Saat saya berkhayal tentang kamu
dan bersamanya ada janji
yang sudah pun terukir
jika kamu menjadi suami saya nanti
mohon dari saya
fahami saya saat menangis.
Saat kamu menjadi suami saya nanti
jangan pernah berhenti memiliki saya
hingga hujung waktu.
Bila rindu tidak lagi mampu diucap
biarlah saya eja sendiri rindu ini
saya sedar
hadir kamu memberi saya banyak kebahagiaan
namun juga kepedihan
Hanya mampu menyentuh bayang kamu
tanpa pernah menjadi nyata
Saya ingin terbang jauh
dengan sayap saya yang patah
sukarnya menanggung semua ini
Akan saya cuba meski akan terasa perih
Kerana terjatuh dan terjatuh lagi
saya berjanji di dalam diri
akan cuba untuk meraih kamu
meski sulit
Air mata mulai menitis
jatuh membasahi sayap patah saya
merasakan ngilu kerana pedih yang menusuk
bagaimana caranya saya hapus rasa ini?
ku x merasai kamu mengunjungi
semua tulisan ku disini
kerana bagiku
kamu bukanla seorg yg bertaman
jadi
ku xperlu gundah..
seroja23 Post at 3-6-2010 14:16
Lupa.. ada puisi kecewa yang tak terbalas ..
Kita tak cukup waktu ceritakan rahsia di balik duka
dan terlalu naif untuk sandingkan luka dengan bahagia
sudah tentu dia tak mengerti kamu
Perjalanan bukan hanya tentang titik akhir
tak perlu koma mau pun noktah
biar saja semua
apa adanya
Cinta bukanlah bulan
kerana bulan cuma cantik di malam gemalai
namun menusuki dedaun di pagi semai
dan bintang pun bercerai.
Cinta mungkin air
dia mencair, mengalir
membasuh setiap luka di tubuh kita
meresap dan melebur
lalu binasa di tanah
luruh.
Terlalu banyak cinta
terlalu banyak air
dan kita berenang di dalamnya
sampai paru paru kita terisi penuh
tak dapat berteriak
tak dapat bernafas
kemudian musnah
Cinta bukanlah bulan
kerana bulan cuma cantik di malam gemalai
namun menusuki dedaun di pagi semai
dan bintang pun bercerai.
cinta itu bulan
30 hari 1 bulan
1 tahun 12 bulan
hari-hari cinta
hari-hari pandang bintang
pagi kah malam kah mahupun petang
ciptaan Tuhan semuanya menawan
Kadang kala kita sibuk mencari kesalahan
sehingga kita lupa betapa banyak cinta yang kita dapat.
Sedarkah kamu?
bahawa cinta adalah kurnia bukanlah hak
saat kamu berlutut d hadapan cinta
saat kamu tinggalkan semua ego
saat kamu serahkan semua jiwa raga
kamu adalah teratas.
Jadilah kekasih sejati
kekasih yang saat saya melakukan hal bodoh
dan kamu tidak menganggapnya demikian.