|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOARD PERUBATAN VOL. 18
[Copy link]
|
|
Gajah purba Gopeng
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/10/629136/gajah-purba-gopeng
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Oktober 2020 @ 6:40 AM
Redzuan Muharam
[email protected]
KUMPULAN penyelidik yang menemui fosil iaitu (dari kiri) Dr Mohd Azmi, Dr Ros Fatihah, Dr Norliza dan Tze Tshen. FOTO IHSAN UM
Kuala Lumpur: Sekumpulan saintis Universiti Malaya (UM) menemui fosil gajah purba Stegodon pertama di dalam negara dengan anggaran kasar usia geologi antara 30,000 hingga 80,000 tahun di dalam sebuah gua batu kapur terletak di Gopeng, Perak.
Fosil itu ditemui hasil penyelidikan diketuai oleh saintis dari Jabatan Geologi, Fakulti Sains UM, Dr Ros Fatihah Muhammad bersama Lim Tze Tshen, ahli paleontologi vertebrat dan zooarkeologi dari Persatuan Paleontologi Malaysia.
Menurut Dr Ros Fatihah, penemuan itu hasil maklumat kumpulan peneroka gua, Kinta Valley Watch selain tinjauan serta kajian pasukan penyelidik.
"Kajian setakat ini menunjukkan tinggalan hidupan ini tidak berasosiasi dengan manusia purba.
"Namun amat penting dalam kajian berkaitan sejarah migrasi fauna kuno dan juga perubahan alam sekitar di rantau Asia Tenggara," katanya.
Menurut Dr Ros Fatihah, Stegodon merupakan salah satu genus Proboscidea daripada famili Stegodontidae yang sudah lama pupus.
Katanya, gajah purba itu berbeza dengan spesies moden Asia (Elephas maximus) yang masih wujud di Malaysia dari segi morfologi, ekologi dan taksonomi.
"Tiada penemuan fosil Stegodon di Malaysia sehingga kini. Justeru, perkara ini amat penting dari segi biogeografi dengan implikasi terhadap pembinaan semula sejarah laluan migrasi biota zaman Pleistosen, termasuk manusia.
"Perak mempunyai kepelbagaian spesimen dan spesies Proboscidea yang paling tinggi di Malaysia, iaitu sekurang-kurangnya dua atau tiga jenis Proboscidea yang berlainan pernah hidup di Semenanjung Malaysia seperti Stegodon sp, Elephas maximus dan berkemungkinan juga Palaeoloxodon namadicus.
"Fosil dikenal pasti sebagai Stegodon oleh Lim Tze Tshen dan juga hasil dari perkongsian pakar dari seluruh dunia iaitu antaranya 5th Earl of Cranbrook, Datuk Seri Gathorne Gathorne-Hardy dari Natural History Museum (London), Dr John de Vos dari Naturalis Biodiversity Center (Leiden), Dr Gert van den Bergh dari Universitin Wollongong, Australia, dan Dr Gerrell Drawhorn dari Universiti California (Sacramento), Amerika Syarikat," katanya.
FOSIL Stegodon yang ditemui saintis UM di dalam sebuah gua batu kapur di Gopeng. FOTO IHSAN UM
Tambahnya, proses pengimejan dilakukan dua pakar gigi dari Fakulti Pergigian UM iaitu Prof Madya Dr Norliza Ibrahim dan Dr Mohd Azmi Abdul Razak mendapati fosil ditemui itu berkemungkinan Stegodon.
"Diharap, kawasan penemuan diwartakan oleh kerajaan negeri supaya dilindungi daripada pencerobohan dan boleh dicadangkan sebagai satu geotapak baru Geopark Lembah Kinta.
"Di samping jenis haiwan yang masih hidup, ada bukti dari lokasi penemuan Stegodon dan tapak paleontologi lain yang menunjukkan tinggalan haiwan yang sudah pupus pernah wujud di Semenanjung Malaysia seperti Orang Utan, badak sumbu Sumatera, badak raya Java, beruang hitam Asia dan satu spesies tikus kuno yang sudah lama pupus dari seluruh dunia.
"Dengan kesedaran awam tentang pentingnya memelihara bukit batu kapur daripada ancaman pengkuarian dan penemuan fosil ini sebab kukuh untuk pemeliharaan berterusan," katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UM, Datuk Abdul Rahim Hashim merakamkan ucapan tahniah kepada penyelidik yang menemui fosil itu dan berterima kasih kepada semua pihak terbabit.
PROSES mengeluarkan fosil gigi Stegodon daripada dinding gua. FOTO IHSAN UM
"Penemuan fosil ini satu tonggak sejarah dalam bidang kajian paleontologi kuaterner di Malaysia.
"Setakat ini, hanya ada dua sarjana kedoktoran dianugerahkan dalam bidang ini iaitu yang pertama berkenaan fosil dan paleo-ekologi mamalia besar manakala satu lagi berkenaan fosil dan paleo-ekologi tikus.
"Selain itu, beberapa penerbitan dihasilkan mengenai penemuan tapak fosil mamalia baru yang berpotensi tinggi di Semenanjung Malaysia dan penentuan umur geologi tapak lama dengan menggunakan kaedah yang terkini.
"Syabas dan tahniah saya ucap kepada Dr. Ros Fatihah dan pasukan beliau yang berjaya membuka lembaran baru bidang kajian ini.
"Setinggi-tinggi penghargaan juga diucap kepada Pejabat Menteri Besar Negeri Perak, Jabatan Mineral dan Geosains Perak dan Perbadanan Taman Negeri Perak kerana memberikan kerjasama bagi menjalankan kajian lanjutan di tapak penyelidikan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 10-10-2020 08:45 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Assalamu’alaikum semua. A cold & wet Saturday morning here.
Apa breakfast you all hari ni? Pagi ni fikiran berubah. Akak balik juga menghantar Ibu dan attend wedding anak buah sebab dia buat di perkarangan masjid.
#jagajarakkita |
|
|
|
|
|
|
|
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Bagaimana liciknya seseorang akhirnya tertangkap jua.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan penangkapan suspek Macau Scam yang berpusat di negara kita.
Kes penipuan seumpamanya turut berlaku di negara lain. Kira-kira sebulan lepas, seorang instafamous turut ditangkap di Dubai. Namanya adalah Ramon Olorunwa Abbas atau lebih dikenali dengan nama Ray Hushpuppi, seorang rakyat Nigeria.
Instagram miliknya iaitu Hushpuppi mempunyai 2.5 juta pengikut. Melalui saluran media sosial ini, beliau sering berkongsi kehidupannya yang serba mewah.
Dari koleksi kenderaan mewah miliknya, ke tempat-tempat mewah di serata dunia dengan menaiki jet peribadi, dan membeli beberapa jam tangan berjenama mewah.
Selain itu, beliau sering membeli belah pakaian berjenama berharga ribuan dollar dan sering menjadi orang pertama membelinya terutama jenama keluaran terhad sehinggakan beliau menggelar dirinya sebagai Billionaire Gucci Master.
Jaga-jaga, anda sedang diperhatikan!
Tindakan beliau berkongsi segala kemewahan yang dimilikinya di Instagram, telah menarik minat pihak FBI untuk mengenali siapa dirinya. Tambahan pula beliau sering memberitahu segala kemewahan miliknya ini adalah dari hasil perniagaannya tetapi tidak pernah menceritakan pada umum jenis perniagaan beliau.
Penyiasatan selama 4 bulan oleh FBI akhirnya telah membuahkan hasil. Rupa-rupanya Hushpuppi adalah seorang scammer dalam talian.
Dia mempunyai rangkaian pasukan yang terdiri seramai 12 orang dengan modus operandinya adalah menghantar emel palsu ke beberapa buah pasukan bola sepak dan bintang-bintang bola sepak yang tertumpu di Liga Perdana Inggeris di UK.
Kredit foto: BBC
Setelah itu, mereka berjaya menggodam data peribadi perbankan pasukan dan pemain tersebut dan seterusnya membuat transaksi secara dalam talian memindahkan wang tersebut ke dalam akaun palsu mereka di beberapa buah negara di serata dunia berjuta dolar setiap hari.
FBI dengan kerjasama pihak berkuasa Dubai telah berjaya menangkap Abbas dan pasukannya. Link video khas tersebut:
Kini Abbas atau Hushpuppi serta rakan subahatnya telah dihadapkan di mahkamah DOJ di New York, Amerika Syarikat. Sebagai seorang scammer dalam talian antarabangsa, Abbas juga pernah tinggal di Malaysia untuk beberapa ketika.
Begitulah pengakhiran seorang Insta Famous dengan kehidupan yang serba mewah tetapi palsu
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak keluar JJCM dgn kakak...shopping...jumpa adik...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 11:42 PM
Akhirnyaaaa...
Sekolah di seluruh Sabah ditutup
Lambat la depa ni buat keputusan utk bdk2 sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 11:44 PM
Arahan penutupan sekolah kini boleh dibuat KPM – Muhyiddin
https://www.kosmo.com.m ...
Cikgu2 pun takut nak memandai2 kalau xde arahan kementerian.. at least kementerian step up la.. kalau bdk kena, cikgu pun akan kena.. common sense la |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 9-10-2020 11:50 PM
Tok.. Berlagak lebih.. Bila x ada dia cari.. Hahaha.
Ooyeke.. kalau ank2 dia dtg dia ada ngadu apa2 ke.. konon2 Sarah garang dgn dia ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tahu x pe...cam nak trigger marah je...
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg SK Bangsar tu 100% x hadir muridnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 10-10-2020 01:45 AM
Mmg elok la daun bidara buat mandi..
Balm pun ok buat urut
Ada member jual gel panas bidara.. nk beli la nnt sapu2 kt kaki ank b4 tdo |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 10-10-2020 01:46 AM
Nxt wk mmg angkut besar-besaran..
Hi pun mn yg larat bawa jugak skit2 sbb tgk org buat keje..
Ook.. lama jugak la nk habis unpack.. kalau keypo la.. sebulan pon xhabis kemas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Leonclay replied at 10-10-2020 01:47 AM
Tul la tu kot.. kita baca tp seimbas lalu..x rakam dlm otak..hihihi
Mesti trump terkesan jugak.. haha |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 10-10-2020 09:28 AM
Yg SK Bangsar tu 100% x hadir muridnya...
Tula.. bagus parents nya.. mau x cuak.. 2 org kena kan kat sek tu.. tp sek x diarah tutup.. so pandai2 la ibubapa pikir.. sape x syg ank |
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 10-10-2020 09:26 AM
Ooyeke.. kalau ank2 dia dtg dia ada ngadu apa2 ke.. konon2 Sarah garang dgn dia ke
So far x ada.. Depa tau perangai mak depa mcm mana. |
|
|
|
|
|
|
|
ehh chuolss, bila baca benang mira chucky tu, baru perasan co rafflesia tu dah x dgr2 lg eh?
dah bungkus ka apa? meols igt2 lupa nama bini dia winnie sim ka apa...
selalu la muka dia keluar kat tatler or prestige.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah le x sanitize buildings...semlm baru arah tutup...
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul le tu...2000++ ditangkap...ramai gak tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 02:45 PM
Yg ni x tutup pulak?
ishhhh buat naya kat budak2 je kalau sk bangsar ni tak tutup..
cuba la kalau ni sk bukit dsara ke? mesti mak pak meroyan boikot..
pilih kasta sgt ye..
apa la salahnya tutup kejap utk sanitasi ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 9-10-2020 03:19 PM
Nur Fatima Aisya baby Fattzura
waa sedapnya nama, semua nama isteri nabi dia tapau |
|
|
|
|
|
|
| |
|