CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Cameron Highlands - Campur tangan politik turut jadi punca

[Copy link]
Post time 10-11-2014 02:26 PM | Show all posts
kalau berterusan begini, alamatnya memang tiada daya untuk kita ni melawat cameron highlands..
sekadar gambar-gambar lama sahajalah sebagai kenangan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2014 02:30 PM | Show all posts
tentera_laut posted on 10-11-2014 02:24 PM
standed la nak coverina...
orang cite pasal banjir lumpor and pencerobohan tanah..
yg dibuat ada ...

ekceli kes ni sebelum tu ada laporun kata kebanjiran pendatan2 asing ni bermaharajalela buka ladang haram, buka perniagaan...lapuran tersebut dibuat oleh NGO bernama IHKLAS..lepas tu utusan plak buat lapuran.

Kebetulan berlaku pula trajedi meragut nyawa ni...so..bila TPM mula bersuara...baru imigresen kerahkan pegawainya..selama ni mereka tido..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:32 PM | Show all posts
ahli parlimen keling tak boleh pakai

ADUN cina DAP pun dua kali lima
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 02:39 PM | Show all posts
Cameron Highlands: Tiada maaf penceroboh
OLEH THOMAS CHONG ([email protected])  |  10 November 2014 2:50 AM
  70  0 Google +0
MUHYIDDIN  YASSIN semasa mempengerusikan mesyuarat khas bencana
MUHYIDDIN YASSIN semasa mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands yang turut dihadiri G. Palanivel (dua dari kanan) dan Mahdzir Khalid (dua dari kiri) di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI
Advertisement
PUTRAJAYA 9 Nov.. - “Tiada maaf bagimu”, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin (PATI) yang menceroboh, termasuk ahli politik yang terlibat melin-dungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan bencana banjir lumpur dan tanah runtuh Rabu lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi membanteras gejala yang berleluasa itu, kerajaan akan menggerakkan operasi bersepadu melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan bagi memastikan pihak terlibat segera dikenakan tindakan tegas.
“Satu daripada sebab kenapa perkara ini (kejadian banjir dan tanah runtuh) berlaku adalah tidak ada ke-tegasan dari segi pelaksanaan undang-undang dan penguatkuasaan terhadap mereka yang melanggarnya.
“Jadi, kita telah putuskan bahawa kerajaan perlu ambil tindakan tegas dan saya telah arahkan satu operasi besar-besaran dilaksanakan bagi memastikan hal ini dihentikan segera,” katanya.
Operasi itu akan dilakukan seberapa segera berikutan sudah ada pihak yang berani mencabar kerajaan dan agensi penguatkuasaan untuk mengambil tindakan terhadap mereka, katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas bencana banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands di bilik operasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini hari ini.
Difahamkan sehingga kini, kira-kira 6,000 hektar tanah telah dice-roboh di pusat peranginan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pencerobohan dan pene-rokaan haram itu mesti dihentikan dan kerajaan perlu tunjukkan bahawa mereka adalah pihak berkuasa dan undang-undang yang ada mesti dikuatkuasakan.
“Isu mengenai pencerobohan tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri dan memang sudah ada langkah-langkah diambil. Saya arahkan supaya tindakan lebih tegas diambil sama ada kepada PATI, penanam atau pengusaha yang bersalah,” katanya.
Mesyuarat selama dua jam itu turut dihadiri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palani-vel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Timbalan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Kejadian banjir dan tanah runtuh yang berlaku di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam akibat hujan lebat di Cameron Highlands pada Rabu lalu telah mengakibatkan lima kematian. Sebanyak 80 buah rumah dan 100 buah kenderaan dianggarkan rosak dalam bencana tersebut.
Mesyuarat tergempar yang diadakan hari ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap isu kemusnahan dan bencana di Cameron Highlands.
Dalam pada itu Muhyiddin menegaskan, tiada pihak bersalah yang akan terkecuali daripada penguatkuasaan dan kerajaan tidak bimbang dengan kemunculan orang besar dan orang politik yang dikatakan memberi perlindungan kepada penceroboh dan peneroka haram di Cameron Highlands.
“Jangan cari alasan bahawa seseorang itu dilindungi orang politik, orang besar atau orang luar dari Singapura. Apa yang penting adalah menjaga keselamatan penduduk dan alam sekitar,” katanya.
Mingguan Malaysia hari ini melaporkan rasuah dan campur tangan politik telah menyebabkan penerokaan haram di Cameron Highlands secara berleluasa di destinasi peranginan tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.UijXCBBp.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 02:41 PM | Show all posts
otosan dh berani serang denan yakob ..dah berani tu mesti dpt sokongan kuat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 02:42 PM | Show all posts
Imigresen gempur PATI 
di Cameron Highlands
Operasi pertama susulan laporan Utusan 181 tiada dokumen sah ditahan
OLEH SAYED HESHAM IDRIS ([email protected])  |  10 November 2014 2:55 AM
  494  0 Google +0
Sebahagian daripada pendatang asing tanpa izin yang diberkas dalam
SEBAHAGIAN daripada pendatang asing tanpa izin yang diberkas dalam operasi besar-besaran dijalankan oleh Jabatan Imigresen di beberapa kawasan sekitar Cameron Highlands, Pahang, semalam. – utusan/Zulkarnain Mohd. Saidin
Advertisement
CAMERON HIGHLANDS 9 Nov. - Jabatan Imigresen mula menggempur pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membanjiri tanah tinggi di sini menerusi ‘Ops Gempak Tapi Mesra’ di beberapa buah pekan di kawasan tanah tinggi itu hari ini.
Operasi dijalankan mulai pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang ini di sekitar pekan Ringlet, Brincang, Kuala Terla dan Kampung Raja.
Sepanjang operasi, sebanyak 581 warga asing ditangkap dan setelah diperiksa, 181 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
Mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh (78), Nepal (40), Myanmar (20), India (10), Indonesia (10) Vietnam (1), Sri Lanka (1) manakala selebihnya dari lain-lain negara.
Sebahagian besar warga asing terlibat ditangkap ketika mereka sedang menghabiskan cuti hujung minggu bertemu rakan-rakan.
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi itu adalah yang pertama dijalankan oleh jabatan itu khas untuk menggempurkan PATI susulan laporan akhbar Utusan Malaysia mengenai kebanjiran golongan tersebut di daerah ini.
Menurut beliau, selepas ini operasi akan diperhebatkan lagi sehingga kawasan tanah tinggi itu bebas daripada warga asing yang mema-suki negara ini secara tidak sah.
“Hari ini merupakan operasi pertama dalam menggempur PATI di sini susulan daripada pendedahan oleh pihak media.
“Operasi hari ini tertumpu di kawasan pekan di sini dan selepas ini kita akan masuk sehingga ke kebun sayur di daerah ini untuk mengesan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Kata beliau, operasi hari ini tidak seperti serbuan terhadap PATI yang biasa dilakukan, sebaliknya pihaknya membuat tangkapan secara mengejut tanpa disedari orang ramai, termasuk pelancong.
Menurut beliau, operasi disertai oleh pegawai penguat kuasa dari setiap negeri di Semenanjung.
“Ini adalah kali pertama kita mengadakan operasi yang disertai oleh anggota dan pegawai dari setiap negeri iaitu seramai 369 orang yang membuat tangkapan di kawasan-kawasan yang telah kita tetapkan.
“PATI yang mereka tahan kemudiannya akan dihantar ke depot tahanan negeri masing-masing dan disiasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, jumlah warga asing di daerah ini sememangnya agak tinggi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja terutama dalam sektor pertanian.
Menurut beliau, terdapat 11,016 warga asing yang bekerja secara sah di pelbagai sektor di daerah ini dengan 10,592 daripadanya bekerja di bidang pertanian, 221 di bidang perkhidmatan, 150 di ladang, 49 pembinaan dan empat orang di sektor pembuatan.
Beliau berkata, sebahagian besar mereka terdiri daripada warga Bangladesh, diikuti Nepal, Indonesia, India, Myanmar, Pakistan, Vietnam dan Sri Lanka.
“Berdasarkan jumlah pemeriksaan warga asing seramai 581 yang kita lakukan hari ini, bermakna masih ramai yang perlu kita kesan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.IaqooTKp.dpuf
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 03:09 PM | Show all posts
utusan antara
media yang ada prinsip dan integriti

tak macam media cina DAP
malaysianinsider, sikit pun
tak mahu buka pekung cina

ceh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 03:14 PM | Show all posts
batmana posted on 9-11-2014 08:46 AM
kalau kt jepun, ketua jabatan berkaitan sudah letak jawatan dah..

tapi kt malaysia, masing2 senya ...

kena tukar dlama 24 jam kedaerah lain....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 03:16 PM | Show all posts
sidewinder posted on 9-11-2014 10:05 AM
YB. Encik Leong Ngah Ngah....dr DAP



AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS (P.078)
1.
Y.B Datuk Seri Palanivel a/l K.Govindasamy
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 17, Wisma Sumber Asli
No 25 Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya (P.078 - Cameron Highlands)
03 88861637
05 88891057(F)


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) CAMERON HIGHLANDS

1.
Y.B Encik Leong Ngah Ngah
No 14, Tingkat 1, Bandar Baru
39010 Brinchang
Cameron Highlands, Pahang (N.01 - Tanah Rata)
09 2558592 (T/F)

2.
Y.B Dato’ Hj. Wan Rosdy b. Wan Ismail DIMP.,SMP.,AMP.,
d/a Pejabat JKKK
Sungai Koyan 1
27650 Sungai Koyan, Kuala Lipis
Pahang (N.02 – Jelai)
09 3403953
09 3401581 (F)

http://pdtchighlands.pahang.gov.my/ Last edited by Al-Patih on 10-11-2014 03:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:22 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 10-11-2014 03:16 PM
AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS (P.078)
1.
Y.B Datuk Seri Palanivel a/l K.Govindasamy

DUN bergadung dgn Parlimen....itu biasa....utk duit semua bole.....lawan leh jadi kawan.....kawan leh jd lawan....apa nak heran
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 05:21 AM | Show all posts
sidewinder posted on 10-11-2014 04:22 PM
DUN bergadung dgn Parlimen....itu biasa....utk duit semua bole.....lawan leh jadi kawan.....kawan  ...

jadik ketigo tigo ekor tu..patut diterajangkan lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:45 PM | Show all posts
Rakaman video dan penjelasan Utusan
11 November 2014 12:52 PM
  51  5 Google +0
KUALA LUMPUR 10 Nov. – Beberapa blog di bawah naungan kerajaan negeri Pahang hari ini me-nyiarkan sedutan ra-kaman video sidang akhbar Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang diadakan di Yayasan Pahang, pada 6 November lalu.
Difahamkan pe-nyiaran video itu adalah atas arahan seorang exco kerajaan negeri yang bertujuan membela Adnan dan sekali gus ingin menunjukkan ko-nonnya Menteri Besar itu tidak emosi ketika mengulas pendedahan Utusan Malaysia mengenai kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.
Bagaimanapun dalam rakaman video berdurasi 6 minit 20 saat itu tidak memaparkan kenyataan Adnan membidas Utusan Malaysia.
Sebaliknya, ia memuatkan ke-nyataan Adnan yang mengalu-alukan laporan media.
Pada hakikatnya, Utusan Malaysia tidak mahu memanjangkan isu tersebut bagaimanapun berikutan penyiaran video yang telah disun-ting itu, keputusan dibuat malam ini untuk menyiarkan beberapa petikan kenyataan Adnan menyentuh secara langsung mengenai Utusan Ma-laysia.
Ia bukan bertu-juan untuk me---nge-ruhkan kea-daan tetapi demi melindu-ngi kepentingan Utusan Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dan sa-lah tanggapan.
Berikut antara ke-nyataan Menteri Besar:
“Apa yang awak nak kita buat. Mana kita nak letak diorang ni. Nak letak pejabat Utusan tak cukup. Utusan pun rugi berniaga, ntah Utusan pun tutup berniaga...,’’
“(Wartawan menyampuk ini (perkataan ditawan) cuma metafora)...Metafora apa. Ini saya nak mengajar awak. Awak fahamkan Ketua Pengarang awak dulu Datuk yang botak itu, Khalid botak dah tak ada. Kalau dia pegang Ketua Pengarang niat dia boleh tentukan orang. Dia boleh (tentukan) Menteri Besar, dia ingat boleh jatuhkan orang, naik-kan orang.
“Ini masalah. Ini psikik ketua pengarang. Dia ingat boleh tentukan naik turun seseorang. PM jatuh PM turun: menteri itu turun. Ja-ngan begitu. Kita bukan Allah Taala, naik kita Allah Taala (tentukan).’’
“Saya tahu Utusan teruk. Dia nak jual surat khabar... Kerajaan Pahang diserang la.
“Awak boleh menulis saya boleh cakap kan. Saya tahu bukan awak tulis tu... tajuk ketua pengarang, editor semua tu (yang tentukan). Dia orang ni (reporter)... editor tu (mereka) takut (lebih) pada Tuhan lagi, dia tuhan tak takut... bila tak sembahyang.”
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.814WOC5Y.dpuf
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:46 PM | Show all posts
Adnan minta SPRM siasat cepat kes Cameron Highlands....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:51 PM | Show all posts
denan da lamaa daa...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 01:53 PM | Show all posts
samada campur tangan keling ahli parlimen

atau campur tangan cina DAP
ahli DUN,

hanya tokey2 cina cameron yang tahu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2014 01:55 PM | Show all posts
d'zeck posted on 11-11-2014 01:53 PM
samada campur tangan keling ahli parlimen

atau campur tangan cina DAP

atau tokey Cina Singapore kuat merasuah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.055421 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list