Originally posted by rp17 at 15-1-2007 06:16 PM
Hi! What's up with GNP right now?
Hi rp....GNP at this moment is the part where Carding desprately trying to win Luisa love, pero she denied him....so tonight's episode shows taht Carding met with an accident....
~Recap: Tomas pergi ke hospital untuk check-up dan doktor adviced him to take a rest and don抰 work too hard.
~ Dalam perjalanan balik malam itu, Tomas meminta kawan baiknya supaya merahsiakan mengenai kesihatannya daripada pengetahuan Edad. Tomas sampai ke rumah dan terus bagi tau keluarganya yang dia dapat bonus. Tomas kata pera tu cukup untuk bayaran pengajian Luisa untuk satu semester. Edad perasan muka Tomas pucat tapi dia kata dia sihat. Semasa Tomas sibuk mendukung peping, sakit dadanya menyerang . Tomas minta diri dan terus masuk ke dalam bilik mengurut dada.
~Carding pula mengadu kepada Mimi mengenai hubungannya dengan Luisa. Dia tak sangka dia akan putus dengan juga Luisa dan marah dengan Mimi kononya tidak berterus terang dengannya. Carding beritau Mimi yang dia sangat mencintai Luisa dan Carding dapat merasakan yang Luisa juga mencintai dia. Mimi bengang dan terus menyumpah. Carding dengar tapi tak perasan apa yang Mimi cakap. Tapi Mimi pandai mengubah topik. Dia kata dia akan belajar sama dengan Carding di Manila. Carding macam tak suka tapi terpaksa suka dengan kenyataan Mimi itu. Finally Carding bagi tau yang dia berhajat untuk belajar di Santa Lucia saja. Alasannya dia tak mahu berjauhan dengan Luisa. Mimi terus terdiam tapi dalam hati membara.
~Malam itu di rumah keluarga Santos, Tomas dan Edad melihat anak-anak mereka tidur. Tomas kata mereka dikurniakan dengan anak-anak yang baik. Edad perasan dengan perubahan Tomas. Tomas cuMa beritau yang dia risau akan wang perbelajaan anak-anak sekolahnya. Edad kata Tomas tak perlu risau kerana dia juga akan cuba mencari pera untuk keluarga itu.
~Esoknya Luisa bercerita mengenai perkara yang berlaku antara dia dan Carding pada Saling. Saling pula kata memang Luisa cintakan Carding. Tapi Luisa kata Saling pun tahu dia dan Carding tak mungkin akan bersama kerana perbezaan antara mereka. Lagi pun, keluarga mereka tidak suka antara satu sama lain. Luisa menambah lagi yang dia pun belum habis belajar.
~Dirumah Mimi pulak, geng-geng batu api mentertawakan Mimi kerana tidak dipilih Carding. Si Mimi bengang lalu mengutuk Luisa. Kebetulan Luisa terdengar biji butir perbualan Mimi dan tahulah dia sekarang Mimi bukan seperti yang disangkakan. Mimi berniat menyingkirkan Luisa dari hidup Carding.
~Menang pula tidak berhajat untuk memberhentikan semua orang gajinya. Dia memberitahu mereka yang dia akan bertanding mayor dan selepas memenangi kerusi itu, dia mampu membayar gaji mereka. Ada seorang pembantu rumah perasan dia akan dilantik sebagai personal assistant Menang. Pembantu yang lain senyum jer termasuk mak Luisa. Carding terdengar Menang nak bertanding Mayor dan Carding tak setuju. Katanya politik itu kotor tapi menang nak juga bertanding.
~Menang dan David memulakan kempen mereka.
[ Last edited by HeavenLeigh at 17-1-2007 08:15 PM ]
~Totoy dan Diego pula dalam perjalanan pulang bila tiba-tiba si Totoy ternampak seorang sedang bermain basketball. Diego kata itu adiknya Jojo. Totoy tak sangka yang Jojo tu seorang perempuan. Totoy terpana sebentar melihat Jojo. Rupanya Totoy sudah tangkap cintan sama Jojo. Peping hanya tersenyum melihat lagak Totoy yang seakan berada di awan-awangan itu.
~Petang itu sa bahaynya Mimi, Luisa tanya berapa lama lagi dia perlu kerja dengan Mimi. Luisa nak cepat habs bayaran hutngnya dengan Mimi sebab semester persekolahan dah nak mula. Mimi kata mungkin dalam 2 or 3 minggu lagi. Then Luisa tanya kat Mimi kenapa dia tak suka Luisa. Mimi kata tak der apa-apa. Jawapan yang sama gak diberi Mimi bila Luisa tanya soalan yang sama. Tapi Luisa tahu niat Mimi sebab dia terdengar perbualan Mimi tempoh hari.
~Tomas pula pergi jumpa doktor. Doktor kata kesihatan Tomas agak kritikal dan dia perlu jalani pembedahan. (sakit apa tak ingat).
~Malam itu, si Carding datang jumpa Luisa naik motor. Sekali lagi Carding merayu pada Luisa supaya berilah peluang pada dia untuk buktikan cintanya pada Luisa. Dia berani jamin yang Luisa tak akan menyesal nanti. Luisa tetap dengan keputusannya itu tak mahu terima si Carding. Akhirnya Carding kata dia akan pergi dan tak akan ganggu Luisa lagi, tapi itu tak bermakna dia menyerah kalah. Carding kata dia akan mencintai Luisa sepnjang hidup dia. Sambil menangis, Carding mendapatkan motornya dan pergi dari situ. Luisa juga menangis sambil berjalan balik ke rumah.
~Totoy pulak sedang di lamun cinta. Dia bertanya pada Luisa bagaimanakah perasaan orng bercinta. Luisa pun cerita ceriti pada Totoy. Carding pulak masih teringat kata-kata Luisa dan akhirnya dia melanggar lori dan terbabas lalu tercampak. Sebelum pengsan, sempat jugak dia menyebut nama Luisa.
~Di rumah, Luisa terlepas gelas yang dipegangnya lalu jatuh pecah. Tomas pulang ke rumah sambil menghulurkan wang 慴onus
Originally posted by airahthislove at 16-1-2007 12:43 AM
ff: Tadi kul 10 kat astro kirana ada cite Enteng Kabesote, Tintin yg berlakon, klako sgt citer tu walaupon mcm mengarut jer.
Citer ni memang cam mengarut sikit, tapi dah ada Enteng Kabisote Part 3 yang menang filem terbaik di Manila Film Festivel ari tu.
ff: semalam marissa pun ada tgk citer Enteng Kabisote. member yg beritahu. macam mana lah tin2 boleh jadi mak pd 2 anak yg besor. tapi anak nya benok hensem jugak. funny jugak tgk tin2 in a different character.