Post Last Edit by Catalyst at 30-10-2010 23:24
hmmm.. korang penah dengar x cite antu kat banglo depan Corus resort kat bt.4 p.d?? banglo yang 3 ti ...
ejart_9834 Post at 30-10-2010 20:32
Rumah banglo 3 tingkat depan Corus tu owner nya Chinese. Buat rumah berjuta ringgit tapi dapat duduk kejap saja dengan anak isteri kerana tak tahan di ganggu. Yang menggangu pun datang dari banglo lama bersebelahan yang di panggil Mido Villa. Ada cerita Mido Villa ni terdapat laluan bawah tanah hingga ke laut dekat Corus tu, entah ia entah tidak. Mido Villa ni dulu pernah jadi markas tentera Jepun di PD.
Sementara Rumah Zaitun tu sebelah kanannya Ristec dan kirinya Hotel Avillion. Dulu pernah seorang kitchen staff Avillion cerita, ada masa waktu maghrib, akan kelihatan lembaga perempuan berpakaian puteh berjalan dari Avillion ke Rumah Zaitun dengan menembusi sahaja pagar yang terletak diantaranya. Rumah Zaitun ni dulu meriah dan popular. Namanya dulu Fairwind Hotel ia itu
one of the few good hotel yang ada di PD masa tu. Zaman2 penjajah dulu orang puteh selalu lepak2 di Hotel ni. Lepas tu popular di kalangan public dengan western food nya sehingga awal lapan puluhan bila hotel Fairwind ni di tutup kerana tak dapat compete dengan Hotel2 lain yang mula banyak tumbuh di PD. Lama juga hotel ni kosong dan tak berpenghuni sehingga di beli oleh owner lain, di renovate dan di namakan Rumah Zaitun seperti sekarang. Lepas itu lah baru terdengar macam2 cerita tentang Rumah Zaitun ni.
|