|
Bab 7
Pasangan kekasih itu meniti gigi air di pantai yang sepi. Matahari mula redup dan ramai pengunjung sudah pulang. Cuma mereka berdua yang masih bercanda di pasiran pantai , bak lagu Sudirman dan Ahkak Nita. Pinggang si gadis di rangkul erat dan pipi mulusnya di kucup.
“ Baby, I am crazy about you!” bisik Muaz. Tangan nya mula menyelinap ke seluruh tubuh mungil berbaju mandi two piece rona jingga. Sungguh kontras dengan kulit Zahira yang putih melepak.
“ Sayang! Janganlah, malu kalau orang nampak” rengek Zahira sambil menepis tangan Muaz yang semakin nakal.
“ Mana ada orang kat sini? Its just the two of us. Anyway, tempat ni ramai tourist mat salih. Tak ada siapa nak kisah. We can do anything we want” Muaz terus mencempung kekasihnya dan melangkah beberapa tapak ke laut biru yang jernih dan tenang. Bila sampai ke paras pinggang, tubuh Zahira di lepaskan dan Zahira terjerit kecil.
“ Jahat lah you ni. Nak buat I tenggelam ya?”
“ Kalau you tenggelam boleh I bagi mouth to mouth”
“Alah, tak payah tenggelam pun boleh dapat.” Zahira merangkul leher Muaz dengan kedua belah tangan. Bibir mereka bertemu.
“ I love you so much sayang.” bisik Zahira
“ Betul? Entah entah depan I saja cakap sayang, belakang I …” Muaz mengusik
“ Sumpah. Kenapa, you tak percaya? Lima tahun dah kita bercinta, pernah kah I tak setia? I tak pernah pandang pun lelaki lain.” Cahaya dari mata bundar Zahira memanah sampai ke hati Muaz.
“ No. Tak pernah. I gurau saja tadi. Come, let’s swim.”
Mereka berenang sebentar dan kemudian duduk di pantai sambil menyaksikan matahari terbenam.
“ Cantiknya warna langit. I suka sangat tengok sunset. Pemandangan yang tak pernah jemu di pandang.” Zahira menggosok tapak tangan untuk memanaskan badan. Bayu laut yang tadinya sepoi semakin kuat deru nya. Kepala Zahira di lentukkan ke bahu Muaz.
“ Cantik lagi pemandangan di sebelah I sekarang” Mata Muaz menjamah bikini yang terisi padat dan pinggang yang ramping. Indahnya ciptaan Tuhan. Nafasnya melaju. Mana mana lelaki pun akan tergoda dengan tubuh lentik Zahira, kecuali yang bernaluri songsang.
“ Muaz… boleh I tanya something? Kenapa your parents tak suka I? Sebab I artis ke? ” Lemah lembut suara Zahira. Matanya tertancap ke matahari yang makin hilang di ufuk.
Muaz berdehem. Tangan Zahira di genggam. “Its not important. You faham faham lah, mereka dah tua. Konservatif. Kalau mereka dah kenal you dengan rapat, mesti mereka boleh terima you.”
“ Ohh, jadi betul lah apa I jangka, mereka tak boleh terima seorang artis sebagai menantu. Habis tu, macam mana dengan kita? Do we have a future together? Dah lama I tunggu. I bukannya makin muda. I want to have a family with many kids.”
“That’s what I want too. Of course we will be together. So long as we love each other, who cares about what my parents think? Sayang, will you marry me?” Tiba tiba Muaz melutut dan mengucup jari Zahira.
Zahira tersentak dan sesaat kemudian matanya berkaca.“ Betul sayang? You nak kahwin dengan I?”
“ Takkan I tipu. Kalau ada Tok kadi dekat sini, malam ini juga I sanggup kahwin…. Eh, bernikah.”
Zahira menekup wajahnya. Muaz ketawa melihat gayanya yang ke anak anakan. Dia bangun dan menarik kedua belah tangan sang kekasih.
“ Jom, kita balik hotel. Hari dah nak gelap.”
Mereka menyarung T shirt dan mengikat tuala di pinggang masing masing sebelum berjalan berpegangan tangan menuju laman hotel. Langkah mereka terhenti bila seorang lelaki separuh baya berdiri tegak menghalang jalan. Bibir Muaz spontan mengukir senyuman sementara Zahira mengundur setapak kebelakang. Muka lelaki itu nampak bengis seolah nak telan mereka berdua.
“ Hi, Papa. Bila sampai?”
Lelaki itu menuding jari pada Zahira” You… you slut! Perempuan tak guna! Berani kau kacau Muaz! Kau ingat aku nak terima kau jadi menantu aku?” Suaranya melengking hingga di dengari oleh tetamu yang berada di lobi hotel lantas mereka jadi tumpuan ramai.
Airmata Zahira mengalir deras dan dia menghayun langkah dari situ. Muaz mengejar tapi kelibat Zahira hilang di celah celah pohon yang memagari laman hotel dari jalanraya. Pantas sungguh Zahira lenyap dari mata.
“ ZAHIRA! ZAHIRA “ laung Muaz berulangkali hingga nafasnya tercungap cungap. Lariannya semakin perlahan kerana kaki kejang. Tangannya cuba menggapai sesuatu untuk elak dari terjatuh. GEDEBUKK!
“ Aduh, sakit!”
|
|
|
|
|
|
|
|
Muaz membuka mata sebaik punggung mencecah lantai. Ya Allah! Aku bermimpi rupanya. Nafasnya yang melaju kembali reda. Dia mengurut kaki yang kekejangan. Di mana aku sekarang? Dia nanar seketika.
Jaluran cahaya mentari menorobos dari tingkap berlangsir lutsinar. Beberapa detik kemudian baru dia sedar keberadaannya. Semalam aku datang ke sini selepas majlis resepsi di hotel tapi Zahira sedang tidur. Mana dia menghilang? Muaz tercari cari. Rahangnya terjatuh bila melihat jam dinding.
Dah pukul 1.30 tengahari? Zahira tentunya dah pergi kerja. Muaz melepas nafas berat. Kecewa. Sampai hati Zahira tak kejut aku. Mungkin juga aku tidur mati hingga tak dapat di kejutkan. Baru empat hari balik dari US, jet lag pun tak hilang lagi. Majlis berderet pula tu.
Dia melihat deretan missed calls dan mesej yang masuk tanpa emosi. Lantaklah! Bukan ada kena mengena dengan aku kalau Azalea masuk hospital. Biar Mama dan Papa yang bertanggungjawab sebab mereka yang suka sangat minah tu. Yang penting sekarang, aku kena hubungi Zahira. Sesaat selepas dia menekan nombor buah hati nya, suara perempuan menjawab.
“ The number you have dialed is no longer in service” Tettttt…bateri telefonnya terus padam.
What the hell??!!! Sejak bila Zahira tukar nombor telefon. Kenapa aku tak di beritahu? Telefon bimbitnya di campak ke katil. Muaz mengeluh kasar dan masuk ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum turun ke dapur. Otaknya tak dapat berfungsi tanpa kafein.
Susun atur ruang tamu tidak berubah. Kemas dan teratur seperti kali terakhir dia berada di sini dua tahun lalu. Cuma dinding yang dulunya kosong kini di hiasi beberapa lukisan. Jantungnya berdegup kencang. Salah satu lukisan ialah potret wajah Zahira. Dia terlalu rindu dengan wajah kesayangannya.
Memandangkan rumah tidak berpenghuni, Muaz terus mencari makanan di dapur. Buat macam rumah sendiri lah, dah memang rumah aku pun. Perutnya sudah meraung minta di isi. Hampanya bila peti ais kosong. Yang ada cuma dua botol air mineral, sebotol sos cili dan sebiji tomato yang sudah layut. Takkan Zahira diet sampai begini ?
|
|
|
|
|
|
|
|
“ ARGHHHHH! TOLOOONGGGG ! TOLOOONGGG!! PENCURIII!” jeritan seorang wanita berbadan gempal bergema ke seluruh ruang rumah. Muaz terpaku seketika.
“ Cik Su! Ini saya lah, Muaz. Cik Su dah tak kenal kah?”
“ Ha? Betoi kah ni Muaz? ” Cik Su membetulkan kaca mata berbingkai hitam dengan tangan yang menggigil.
“ Ya lah. Takkan Cik Su dah tak kenal saya. Baru dua tahun tak jumpa.”
“ Macam mana hang boleh masuk? Bila hang sampai? Aku ingat hang dok ada di Amerika” Cik Su masih teruskan interogasi.
“ Saya masih ada kunci rumah ni. Saya datang semalam. Dua tiga kali juga saya pusing kawasan ni sebab dah tak ingat jalan tapi nasib baik jumpa. Mana Zahira? Dia kerja kah?”
Ekspresi wajah Cik Su menjadi lebih gusar. Dia mengelap peluh di dahi.
“ Nanti sat, Cik Su nak salin baju. Cik Su baru balik dari rumah sedara, ada kenduri kawin” Terkedek kedek dia melarikan diri ke bilik. Hampir 15 minit kemudian dia muncul dengan baju kedah dan kain batik.
“Cik Su boleh buat kopi? Muaz dah lama tak pekena kopi Cik Su. Perut saya lapar ni, dari semalam tak makan”. Muaz senyum lebar untuk mengambil hati saudara bau bau bacang Zahira yang juga menjadi pembantu rumahnya. Dia melabuh duduk di meja dapur.
“ Ya.. ya. Tunggu sat. Laaa… mana aku letak cawan “ Kalut wanita separuh baya itu melayan Muaz. Berkeletung keletang bunyi di dapur.
“ Cik Su sihat? Rumah ni okay kan? Tak ada apa masaalah?” Rumah ini di beli untuk Zahira beberapa tahun lalu. Senang kalau ada “ port” untuk memadu kasih. Muaz lebih banyak tinggal di sini bersama Zahira dari di rumah Papa dan Mama. Jiran jiran di kawasan ini pun kebanyakannya bukan Melayu dan tidak ambil kisah sama ada mereka suami isteri yang sah.
“ Semua elok.”
“ Mana Zah, Cik Su? Dia ada shooting kah?” tanya Muaz
“ Hang tak tau? Er… er.. er.. dia takdak sini” Menggeletar tangan Cik Su bila meletak cawan kopi.
“ Saya tahu lah dia tak ada. Semalam dia tengah tidur masa saya sampai tapi bila saya bangun dia dah keluar. Dia pergi mana?” Kopi panas di hirup. Wah, baru celik biji mata!
Cik Su beristighfar lalu memalingkan muka yang pucat. Keresahan menular di wajah wanita separuh baya itu. Jelas dia menyembunyikan sesuatu.
“ Telefon number pun dia dah tukar. Saya ingat nak buat surprise jadi saya tak bagi tau bila saya balik. ” Aku juga tak bagi tahu yang aku dah berkahwin. I’ve got a lot of explaining to do. Maafkan aku Zahira.
“ Cik Su ada nombor telefon dia? Mana dia? Saya kena jumpa dia. Urgent sangat!” Matilah kalau Zahira dengar dari orang lain yang aku dah kahwin. Kuala Lumpur bukan besar sangat. Aku kena buat damage control sebelum hati Zahira terluka.
Cik Su menggaru kepala. Air liur yang di telan terasa kesat. “ Cik Su takdak telefon jadi buat apa nak simpan nombor telefon Zah. Dia pi jauh nun, Cik Su pun tak reti apa nama tempat tu. “
Darah Muaz mula menyirap. Inilah masaalahnya bila ambil orang tua tak pergi sekolah untuk jaga rumah. Satu haper pun tak tahu!
“ Apa lah Cik Su ni! Tak boleh harap! Buang duit saja bayar gaji ! Hummmphh!” Muaz menolak kerusi dan bergegas keluar. Pintu utama di hempas keras. What am I going to do now?!!! Aku kena cari Zahira, tak kira di mana dia berada.
|
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi...best lah, |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu...Sapa yg tdo tu...? X kn Hantu kot...
Next! |
|
|
|
|
|
|
|
Ooooo.... geprennya retisss.
Ala Muaz, ko nikah ajelah kat sempadan kalau susah sangat. Ada dua tiga retisss yang buat gitu.... |
|
|
|
|
|
|
|
girlfren muaz tu dah meninggal agaknya....next |
|
|
|
|
|
|
|
Nicki_Meow posted on 16-4-2014 09:37 AM
Ooooo.... geprennya retisss.
Ala Muaz, ko nikah ajelah kat sempadan kalau susah sangat. Ada du ...
ye... retis
cun mcm neelofa
|
|
|
|
|
|
|
|
sarizu posted on 15-4-2014 09:46 PM
Huhu...Sapa yg tdo tu...? X kn Hantu kot...
Next!
kalau hantu kaka pun takut nak sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 8
“ Lea! Sorry aku tak dapat datang lebih awal tapi kereta aku masuk woksyop. Adam pergi outstation jadi aku tak ada transport. Semalam baru dia balik. Jangan marah aku ya “ Kerina meletakkan sejambak bunga dan sebungkus cokelat Patchi atas meja sebelum memeluk Azalea. Adam menyusul dengan kedua belah tangan di belakang menyembunyikan sesuatu.
“ Hi Lea. Kau dah okay ke? Nah, ini untuk kau. Taraaa!”
Azalea ketawa menyambut patung Minion sebesar bantal kepala. Hailaa… kawan kawan aku ni ingat aku budak 12 tahun? Tak mengapalah, kecomelan Encik Minion buat aku ceria. Bosan weii… Sudah tiga hari Azalea berada di hospital selepas pembedahan apendiks. Bukan food poisoning atau kena santau maupun gejala kehamilan seperti yang Along teka. Kesian Along, beria ria dia minta maaf kerana bersangka buruk.
“ Kesian kau, pengantin lain pergi honeymoon. Kau honeymoon kat hospital.” ujar Kerina sambil membetulkan selimut Azalea.
“ Power betul cik abang kau, sampai ke appendix dia tembak” Adam melawak sambil angkat angkat kening
“ Cett! Mulut tu tolong jaga sikit. Orang tengah sakit ni boleh pula buat lawak tak senonoh.” Kerina menjeling tajam. Nasib baik cuma mereka bertiga dalam bilik, tiada orang lain yang dengar lawak 18SX si Adam.
Azalea segera membuka balutan cokelat Patchi. Bagi hantu cokelat macam dirinya, ibarat orang mengantuk di sorong bantal. Nasib baik dia sudah boleh makan macam biasa. Lepas pembedahan, dia di bekalkan drip dan hari seterusnya cuma boleh minum Milo dan sup. Lapar tahap maksima.
“ Kau sakit lagi? Besar tak luka pembedahan kau?”
“Luka tak besar, sakit dah kurang cuma rasa pedih di tempat jahitan. Aku tak boleh lasak sangat seminggu dua ni. Tak boleh angkat barang berat dan kena banyak berehat. Mak aku dengan mak mentua suruh makan ikan haruan supaya luka cepat baik tapi aku tak suka. Bau dia hanyir semacam!” Azalea menutup hidung dengan jari sambil sebelah lagi tangan menunjuk ke arah thermos atas meja sisi.
“ Kau kena ikut cakap orang tua. Jangan degil. Kalau lambat sembuh nanti macam mana nak pergi honeymoon?”
“ Mana hubby kau?” tanya Adam. Kalau Kerina dan Azalea kawan baik, dia juga ingin merapatkan silaturahim dengan Muaz. Lagi pun, tentu Muaz banyak kabel dalam dunia perniagaan yang boleh membantu dirinya. Bapa Muaz, Datuk Ahmad Zaki mempunyai rangkaian hotel, syarikat pengangkutan dan juga pemegang saham dalam beberapa konglomerat.
“Kat ofis lah. Bila habis kerja nanti baru dia datang”
Adam terus meminta diri untuk ke cafeteria. Tak ada faedah nak tunggu kalau Muaz tak ada. Malas nak layan girls’ talk.
Last edited by sang_arjuna on 20-4-2014 07:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“ So, dah jatuh cinta lah kau dengan dia?” Kerina senyum mengusik.
“ Podahhh! Tapi aku pun pelik sebab Muaz rajin datang melawat sejak aku kena operate. Caring pula tu, sampai sanggup nak teman aku tidur. Lakonannya tahap boleh menang anugerah pelakun terbaik tapi aku rasa geli. Euww!”
“ Tak baik kau cakap macam tu. Aku rasa dia dah mula sayang kat kau. Orang kata, bila dah lafaz akad nikah dan hubungan di restui, cinta mudah berputik.”
“ Orang mana yang kata? Ziela Jalil, Rashid Sibir atau Erma Fatima? Cik Keri woi, kau dah banyak sangat tengok drama lah. Tolong pijak di bumi nyata. This is not some fairytale. Aku rasa Datuk Zaki dah ugut akan keluarkan dia dari wasiat kalau dia tak jadi suami mithali. Anyway, aku malas nak cerita pasal dia. Tak ada ke cerita yang lebih happening?” Azalea mengunyah cokelat yang kedua.
“ Haaa! Mesti kau suka dengar latest news. Kita punya batch nak buat reunion bulan depan di One World Hotel. Dinner and dance. Temanya Oscar Night jadi semua kena pakai glamour macam Hollywood movie stars. Formal dress code untuk lelaki dan perempuan.” Sungguh teruja nada Kerina.
“ Wah, kalau pasal tari menari ni, kau lah juara.” Usik Azalea. Namun dia turut teruja. Mesti seronok dapat jumpa kawan kawan lama. Sejak meninggalkan kampus tiga tahun lalu dan memasuki alam pekerjaan, dia jarang berjumpa dengan kawan sekampus, kecuali Kerina. Yang lain setakat bersua di FB, twitter dan IG. Ingatannya terus hinggap pada seseorang.
“ Kau rasa Zhafran datang tak?”
“ Kau ni dah kenapa? Dah lupa yang kau tu isteri orang? Baru kawin berapa hari dah teringat pakwe lama. Choyyyy!” Tangan Azalea di tampar.
“ Aku tanya jer lah. Tapi aku rasa dia mesti tak datang. Orang warak macam dia mana suka gathering macam ni. “
“ Habis tu, takkan kita nak buat kenduri doa selamat atau majlis tilawah? Student university kita ada macam macam bangsa, 1 Malaysia weiii ! Sudah sudahlah… lupakan yang lepas, kau kena mulakan hidup baru. Si Zhafran pun senyap je , tak ada nak contact mana mana kawan batch kita. Entah entah dia dah join Taliban. Buangkan saja memori Zhafran walaupun dia cinta pertama kau. Sekarang kau kena belajar untuk jatuh cinta dengan Muaz dan buat Muaz jatuh cinta dengan kau. You belong to him now.”
Azalea meneguk air mineral sebelum memasukkan cokelat ketiga dalam mulut. Kalau lah semuanya mudah macam Kerina cakap. Tapi hakikatnya, hati manusia bukan boleh di paksa. Tekan butang A – lupakan Zhafran, tekan butang B – jatuh cinta dengan Muaz, tekan butang C – buat Muaz jatuh cinta dengan aku. Malangnya, hidup tak semudah ABC.
Last edited by sang_arjuna on 20-4-2014 07:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Pintu biliknya di ketuk dan belum sempat dia membalas salam, berderet kaum keluarganya masuk. Muaz paling depan, di ikuti Datin Sakinah dan Amy. Ibubapanya menyusul di belakang membawa beberapa bekas Tupperware.
“ Eh, Keri pun ada. Apa khabar? Dah lama sampai? Datang seorang saja kah?” Datin Azwa menyambut tangan Kerina dan memperkenalkannya pada besannya.
“ Dah lama juga Auntie. Adam tunggu di cafeteria. Lea, I balik dulu. Nanti I calling calling.” Kerina meminta diri. Matanya sempat menjeling pada Muaz. Wajah Muaz nampak lesu seperti tidak cukup tidur. Risau pasal Azalea agaknya. Oh, so sweet!
“ Dah nak balik? Tunggu lah dulu, kita borak borak.” Datin Sakinah cuba menahannya.
“ Tak apalah auntie… eh, Datin. Saya takut lambat sampai ofis nanti sebab jam. Nice meeting you. Muaz, jaga Lea baik baik ya.”
Muaz senyum segaris. “ Thanks for dropping by”. Dia segera mengambil tempat Kerina di sisi Lea. Cepat saja tangannya mencapai cokelat Patchi. Azalea menjeling sedas. Ingatkan nak dekat dengan aku, rupanya nak hentam cokelat. Nak cokelat beli lah sendiri, itu aku punya, getusnya dalam hati.
“ How are you today? I jumpa Dr Jamilah tadi, dia kata you boleh keluar besok.”
“ Yes! Lea balik rumah Mak, ya?”Bercahaya muka Azalea mendengar berita dari Muaz. Lega rasa dapat keluar dari hospital. Walaupun biliknya luas dan selesa dan jururawat dan doktor baik belaka, tetapi rasa bosan tahap giga tinggal di sini.
“ Lea tinggal rumah Mama sajalah. Mak Jah dan Miskiah boleh layan Lea. Lusa Mama nak ke Perth dengan Along dan Papa ada business meeting di Jakarta. Seminggu kita orang tak ada di rumah. Muaz dengan Lea kena tolong tengok tengokkan rumah masa kita tak ada”. Datin Sakinah mengusap lengan menantunya. Senyuman Azalea makin pudar.
“ Betul Lea. Bukan Mak tak nak Lea balik rumah tapi Mak Su dan keluarga dia tumpang rumah kita. Sejak hari kenduri kawin Lea mereka tak balik sebab anak saudara Pak Su pula nak kahwin minggu ini. ” Azalea menangkap isyarat mata antara ibu dan bapanya.
Mak Su dan Pak Su bekerja di Kota Bharu dan jarang datang ke Kuala Lumpur. Sekali sekala mereka datang mesti tinggal sekurang kurangnya seminggu. Bukan Azalea tak suka Mak Su tapi anaknya seramai lima orang bukan main buas lagi. Yang sulung berusia 12 tahun dan yang bungsu 5 tahun. Kecoh satu rumah kalau mereka datang. Boleh kena migraine! Mak Su dan Pak Su pula ambil lewa saja kalau anak anaknya berkeliaran ke hulu ke hilir dan sepahkan rumah. Tak menang tangan Datin Azwa melayan keluarga adik bungsu suaminya. Azalea faham sangat macam mana keadaan di rumah sekarang. Kasihan Mak, tak patut aku tambah bebannya.
“ Kalau macam tu, Lea balik rumah Mama” Azalea akur
“ Good girl! Bila Lea dah sihat, datanglah ke Perth dengan Muaz. Lea boleh berehat di sana.” Amy memberi cadangan. Mana lah tahu kalau hati Muaz dan Azalea akan bertaut di bumi Aussie. Sekarang ni , walaupun Muaz sering datang melawat tapi keduanya masih kekok. Muaz pula nampak macam di landa masaalah besar.
“ I’m very busy, Along. Papa bagi macam macam tugas suruh Muaz buat. Tunggulah bila dah settle semua” pantas Muaz menjawab. Setiap masa yang terluang di gunakan untuk menjejaki Zahira. Selagi dia tak jumpa Zahira, dia tak akan tinggalkan Malaysia. Keberadaan Zahira masih lagi menjadi misteri. Puas dia bertanya pada agensi yang mengurus Zahira dan kawan kawan artis yang dia kenal tapi tak ada jawapan pasti. Yang mereka tahu Zahira sudah lama tidak berlakun. Akhirnya Muaz mengambil keputusan mengguna penyiasat peribadi.
Huk eleh… macam lah aku kemaruk sangat nak pergi dengan dia, desis Azalea. “ Lea dah kena balik kerja minggu depan. Maybe some other time, Along”
“ Okay, tapi Lea kena datang juga bila ada masa. Elsa tak sabar nak jumpa Auntie baru dia”
“ Yes Lea, you should go. I tak kisah tinggal seorang.” Tambah Muaz sambil melemparkan senyuman pada isterinya. Pergilah jauh jauh, senang aku nak jalankan misi mencari Zahira.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sambung pnjg2...
Igtkn dpt tau Sapa 'Hantu' tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan zahira mmg dah meninggal..... |
|
|
|
|
|
|
|
bagusla zahira missing...mungkin ni turning point tuk muaz.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan dah ada sambungan....mana lea dgn muaz ni... |
|
|
|
|
|
|
|
wah smile ada cite baru..best2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 9
Azalea menutup muka dengan novel The Inferno yang baru suku di baca. Kisah thriller tentang pakar genetik yang ingin memusnahkan spesis manusia itu cukup menarik tapi matanya terasa berat. Walaupun tidur semalaman cukup lapan jam tapi masih mengantuk. Doktor kata symptom sebegini adalah normal sebab tubuh perlukan banyak rehat untuk membina sel baru lepas pembedahan
“ Humphh…. Kau ingat ko tu mat saleh ke, nak sunbathing tepi kolam? Kulit tu bukan jadi tan tapi jadi kelam” Cacian Muaz mencecah telinga tapi Azalea mendiamkan diri. Takpe , kita dengar apa lagi Inche Suami nak cakap.
“ Bilik dalam rumah ni tak cukup ke sampai nak membuta kat luar? Asyik tidur saja. Pemalas! Sepatutnya panggil kau Liat bukan Lia. Macam mana lah Mama dan Papa boleh pilih perempuan macam ini jadi bini aku. They sure know how to make my life miserable”
Sejak Datin Sakinah pergi bercuti di Perth dan Datuk Zaki ke Jakarta, karekter sebenar Muaz muncul semula. Dah agak dah, berapa lama sangat dia boleh berlakun jadi suami mithali. Mesti dah kejang otot muka kena senyum kat aku bila di depan Mama dan Papa.
“ Pakai baju kelawar macam makcik makcik. Mak Jah punya pakaian pun lagi elok. Buat malu aku kalau kawan kawan aku nampak.”
Geram nya! Ini kaftan dari Butik Innai lah, bukan baju kelawar. Aku kena pakai baju longgar sebab luka pembedahan belum sembuh lagi lah , ngok! Takkan aku nak pakai jeans atau skirt ketat, gerutu Azalea dalam senyap.
“ Kalau nak tidur, pergi lah masuk bilik!” Muaz menaikkan suara. Novel yang terlungkup di muka isterinya di tepis.
Woi , main kasar nampak! Azalea membuka mata. Ooops! Matanya segera di larikan dari susuk tubuh lelaki yang hanya berseluar renang itsy bitsy teeny weeny macam perenang Olimpik. Spontan pipinya memerah.
“ Haven’t seen an almost naked male before? Innocent virgin lah konon” Muaz senyum mengejek. Kedua belah tangannya di regang dan di depang.
Sengaja nak tayang kepak dan peha yang berotot pejal. Ingat aku terliur? Kalau kepak dan peha KFC terliur juga. Hmmm… makan tengahari nanti nak cari KFC lah.
Gedebush! Muaz terjun junam dan berenang kuak kupu kupu ke hujung kolam. Show off! Ingat aku tak reti berenang ke? Tunggu aku sihat sikit lagi. Ini Azalea juara synchronise swimming antara sekolah Wilayah Persekutuan, occay! Azalea mengelap baju yang terkena percikan air sebelum mengutip novel dan berjalan ke arah pintu dengan hati yang menggelegak.
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Kak! Kenapa ni? Jom kita duduk kat pool. Miskiah buat sandwich dan jus oren untuk kakak. Dia kata masa sarapan Kak Lia makan sikit saja.”
Alahai… semua orang dalam rumah ini terlampau baik. Kecuali seorang. He Who Shall Not Be Named. Azalea memaniskan muka pada Qayyum yang menatang dulang.
“ Tak apalah. Dah panas kat luar, akak nak masuk dalam”
“ Panas sebab cuaca atau Abang buat kakak panas hati?” tebak Qayyum. Bukan dia tak dengar lontaran missile dari Abang Muaz. Tapi Kak Lia sangat ‘cool’, kalau perempuan lain mesti dah melalak atau lari balik rumah mak.
Azalea ketawa kecil. Dia rasa senang bersama Qayyum, adik bongsu yang manja dan ceria. Walaupun dah pecah tembelang yang dia lah stalker Azalea waktu beli hantaran di KLCC dulu, tapi boleh di maafkan sebab Qayyum cuma menurut perintah He Who Shall Not Be Named. Puihhhh! Macamlah kau tu bagus sangat, nak selidik latar belakang aku konon.
“ Jom kita tengok TV kat dalam. Baru kakak ingat, hari ni ada live telecast Academy Awards.” Siku Qayyum di tarik.
Mereka berdua duduk di sofa bentuk L dalam bilik yang memuatkan home theatre. Punat 7 -1 -1 di tekan di alat kawalan jauh dan skrin TV mula memaparkan artis artis Hollywood dengan pelbagai gaya atas karpet merah. Hebat!
“Bulan depan kakak ada reunion dinner jadi kakak nak cari idea untuk gaun malam.”
“ I like what Sandra Bullock is wearing. Kalau kakak buat baju macam tu pun okay” cadang Qayyum bila kamera TV fokus pada pelakun wanita versatile itu .
“ Yes, that is nice.” Azalea membuat nota mental supaya dapat di lakar untuk Arwin nanti. Nak beli pakaian designer yang original sah sah tak mampu.
“ Ha…tu dia Angelina Jolie! Gila punya sexy. Untung Brad Pitt” sengih Qayyum dengan mata tak berkelip memandang TV.
“ Yup, she looks gorgeous. Only someone tall and sexy like her can wear that outfit.”
“ Kakak bawa Abang Muaz ke reunion nanti?”
Azalea terus mengherotkan muka. Mati hidup balik pun aku tak nak. Dia pun tak sudi. Mesti kami menang award Pasangan Paling Tidak Serasi, tanpa bertanding.
“ Tak kot. Kakak pergi seorang rasanya, lagi selesa nak borak dengan kawan kawan lama. “
“ Kalau kakak nak, saya boleh temankan. Abang Muaz memang tak suka pergi function kalau bukan dengan kawan kawan dia. Dia cuma selesa dengan “ crowd” dia saja.”
“ Tengoklah macam mana. Takut Qai boring nanti sebab tak ada geng sebaya. You don’t mind hanging out with us old folks? Aktiviti kita orang tukar business card dan berselfie.”
“ You are only 3 years older, bukan generasi lain pun. Serious cakap, kakak nampak lagi muda dari setengah kawan sebaya Qai. Lebih lagi bila kakak tak pakai make up” Wajah manis Azalea di tatap. Qayyum terpaksa mengenepikan perasaan yang tak wajar. She is now my sister lah.
“ Wah, terimakasih. You are the best little brother in the world. Nanti bila kakak sihat, kakak belanja Qai. “ Azalea mengunyah sandwich telur. Makanan di rumah ini enak belaka. Gemuklah aku macam ni.
“ Kak Lea tak bosan duduk di rumah? Tak nak keluar jalan jalan?”
Bagai orang mengantuk di sorong bantal, Azalea terus setuju. Sejak keluar dari hospital beberapa hari lalu, dia cuma memerap di rumah. Dia tak di benarkan memandu selama seminggu. Pemandu Datuk Zaki pula balik kampung untuk melawat ibunya yang sakit maka “patah”lah kaki Azalea.
“ Kak Lia nak pergi mana? Nak shopping ke? ”
“ Mana mana pun tak kisah. Janji keluar, dah boring duduk melangut di rumah.”
|
|
|
|
|
|
|
|
“ Assalamualaikum!” Suara lantang memberi salam dari ruang tamu utama, mematikan perbualan mereka.
“ Itu suara Tok Ibu” Qayyum segera bangun dan bergegas ke ruang tamu meninggalkan Azalea terpinga pinga. Tok Ibu? Telinganya menangkap isi perbualan yang agak kuat di luar. Tak lama kemudian tiba seorang wanita warga emas berbadan kecil molek yang masih cantik bergaya di pimpin oleh Qayyum. Berkulit putih kuning dan berbaju kurung sutera korea, gayanya mirip Nyonya Mansur watak dalam Ibu Mertua Ku , siap dengan cermin mata stail mata kucing lagi. Azalea segera bangun dan mencium tangannya. Aroma minyak wangi oudh Arabia menusuk ke hidung.
“ Siapa ni?” tanya Tok Ibu sambil membetulkan kacamata. Dari atas ke bawah, dia meneliti Azalea.
“Ini lah Azalea, isteri Abang. Kakak, inilah Tok Ibu, emak pada Papa.“ Qayyum memperkenalkan mereka.
“HAH? Bila abang kau kawin? Sampai hati Aki tak jemput mak dia sendiri. Kinah pun sama, dah tak peduli kat aku! ”
“ Mana pula Papa dan Mama tak jemput Tok Ibu? Tok Ibu kan tak sihat masa tu. Ingat tak? Tok Ibu semput sampai kena masuk hospital. Doktor suruh Tok Ibu rehat, jangan pergi mana mana.” jelas Qayyum. Dia mengangkat sebelah kening pada Azalea. Betul lah kata Miskiah dulu, Tok Ibu dah nyanyuk.
“ Ya ke? A’ah… betul lah tu, Tok Ibu lupa pula. Apa nama cucu menantu Tok Ibu ni?” Tok Ibu senyum sipu.
“ Nur Azalea. Panggil Lea saja, Tok Ibu”
“ Terbelit lidah aku nak sebut nama orang muda sekarang. Tok Ibu panggil Yah saja. Senang. Orang mana? Mak bapa nama apa?”
Adoi… nama aku yang sikit punya moderen jadi Yah? Sabar jer lah demi Tok Ibu. “ Yah berasal dari Kuantan tapi dah lama duduk KL. Bapa nama Razali , emak nama Azwa”
Tok Ibu mengangguk sambil memikirkan sesuatu. Berkerut keningnya. Belum sempat dia membuka mulut, Muaz menerpa masuk. Rambutnya masih basah dan tuala terselimpang di bahu. Nasib baik dah pakai seluar Bermuda dan baju T. Azalea memalingkan muka. Meluat!
“ Tok Ibu! Bila sampai?” Dia terus memeluk neneknya. Kedua belah pipi Muaz di cium Tok Ibu sampai kemek hidung. Jelas Muaz cucu yang amat di sayangi.
“ Lamanya Tok Ibu tak jumpa Mamat. Mamat sihat? Tok Ibu rindu sangat kat Mamat. Lepas ni Mamat kena balik rumah Tok Ibu. Apa Mamat nak makan? Tok Ibu masak.”
Mamat? Wakakakakakaka! Azalea menekup mulut menahan tawa. Aduh! Rasa nak tertetas jahitan kat perut aku! Muaz menjeling. Walaupun tiada bunyi yang keluar tapi bahu Azalea terhinggut hinggut. Seronoklah tu, dapat gelakkan aku.
“ Mamat banyak kerja sekarang Tok Ibu. Nanti seminggu dua lagi Mamat balik kampung. Mamat pun rindu nak makan gulai lemak ikan patin dengan sambal tempoyak Tok Ibu”
“ Ya lah. Jangan lupa tau. Yah tak pernah lagi balik kampung kita. Nanti tak kenal dengan saudara di sana. “
“ Yah? Siapa Yah?” Muaz memandang tepat ke wajah neneknya dengan sangsi. Apa pula orang tua ni mengarut?
“ Apa nak jadi lah budak ni? Muda muda lagi nak nyanyuk. Mamat minum air yang ada semut ke? Nama bini sendiri pun kau dah lupa? Yah, bini kau tu ler. Bawa dia balik sekali.” Jari telunjuk Tok Ibu mengarah pada Azalea yang masih tersengih.
Giliran Muaz pula untuk ketawa. Kahkahkahkah! Sesuai benar lah nama kampungan yang di beri.
“Ha.. Tok Ibu dah letih, nak baring kejap. Kejut Tok bila dah masuk Zohor.”
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|