|
REVIEW EMPUNYA DIRI
Tarikh guna (25 Disember 2011) Berat: 60 kg
Saya memang ada guna suit ni..saja nak try. Lepas bulan puasa hari tu, berat 56 kg. Tapi dalam masa beberapa bulan hingga ke tarikh 25 Disember, berat dah mencecah 60 kg. Selera makan pulak langsung tak boleh kontrol dah.
Timbul kesedaran sbb perut dah naik buncit, ramai tegur...ada isi ke?? hu..hu..ye la kat ofis kerja asyik duduk je..mau tak perut dulu naik.
Lepas tu cuba cari slimming suit atau girdle yang murah dan dapat review positif. Godek2...jumpa la Bamboo Charcoal Slimming Suit ni. Baru masuk 3 minggu pakai), berat dah turun 2 kilo..perut pun rasa macam flat je. Awal2 angin atas bawah (malunye..) memang dok kluar je..Yang penting sakit pinggang yang saya deritai dah berkurang (terutamanya masa dekat nak period). Ada pernah skali sampai terpaksa pergi klinik ambil ubat tahan sakit. Dan akhir skali yang paling best tu...sentiasa je lawas pagi2 bila pakai suit ni..hmmm
Mmg tak dinafikan, saya sentiasa pakai girdle, terutamanya kalau nak pakai kebaya. Tp kebanykan yg saya paki, mmg tak selesa. Beberapa jam pakai, rasa macam tak boleh nak bernafas..apatah lg kalau yang ada tulang tu. Tapi, bil pakai suit ni..rasa selesa je..kalau tak pakai 1 hri rasa macm tak lengkap. Tapi masa mula2 pakai tu mmg ada lenguh kat bahagian bahu..tp masuk minggu ke dua dah ok la..
Setakat hari ni, mmg tak pernah miss la, sentiasa pakai kecuali hujung minggu (nak basuh). Yang bestnya..pakai beberapa hari pun rasa tak gatal. Perubahan ketara yang dapat saya rasa sampai ke hari ini ialah......mmg tak ada selera makan..
Sekarang, setelah 2 bulan lebih, berat dah 56 kg..daripada pakai baju saiz L, sekarang dah boleh pakai saiz S..Tetap pakai suit ni sampai sekarang.
Pagi tadi..26 April 2012 timbang...dah 55 kg |
|