Post time 21-11-2022 07:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Suchi at 21-11-2022 07:23 PM
Biar jela BN nk join PH tu , masuk PN pun duk diam je kan lum tentu dapat jawatan.
Dahlah Bersatu tu sama je dengan UMNO.
Takkan boleh wujud 2 parti yang core dia sama.Persaingan market dorang semua sama. Mesti salah satu akan cuba mencantas yang satu lagi.
Kalau perhatikan kebanyakkan dalam UMNO yang pro PN ni sebab dah pernah dapat jawatan masa zaman PN.
Post time 21-11-2022 07:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dani-rox replied at 21-11-2022 06:15 PM
dah mcm gaydering hari raya kan, bersalam2an bermaap2an... the power of tempe
Nothing odd.....politicians semua party kerajaan & opposition bila jumpa kat luar macam biasa je berkawan, minum sama, makan, berjenaka bersama etc ler. Dari dulu camtu. Dalam parlimen, campaign je hentam menghentam kutuk mengutuk....it's just work..
Post time 21-11-2022 07:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suchi replied at 21-11-2022 07:17 PM
Biar jela BN nk join PH tu , masuk PN pun duk diam je kan lum tentu dapat jawatan.
Dahlah Bersatu tu ...
Boleh tak nnti lepas 22 bulan, BN bgtau dia nak masuk PN pula mcm haritu?
Adakah berfungsi akta lompat parti atau tidak? Sbb gabungan je. .. Undi tak percaya pd PM
Post time 21-11-2022 07:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-11-2022 07:20 PM
analisis yang baik 100 markah. semester depan tak perlu datang
Bukan ke sapa tah katanya Bersatu tu diwujudkan utk makan UMNO tu?
Sbb tu sama je dah mcm kopipes.
Bersatu adalah UMNO 2.0
Manakala PN adalah BN 2.0
Sebenarnya utk win2 situation PN patut gabung dgn PH.
Baru la betul jadi kerajaan perpaduan.
Lagipun korang kan adalah pemenang duk la satu block sama2 bertentang mata.
Biarkan jela BN jd pembangkang spt mana kehendak akar umbi depa tu.
Post time 21-11-2022 07:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tunan replied at 21-11-2022 07:34 PM
Boleh tak nnti lepas 22 bulan, BN bgtau dia nak masuk PN pula mcm haritu?
Adakah berfungsi akta lo ...
Akta lompat parti ni kira kalau individu je kalau parti yg tarik sokongan tak dikira.So bila parti tu tarik sokongan robohlaa sesebuah kerajaan tu bila dah tak cukup majoriti.
Inilah kelebihan king maker kot.
Iols ada tepek pasal ni kat thread mana tah.
Nah iols tepek lg
Perkara 49A hanya menyentuh keanggotaan ahli Dewan Rakyat di peringkat individu, dan bukanlah merangkumi penukaran pendirian parti secara kolektif. Oleh itu, seorang ahli Dewan Rakyat tidak akan dikira sebagai melompat parti sekiranya sesebuah parti politik yang dianggotainya mengambil keputusan untuk menyokong atau menarik sokongan terhadap sesebuah gabungan politik. Pada pandangan penulis, kelompongan undang-undang terhadap perkara yang disebutkan adalah amat serius memandangkan sokongan atau penarikan sokongan terhadap sesebuah gabungan politik dapat meruntuhkan atau membentuk sesebuah kerajaan. Hal ini sekaligus memusnahkan matlamat asal pindaan Perlembagaan tersebut dilakukan, – yakni bagi tujuan untuk memberi kestabilan kepada sistem politik sedia ada.