|
Kenyataan Akhbar KPK 14 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
BY DG OF HEALTH ON MAY 14, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
14 MEI 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 4,190 kes (418,897 kes kumulatif, 90.6%);
Kes baharu : 4,113 kes (462,190 kes kumulatif);
Kes import : 1 kes (1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 4,112 kes [3,791 warganegara (92.2%); 321 bukan warganegara (7.8%)];
Kes aktif : 41,471 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :482 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 250 kes;
Kes kematian : 34 kes (1,822 kes kumulatif, 0.39%; 34 warganegara);
Jumlah kluster : 1,861 kluster;
Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat :1,400 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 461 kluster.
Terdapat 34 kes kematian pada hari ini yang melibatkan lapan (8) kes di Selangor,masing-masing enam (6) kesdi Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat (4) kesdi Kelantan, tiga (3) kes di Kedah, masing-masing dua (2) kes di Sabah dan Melaka, serta masing-masing satu (1) kes di Sarawak, Perak, dan Terengganu.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Mei 2021 @ 6.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 14 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,269 150,881
SABAH 53 59,202
JOHOR 335 49,762
WP KUALA LUMPUR 306 (1) 49,068
SARAWAK 533 37,654
PULAU PINANG 266 23,253
NEGERI SEMBILAN 124 20,372
KELANTAN 371 18,758
PERAK 147 16,484
KEDAH 228 12,243
MELAKA 107 8,452
PAHANG 178 6,248
TERENGGANU 165 5,407
WP LABUAN 6 2,507
WP PUTRAJAYA 20 1,512
PERLIS 5 387
JUMLAH KESELURUHAN 4,113 (1) 462,190
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Ringkasan 34 kes kematian pada 14 Mei 2021 adalah seperti berikut:
No. Kematian Negeri Jantina (Warganegara) Umur (Tahun) Hospital/ Tempat Kediaman Latar Belakang
1789 Perak Lelaki (WN) 67 Hospital Taiping Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1790 Melaka Perempuan (WN) 65 Hospital Melaka Penyakit darah tinggi dan obesiti
1791 Kelantan Lelaki (WN) 55 Hospital Tanah Merah Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1792 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 71 Hospital Kuala Lumpur Penyakit darah tinggi
1793 Kelantan Perempuan (WN) 71 Hospital Tanah Merah Penyakit darah tinggi dan dislipidemia
1794 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 58 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1795 Selangor Lelaki (WN) 57 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, gout, dan buah pinggang kronik
1796 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 72 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok
1797 Sarawak Perempuan (WN) 61 Hospital Umum Sarawak, Kuching Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan kanser
1798 Melaka Lelaki (WN) 70 Hospital Melaka Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1799 Terengganu Perempuan (WN) 63 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit darah tinggi dan strok
1800 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1801 Selangor Lelaki (WN) 84 Hospital Banting, Kuala Langat –
1802 Johor Lelaki (WN) 75 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit buah pinggang kronik
1803 Selangor Lelaki (WN) 73 Hospital Shah Alam Penyakit kencing manis
1804 Sabah Lelaki (WN) 64 Hospital Keningau Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan liver cirrhosis
1805 Johor Lelaki (WN) 56 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Penyakit darah tinggi
1806 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 69 Hospital Sungai Buloh –
1807 Selangor Perempuan (WN) 76 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1808 Kelantan Lelaki (WN) 80 Hospital Tanah Merah Strok
1809 Kedah Lelaki (WN) 68 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
1810 Kedah Lelaki (WN) 67 Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Penyakit darah tinggi, jantung, paru-paru, dan buah pinggang kronik
1811 Johor Lelaki (WN) 70 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1812 Selangor Lelaki (WN) 74 Hospital Banting Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1813 Selangor Lelaki (WN) 61 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1814 Johor Lelaki (WN) 47 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit kencing manis
1815 Selangor Perempuan (WN) 64 Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Penyakit kencing manis dan dislipidemia
1816 Kedah Lelaki (WN) 67 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1817 Johor Lelaki (WN) 77 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru Penyakit darah tinggi, buah pinggang kronik, dan obesiti
1818 Johor Lelaki (WN) 45 Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru Penyakit jantung dan buah pinggang kronik
1819 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 62 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Tuberkulosis
1820 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 70 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur Penyakit darah tinggi
1821 Kelantan Lelaki (WN) 50 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Penyakit kencing manis dan liver cirrhosis
1816 Sabah Lelaki (WN) 57 Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 3
Perincian 4,113 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 1,269 178 872 – 219
SARAWAK 533 59 383 – 91
KELANTAN 371 45 248 – 78
JOHOR 335 65 171 – 99
WP KUALA LUMPUR 306 18 197 1 90
PULAU PINANG 266 71 70 – 125
KEDAH 228 49 101 – 78
PAHANG 178 103 46 – 29
TERENGGANU 165 86 59 – 20
PERAK 147 31 83 – 33
NEGERI SEMBILAN 124 25 65 – 34
MELAKA 107 39 47 – 21
SABAH 53 17 25 – 11
WP PUTRAJAYA 20 – 18 – 2
WP LABUAN 6 3 1 – 2
PERLIS 5 – 3 – 2
JUMLAH KESELURUHAN 4,113 789 2,389 1 934
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 MEI 2021
No. Nama Kluster Kategori Kluster Negeri Daerah Jumlah Kes Jumlah Disaring
1 Jalan Perindustrian Balakong Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 138 276
2 Tanjung Dungun Tempat Kerja Terengganu Setiu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, dan Besut 42 201
3 Menara Jalan Putra Tempat Kerja Pahang Kuantan 29 241
4 Persiaran Utara Tempat Kerja Johor Kota Tinggi 16 128
5 Bukit Pauh Komuniti Terengganu, Pahang, dan Selangor Dungun, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kuantan, dan Petaling 36 214
6 Sungai Lebai Komuniti Pahang Pekan 26 326
7 Sungai Rayah Komuniti Sarawak Meradong 13 50
8 Jalan Mawar Pasak Komuniti Johor Kota Tinggi 11 86
9 Dah Mahsuri Keagamaan Kedah Kubang Pasu 50 150
10 Kampung Batu Muda Keagamaan WP Kuala Lumpur Kepong 17 71
11 Jalan Tegas Pendidikan Tinggi Selangor Petaling, Gombak, Klang, dan Hulu Langat 23 531
12 Lebuh Lembah Permai Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPM Pulau Pinang Seberang Perai Tengah, Timur Laut, dan Barat Daya 15 63
13 Lebuh Katz Kumpulan Berisiko Tinggi Pulau Pinang Timur Laut 36 79 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|