KUALA LUMPUR, 4 SEPT 2014: Akhirnya pelakon baru Eina Azman yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana berkawan rapat dengan aktor Afiq Muiz telah pun selamat bergelar isteri. Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakira Azman, 19, selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Hardew, 35, Sabtu lepas.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Eina, Azman Abdullah dan disaksikan oleh Imam Masjid As-Syakirin KLCC, Zulkapli Abdul Mutalib kira-kira pukul 9 malam sebelum mengadakan respsi ala Bollywood di sebuah hotel pada malam Ahad lepas.
Pihak editorial Murai ada mendapat sebuah klip video yang dihantar oleh salah seorang Geng Murai yang menampilkan Eina dan suami menari pada majlis resepsi mereka Ahad lepas. Pasangan tersebut dilihat menikmati hari perkahwinan mereka dan sbergembira dengan tetamu yang hadir pada majalis itu.
Resepsi Eina-Kaiser cukup istimewa apabila mengetengahkan tema Bollywood dan Arab yang dihadiri kira-kira 100 jemputan terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat.
Sebelum itu, ketika diijabqabul Eina menerima mas kahwin sebanyak RM770, wang hantaran bernilai RM77,000 selain sembilan dulang berisi barang hantaran sambil dibalas tujuh dulang oleh pengantin lelaki.
Pelakon itu turut menerima kejutan daripada pihak pengantin lelaki yang turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Chevrolet Camaro yang bernilai kira-kira RM320,000.