|
Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia
[Copy link]
|
|
Kes - KRONOLOGI EKSKLUSIF SIASATAN
Semalam telah berlangsung sidang media program terbaru TV3, KES – singkatan dari KRONOLOGI . EKSKLUSIF SIASATAN di Sri Pentas, Bandar Utama. Antara wartawan program ini ialah Annahita dan Zakiah Anas.
SINOPSIS KES – KRONOLOGI . EKSKLUSIF SIASATAN
Membawa maksud tersendiri dengan memberikan paparan secara terperinci data dan maklumat kejadian kes bermula dari mula hingga tertuduh atau penjenayah dijatuhi hukuman samada penjara atau gantung sampai mati.
Ia memberikan kronologi kejadian dan siasatan. Merupakan paparan dan penemuan eksklusif wartawan terhadap KES, dan siasatan terperinci terhadap KES yang dipaparkan.
Program KES berkisar kepada jenayah-jenayah berprofil tinggi yang pernah mendapat perhatian samada oleh media mahupun masyarakat umum di Malaysia. Siaran pertama bermula Rabu, 29 september 2010 waktu siaran prima jam 9 malam ini memaparkan kes-kes sebenar dan kisah benar yang berlaku.
Berkonsepkan doku-drama, KES lebih unik lagi kerana tidak disampaikan oleh mana-mana perantara, tetapi diterajui oleh setiap wartawan yang membuat liputan. KES ditunjangi oleh Penerbit Eksekutif yang juga penerbit berpengalaman selama 17 tahun di TV3, Mohd Said Abdullah Thani serta wartawan-wartawan berpengalaman seperti Zakiah Anas, Harris Farok Alex, Liyana Syairah Mohd Nor dan Annahita Bokavoli Mehdi Bakavoli.
Sesuai dengan konsep doku-drama dan penyiasatan, KES membabitkan lakonan semula serta temubual besama pegawai-pegawai penyiasat, pihak polis, penjara, wartawan yang pernah terbabit ketika laporan kes, saksi, keluarga mangsa serta mangsa yang terlibat. Tidak ketinggalan, kunjungan wartawan ke lokasi kejadian yang dimaksudkan.
Antara kes-kes yang dirungkai, kes bunuh, samun, kes along, samseng jalanan, kongsi gelap, rogol, juvana, jenayah kolar putih, jenayah kolar biru, jenayah rumahtangga dan beberapa lagi jenayah serius.
Antara senarai kes yang akan dipaparkan seperti Botak Chin, Hanafi Mat Hassan (Nur Suzaili Mokhtar), Nurul Huda, Mat Komando, Canny Ong, banduan seumur hidup Salleh Talib dan Jamil Ahmad, Ismail Kerbau, Bentong Kali atau P. Kalimuthu, Al- Maunah, Gang Azhar dan Mona Fandey.
Program 13 siri selama setengah jam ini menyingkap kes-kes pesalah yang telah dijatuhi hukuman. Objektifnya bagi memberi teladan dan pengajaran kepada penonton dan masyarakat amnya supaya menghindari perbuatan jenayah.
Di samping itu, ia juga diharap akan memberi informasi berguna sebagai rujukan kepada pengkaji dan pelajar terutamanya dari jurusan undang-undang dan forensik.
Sinopsis ‘KES’
1. Botak Chin
Kes ini mengenai seorang penjenayah tegar sekitar tahun 70an iaitu Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin. Setiap rompakan dilakukan melibatkan puluhan ribu ringgit termasuk rompakan terbesar di Selangor Turf Club bernilai RM 200,000. Namun dengan kecekapan pihak polis yang digelar sebagai ‘Magnificient 12’ mengatur gerakan akhirnya penjenayah ini telah tumpas.
2. Nur Suzali (Hanafi Mat Hassan)
Kisah tragis seorang gadis berusia 24 tahun dirogol dan dibunuh pemandu bas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan lebih menyedihkan kejadian ini berlaku pada hari pertama dia mula bekerja. Beberapa saksi penting serta bukti- bukti yang kukuh menyebabkan penjenayah tersebut dihukum gantung sampai mati.
3. Banduan Seumur Hidup (Salleh Talib dan Jamil Ahmad)
Dua penjenayah ingin mengecapi kesenangan melalui kegiatan samun dan rompak telah menjerat diri sendiri apabila kegiatan mereka berjaya dikesan pihak polis. Kedua-dua penjenayah ini dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Keganasan mereka kemudian diteruskan ketika dipenjara apabila menjadi ketua gangster dan setelah 30 tahun di penjara akhirnya mereka mendapat pengampunan dari Sultan Kedah dan mula berubah apabila bebas.
4. Al- Maunah (Amin)
Tahun 2000, sekumpulan pengganas militan, AL- MAUNAH menyamar sebagai pegawai kanan tentera dan menceroboh masuk dua kem tentera di Kuala Rui dan Grik, Perak. Kumpulan ini telah melarikan ratusan laras senjata api dan beribu butir peluru. Ops Subuh dilancarkan oleh pihak polis untuk menangkap kumpulan ini.
5. Canny Ong (Ahmad Najib)
Kes pembunuhan Canny Ong menarik perhatian umum berikutan dia dilaporkan diculik sebelum mayatnya ditemui dibakar dalam sebuah lubang pembetung saliran di tepi lebuhraya Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Pada 23 Februari 2005, Hakim Muhamad Ideres telah mendapati Ahmad Najib bersalah terhadap tuduhan membunuh dan merogol Canny Ong, 29, yang menetap dan bekerja di San Diego, Amerika Syarikat. Dia didapati melakukan kesalahan tersebut antara pukul 1 dan 5 pagi, 14 Jun 2003 di Batu 7, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, Selangor. Bagi kesalahan merogol, Hakim Muhamad Ideres memerintahkan Ahmad Najib dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebatan 10 kali. Ahmad Najib kini di Penjara Sungai Buluh menanti hari setelah dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
6. Mat Komando
Penjenayah Mat Komando mula diperkatakan setelah dia mula merompak bank-bank kormersial dan ladang sawit. Hampir 300 hari pihak polis memburu penjenayah ini termasuk kumpulan perompak 13 yang dianggotai Mat komando sendiri atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad. Mereka dikatakan terlibat hampir 52 kes rompakan bernilai RM 2.5juta. |
|
|
|
|
|
|
|
wiuhh 3 hari 3 mlm baru nk khatam...kasi up lg benang ni pls....... |
|
|
|
|
|
|
|
Jumaat September 29, 2006
Kes bunuh Faridah selesai
PULAU PINANG: Polis yakin dapat membongkar misteri kes pembunuhan Faridah Mohd Sharif pada Sabtu lepas apabila dua daripada empat suspek yang ditahan dipercayai terbabit secara langsung dengan kematian mangsa.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Hamzah Md Jamil berkata, polis percaya dapat menyelesaikan siasatan kes itu apabila seorang suspek warga negara Myanmar yang bekerja sebagai buruh kasar ditahan reman mulai hari ini.
Warga Myanmar itu dipercayai rakan subahat suspek utama kes itu, iaitu seorang lelaki yang juga peniaga makanan berumur 46 tahun.
Beliau berkata, Faridah dipercayai dibunuh pada 12 Sept lepas iaitu hari mangsa dilaporkan hilang oleh suaminya.
Katanya, pada hari kejadian, Faridah dipercayai menghubungi suspek utama yang juga rakan sekampungnya di Kampung Makam di sini untuk menumpang motosikal lelaki itu ke tempat kerjanya.
ACP Hamzah berkata, suspek utama itu kemudiannya meminta Faridah datang ke rumahnya dan apabila Faridah datang ke rumah itu kira-kira pukul 11.30 pagi, suspek utama itu meminta Faridah meminjamkan wang sebanyak RM500.
Beliau berkata Faridah enggan meminjamkan wang dan suspek utama itu merampas barang kemas yang dipakainya.
"Mangsa dipercayai menjerit, kemudian mulutnya ditutup oleh lelaki terbabit manakala rakannya yang merupakan warga negara Myanmar itu kemudiannya membantunya mengikat tangan mangsa," kata beliau.
Beliau berkata, Faridah dipercayai mati akibat lemas ketika mulutnya ditutup oleh suspek utama terbabit dan kedua-dua suspek itu kemudiannya melarikan barang kemas Faridah yang berharga kira-kira RM10,000 dan memajaknya di sebuah kedai pajak gadai.
Mereka kemudiannya pulang dari kedai pajak dan menyewa sebuah kereta jenis Proton Iswara sebelum menyimpan mayat mangsa dalam sebuah beg dan membuangnya ke kawasan belukar di Persiaran Minden.
Mayat Faridah ditemui hampir reput di kawasan belukar di Persiaran Minden dekat Perumahan Minden di sini, Sabtu lalu dengan kedua belah tangannya diikat.
ACP Hamzah berkata polis menemui semula telefon bimbit dan barangan kemas milik mangsa serta telah merampas sebuah kereta sebagai bahan bukti.
Sementara itu, Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Norhafifah Abdullah membenarkan polis menahan reman lelaki warga Myanmar itu sehingga 6 Okt depan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Mahkamah Majistret juga membenarkan polis melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap suspek utama kes itu.
Pada Isnin lepas, suspek utama itu telah direman bagi kali pertama bersama-sama isterinya, seorang rakyat Indonesia berusia 31 tahun. Turut ditahan reman ialah suami mangsa yang bekerja sebagai jurulatih renang.
Bagaimanapun, isteri suspek terbabit dan suami mangsa kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 864# Syd
Peniaga dihukum gantungOleh ROKIAH ABDULLAH
[email protected].
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/1028/Utusan_Malaysia/Mahkamah/ma_01.1.jpg)
| OMAR Shaari diiringi polis keluar dari mahkamah selepas hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati di Georgetown, di sini semalam.
|
PULAU PINANG 27 Okt. - Seorang peniaga kedai makanan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jiran yang mayat wanita itu ditemui hampir reput di kawasan belukar, empat tahun lalu.
Ketika Hakim Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman tersebut, raut wajah Omar Shaari, 49, yang bertubuh sederhana dan tinggi lampai itu, langsung tidak menunjukkan kesedihan.
Tertuduh itu pada mulanya mendengar penghakiman tersebut dengan teliti sebelum dilihat berpusing memandang abang, isteri dan anaknya yang berada di galeri awam sambil mengangkat bahunya beberapa kali dan tersenyum lebar ketika hukuman dijatuhkan.
"Nasiblah,'' katanya beberapa kali sejurus prosiding selesai.
Isteri tertuduh pengsan ketika cuba berjalan ke arah suaminya itu. Omar kemudiannya dilihat mengusap-usap isterinya itu dan duduk berhampirannya sehingga pulih lima minit kemudian dengan bantuan beberapa anggota polis dan kakitangan mahkamah.
Omar yang berniaga nasi tomato di Taman Tun Sardon telah mengenali Faridah Mohd. Sharif, 46, selama 40 tahun didakwa membunuh mangsa antara pukul 11 pagi dan 2 petang, 12 September 2006, di rumah No. 307-1, Jalan Datuk Keramat di sini.
Dia yang berasal dari Perak dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, dalam penghakiman bertulisnya yang dibacakan hampir sejam bermula 9.30 pagi, Hakim Abdul Halim berkata, Timbalan Pendakwa Raya, Arik Zakri Abdul Kadir telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah.
Menurut beliau, pembelaan tertuduh, bersifat penafian semata-mata tanpa sebarang bukti atau faktor yang boleh diambil kira bagi memberi manfaat kepadanya, selain mereka-reka cerita.
Hakim itu berkata, tertuduh juga cuba mengalihkan beban yang ditanggungnya dengan mengatakan kononnya Faridah telah dibunuh oleh pembantunya, Farouk Khan, 25, seorang rakyat Myanmar dan ia tidak boleh diterima akal.
"Untuk mengangkat mayat mangsa sejauh itu, dia sudah tentu memerlukan kereta dan di sini peranan sebenar tertuduh muncul. Tertuduh merupakan dalang dan Farouk Khan hanya bertindak sebagai pembantu.
"Ini jelas daripada keterangan saksi pendakwaan sebelum ini yang telah melihat sebuah kereta Proton Iswara diletakkan di hadapan rumah tertuduh ketika hari kejadian,'' kata beliau.
Menurut hakim, keterangan kedua-dua isteri tertuduh yang dibawa sebagai saksi pembelaan juga tidak langsung mencacatkan atau menggugat keterangan saksi-saksi utama pendakwaan.
Jelasnya, mereka berdua hanya memberikan penjelasan bagi membuktikan suami mereka itu tidak mempunyai masalah kewangan dan mempunyai simpanan hasil keuntungan berniaga setiap hari.
"Tetapi ingin saya ingatkan bahawa jenayah tidak mengira sama ada orang itu susah atau senang. Motifnya hanya tertuduh sahaja yang tahu dan mahkamah menyimpulkan ia hanya untuk mendapatkan barang kemas. Jelas perbuatan kamu membunuh mangsa yang telah dikenali sejak kecil amat tidak berperikemanusiaan.
"Saya harap kamu insaf dan bertaubat atas apa dilakukan. Justeru, hanya terdapat satu hukuman yang diperuntukkan untuk kamu bagi kesalahan ini. Kamu saya perintahkan dihukum gantung sampai mati,'' kata Abdul Halim.
Salah seorang adik mangsa, Zaharah Mohd. Shariff, 48, yang duduk di galeri awam dilihat gagal menahan tangisannya dan berlari keluar. Dia sebelum itu dilihat menangis teresak-esak sambil menutup muka menggunakan tudung yang dipakainya.
Ketika berada di luar mahkamah, Zaharah dilihat memeluk adiknya, Sarinah, 39, dan anak mangsa, Zanariah Razali, 29.
"Syukur kepada Tuhan. Setelah empat tahun, akhirnya kematian Faridah mendapat pembelaan,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis September 14, 2006
Wanita hamil dirompak, dibunuh kejam
BACHOK: Seorang suri rumah berumur 25 tahun yang mengandung tiga bulan dirompak dan dibunuh dengan kejam di rumahnya di Kampung Cherang Laut, Pantai Senok dekat sini hari ini.
Norazalina Awang ditemui berlumuran darah di ruang tamu rumahnya kira-kira pukul 12 tengah hari oleh kakak iparnya.
![](http://img232.imageshack.us/img232/4691/bunuh2.jpg)
Mangsa, Norazlina Awang disyaki dirompak sebelum dibunuh dengan kejam.
(Foto The Star)
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kelantan Supt Shafie Ismail berkata terdapat sekurang-kurangnya enam kesan tikaman pada beberapa bahagian badan termasuk belakang, tangan dan kaki mangsa.
Shafie berkata kejadian itu disedari oleh jiran yang mendengar tangisan anak mangsa Mohd Ikwan Hakimi Rosli, 11 bulan, di dalam rumah itu sebelum memaklumkan kepada kakak ipar mangsa, Khadijah Ismail, 32, yang tinggal tidak jauh dari rumah itu.
"Bila Khadijah memasuki rumah itu, beliau mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata beberapa barang bernilai turut hilang dipercayai diambil oleh suspek terbabit yang mungkin tidak dikenali mangsa.
Shafie berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 392 kerana disyaki turut mengambil beberapa barang bernilai yang terdapat pada badan mangsa dan di rumah itu.
![](http://img838.imageshack.us/img838/2369/bunuh4.jpg)
Keadaan di kawasan rumah mangsa selepas kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 12 tengahari di Kg. Cherang Laut, Pantai Senok, Bachok. (Foto The Star)
![](http://img253.imageshack.us/img253/7376/bunuh5.jpg)
Bapa mangsa Ismail Said, 56, mengucup pipi cucunya yang baru yatim Mohd Hakimi Rosli, 12 bulan(Foto The Star)
Anggota polis dari Unit Anjing turut dipanggil bagi membantu mengesan penjenayah terbabit.
Khadijah, yang ditemui di tempat kejadian berkata sebaik memasuki rumah itu dia mendapati mangsa sudah tidak bernyawa lagi dengan kesan tikaman dan darah di merata tempat.
Beliau berkata muka mangsa ditutup dengan permaidani kecil oleh penjenayah berkenaan dan kain sarung yang dipakainya terselak ke dada menampakkan seluar dalam.
Seorang jiran, Cik Esah Harun, 60, berkata beliau mendengar jeritan kanak-kanak sebelum memanggil nama mangsa beberapa kali tetapi tidak disahutnya.
Beliau yang curiga dengan situasi itu kemudian memaklumkan kepada Khadijah supaya melihat sendiri perkara yang berlaku. BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 866# Syd
Lelaki dihukum penjara maksimum 20 tahun kerana bunuh suri rumah
KOTA BAHRU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan pindaan membunuh seorang suri rumah yang juga jirannya di Pantai Senok, Bachok, empat tahun lalu.
Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim ketika menjatuhkan hukuman terhadap Rahim Ngah, 33, menyifatkan kejadian bunuh itu adalah antara yang paling kejam sepanjang kerjayanya sebagai hakim kerana mangsa ditikam 32 kali.
Beliau berkata, mangsa mengalami serangan yang amat dahsyat dan kejam, ditikam 32 kali, malah mangsa terus ditikam walaupun selepas kematiannya.
"Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dari tarikh kamu ditahan dan berharap kamu akan menjadi lebih baik selepas ini," katanya ketika membacakan penghakimannya.
Terdahulu Rahim yang hanya bekerja kampung mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dan selepas hukuman dijatuhkan, tertuduh hanya tertunduk dan melihat keluarganya yang duduk di galeri awam.
Rahim pada 14 September 2006, antara jam 8 hingga 9 pagi di rumah bernombor 1003, Kampung Senok, Bachok didakwa menyebabkan kematian Norazlina Awang yang ketika itu berumur 27 tahun.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun.
Peguambela tertuduh, P Durai Raj dalam rayuannya berkata anak guamnya sudah insaf dan memohon agar mahkamah dapat mengambil kira perkara itu ketika membuat keputusan.
Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Anuar Wahab bagaimanapun membantah dan meminta tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana apa yang dilakukan tertuduh itu adalah sesuatu yang kejam.
"Tertuduh juga membunuh di hadapan anak lelaki mangsa yang ketika itu berumur satu tahun dan mengikut laporan mangsa terus ditikam walaupun sudah mati. Mengalir air mata darah sekali pun mangsa tidak akan dapat dikembalikan semula," katanya.-Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Khamis Oktober 28, 2010
Mayat Remaja Perempuan Ditemui Berlipat Dalam Beg Pakaian
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah beg pakaian dan dibuang di belakang sebuah bengkel kereta di Ukay Perdana, Hulu Kelang di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata mayat remaja tanpa identiti yang dipercayai berusia belasan tahun dan berpakaian lengkap itu ditemui oleh seorang pekerja bengkel berkenaan kira-kira pukul 3.30 petang.
"Pekerja tersebut yang menunggang motosikal melalui lorong bersemak itu terjumpa sebuah bagasi besar sebelum bertindak menendang-nendang beg tersebut. Curiga dengan berat beg, dia kemudiannya membuka beg berkenaan sebelum terlihat mayat mangsa.
"Mangsa ditemui dalam keadaan berlipat dan pemeriksaan awal mendapati mangsa berusia belasan tahun berdasarkan saiz badan dan tidak mengalami kecederaan luaran," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang bertubuh sederhana, berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat dan dipercayai baru mati berdasarkan keadaan mayat yang masih 'segar' dan tidak berbau.
Abdul Jalil berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan tersebut yang berdekatan dengan Rumah Anak Yatim Amal Belaian Kasih (RABEKA) Taman Ukay Perdana.
"Beberapa helai pakaian termasuk tuala mandi turut ditemui dalam bagasi berkenaan yang disyaki milik mangsa. Bagaimanapun punca kematian akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan," katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.
Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga iaitu remaja perempuan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk proses pengecaman dan pengesahan. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
psl apa aku taktau kes juliana tu...nape bukak blog kwn dia tu takde pape pun citer juliana...ada sapa2 boleh citer sket psl juliana...kalau dh ada kt awl@ kt mukasurat bape...tolong saya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 870# epalpink
saya rasa link ini http://sazwan57.blogspot.com/search/label/ArwAh%20jULIAnA sudah cukup lengkap untuk menjelaskan ttg kes arwah juliana...tp kalau malas nak bace,saya kasi shortcut nye..arwah juliana ni student di kolej Islam antarabangsa, dibunuh oleh kawan sekolah rendahnya sendiri (noralina)n boypren die (khairul anuar), motif adalah nak rompak, tapi akhirnya mangsa dibunuh psl suspek x mau die bocor rahsia...mangsa kene bunuh dkt bilik hotel pada 23/4/2007.
nih snippets yg diambil dr blog rakan arwah (sazwan57.blogspot.com):
"beberapa minggu kemudian...polis telipon bagi tau pembunuh dah di tangkap..di mana noralina sendiri cerita kat polis..tu pon sbb polis pukul dia..sbb dia xnkk bagi kerja sama..lepas dah kena pukui, baru dia nak mengaku..dia kata, dia nak samun arwah..dia takut arwah report polis dia bunuh la arwah...dia jugak ada cerita..jue tanya dia "kenapa kau sanggup bunuh aku, kta kan kawan dr darjah satu" then dia jawab "sbb kita kawan lah, aku terpaksa bunuh ko"sbb dia takut jue buat report polis..dia amek hp jue, duek jue..sumer dia amek..dia juga tumbuk jue paksa minta no pin kad bank..da lah dia baru jer dapat duek baitulmal..kesian arwah...klu nk cerita, byk sgt2....terlampau byk..tp malas nak taip..huu~ harap korang jelas dgn cerita2 ini ya?doa2 kan jue sekali..." |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 869# Syd
laporan berita td menyatakan mayat merupakan seorang wanita asing lingkungan 20an psl dkt badan die xde kesan injek bcg...
cause of death : hentaman dgn objek tajam menyebabkan pendarahan dalam perut yang menyebabkan kematian...team forensik jugak dapat kesan satu nombor telefon antarabangsa (indonesia) beserta nama seorang lelaki di dlm beg.
p/s : orang yg jumpe mayat, seorang mekanik, mule2 ingat beg tu berisi duit...skali bukak, jeng jeng jeng
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/1029/Utusan_Malaysia/Jenayah/je_01.1.jpg) |
|
|
|
|
|
|
|
Hukuman mati ke atas anggota polis bunuh Along Spoon kekal
2010/11/02
PUTRAJAYA: Seorang anggota polis tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.
Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.
Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.
Abdull Hamid yang mengumumkan keputusan itu berkata Hakim Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah apabila menerima maklumat daripada Mohamed Ya'cob mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan yang membawa kepada penemuan mayat Sabi'ul atau lebih dikenali sebagai Along, di KM28 Jalan Kuala Klawang Genting Peras.
Selain maklumat mengikut Seksyen 27 itu, Abdull Hamid berkata terdapat keterangan mengikut keadaan yang membawa kesimpulan bahawa Mohamed Ya'cob telah membunuh Along.
Beliau berkata, terdapat keterangan menunjukkan bahawa Mohamed Ya'cob adalah orang terakhir bersama dengan si mati.
Malah, katanya, seorang saksi pendakwa, Mohd Fadzil Mohd Yatim, juga telah memberi keterangan bahawa beliau diminta oleh Mohamed Ya'cob untuk meninggalkan mereka (Ya'cob dan Along) di tempat di mana mayat Along ditemui kemudian.
Selain itu, katanya, terdapat keterangan bahawa Mohamed Ya'cob menyoal si mati berkali-kali dengan suara yang keras tentang hubungannya (Along) dengan isterinya (Ya'cob).
Mohamed Ya'cob yang juga pengawal peribadi kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 dan ke-11 pada 1999, didakwa membunuh penyanyi berusia 19 tahun itu di KM28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada 1 pagi 26 Disember 1999.
Along yang popular dengan lagu "Rindu Serindu-Rindunya" dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang, pada 6 Januari 2000.
Pada 29 Ogos 2008, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Mohamed Ya'cob terhadap sabitan dan hukuman mati yang dihadapinya.
Dalam keputusannya itu, Abdull Hamid tidak bersetuju dengan hujah peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Mohamed Ya'cob bahawa anak guamnya tidak diberikan satu perbicaraan yang adil kerana hakim Mahkamah Tinggi telah mengambil kira-kira lima tahun dan lima bulan untuk menyediakan asas penghakimannya.
Abdull Hamid berkata, bukan semua kelewatan boleh membatalkan semua prosiding mahkamah.
Katanya, Mahkamah Tinggi telah memberikan keputusannya pada 10 April 2002, iaitu sebulan, empat hari selepas selesai mendengar perbicaraan kes itu dan oleh itu tidak boleh mengaitkan isu kelewatan dengan hak Mohamed Ya'cob untuk mendapatkan perbicaraan yang adil.
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan, Mohamed Ya'cob telah memberitahu Mohd Fadzil bahawa dia mensyaki isterinya ada hubungan dengan si mati.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 873# Syd
Hukuman gantung dikekalkan
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1103/Kosmo/Negara/ne_01.1.jpg)
GAMBAR fail menunjukkan Mohamed Ya’cob dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Seremban selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana membunuh Along Spoon pada 26 Disember 1999.
PUTRAJAYA - Seorang anggota polis tetap akan menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon 11 tahun lalu.
Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang dibuat selepas mendapati Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi'ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along (gambar kecil) dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya pada 10 April 2002.
Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Md. Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Sewaktu keputusan itu diumumkan, Mohamed Ya'cob, 44, dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kelihatan tenang.
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1103/Kosmo/Negara/ne_01.2.jpg)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes kemalanagna penerusi drb hicon tu takdak ke? yang kemalanagan helicopter tu? tan sri yahya ke hapa? dgrnya punca tu dari bini nya yg terkorban sekali gara2 cemburu camtulah.. member yg keje kat bgnan sama kata, staff kat situ kdg2 nampak arwah.. ntah la den dgr citer je..
lagi satu kes budak uitm ngan bangla tu pulak... pemandu teksi kat situ yg citer, dari sumber member2 dia yg pemandu teksi jgk, katanya bukan dia yg ada skandal ngan bangla tu.. tapi kak ipar dia.. tapi nak cover citer, dia buat la mcm tu... bangla tu bunuh student tu dulu and then kelar diri sendiri...
Yang kes photographer polis bunuh teman wanita and letak dlm kotak tv tu takde? flash la balik... tapi siyesly laki tu dah la tak hensem,gemuk bunuh2 org lak... laki org lau tak silap..
And noritta, terbaca kat e-mail buat seks ganas ke hapa masa tu yang mati.. mudah2an jadi teladan pada yang lain..... huhuhu sian pada dia... heran haniff tu still leh gi keje cam takde hapa2 berlaku eh? |
|
|
|
|
|
|
|
kes bunuh along spoon tu x selesai lagi ke? ingatkan dah kene hukum gantung! al kisahnye hidup lagi....tapi memang sedih mase mule2 berita die kluar..family along spoon xnak terima kenyataan anak diorang dah meninggal, walaupun bukti DNA dah ckp itulah mayat Along Spoon...ingat lagi mase tv3 interview mak Along, die ckp die xde prasaan langsung mase tv report ckp anak die kene bunuh, pasal die kata naluri ibu die kuat cakap along tu hidup lagi... tapi skarang x tau la whether die dah dpt terima @ tidak...al-fatihah untuk Along |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 875# want2bhappy
kawan kawan yg keje kat drb hicom tu
ada gak citer..
ada benda iras arwah dok berjalan2 kat sana gak
![](static/image/smiley/default/funk.gif)
kes-kes yang lain ada kat page2 belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Syd, i dah khatam la thread ni, takdak pun citer pasal tan sri yahya ni, pompuan yg kena bunuh ngan photograper polis merangkap pakwe tu?
agaknya media pun keluarkan kes berprofil tinggi je eh? kat kampung uwan den kek pilah tu ha.. actually melang... ado oghang kono bunuh kek pasar pilah tu... tor cacak pisau to kek belakang eh... org jumpo pagi maso nak bukak ... tak tau la dah dapek ko bolon pembunuh eh... laie satu lak, gantung diri.. sobab byk bona masalah kewangan eh... bini duo.. lau tak silap la... hmmm... short cut betul... sian kek bini la nak sara hidup ... mgkin takdak sapa nak tlg dia kut.... end up hidup dia like... kedua2 citer di atas sumer melayu .... |
|
|
|
|
|
|
|
Utusan Malaysia 10 Mei 2001
Wanita ditahan reman berkaitan siasatan kejadian ibu sembelih anak
KANGAR 10 Mei - Polis hari ini memperolehi perintah mahkamah untuk menahan reman seorang wanita bagi membantu siasatan berkaitan kejadian seorang ibu disyaki menyembelih anaknya sehingga mati pagi semalam.
Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Perlis, DSP Ariffin Sutan berkata, perintah bagi menahan reman suri rumah berusia 37 tahun itu berkuat kuasa sehingga 15 Mei.
Katanya, wanita itu ditahan polis di Kampung Bakong, dekat sini kira-kira pukul 6 pagi ini ekoran maklumat orang ramai.
Dalam kejadian pagi semalam, seorang kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun ditemui mati, dipercayai disembelih oleh ibunya, di kuarters guru Sekolah Kebangsaan Kampung Salang, dekat sini.
Adik lelakinya berumur 2 tahun turut cedera parah akibat dikelar pada bahagian leher, dan masih menerima rawatan di Hospital Kangar.
Kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 7.15 pagi dan 10 pagi ketika ibunya yang dikatakan menghadapi masalah mental berada bersama dua anaknya di kuarters guru itu. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
dah abes bace semua sekali. boleh ai conclude tak polisi malaysia aka polis2 melayu mmg bengap . kes clear cut boleh terlepas. Sering jer berlaku penjenayah terlepas. kalo kene pon dpt jer merayu n dpt hukuman ringan.
pastu mcm kes noritta obviously ade bende yg di cover up.bende pelik n tak dpt nk explain.
terbaru kes pembunuhan budak sekolah aminurrasyid sdg jln perbicaraan tp ai speku polis jemain tu akan terlepas gitu jer sbb takat ni investigation mmg hampeh!!
murahnye nyawa manusia kt msia nih!!
salu tngok kisah bnr investigation kt UK or USA mmg mantop. pyh nk terlepas. tp kt sini unless yg mati tu anak menteri mmg most likely mati katak jer lah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|