan diri ke Kedah kerana takutkan tindakan dari pemerintah Thailand. Keadaan ini berlaku kerana pada masa itu undang-undang keluar masuk orang asing ke Kedah masih belum dikuatkuasakan lagi. Dengan itu kemasukkan orang asing dipandang ringan sahaja oleh pihak pemerintah sehinggalah tahun 1932. Namun begitu sehingga tahun 1940an masih lagi terdapat kemasukan secara haram oleh orang Siam ke Kedah. Pada bulan April 1948 pasukan polis dan tentera Bangkok telah menyerbu sekumpulan penduduk Patani yang sedang membuat ibadat di daerah Dusun Nyior Benghara. Dalam serbuan itu seramai 266 orang telah mati dan beribu-ribu yang lainnya telah lari masuk ke Tanah Melayu.

Di samping krisis ekonomi, tindakan pemerintah Siam terhadap penduduk di bahagian Selatan Thai dan juga peperangan yang berlaku antara Siam dan Kedah terdapat satu golongan orang Thai yang dikenali sebagai Sam-Sam Siam sengaja dibawa masuk ke Kedah semasa berlakunya peperangan. Golongan Sam-Sam ini dipercayai berasal dari tawanan-tawanan perang Siam yang terdiri orang-orang Melayu yang ditangkap semasa Perang Kedah Siam pada abad ke 14. Mereka ini di bawa balik ke Siam dan kemudian keturunan mereka inilah di bawa balik ke Kedah semula pada abad ke 19, iaitu semasa Kedah berperang dengan Siam. Mereka dikatakan sebagai golongan Sam-Sam kerana mempunyai darah campuran Thai dan Melayu atau Cina. Pada masa sekarang golongan ini terdapat di Kubang Pasu, Padang Terap, Baling dan Kroh.


http://memori-kedah.net/page_pen ... id=490&mtopic=4
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:10 PM | Show all posts
ASAL-USUL MASYARAKAT THAI DI MALAYSIA
Januari 6th, 2007 by thaimalaysia-united

PENGENALAN

Satu cara yang difikirkan paling sesuai dapat memperkenalkan masyarakat Thai ialah dengan mendefinisikan masyarakat Thai itu sendiri sebagai suatu entiti yang di kenali. Linguistik misalnya, ia seharusnya melangkaui penyediaan kamus bahasa semata-mata dengan merujuk kepada nada bunyi juga. Kedua, daripada segi ethnologi dan folkloristik. Ethnik Thai merupakan penduduk minoriti di Malaysia. Sebagai komuniti kecil dan terpisah-pisah, mereka membentuk ruang sosial dan ekonomi tersendiri dan berbeza di utara Semenanjung Malaysia; Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu. Beberapa penulisan bersifat etnologi telah memberi maklumat berguna terutama adaptasi sosial dalam sekitaran sosio-budaya Melayu dominan. Antara pengkaji awal; C. Archaimbault, Louis Golomb, Mohamed Yusoff Ismail, dan Robert Winzeler. Satu perkara yang jarang disentuh, tetapi sering disebut dalam penulisan tadi, berkenaan asal dan masa ethnik Thai ini mewujudkan perkampungan mereka.

KOMUNITI THAI KELANTAN

Mengikut sejarah, pertalian Kelantan-Siam dikatakan bermula sejak pertengahan abad ke 13. Waktu itu orang-orang Siam sudah mula menyumbangkan pengaruh kekuasaannya ke selatan lembah Sungai Chao Phraya, menurun ke kawasan utara Semenanjung Tanah Melayu…(Nik Mohamed dlm. Alias Mohamed 1977). Walau bagaimanapun, pertalian ini berubah menjadi perlindungan apabila Long Muhammad menjadi Sultan Muhammad I pada tahun 1800/1801. Baginda menghantar Pak Wan Mahmud sebagai utusan menghadap Maharaja Siam dan sebagai tanda perhubungan setia Sultan Muhammad mengirim bunga mas ke Siam tiga tahun sekali (Cetera Kelantan dlm. Alias Muhammad 1977: 24). Pada tahun 1832 Sultan sekali lagi menghantar utusan ke Ligor dan dari Ligor ke Bangkok mengadap Maharaja Siam kerana bimbang akan ancaman dari Terengganu yang berpakat dengan Pattani. Kepulangan utusan itu membawa bersama suatu persetiaan antara negeri Kelantan dengan Kerajaan Siam diwujudkan dan Kelantan hendaklah menghantar ufti bunga emas tiap-tiap tiga tahun sekali ke Siam sebagai balasan di atas kesanggupan Siam mengawasi musuh-musuh dari luar (Saad Shukri dlm. Alias Muhammad 1977; 24). Kekuatan pengaruh Siam dapat dilihat melalui tindakan Raja Siam yang telah memperkenankan Long Senik Mulut Merah menjadi Raja Kelantan pada tahun 1837 dengan gelaran Sultan Muhammad II apabila Sultan Muhammad I mangkat pada tahun 1835 (Alias Muhammad 1977: 15). Apa yang jelas, hanya pada akhir kurun ke 18, Siam dikatakan telah menguasai Kelantan dan ini berakhir hingga tahun 1909 apabila negeri itu bersama-sama Kedah, Perlis dan Terengganu dipindahkan ke tangan British dalam perjanjian Anglo-Siamese (Alias Muhammad t.th. 2). Menurut Perjanjian Siam-Inggeris 1909, Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan segala haknya keatas Negeri Kelantan kepada British. Dengan perjanjian ini maka Kelantan telah kehilangan sebuah jajahan yang menurut Kitab Tarikh Kelantan (dlm. Alias Muhammad t. th. 18) adalah seperti berikut:

"Pada masa negeri Kelantan bersetia dengan Siam adalah lebih kurang 15,000 oang Siam yang mendiami tempat-tempat di sebelah kanan mudik Sungai Tabal itu. Tetapi oleh sebab Surat Setia di antara kerajaan Siam dengan Kerajaan Inggeris yang berkenaan dengan perkara penyerahan negeri Kelantan, Kedah, dan Terengganu tidaklah diperbuat oleh Kerajaan Siam, bahawa Sungai Tabal itu sempadan jajahan Siam dengan jajahan Kelantan serta ditolakkan sebuah daerah di dalam Legeh yang dibawah bendera Siam kepada Kelantan iaitu sebelah ulu negeri Kelantan dan setengah tanah dalam jajahan Reman yang di bawah benderanya jua kepada negeri Perak."

Golomb (1976: 15), meletakkan kira-kira satu peratus daripada 700,000 penduduk keseluruhan Kelantan adalah minoriti Thai. Beliau telah mengira dan mendapati terdapat 29 petempatan orang Thai di Kelantan yang mengandungi satu hingga lebih 250 rumah termasuk satu kampung yang terletak hanya selepas sempadan Negeri Terengganu dan satu di Wilayah Narathiwat. Saya menjangkakan kampung tersebut ialah Bukit Yong/Tok Chek (Tok Motong). Pada masa ini hanya terdapat dua perkampungan Thai di Terengganu iaitu Bukit Keluang (Pok/Pak Kiang) dan Batu Bala. Setelah dikira, Golomb menyatakan terdapat 20 buah biara Thai di 14 perkampungan Thai dan tiga buah di kampung majoriti penduduk Cina (Golomb 1976: 19). Mereka ini terdapat di Kampung Tenong, Kulim dan Malai. Tetapi, semasa saya menjadi bikhu selama empat bulan di Wat Cheng Buddhavas, Kelantan, saya dapati hanya dua buah biara sahaja dibangunkan di perkampungan Cina; Kampung Tenong dan Wakaf Bharu (Kulim). Saya mengecualikan Kampung Balai kerana majoritinya ethnik Thai yang membangunkan perkampungan ini bersama-sama orang Cina (Cina Kampung). Sebelum 1990-an hanya terdapat 19 buah biara sahaja yang betul-betul wujud. Ini berlaku di Kampung Malai di mana satu daripada dua biaranya telah tidak digunakan sehinggalah pada 1990-an biara tersebut telah dibina semula dan dibangunkan. Biara tersebut kini dinamakan Wat Photikyan Phut Thak Tham (Wat Tai Teen/Biara Hilir). Pengelompokan Thai Kelantan yang tinggi menurut Golomb adalah sekitar bandar Tumpat iaitu sepanjang sempadan Thailand.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:11 PM | Show all posts
ASAL THAI KELANTAN

Asal Thai Kelantan adalah tidak jelas. Persoalan siapakah orang Thai pertama datang dan bagaimanakah mereka datang telah lama mendapat perhatian. Beberapa bukti telah dikemukakan tetapi tidak satupun mendapat rumusan tepat. Ethnik Thai, tidak seperti orang Cina, tidak banyak mendapat perhatian semasa era kedatangan imigran pada abad ke 18 dan 19, mungkin kerana mereka tidak terlibat dengan aktiviti sebagaimana aktiviti orang Cina seperti perlombongan emas, perniagaan dan perdagangan. Perbincangan seterusnya adalah berdasarkan tulisan Louis Golomb (1976: 15 & 16). Beliau telah menggunakan pendekatan linguistik untuk mengesan asal-mula komuniti Thai di Kelantan. Menurutnya, kepadatan petempatan Thai dan dialek Tumpat-Tak Bai membayangkan mereka daripada punca yang sama. Berdasarkan pendekatan ini, Golomb menyimpulkan kebanyakan penduduk Thai Kelantan berasal dari daerah Tak Bai.

Semua, kecuali tiga kampung Thai di Kelantan berkongsi dialek tempatan yang sama. Pengecualian ini, termasuk dua komuniti pinggir pantai menghala ke Terengganu. Saya berpendapat dengan penuh yakin perkampungan tersebut ialah Balai dan Semerak. Dua petempatan ini dengan koloni kecil imigran pedalaman, bercakap dalam dialek yang berbeza ketara daripada segi sistem bunyi berbanding Tumpat-Tak Bai. Perbezaan dialek petempatan tepi pantai ini menerangkan migrasi yang berdikari, mungkin dengan bot di sepanjang pinggir pantai dari kawasan utara Thailand. Sebenarnya dialek Thai Kelantan tidak merujuk kepada daerah Tak Bai semata-mata, malahan merangkumi keseluruhan Wilayah Narathiwat. Menurut Golomb lagi, penduduk asal merupakan sekumpulan orang muda yang di kenali sebagai nakleng yang mengembara mencari kawasan pemburuan baru. Dalam kumpulan tersebut terdapat juga ahli menora yang mempersembahkan tarian tersebut di setiap tempat yang disinggahi. Kajian ini mempunyai persamaan dengan kajian Mohamed Yusoff (1993: 19) di Kampung Aril, Jajahan Kota Bharu. Menurutnya, Aril asalnya didiami oleh orang Melayu tetapi telah bertukar menjadi hutan belukar kerana kehadiran babi hutan yang mengancam dan merosakkan hasil tanaman mereka. Kebetulan kumpulan nakleng melintasi kawasan tersebut dan ditawarkan oleh ketua kampung untuk membuka semula kampung tadi dan sekaligus mewujudkan perkampungan Thai di Aril. Semasa menulis mengenai pengaruh Siam dan Buddha terhadap kepercayaan Orang Melayu di Kelantan, Mohamed Yusoff (1996: 24) menyatakan beberapa perkampungan Siam di Kelantan telah dibangunkan semenjak lebih daripada seratus tahun yang lepas. Malahan sebelum inipun, beliau telah menyatakannya sebagai:


Written records concerning the establishment of Siamese villages in Kelantan are not readily available and the dates of their foundation still remain a matter of speculation, but oral tradition indicate that these settlements are over 100 years old. In some places Siamese villagers are known to predate their Malay neighbours. The migration of Siamese settlers from southern Thailand was a regular occurance until the turn of the century. The prevailing social and political circumstance of the period obviously facilated Siamese migration into Kelantan. Most significantly, Siamese migrants faced very little resistance from the existing Malay peasantry since the former did not compete with the latter for agricultural land (Mohamed Yusoff 1990: 56).

Jika dilihat daripada segi masa, pengkaji sebelum ini menganggarkan perkampungan Thai sudah wujud lebih daripada 100 tahun. Manakala ada pengkaji lain menganggarkan lebih daripada 200 tahun. Wang Gungwu (dlm. Winzeler 1985) menyebut, pada akhir abad ke 18 ada lelaki Cina yang mengahwini gadis Thai. Malangnya, beliau seolah-olah menarik balik kenyataan tersebut dengan menyatakan mungkin gadis yang dikahwini itu bukan Thai asal tetapi dibawa dari tempat lain. Pendekatan linguistik juga pernah digunakan oleh Winzeler (1985). Beliau mengemukakan hujah menarik berkenaan asal Thai Kelantan. Menurutnya, mereka mendiami berdekatan sempadan yang di huni oleh masyarakat pra-moden Thai di Wilayah Selatan Thailand. Ada bukti menerangkan hampir keseluruhan penempatan Thai (melainkan beberapa kampung terletak di timur jauh lembangan Kelantan) mempunyai hubungan dengan rumpun di sebelah sempadan di Wilayah Narathiwat dan kemungkinan kesemua berasal daripada enklaf yang lama wujud dalam wilayah Melayu mewujudkan perbezaan dialek, Tak Bai misalnya, satu Jajahan Narathiwat mempunyai perbezaan dialek dengan Wilayah Selatan lain-lain dialek Thai. Walau bagaimanapun ini tidaklah bermakna penutur dialek Tak Bai berasal daripada penempatan asal (original settlers), ia mungkin, malahan menyerupai, yang mereka adalah keturunan daripada migran kemudian yang telah diasimilasikan ke dalam komuniti sedia ada. Setengah maklumat mencadangkan penyelerakan dan pergerakan pada masa lepas adalah perkara biasa dalam bentuk petempatan Thai. Jika asal orang Kelantan dan Tak Bai tidak jelas, sejarah mereka adalah sedikit kurang. Satu persoalan ialah tentang hubungan antara pembangunan etnik lepas dan abad ke 19 dan 20 pada perluasan metropolitan Thai dan penggabungan dalam wilayah berkenaan. Menurut sejarah, sebelum ini pada abad ke 19 pemerintah Thai telah lama menuntut sebagai tuan kepada Kelantan dan negeri utara Melayu, kecuali kes Patani yang menjadi sebuah kerajaan Melayu (Winzeler 1985: 68). Ini berlaku sebelum penyerahan hak Bangkok kecuali Patani kepada Great Britain pada tahun 1909, yang pada masa itu petempatan Thai telah lama wujud. Cuma persoalannya sama ada ia berkembang hasil daripada keterlibatan kerajaan Thai. Graham (dlm. Winzeler) membuat banyak rujukan tentang orang Thai, ia mengundang banyak kekeliruan. Beliau menyatakan terdapat dua kampung (tidak di kenal pasti) boleh dikaitkan dengan pelanggaran Thai pada 60 tahun sebelum ini (1840-an), tetapi tidak menyumbangkan dengan banyak kepada jumlah penduduk Thai atau sebarang pergerakan ketenteraan lain. Di sini tidak ada bukti yang mengaitkan usaha kerajaan Bangkok mempromosi kemasukan orang Thai ke wilayah ini, atau tindakan mereka sendiri bermigrasi di bawah penguasaan kerajaan Thai. Menurut Mohamed Yusoff (1993: 18) kewujudan perkampungan Thai di Kelantan tidak ada kaitan dengan polisi kolonial kerajaan Siam. Walaupun, Siam mempunyai minat yang tinggi ke atas negeri Melayu, tetapi ia bukan bertujuan mewujudkan kota-kota Siam, kerana tujuannya menghalang pengaruh Burma dan Inggeris. Malahan, tidak ada bukti yang menunjukkan perkampungan Thai dibangunkan atas perintah Bangkok (Kershaw dlm. Mohamed Yusoff 1993: 18). Persoalan kedua, tentang saiz populasi Thai di Kelantan sebelum dan selepas perlindungan British pada tahun 1909. Menulis pada tahun 1907, Graham (dlm. Winzeler) menganggarkan bilangan penduduk Thai adalah 15,000 orang dan mencatitkan konsentrasi mereka adalah di persisir pantai negeri. Jika anggaran ini adalah benar, populasi Thai telah berkurang lebih daripada satu-setengah (one-half) dan berkurang kepada satu perempat daripada anggaran penduduk kini lebih daripada dua kali ganda jumlah 300,000 yang beliau kemukakan. Graham juga mencatatkan terdapat lebih daripada 40 biara Thai, sedangkan kini tinggal separuh daripadanya. Kemerosotan yang besar berlaku kepada orang Thai pada banci pertama pada tahun 1911, apabila kurang daripada 5,000 orang direkodkan. Satu kemungkinan besar kekurangan Thai Kelantan ialah mereka meninggalkan Kelantan apabila Bangkok melepaskannya kepada kerajaan British. Berdasarkan kiraan Graham, tulisan sebelum penyerahan Kelantan kepada British, orang Thai hidup dengan aman dan bahagia. Walaubagaimanapun, tidak ada bukti pergerakan keluar daripada negeri atau akibat daripada ketidaksenangan di bawah kawalan British. Kemungkinan yang selesa ialah Graham memasukkan sekali bilangan ethnik Thai di Thailand apabila sempadan Kelantan dan Thailand ditetapkan pada tahun 1909.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 02:12 PM | Show all posts
KOMUNITI THAI KEDAH

Perbincangan mengenai orang Thai Kedah sering kali dikelirukan oleh istilah Sam sam. Sam sam merupakan hasil daripada percampuran antara Melayu dengan Siam; Melayu, Cina dan Siam; atau antara Siam dengan keturunan asal Langkasuka, atau Ligor yang lain. Pada abad ke 18 dan ke 19, petani penutur-Thai dari selatan Thailand telah bergerak masuk ke utara Kedah. Mereka ini di kenali sebagai Sam sam (Banks 1983: 22). Mereka ini sangat miskin dan terbahagi kepada dua kumpulan agama; Buddha dan Islam. Pada tahun 1900-1920-an Sam sam menduduki Perlis, Padang Terap dan Kubang Pasu (Cheah Boon Kheng 1981b: 3). Dalam perangkaan penduduk tahun 1911 terdapat seramai 22,852 orang Thai dan Sam-sam di Kedah (Zaharah dlm. Noor Aini 1982: 219). Seorang pengkaji, Archaimbault (1957) telah melakukan penyiasatan yang baik untuk mengenali orang Sam sam ini. Pada tahun 1956, beliau telah membuat kerja lapangan di kalangan penganut Buddha di Kampung Naka, Padang Pusing, Titi Akar, Begia dan Kalai, dan di kalangan orang Islam di Ko Klang, Gua Musang dan Ta Kuan di Perlis. Maklumat daripada respondennya menunjukkan Sam sam telah bergerak dari Nakhorn Sithammarat dan Songkhla satu atau dua abad yang lepas. Menurut sejarah/catatan tahunan Pathalung (dlm. Archaimbault 1957: 75), krisis ekonomi yang teruk di sekitar Songkhla pada 1831 telah menolak penduduknya keluar secara besar-besaran. Sebelum itu, W. W. Skeat (dlm. Cheah Boon Kheng 1981a: 99) sewaktu melawat Perlis menyebut;

The Sam sam were “always Malays who had turned Siamese in everything but their religion; they seldom, if ever, become Buddhists. “Malaysising Siamese” were, however, called Ma’lap (Arabic - “converts” or “proselytes” and often turned Muslim because they had a Malay wife, but “their hearts remained untouched, though their children usually grew up to be convinced Muslims. Neither “Malaysising Siamese” nor Sam sam were particular about their diet and ate “unclean” things such as tortoises (kura-kura) and generally gave up attendance at the mosque.

Kenyataan W. W. Skeat ini turut disokong oleh Tunku Abdul Rahman (dlm. Cheah Boon Kheng 1981a: 99 & 1981b: 3) yang pernah menjadi pegawai daerah Kuala Nerang yang menyatakan Sam sam tidak mengambil berat hal-hal berkaitan agama. Beliau juga menjelaskan Sam sam hanya boleh di kenali melalui percakapan/loghat mereka dan hanya terdapat di Kampung Tolah, Kuala Nerang, Kedah; manakala yang berasal dari Perlis dan Setul bukanlah Sam sam. Walau bagaimanapun, tulisan dalam kajian ini tidak merujuk kepada Sam sam , sebaliknya berkenaan orang Thai yang sebenarnya. Menurut Gullick (1983: 35), orang yang bertanggungjawab merancang dan menguasai Kedah pada tahun 1821 merupakan Gabenor Siam di Wilayah Nakhon Sithammarat. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab mengawasi penghantaran ufti oleh Kedah dan Kelantan. Gabenor ini lebih di kenali sebagai Raja Ligor, tetapi harus ditekankan, Raja Ligor adalah Siam dan bukannya Melayu. Sebenarnya, Siam telah menyerang Kedah selama tiga kali iaitu pada tahun 1821, 1831-32, dan 1838-39. Orang Melayu yang marah dengan serangan itu, telah bertindak balas dengan sungguh-sungguh apabila Siam menyerang semula pada 1831-32 dan 1838-39 (Kobkua 1986: 37). Malahan, menurut Kobkua (1986: 42) lagi, ketika di bawah Siam, Kedah dibahagikan kepada empat kawasan: Kedah, Setul-Lingu, Kubang Pasu, dan Perlis.


ASAL THAI KEDAH

Ghulam-Sarwar (1982: 53) secara tidak sengaja mengaitkan perkampungan di Kedah dengan imigran Thai. Kajian asalnya Nora Chatri; dikatakan ia dibawa bersama imigran ketika zaman keagungan pengaruh Siam, dimainkan di Naka, Jitra, Kodiang, Baling, dan daerah Pedu. Berdasarkan kajian Noor Aini (1982), walaupun penduduk Thai di Baling dilahirkan di Baling, namun ibubapa dan nenek-moyang mereka berasal dari Thailand. Sebahagian besar daripada ibubapa mereka datang dalam kurun ke 19 dan sering berkunjung ke selatan Thai seperti di Songkla, Pattani dan lain-lain daerah untuk melawat kaum keluarga. Namun satu lagi perkara yang harus ditekankan ialah bahawa walaupun kebanyakan daripada mereka datang dari selatan Thai namun mereka adalah orang-orang Thai jati dan bukan Sam sam. Menurut responden hampir seratus peratus dari penduduk Thai di Baling menganuti agama Buddha dan ciri-ciri kebudayaan Thai dan bukan pula berbangsa Melayu. Namun Zaharah Haji Mahmud, menjelaskan perbezaan antara:


the pure Thai, that is those ethnically and culturally Thai who come mainly from the Menam Valley and the Samsam who are Thai speaking peoples, usually Muslim but not necessarily so…. the Samsam posses ethnic and cultural traits similar to the indegenous Malays.

Kenyataan Zaharah menimbulkan satu kerisauan baru kepada pendokong teori orang Thai masuk dari selatan. Beliau membuat kesimpulan bahawa kebanyakan orang Thai Jati berasal dari Lembah Menam Chao Phraya sedangkan yang berasal dari Selatan (Satun, Yala dan Narathiwat) adalah Sam-sam. Jadi, pendapat bahawa orang Thai jati di Baling berasal dari Selatan Thai merupakan kes yang berlainan daripada apa yang dikatakan oleh Zaharah. Permasalahan ini cuba diselesaikan oleh Noor Aini secara bijak. Menurutnya, ada kemungkinan orang Thai Baling yang datang dari selatan ini adalah mereka yang suatu waktu pernah berpindah dari Lembah Menam ke Selatan dan berpindah pula ke Baling. Pada tahun 1909 kerajaan Thai telah menyerahkan negeri Kedah yang di bawah naungannya sejak sebelum 1821 lagi kepada kerajaan Inggeris. Penyerahan ini telah memberi kesan terhadap komposisi penduduk negeri Kedah di waktu itu hinggalah ke hari ini. Akibat daripada penyerahan itu, terdapat ramai penduduk Thai yang tinggal di kawasan sempadan terutamanya di negeri Kedah telah berpindah keluar ke negeri Thai semula. Menurut banci penduduk pada tahun 1911, bilangan penduduk Thai jati di negeri Kedah hanyalah seramai 8,135 dan Samsam pula seramai 14,717 orang sahaja (m.s. 200 & 202). Manakala pada akhir kurun ke 19 penduduk Thai di negeri Kedah, adalah seramai 30,000 orang. Bancian penduduk pada tahun 1921 pula tidak langsung dapat mencatitkan bilangan penduduk Thai di negeri Kedah. Noor Aini (1982) menyimpulkan kedatangan orang Thai ke Kedah dan Baling kepada tiga peringkat. Pertama, antara tahun 1821 sehingga 1843 dimana kemasukan begitu pesat. Peringkat kedua ialah antara tahun 1843 sehingga 1909 di mana kemasukan berkurangan. Peringkat ke tiga adalah kemasukan selepas 1909 di mana kemasukan menjadi begitu kecil jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Ketika kerajaan Thai memerintah Negeri Kedah (1821-1843), orang Thai yang tinggal dalam kawasan sempadan telah berpindah, terutama ke kawasan yang berhampiran dengan sempadan. Antara kawasan ini termasuklah Baling yang terletak kira-kira 15 batu dari sempadan. Walaupun selepas tahun 1843 negeri Kedah telah diperintah semula oleh Sultan Kedah dan kemasukan orang Thai ke Kedah telah berkurangan, namun masih terdapat orang Thai yang memasuki kawasan di Kedah yang berhampiran dengan sempadan.

Kampung-kampung orang Thai yang terdapat di Baling dewasa ini terdiri daripada Kampung Wat Dalam, Wat Luar, Baling Dalam, Tas, Serako, dan Kampung Pegang. Menurut responden, tarikh pembukaan kampung-kampung ini tidaklah dapat diberikan dengan tepat. Namun begitu, mereka percaya kampung-kampung ini dibuka sebelum kurun ke20 lagi. Ini adalah berdasarkan kepada kenyataan bahawa ibubapa dan saudara mara mereka yang dikatakan berasal dari Thai itu telah tinggal di kampung-kampung tersebut sejak sebelum tahun 1900 lagi.

KATA AKHIR

Di Kedah, walaupun perbincangan diganggu oleh istilah Sam sam; namun jika diteliti maknanya, Sam sam tidak semestinya wujud di Kedah dan Perlis sahaja, malahan juga terdapat di Kelantan dan Terengganu. Jadi, saya berpendapat ia wajar diketepikan kerana perbincangan yang terlalu keatasnya bukan sahaja mengundang kekeliruan, malahan agak terkeluar daripada tujuan asal kajian. Berdasar penulisan terdahulu, sumber utama adalah cerita lisan. Penulisan awal lebih menyakinkan kerana jarak masa responden menuturkan kembali kisah lebih hampir dengan jangkaan mereka mula bertapak.





http://thaimalaysia-united.blog.friendster.com/
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:04 PM | Show all posts
otai2 sekalian ...kenapa kah begitu taboo sekali kalau topik2 yang berkaitan dengan kedah, siam degan hanya mengambil fakta2 dari pihak british dan pihak berhaluan kanan ( atau kiri pasca merdeka) dalam zaman moden ini... kenapa kebanykan otai2 samada telah membaca fakta2 dari blog sejarah kedah tapi samada membakul sampahkan info2 dari sana ..dan akhirnya sejarah kita pasca merdeka tidak tally dengan sejarah masakini..kita sama maklum apa yang depa bawa perjuangkan ada lah gold ,gospel dan glory.. mereka semua ada kepentingan.,, sgt taboo utk dibincangkan yang british adalah penjajah.sy telah utarakan dalam kem btn tapi soklan sama kepada fasi2 disitu.. tapi jawpan yang diberi memang tidak memuaskan langsung.. tidak ada filem2 dari zaman awal merdeka .. samada p.ramli.. bukit kepong.. leftenan adnan..  salahkah utk kita sedar dan akur bahawa kita telah dibodohkan oleh british.. mana dia seniman2 yang memperjuangkan tok kenali.. mana filem pasal tok janggut.. datuk maharajalela... inipun hanya secebis2 nama pejuang yang diberi access oleh british utk kita ketahui .. manakala nama2 pejuang lain telah lama ditelan zaman.. kita anak2 warisan dibiarkan gelap.. tak tahu asal usul dan keturunan....  tidak kenal siapa dan mengapa ... tak tahu apa dan dimana..yang kita adahanyalah disini.. tiada masa lalu.. masa depan pun xpasti
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 08:51 PM | Show all posts
50# sayapghaib acheh kat Yan tu banyak keturunan Nyak. tak tau la apa maksud Nyak tu. tp betoi la memang lawo2 n gebu2 acheh2 kat Yan tu

berdekatan Kg Acheh kat Yan tu ada Kg Jawa jugak. lebih kurang sebelah menyebelah je kg ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:15 PM | Show all posts
kedah banyak pengaruh siam tp kenapa rumah tradisi kedah tidak beratap singgora seperti rumah tradisi kelantan dan terengganu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.080405 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list