CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: albatross

Isnad untuk quran?

[Copy link]
Post time 19-6-2012 05:04 AM | Show all posts
Adakah quran ada isnad? ...
albatross Post at 11-6-2012 11:09


Salam TT,

Al-Quran tiada isnad.
Isnad hanya berlaku bila memerlukan kesepakatan/persetujuan drpd perselisihan.

Allah berfirman dlm PembezaNya:

Dan orang-orang yang kafir itu berkata:
"(Al-Quran) ini hanyalah satu perkara dusta yang direka-reka oleh Muhammad,
dan ia dibantu membuatnya oleh kaum yang lain".
Maka sesungguhnya mereka telah mendatangkan satu tuduhan yang zalim dan dusta.
(Al-Furqaan 25:4)

...bagaimanakah para ulama menetukan kesahihan quran?

Al-Quran 'diwarisi' sejak zaman nabi Muhammad s.a.w. hingga kiamat.

Firman Allah:

Kemudian Kami jadikan Al- Quran itu
diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih
dari kalangan hamba-hamba Kami;
maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri,
dan di antaranya ada yang bersikap sederhana,
dan di antaranya pula ada yang mendahului dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah.
Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar.
(Faatir 35:32)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2012 05:14 AM | Show all posts
jadi macam mana nak tentukan sama ada quran yg kita ada sekarang sahih sama dengan yg dikumpul oleh abu bakr ra?  ...
albatross Post at 12-6-2012 17:29


Cuba sedara tepek kn potongan² ayatNya yg diragui,
kita bincang...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 05:20 AM | Show all posts
Bila buku² kalam manusia perlu rujukan utk elak bantahan/kritikan negatif pembacanya,
tp ayat² Al-Quran dikatakan cerita dogeng oleh mereka yg x pernah membacanya?

Marilah membaca...dan katamknnya.
Hanya dgn izin Maha Suci lg Maha Pemelihara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 05:29 AM | Show all posts

Al-Quran tiada isnad.
Isnad hanya berlaku bila memerlukan kesepakatan/persetujuan drpd perselisihan.


Pulak dah...setiap periwayatan ada sanadnya...so, tentulah AlQuran ada sanad...


Al-Quran 'diwarisi' sejak zaman nabi Muhammad s.a.w. hingga kiamat.


Tt tanya bagaimana ulama menentukan kesahehan Quran, bukan bagaimana ia di warisi...

Kau ni memang suka off topic la...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 05:48 AM | Show all posts
Pulak dah...setiap periwayatan ada sanadnya...so, tentulah AlQuran ada sanad ...
Isyroqiyyin Post at 19-6-2012 05:29


Jd, nabi s.a.w. sampaikn wahyu Al-Quran beserta sanadnya?
Para sahabat?
Tabi'in?
Iqra tu apa? bacalah (dgn nama perawi)?

Tt tanya bagaimana ulama menentukan kesahehan Quran, bukan bagaimana ia di warisi...


Nabi s.a.w. kata usaha kpdnya...dh sepakat nk sahih ape lg?

p/s: Topik 3-perkataan je. Yg off tu melencong i.e. hadis qudsi, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 06:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 19-6-2012 17:56

Jd, nabi s.a.w. sampaikn wahyu Al-Quran beserta sanadnya?
Para sahabat?
Tabi'in?
Iqra tu apa? bacalah (dgn nama perawi)?


Betul jugak tu....sebab tiap kali kita baca Quran, takde pulak kita membaca sanadnya seperti membaca kitab-kitab hadis yang di penuhi sanad bagai...lagipun, di zaman nabi, tidak pernah dengar pula suatu kaedah yang di panggil 'ilmu sanad'...

so nampaknya kena lah bentangkan lagi hujjah-hujjah yang lain kenapa AlQuran tak perlukan sanad...dan cuba terangkan kepada penganut-penganut hadis, apakah lagi kelemahan-kelemahan & percanggahan-percanggahan yang terdapat di dalam kaedah-kaedah ilmu sanad tu....maklum lah, penganut-penganut hadis kan selalu berhujjah "sanad sana, sanad sini"....kononnya mereka sangka kaedah periwayatan Quran tu sama la kekdahnya seperti periwayatan hadis yang memerlukan ilmu sanad bagai...

Hehehe cantik juga idea kau ni...


Yg off tu melencong i.e. hadis qudsi, etc.


Yang pasal hadis qudsi tu memang melencong & meleset jauh dari tajuk....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2012 07:26 AM | Show all posts
Reply 62# Dzulqarnain

(sidenote)....saudara Dzul..u seems like a man i can trust enough to be asked around..(this may sound stupid to many of u guys..tapi aku cam baru terperasan)....dlm firman tu kn Allah says 'kami'....wht does He means by tht? why not 'aku'?

n isyraqiyun is anti hadis so...booo~~~
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 08:36 PM | Show all posts
Reply 57# Nazrulism


    abis tu kamu nak ikut siapa???
  tok guru, ustaz, mufti???
  sedangkan dgn AL QURAN pun
  umatnya berpecah kepada 73 golongan.....

takkan tak tanya diri sendiri kottttttt
tak d AKAL keeee
takde MATA HATI keeee
aishehhhhh...............
kalau petunjuk tu turun depan mata pun
akal dan hati tak terima..........tarak apa jugakkannnnnnnn

lupa keeee
KENALILAH DIRI SENDIRI....................
(tak mau kenal si babi kurap ni keeee)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2012 10:27 PM | Show all posts
Ini perbincangan berat dah ni....  masuk bod quran....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 11:54 PM | Show all posts
Yang di sahehkan oleh jibril? astaghfirullah...bila masa pulak jibril mensahehkan hadis tersebut? ada bukti ke? stahu saya, yang mensahehkan hadis tersebut adalah imam-imam hadis...bukan jibril...di harap mnm tidak mengada-adakan kedustaan ke atas Allah, rasul & malaikat Nya...

nampaknya mnm bertanggungjawab kena buktikan sanad hadis tersebut yang di riwayatkan dari imam-imam hadis itu adalah benar-benar muttasil sampai kepada jibril & Allah....kalau tidak, mnm telah mengada-adakan dusta kerana mengatakan hadis tersebut adalah muttasil sampai kepada jibril & Allah.. bahkan mnm kata di sahihkan oleh jibril pulak tuh...ish ish ish...

Bagi saya jawapannya tetap sama....sanad hadis tersebut adalah munqati 100%
Isyroqiyyin Post at 18-6-2012 17:45


عن عمر (رضي الله عنه) أيضاً قال: بينما نحن جلوس عند رسول الله (صلى الله عليه وسلم) ذات يوم إذ طلع علينا رجل شديد بياض الثياب، شديد سواد الشعر، لا يرى عليه أثر السفر، ولا يعرفه منا أحد، حتى جلس إلى النبي (صلى الله عليه وسلم) ، فأسند ركبتيه إلى ركبتيه، ووضع كفيه على فخذيه، وقال: يا محمّد أخبرني عن الإسلام؟! فقال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : “الإسلام أن تشهد أن لا إله إلا الله، وأن محمداً رسول الله، وتقيم الصلاة، وتؤتي الزكاة، وتصوم رمضان، وتحج البيت إن استطعت إليه سبيلاً”، قال: صدقت. فعجبنا له يسأله ويصدّقه، قال: فأخبرني عن الإيمان؟ قال: “أن تؤمن بالله وملائكته وكتبه ورسله واليوم الآخر وتؤمن بالقدر خيره وشره”، قال: صدقت. قال: فأخبرني عن الإحسان؟ قال: “أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك”. قال: فأخبرني عن الساعة؟ قال: “ما المسؤول عنها بأعلم من السائل”، قال: فأخبرني عن أماراتها؟ قال: “أن تلد الأمة ربتها، وأن ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان”، ثم انطلق. فلبثت ملياً، ثم قال: “ياعمر أ تدري من السائل؟” قلت: الله ورسوله أعلم، قال: “فإنه جبريل أتاكم يعلّمكم دينكم”. رواه مسلم
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2012 11:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 19-6-2012 23:56

Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki:  Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata:  "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata:  "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar: Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan:  "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah,  Malaikat MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, serta Hari Akhirat; dan engkau beriman kepada takdir (yang ditentukan oleh Allah) - baiknya dan buruknya." (Mendengarkan yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu." Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang ihsan(3)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Ihsan itu ialah) engkau mengerjakan ibadat kepada Allah Taala seolah-olah engkau melihatNya (memerhatikan keadaanmu)(4), kiranya engkau tidak dapat melakukan yang demikian maka ingatlah bahawa Allah Taala tetap memerhatikan keadaan mu." Kemudian orang itu bertanya lagi: "(Selain itu) maka beritahulah kepada ku tentang (masa berlakunya) hari qiamat?" Nabi s.a.w. menjawab:  "Orang yang ditanyakan mengenai hal itu bukanlah seorang yang lebih mengetahui dan yang bertanya." Orang itu bertanya lagi: "Jika demikian maka beritahulah kepada ku tentang tanda-tanda kedatangan hari qiamat itu?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Tanda-tanda itu ialah engkau akan dapati) adanya hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya dan engkau akan melihat orang-orang (penduduk desa) yang berkaki ayam, yang tidak berpakaian sempurna,  yang miskin menderita, yang menjadi gembala kambing bermegah-megah dan berlawan-lawan antara satu dengan yang lain dalam perkara membina bangunan-bangunan yang tinggi. " Umar berkata: Kemudian orang itu pun pergilah, maka tinggallah aku beberapa hari (memikirkan halnya dan hendak mengetahui siapa dia).

Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya kepadaku, sabdanya: "Wahai Umar! Tahukah engkau siapa orang yang bertanya itu?" Aku menjawab:  "Allah dan RasulNya jualah yang mengetahui. "

(Pada saat itu) Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Orang itu ialah Jibril, ia datang untuk mengajar kamu akan agama kamu."

(HR Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 12:01 AM | Show all posts
Hadith di atas, menunjukkan Jibril AS turun ke bumi, mengajar agama Islam. Malaikat seperti Jibril hanya turun dengan perintah Allah, seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Maka hadith di atas sebenarnya muttasil sampai kepada Allah.

Bagi saya jawapannya tetap sama....sanad hadis tersebut adalah munqati 100%


Bagi golongan anti hadith yang guna kaedah baru seperti anda tu, memang lah anda tak mahu nak percaya. Nak buat macamana, anda dah cipta kaedah baru untuk menolak segala hadith Nabi kononnya semua munqati ....  
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 12:08 AM | Show all posts
Betul jugak tu....sebab tiap kali kita baca Quran, takde pulak kita membaca sanadnya seperti membaca kitab-kitab hadis yang di penuhi sanad bagai...lagipun, di zaman nabi, tidak pernah dengar pula suatu kaedah yang di panggil 'ilmu sanad'...
Isyroqiyyin Post at 19-6-2012 06:01


Tujuan sanad untuk semak kesahihan, bukannya untuk dibacakan sanad-sanadnya setiap kali riwayat disampaikan. Bagi yang nak meneliti kesahihan, bolehlah semak.

Sanad dari Allah, Malaikat dan Nabi tidak disemak dari segi ke-thiqah-an sebab ORANG ISLAM BERIMAN KEPADA ALLAH, MALAIKAT dan NABI.

Kalau dah Nabi kata dari Allah, maka kita percaya (seperti Al-Quran), dan kita kata muttasil sampai kepada Allah.

Kalau Nabi kata dari Jibril, dan Jibril turun dengan perintah Allah (seperti hadith Jibril di atas), kita percaya jugak. Sebab kita beriman kepada Nabi dan Rasul.

Tak timbul pun soal munqati dan tak muttasil dalam isu keIMANan terhadap Nabi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 12:55 AM | Show all posts
Reply 67# Isyroqiyyin

lagipun, di zaman nabi, tidak pernah dengar pula suatu kaedah yang di panggil 'ilmu sanad'

Zaman nabi s.a.w. hanya golongan (rujuk 25:4) yg menentang/bangkang/menolak/anti-/etc.
Umat Islam ketika itu 'tiada' perselisihan dgn wahyu mahupn setiap kata² baginda s.a.w.
Penyampaian yg salah dirujuk/diperbetul sesama mereka dan
setiap perselisihan/persoalan terus diajukn kpd baginda s.a.w. ketika hayatnya s.a.w.

apakah lagi kelemahan-kelemahan & percanggahan-percanggahan yang terdapat di dalam kaedah-kaedah ilmu sanad tu....

Dlm setiap penyampaian hadis nabi s.a.w.,
xde plk kekdah yg tertentu. Sampaikn je...
Tetapi, bila bercanggah/berselisih/salah/etc. baru sanad diguna.
Kelemahan bkn pd sanad, tp pd umat.
i.e. urus tadbir kerajaan Islam (Khilafah), etc.
Perpecahan (doktrin/sect) menyukarkn umat Islam mendpt kesepakatan. (2:176)
- sanad pn jd 'bias'...

kaedah periwayatan Quran tu sama la kekdahnya seperti periwayatan hadis yang memerlukan ilmu sanad bagai...

Saudara kata:
Setiap periwayatan, tentu ada sanadnya...
Memang ada sanad...tapi kebenaran Quran tidaklah bergantung kepada sanad semata-mata.....

Apa ni? - Ayat mutasyabihat kot?

Bila post ke-2 saudara kata,
Hadis lah yang paling banyak di palsukan di atas muka bumi....

menjelaskn keperluan sanad utk hadis nabi s.a.w.

p/s: Rajin² la klik 'reply'/'quote' utk melengkapkn isnad di Cari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 01:46 AM | Show all posts
Reply 67# albusseverrusP

....dlm firman tu kn Allah says 'kami'....wht does He means by tht? why not 'aku'?


Sbg 'kata ganti nama' Maha Pemerintah Alam Semesta.
a.k.a. The Sovereign King/Ruler using 'first person plural' style of speech.
Keunikan bahasa Al-Quran (yg Arab).
Allah Maha Mengetahui, Malik Al-Mulk.

n isyraqiyun is anti hadis so...

Bg saya 'memilih hadis'...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 04:43 AM | Show all posts
Reply 75# Dzulqarnain


   ...so its just how the way He speaks then..hmmm interesting...well..Heknew better anyway..hihi...thanks Dzul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2012 04:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by albusseverrusP at 20-6-2012 06:35

...double post~
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 05:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by Isyroqiyyin at 20-6-2012 12:13

Hadith di atas, menunjukkan Jibril AS turun ke bumi, mengajar agama Islam. Malaikat seperti Jibril hanya turun dengan perintah Allah, seperti yang disebut dalam Al-Quran.

Maka hadith di atas sebenarnya muttasil sampai kepada Allah.


Tapi sanad hadis tersebut tidak menunjukkan sedemikian...lihat balik sanad yang munqati ini:

حدثني أبو خيثمة زهير بن حرب حدثنا وكيع عن كهمس عن عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر ح وحدثنا عبيد الله بن معاذ العنبري وهذا حديثه حدثنا أبي حدثنا كهمس عن ابن بريدة عن يحيى بن يعمر


حدثني محمد بن عبيد الغبري وأبو كامل الجحدري وأحمد بن عبدة قالوا حدثنا حماد بن زيد عن مطر الوراق عن عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر

وحدثني محمد بن حاتم حدثنا يحيى بن سعيد القطان حدثنا عثمان بن غياث حدثنا عبد الله بن بريدة عن يحيى بن يعمر وحميد بن عبد الرحمن


وحدثني حجاج بن الشاعر حدثنا يونس بن محمد حدثنا المعتمر عن أبيه عن يحيى بن يعمر عن ابن عمر عن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم بنحو حديثهم


صحيح مسلم , كتاب الإيمان , باب بيان الإيمان والإسلام والإحسان والإيمان بالقدر


Hairan saya, kenapa mnm tidak bawakan hadis tu secara sempurna dari saheh muslim? adakah mnm mahu menyembunyikan sesuatu yang benar-benar mencurigakan tentang hadis tersebut?

apakata mnm terjemahkan komen perawi dalam hadis tersebut:

وساقوا الحديث بمعنى حديث كهمس وإسناده وفيه بعض زيادة ونقصان أحرف


So mnm, tang mana yang di katakan muttasil sampai Allah tu? dan mana bukti anda "yang disahihkan oleh Jibril AS sendiri" itu?


Bagi golongan anti hadith yang guna kaedah baru seperti anda tu, memang lah anda tak mahu nak percaya. Nak buat macamana, anda dah cipta kaedah baru untuk menolak segala hadith Nabi kononnya semua munqati ....


Dah memang munqati' sanadnya...terima jelah hakikat...


Tujuan sanad untuk semak kesahihan, bukannya untuk dibacakan sanad-sanadnya setiap kali riwayat disampaikan. Bagi yang nak meneliti kesahihan, bolehlah semak.


Habis tu, dalam kitab hadis yang dok tulis "Telah mengkhabarkan @ telah menghadiskan kepada ku oleh oleh si polan bin si polan, dia telah berkata:" tu apa? bukankah itu namanya "membacakan sanad setiap kali riwayat di sampaikan"? lain kali bila nak buat kesimpulan, biarlah logik...ni dah lah tak lojik....menipu lak tu kata :"bukannya untuk dibacakan sanad-sanadnya setiap kali riwayat disampaikan"...amendelah mnm ni...

Lagipun, apalah gunanya jika sanadnya tidak muttasil sampai Allah kan..


Sanad dari Allah, Malaikat dan Nabi tidak disemak dari segi ke-thiqah-an sebab ORANG ISLAM BERIMAN KEPADA ALLAH, MALAIKAT dan NABI.


Tetapi urutan sanad yang muttasil sampai Allah itu boleh di semak oleh tiap-tiap manusia...


Kalau Nabi kata dari Jibril, dan Jibril turun dengan perintah Allah (seperti hadith Jibril di atas), kita percaya jugak. Sebab kita beriman kepada Nabi dan Rasul.


Tapi masaalahnya, sumber sanadnya adalah munqati' yakni tidak muttasil sampai Allah...bermakna ia adalah dari selain Allah...takkanlah kita nak jadikan selain Allah sebagai sumber agama?


Tak timbul pun soal munqati dan tak muttasil dalam isu keIMANan terhadap Nabi.


Soal muttasil & munqati' ada kaitan dengan soal iman & yaqin kerana tugas nabi hanya menyampaikan apa yang telah di turunkan oleh Allah yakni apa sahaja yang muttasil kepada Nya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 05:32 AM | Show all posts
page mendap
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 05:33 AM | Show all posts
page mendap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.368133 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list